Monday 17 February 2014

Teresa Kok suburkan ideologi Komunis


Ternyata menarik apa yang telah dinyatakan oleh kumpulan profesional kaum Cina dalam mengulas isu biadap ahli parlimen Seputeh Yb Teresa Kok melalui klip video Tahun Baru Cina yang dihasilkannya. Sesungguhnya bukan semua masyarakat Cina biadap dan berfikiran sempit seperti parti serpihan komunis DAP. Apa yang telah disampaikan oleh para profesional kaum Cina ini memberikan lagi tekanan kepada Teresa Kok dan juga kepimpinan Dinasti Lim untuk mengambil tindakan ke atas keceluparan dan kebiadapan Teresa Kok MP Seputeh.



Sehingga ke hari ini Teresa Kok serta pelakon lain didalam klip video tersebiut belum lagi membuat sebarang permohonan maaf kepada rakyat Malaysia khusunya Melayu. Tindakan juga dari pihak berkuasa belum lagi membuat apa apa tindakan undang undang walaupun apa yang dizahirkan melalui video tersebut telah menghina orang Melayu dan juga kerajaan Malaysia.

Tindakan perlu diambil ke atas Teresa Kok dan pelakon yang lain agar ianya tidak lagi berulang dimasa akan datang demi memastikan keharmonian kaum di Malaysia terus berjalan dengan baik. Kepimpinan DAP dinasti Lim juga perlu bertanggungjawap atas pekara ini kerana Teresa Kok merupakan pemimpin kanan dalam parti serpihan komunis Malaya itu.

Ideologi Komunis yang berkembang pesat melalui parti DAP perlu dihapuskan agar kaum Cina tidak dihasut untuk bertindak menentang kerajaan sepertimana yang dilakukan oleh Chin Peng Ketua Parti Komunis Malaya sewaktu lalu yang membunuh ratusan orang Melayu dan mendera kaum kaum Cina yang tidak memberikan kerjasama kepada Komunis.

Ideologi Komunis yang disuburkan oleh Teresa Kok ini amat merbahaya kerana jika ideologi ini tidak dibendung akan menyebabkan Malaysia menjadi tidak aman dan tidak mustahil tragedi 13 Mei akan berulang kembali.

- Malay Rights

2 comments:

Anonymous said...

Theresa Kiok nie dah sama bahaya macam bapak komunis LKS. Yang mengundi majority banyak pun puak-puak komunis jugak.

Anonymous said...

Hang xdak idea ka woi tak habih2 komeneh.

umno lacurkan degree. La ni org tak respek degree mcm dululah. Dulu degree berasaskan kepandaian. La berasaakan wang. Pasai tu puak 'ada degree tak dak kepandaian' mempersoalkan fresh grad kluaq gaji besaq pangkat tggi. Awat x bagi kat depa pasai depa pun beli degree kat oum?