Thursday 13 March 2014

Moral Anwar Menyesatkan Umat Islam



Isu melibatkan akidah dan moral perlu dipandang berat oleh masyarakat dalam memilih pemimpin dan pemerintah demi memelihara generasi akan datang.

Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata, isu seperti pluralisme dan liberalisme yang diperjuangkan pemimpin daripada parti pembangkang perlu ditentang secara total.

"Ini adalah mengenai ummah generasi akan datang. Nurul Izzah (anak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang tidak pernah bersekolah agama telah mengatakan kita boleh tukar agama pada bila-bila masa. Ini sangat dahsyat. Anwar sudah menyesatkan kita.

"Berkait masalah moral, saya akan berasa malu kalau mengundi dia. Saya malu dengan Allah, isteri, anak-anak," katanya dalam ceramah bertajuk Tolak PKR, Selamatkan Selangor di Taman Kantan Permai disini malam tadi.

Hadir sama, bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, Datuk Salamon Selamat manakala Ruslan Zainal Abidin selaku moderator. Hadir sama Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan dan Jawatankuasanya Datuk Mustapha Taib.

Jelas Hasan yang merupakan bekas Exco Agama kerajaan negeri Selangor itu, beliau telah melihat sendiri bagaimana agama Islam dan bangsa Melayu dihakis setiap hari dengan rakus dan bangga.

"Saya minta penjualan arak tidak dijalankan di kawasan Melayu di Shah Alam. Tetapi saya ditentang oleh pemimpin dikalangan kerajaan negeri yang sudah digula-gulakan oleh Anwar Ibrahim. Ronie Liu minta dipulangkan semula arak-arak itu sedangkan saya ketika itu Exco Agama.

"Peristiwa di sebuah gereja di Damansara, DUMC, umat Islam dijemput untuk majlis berbuka puasa dalam bulan Ramadhan di persekitaran gereja. Dari jam 6 petang hingga 11 malam. Sepatutnya mereka solat tarawih tetapi tidak, mereka mendengar syarahan yang mengajak untuk menganut agama Kristian," ujar beliau yang kemudiannya dipecat kerana masih mempertahankan Islam.

Sunday 2 March 2014

Komunis bantah subsidi kerajaan untuk jemaah Haji Malaysia




Kos menunaikan ibadah haji pada tahun ini kekal RM9,980 walaupun kos sebenar telah meningkat kepada RM16,115 seorang berbanding RM15,575 tahun lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata walaupun berlaku peningkatan kos, kerajaan mengambil langkah untuk tidak menaikan kos sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan rakyat. "Setiap tahun akan ada kos tambahan melibatkan tempat penginapan, pengangkutan, penerbangan pergi balik dari Malaysia ke Arab Saudi dan kos mutawif tapi harga masih dikekalkan demi membantu jemaah haji. "Walaupun kos rendah, kita pastikan perkhidmatan diberikan pada tahap terbaik. Kita mahu kekalkan nilai perkhidmatan dan kualiti kepada jemaah haji Malaysia,"

Jamil Khir berkata beliau akan ke Jeddah Rabu ini untuk menghadiri mesyuarat mengenai persiapan musim haji akan datang bersama kerajaan Arab Saudi. "Saya akan cuba mengemukakan rayuan supaya kuota bagi jemaah Malaysia dapat dinaikkan," katanya.

Jamil Khir berkata kerajaan Arab Saudi telah mengurangkan kuota haji untuk jemaah Malaysia kepada 22,000 orang berikutan proses pembangunan dan menaik taraf kemudahan sekitar Masjidil Haram di kota suci Makkah. "Kita faham mereka terpaksa menetapkan kuota jemaah...tetapi kerajaan akan terus memohon dan merayu untuk mendapatkan kuota tambahan sebanyak 10,000 dengan Arab Saudi bagi memenuhi keperluan rakyat negara ini," katanya. - BERNAMA

Terima kasih dan itulah yang kita perlu ucapkan kepada pihak kerajaan Malaysia atas subsidi yang diberikan kepada para jemaah Haji Malaysia. Ini merupakan satu lagi intipati penting dasar kerajaan Malaysia yang menyediakan subsidi buat umat Islam Malaysia yang layak menunaikan Haji di Makkah. Satu pekara yang sebenarnya mendatangkan kebencian pihak Komunis kepada kerajaan Malaysia.

Namun agak terkilan bila ada lagi umat Islam di Malaysia yang mengutuk tindakan kerajaan dalam menyalurkan subsidi buat jemaah haji Malaysia. Mereka yang mengutuk ini sebenarnya lupa bahawa jika kerajaan yang ada hari ini tumbang maka sudah pasti kerajaan Komunis yang mentadbir negara kelak tidak akan memberikan sesen pun subsidi bagi jemaah Haji Malaysia.  Apatah lagi untuk mereka melobi dengan kerajaan Arab Saudi agar kuota jemaah Haji Malaysia ditambah.

Renung dalam dalam maksud tersirat dalam isu ini. Kerajaan kita adalah kerajaan Islam.

- Malay Rights