Tuesday, 25 June 2013

Wanita Kristian Layak Sebagai Peguam Syarie Buktikan Hakim Mahkamah Rayuan Sakit Otak




Semalam saya berpeluang duduk dan berbincang dengan beberapa individu seperti Dato Dr Hassan Ali dan juga Dato Zainul Rizal Presiden Peguam Muslim Malaysia yang mana menfokuskan isu keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan seorang wanita Kristian menjadi peguam Syarie. Perbincangan kami secara keseluruhannya tidak bersetuju sama sekali dengan keputusan tersebut memandangkan ianya adalah satu keputusan yang keterlaluan dan pahit untuk diterima oleh umat Islam Malaysia. Dibawah ini saya luahkan hasil pemikiran minda saya mengenai isu ini.

Salah siapa dan dimana silapnya apabila seorang bukan Islam dibenarkan menjadi peguam Syarie yang mewakili umat Islam dalam kes kes Syariah selepas ini?

Peguam bukan Islam dibenarkan bertindak sebagai peguam syarie di semua mahkamah syariah di Wilayah Persekutuan, demikian diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini.


Ini berikutan pengisytiharan Perkara 10 Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1983 mewajibkan mereka yang beragama Islam sahaja layak memohon sebagai peguam syarie telah melampaui batasan undang-undang (ultra vires) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin turut berpendapat bahawa perkataan 'mana-mana orang' yang dinyatakan dalam Seksyen 59(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 adalah termasuk orang-orang yang bukan Islam.


Seksyen 59(1) menyatakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) boleh menerima mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang hukum Syarak menjadi peguam syarie bagi mewakili pihak-pihak dalam apa-apa prosiding di dalam Mahkamah Syariah.

"Jika niat badan perundangan adalah untuk menghalang orang bukan Islam diterima sebagai peguam syarie, maka ia harus dinyatakan dalam akta itu," kata Abu Samah yang bersidang bersama hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Datuk Aziah Ali.

               

 Abu Samah berkata MAIWP telah bertindak melampaui kuasa apabila ia menggubal Perkara 10 Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1983.


Beliau berkata ia adalah pandangan mahkamah bahawa MAIWP tidak diberi kuasa untuk membuat peraturan-peraturan yang tidak selaras dengan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan).





Panel tersebut membuat keputusan bersejarah itu apabila membenarkan rayuan seorang wanita Kristian, Victoria Jayaseele Martin, memohon untuk mengetepikan keputusan MAIWP menolak permohonannya untuk diterima sebagai peguam syarie atas alasan beliau adalah bukan Islam.


Victoria, 51, yang memperoleh Diploma dalam Undang-undang dan Amalan Syariah (DSLP) pada 2004 dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), memfailkan rayuan selepas permohonan semakan kehakiman ditolak oleh Mahkamah Tinggi yang berpendapat MAIWP mempunyai kuasa di bawah undang-undang untuk menetapkan peraturan menerima peguam syarie.

Abu Samah membenarkan dua lagi perintah yang dipohon oleh Victoria.


Perintah tersebut ialah perintah 'certiorari' bagi membatalkan keputusan MAIWP untuk enggan memproses permohonan beliau untuk diterima sebagai peguam syarie.


Selain itu perintah 'mandamus' bagi memaksa MAIWP menerima dan memperoses permohonan beliau untuk diterima sebagai peguam syarie tanpa mengambil hakikat bahawa beliau adalah seorang bukan Islam.


Beliau berkata permohonan Victoria telah dinafikan tanpa proses yang diberikan kepadanya kerana beliau bukan seorang Islam.


Bagaimanapun, Abu Samah membenarkan permohonan peguam MAIWP Datuk Sulaiman Abdullah untuk menangguhkan pelaksanaan kedua-dua perintah tersebut sementara menunggu permohonan MAIWP dan Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan.

Dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan pada 2009, Victoria berkata melalui surat bertarikh 24 Ogos, 2009, beliau memohon untuk diterima sebagai peguam syarie di Wilayah Persekutuan.


Katanya permohonannya ditolak oleh Jawatankuasa Peguam Syarie pada 9 Sept 2009 dengan alasan bahawa permohonannya tidak dapat diproses kerana syarat utama pemohon mesti merupakan seorang Islam. - Sumber

Saya agak luluh hati apabila keputusan sebegini terpancul dari mulut hakim berugama Islam. Ketiga tiga orang hakim merupakan Islam dan dengan keputusan membenarkan seorang bukan Islam menjadi peguam Syariah maka ianya pada pendapat saya telah melangkaui sempadan dalam apa yang ada bagi menjaga tataterbib Islam itu sendiri. Waras atau tidak hakim hakim yang membuat keputusan ini?

Apabila saya menyelidiki sedikit isu ini maka saya ketemui satu jawapan yang boleh menyanggah keputusan para hakim mahkamah rayuan yang bijaksana itu.

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-92 yang bersidang pada 15-17 Disember 2010 telah membincangkan Hukum Melantik Orang Bukan Islam Sebagai Peguam Syarie. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa untuk menjadi seorang peguam syarie, seseorang itu perlu mampu menguasai ilmu al-Quran dan al-hadith, bahasa Arab, Ilmu Usul Fiqh dan Fiqh secara keseluruhannya dan ia perlu didasari dengan keimanan kepada Allah s.w.t. agar tanggungjawab yang dipikul disandarkan hanya kepada Allah s.w.t. dan demi kemaslahatan umat Islam dan keadilan menurut perspektif Islam.


Oleh yang demikian, demi menjaga kesucian dan kehormatan agama dan umat Islam, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa orang bukan Islam adalah tidak dibenarkan dilantik sebagai Peguam Syarie berpandukan kepada kaedah-kaedah fiqhiyyah dan peruntukan undang-undang berikut:

a. سَدُّ الذَّرِيعَةِ : Kaedah ini merujuk kepada perlunya menutup pintu-pintu yang boleh membawa kemudharatan. Sekiranya orang bukan Islam dibenarkan untuk dilantik sebagai peguam syarie, ia memberi ruang kepada orang bukan Islam untuk menguruskan hal ehwal orang Islam terutama sekali isu-isu syarak. Keadaan ini boleh menimbulkan kecelaruan di kalangan umat Islam.

b. إِذَا تَعَارَضَ الْمَانِعُ وَالْمُقْتَضَى قُدِّمَ الْمَانِعُ : Apabila bertentangan antara dalil-dalil yang menegah dengan dalil-dalil yang menghendaki, hendaklah diutamakan perkara yang menegah. Larangan melantik orang bukan Islam sebagai peguam syarie perlu diutamakan, walaupun kemungkinan ia mempunyai kebaikan dari suatu segi, tetapi keburukannya perlu diambil kira dan diberi perhatian.

c. المَصْلَحَةُ الْعَامَّةُ تُقَدِّمُ عَلَى الْمَصْلَحَةِ الْخَاصَةِ: Kaedah ini bermaksud maslahah (kebaikan) am perlu didahulukan daripada maslahah khas. Maslahah am atau umum merujuk kepada maslahah umat Islam di Malaysia secara keseluruhannya. Manakala maslahah khas merujuk kepada kebaikan yang mungkin diperolehi oleh orang tertentu. Dalam situasi hari ini, maslahah orang awam (umat Islam) perlu diutamakan.

d. تَصَرَّفُ الإمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالْمَصْلَحَةِ : Kaedah ini bermaksud tindakan yang dijalankan oleh pemerintah terhadap rakyat bergantung kepada maslahah. Dalam konteks ini, pemerintah berhak membuat keputusan berpandukan kepada kemaslahatan rakyat dengan berlandaskan kepada syariat Islam.

e. Berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa, sekiranya seorang bukan Islam dibenarkan untuk beramal sebagai peguam Syarie dan didapati tidak mematuhi etika sebagai Peguam Syarie atau apa-apa prosedur yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah, tiada tindakan yang boleh diambil kerana beliau tidak tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian, tiada tindakan yang boleh diambil ke atas beliau kerana Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ke atas orang bukan Islam. - Sumber KLIK DISINI



Dengan penjelasan dari Majlis Fatwa Kebangsaan diatas maka jelaslah bahawa keputusan ketiga tiga Hakim Mahkamah Rayuan boleh dibakul sampahkan kerana keputusan yang dilakukan mereka tidak berlandaskan Prinsip Kehakiman yang sebenar sebaliknya hanya berlandaskan nafsu semata mata.

Penghujahan Hakim yang mempertikai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) adalah jelas bercanggah dengan majlis Fatwa Kebangsaan yang dengan jelas melarang individu bukan Islam untuk menjadi peguam Syarie. Ditambah lagi dengan amalan yang bakal dilakukan oleh Peguam Kristian tersebut didalam kamar Mahkamah Syariah menjadikan Institusi Mahkamah Syariah sudah tidak lagi Eksklusif kepada Islam sebaliknya dibolehkan kepada Kristian dan tidak mustahil selepas ini Hindu dan Budha pula akan melakukan pekara yang sama.

Andai kata jika peguam Kristian yang memperolehi lesen guaman Syarie tersebut hadir ke mahkamah dengan memakai "SKIRT PENDEK" apa yang boleh dilakukan oleh pihak Mahkamah?

Mengikut daripada majlis Fatwa Kebangsaan diperenggan (e) sekiranya seorang bukan Islam dibenarkan untuk beramal sebagai peguam Syarie dan didapati tidak mematuhi etika sebagai Peguam Syarie atau apa-apa prosedur yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah, tiada tindakan yang boleh diambil kerana beliau tidak tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian, tiada tindakan yang boleh diambil ke atas beliau kerana Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ke atas orang bukan Islam.

Apakah ketiga tiga Hakim mahkamah Rayuan WARAS dalam keputusan mereka membenarkan seorang Kristian menjadi peguam Syarie?

Ini pekara yang serius perlu ditangani oleh seluruh umat Islam, ini bukanlah satu pekara yang boleh dibawa main main kerana ianya jika tidak disekat akan mengundang lebih banyak isu yang akhirnya akan meranapkan Islam secara halus sedikit demi sedikit. Tidak relevan jika mendapat kelususan dalam bidang Syarie maka seseorang individu bukan Islam boleh dikatakan layak untuk menjadi peguam Syarie. Jika ketiga tiga hakim mengambil pakai Diploma Undang Undang dan Amalan Syariah sebagai keputusan untuk melayakan Individu Kristian itu sebagai peguam maka jelaslah Hakim hakim tersebut merupakan individu yang sakit otaknya.

Dato Dr Hassan Ali dan Dato Zainul Rizal Membantah
Keputusan Hakim Mahkamah Rayuan

Umat Islam harus bangkit menentang keputusan ketiga tiga hakim mahkamah Rayuan ini, bertindak sekarang sebelum semakin ramai golongan bukan Islam menjadi peguam Syarie dengan niat yang tidak baik untuk menghancurkan Islam dari dalam. Kita perlu bersatu agar institusi Mahkamah Syariah dijaga berlandaskan Islam dan bukannya undang undang rimba sepertimana yang telah dibuat oleh ketiga tiga hakim sakit otak itu.

Jangan sampai lepas ini ada pula Paderi yang memiliki lulusan Diploma berkaitan Islam mohon jadi Imam pula dan mahkamah benarkan Paderi menjadi Imam didalam Masjid atas alasan Paderi tersebut mempunyai kelayakan Diploma.



48 comments:

  1. Bro, hakim kita pun ramai yang liberal dan sekular. Tak tau la orang melayu Islam kat negara kita ni sensitif lagi ke tak. Kebanyakan orang melayu sekarang bukan macam dulu lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah tidak ada mana-mana badan yang boleh membawa kes ini dan merujuk ketiga tiga hakim tersebut ke pihak tertentu samada melucutkan jawatan mereka atau prosiding mengistiharkan mereka murtad.

      Delete
    2. Pd pdgn kawe hakim melayu tu bijak jugok la tapi tak guna otak hok bijok tu utk kebaikan islam

      Delete
  2. Marsan Marsolo25 June 2013 at 10:42

    Asas keadilan di dalam Islam ialah beriman kepada Allah yang membawa maksud mengikuti segala suruhan Allah yang tercatat di dalam AlQuran dan AlHadis. Mana mungkin seorang bukan Islam memahami konsep iman ini dan seterusnya dapat berlaku adil didalam pembelaannya nanti.

    Jelas Hakim yang memutuskan perkara ini menggunakan logik akal di dalam membuat keputusan yang merugikan umat Islam di masa hadapan.

    Saya amat bersetuju kita perlu menentang sehabis-habisnya agenda kristian ini yang mahu memporak-porandakan umat Islam di Malaysia. Ayuh semua umat Islam (Jangan babitkan hal politik) kita bersatu di dalam perkara ini.

    ReplyDelete
  3. aku melayu berpegang kpd mazhab ASWJ. mereka yg liberal, sekular dan tiada sensitiviti mengenai agama islam kita tentang.

    ReplyDelete
  4. aku berharap mahkamah persekutuan akan turut mempertimbangkan fatwa majlis fatwa kebangsaan tu.. aku dah nampak keburukannya nanti kalau victoria menjadi peguam syarie..moga kita diselamatkan dari fitnah ini (bukan islam menjadi peguam syarie).

    ReplyDelete
  5. inilah masalahnya kalau undang2 terpisah antara sivil dan syariah. zaman nabi dan khulafa al-rasyidin tak ada pemisahan sebegini, lawyer pun takde, masing2 sama ada muslim atau bukan muslim bentang kes sendiri depan hakim. masyhur kisah ali bin abi talib dan seorang yahudi berebutkan perisai dalam mahkamah. si yahudi tu tentu bukan muslim walaupun diriwayatkan akhirnye memeluk islam. dan si yahudi tu memang tipu, tapi tak de tindakan apa2 pun sedangkan ali ketika itu khalifah umat islam, tanah islam ketika itu jauh lebih besar dari Malaysia. jadi tak de petunjuk daripada nabi dan sahabat bukan islam tak boleh jadi lawyer.
    kalau tak nak lawyer syariah bukan muslim, kenapa bukan muslim boleh ambil ijazah bidang tu? siapa yang benarkan? tentulah habis belajar dia nak keje peguam syariah. lagipun undang2 ikut akta syariah, semua dalam buku, bukan ambik bulat2 daripada quran dan hadis. tak fasih quran dan hadis pun tapi hafal dan faham akta undang2 syariah dah boleh jadi lawyer (selain ijazah dan lesen).
    yang jadi isu ialah kalau hakim tu bukan islam, ini baru masalah besar. yang jadi soal kalau tak mahu lawyer syariah muslim sahaja kenapa AKTA tak tulis jelas2? siapa yang buat akta tu? kenapa tak pinda akta tu? kita dah merdeka lebih 50 tahun tapi Islam nya masih lemah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Jawab, betul apa yang tuan kata ... tetapi perkara sudah berlaku dan tak perlu nak menyalahkan sesiapa ... persoalannya apakah tindakan kita sebagai umat Islam.. Benarkan atau tak benarkan... Kalau benarkan ada akibatnya ... kalau tak benarkan apa penyelesaian terbaik?

      Delete
  6. sudah sampi waktu nya kita amalkan hukum Allah (Hukum Hudud).... Jika Kita Berpegang teguh dngn tali Allah, Insha Allah, Allah sentiasa medekatkan diri kita disisiNya...

    ReplyDelete
  7. Hakim2 yg kurang cerdik eloklah di tamatkan perkhidmatan mereka.!!

    ReplyDelete
  8. Ilmu,Iman dan Amal menjadi tunjang sahsiah seorang Muslim yg sempurna...Si kafir itu brgkali ada ilmu, tapi langsung tidak beriman sbgimana iman seorang Islam, dan mustahil nak beramal sbgimana amal seorang Islam...pakaian pun tidak menutup aurat...gelapnya kulit Bilal ibn Rabah, syurga bercahaya Allah janjikan padanya...tp gelapnya perempuan ini, gelap lg neraka jahim yg Allah sediakan utknya selagi tidak dia beriman kpd Allah yg Satu...

    ReplyDelete
  9. HAKIM2 TU MABUK JEREBU KE APE? sah-sah hukum sebenar tak boleh, inilaa puncanya bila Al-Quran, As-sunnah dan Ijmak Ulamak ditolak mentah2 untuk dijadikan asas perundangan....apap nak jadilaa Malaysia ni

    ReplyDelete
  10. Xde akal..yg sekor tu pulak klu rasa nk jd peguam syarie ko msuk islam dlu..mcm xde kerja lain ko nk buat..bodo

    ReplyDelete
  11. Tuan2 sekelian. Sudah pasti peguam-peguam kafir akan menyeleweng ayat-ayat suci Al-quran demi untuk membela anak guam mereka. Kita selalu lihat peguam-peguam akan bertindak luar prinsip moral dan etika demi untuk memenangkan anak guam mereka walaupun mereka tahu anak guam mereka benar-benar salah. Sekarang mereka berkerja keras hendak mengkorup perundangan syariah dengan prinsip kekafiran mereka. Terima kasih kepada hakim yang telah membuka pintu mencemar kesucian perundangan syariah. Saya menyeru semua orang-orang islam melawan keputusan ini. Ini adalha perkara penting. Di mana golongan pejuang PAS? Ingat muslimin & muslimat, ALLAH akan menyoal kamu sekiranya kamu reda dengan keputusan kafir menjadi peguam di dalam perundangan islam.

    ReplyDelete
  12. Agenda terancang pihak Kristian dalam merobek Islam. Sebelum ini kita sudah dapat lihat mereka mempertahankan umat Islam Murtad dan juga Mahu Kalimah Allah digunakan. Adalah tidak mustahil selepas ini mereka mahukan Masjid sebagai tempat untuk mereka beribadat pula. Inilah agenda Kristian sejak dulu hingga sekarang dan inilah yang perlu disedari seluruh umat Islam terutamanya Malaysia akan bahayanya ancaman sebegini.

    ReplyDelete
  13. Sedih..yg buat keputusan adalah org Islam sendiri. Salah satu tanda hari kiamat. Apabila hak tidak ditempatkan pd yg sepatutnya. Bila Islam diuruskan oleh bkn islam. Cadangan saya buat perhimpunan AMAN. Hantar memorendum pd Yg Dipertuan Agung yg bertindak sebagai ketua agama Islam.

    ReplyDelete
  14. Dia ni pun bukan nak sangat jadi Peguam Syarie....tapi jadi Mak Sanggup untuk untuk memenuhi cita-cita kafir harbi untuk menyerang islam dari pelbagai sudut.Kebetulan pula ada Diploma Syarie so ada peluru la untuk hentam islam dari sudut mana pun.Gua rasa zaman sekarang ni nama je melayu...tp agama mereka wallahualam.Itu sebab jadi macam ni

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum.
    Maaf andai tersilap.Yang saya hairankan,bagaimana ia bolih diluluskan?.Dalam ramai2 peguam2 yg ada/orang2 berilmu yang ada....kenapa tiada bantahan atau bangkangan ketika itu(sabelum diluluskan).Dah lulus....andai mereka yang ariff dalam undang2,xdapat buat apa2..bagaimana rakyat biasa nak buat???.
    Ikut keterangan diatas...Ada jawapan yg BOLIH diguna untuk menyanggah mereka(Muzakarrah J/kuasa Fatwa Dis.2010).Kenapa tidak diguna ketika itu?.
    SEANDAInya keputusan yang dibuat adalah TANPA perbincangan dgn peguam2/org2 ilmu yg lain maka......??.Tunggu sajelah.(Bab ugama x sama dgn bab lain2..bolih di otak atekkan dan INSAN diM'sia x sama dgn umum orang islam di negara lain).
    Bagaimanapun terima kasih pd yg 'highlight'kan hal ini.TQ

    ReplyDelete
  16. ini adalah satu penghinaan keatas Islam...umat akhir zaman diuji dari segenap sudut, ditikam dari depan dan belakang...maruah islam makin tercalar dan tercabar..

    ini adalah keputusan yang akan menghancurkan islam dari dalam..
    jika dibiarkan akan menjadi barah dan ianya sudah terlambat untuk diubat..

    gagalkan misi kristian ini...sudahlah Majlis Peguam dikuasai...peguam syariahpun kita boleh nak bertolak ansur????
    kita umat islam dalam situasi yg amat bahaya jika tidak ada pemimpin2 islam yg bangun menentang..

    kita tengok siapa dulu pemimpin yang berani bersuara..semua pemimpin politik melayu islam hanya pandai bercakap untuk kepentingan parti saja..semua tak ikhlas..bila islam mula diratah..mula tengok kiri kanan..boleh ke aku nak cakap? untung ke parti bila aku cakap...

    Lebih baik pemimpin2 begini letak jawatan jika tidak berani bersuara...perkara ini tak terfikirpun dulu!!! musuh dlm selimut lebih bahaya dari musuh yg nyata....

    ReplyDelete
  17. well said, aku bukan nak cakap hakim tu salah..tp the basic of being an judge in malaysia's court for today, diorang xbole terikat dgn mana2 keputusan secara individu, they must put their self in a shoe for reasonable man, and link every fact with acts provided..

    "Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin turut berpendapat bahawa perkataan 'mana-mana orang' yang dinyatakan dalam Seksyen 59(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 adalah termasuk orang-orang yang bukan Islam.


    Seksyen 59(1) menyatakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) boleh menerima mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang hukum Syarak menjadi peguam syarie bagi mewakili pihak-pihak dalam apa-apa prosiding di dalam Mahkamah Syariah.

    "Jika niat badan perundangan adalah untuk menghalang orang bukan Islam diterima sebagai peguam syarie, maka ia harus dinyatakan dalam akta itu," kata Abu Samah yang bersidang bersama hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Datuk Aziah Ali."

    dalam akta tu sendiri termaktub, mana-mana orang, dan mana-mana orang tu tak refer kepada org beragama Islam.

    next syaratnya, mempunyai pengetahuan mencukupi tentang syarak..dan tidak dinyatakan perlu beramal dengan hukum-hukum syarak..

    "human's law, mmg bnyk flaw" itu ayat mudah aku, so jgn salahkan bulat-bulat kat hakim tu, dia melakukan tanggungjawab dia.. korang yang tak paham macam mana flow undang-undang yang berlaku kat malaysia ni tlg fasihkan diri dulu..baru boleh nak berbicara..

    anyhow, i believe that, mmg keputusan ni, memberi impak besar kat malaysia, lepas ni bukan victoria, je karpal anak karpal, semua bole berdebat ttg syariah..mmg dan mereka mungkin akan memutar belitkan kalam Allah, sebab diorang akan baca tafsiran bukan dengan nahu sebenar Al-Quran..

    bg orang islam yg melatah dgn case ni, harap berubah la pemikiran, tak perlu tukar kerajaan, tukar sistem pemerintahan..hudud! . itu undang-undang Allah, xkan sikit pon ada flaw, dan mmg hudud utk membela kita, umat nabi Muhamammad S.A.W..

    wallahualam

    *anak jahil berbicara

    ReplyDelete
  18. aku tak pandai undang2 ni...nak mencelah sikit..
    seksyen 59(1)MAIWP siapa yang gubal ? berapa ramai `siapa' yang berkuasa untuk gubal?Dan siapa yang berkuasa untuk bubar dan sekurang2 dibuat pindaan?

    `mana mana orang' ...hanya ketinggalan perkataan ISLAM..ia dijadikan alat untuk memalukan islam..

    baik solat dulu....baik boikot cina..dah tentu ekonomi islam naik, orang islam dihormati kerana ada jatidiri..islam pun terpelihara...itu matlamat aku buat masa ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman nabi, yahudi pun bntu naikkan ekonomi org islam, skrg ko pon kene sedar, ko dduk dalam malaysia, ekonomi malaysia ko kene naikkan dgn cara islam..bukan naikkan ekonomi islam..boikot cina, india dan lain2 je yg beli brg kita..ekonomi xkedepan gak

      Delete
    2. Minta maaf, awk baca kat mana yahudi bantu naikkan ekonomi Islam..?
      Red bean army yek..?
      Or simply moronic?

      Delete
    3. dye ni org yahudi ker ape..blajar sejarah yahudi ker?lain kali belajar sejarah islam..

      Delete
    4. sebelum nak meng-yahudi-kan org..phm kan dulu konsep ekonomi..asasnya konsep ekonomi adalah tuka barang..service and goods..zaman nabi haram ke berjual beli dgn yahudi? takde kan..so secara teknikal yahudi pon mbantu menaikkan ekonomi..sebab umat islam msih lg boleh berniaga atau membeli brg dr yahudi, mengikut syarat2 tertentu pada zaman tu..kalau haram berjual beli ngn yahudi..buang la balik lemak2, darah dging yg ko makan mekdi..hempas la laptop korg yg ada intel tu..muntahkan balik strabuck ke hape ke..haha..sbb bila jual beli xsah atau haram, brg tu jd haram

      Delete
  19. Lepas ni ramai lah orang yang nak murtad dapatkan khidmat peguam kristian tu..yg jadi hakim ketiga2 mangkuk tu...hancur umat islam malaysia...kena buat sesuatu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ttg isu murtad, secara mudahnya, didalam lembaga persekutuan termaktub yang melayu adalah islam dan melayu semestinya islam..walaupun akidah seseorg tu sudah terpesong, teetapi status org tu jika melayu adalah islam, dan memerlukan raja2 melayu utk meluluskan permohonan there are pros n cons..
      secara kasar,
      pro, melayu xbole tuka agama lain
      con, munafik dikalangan org melayu bertambah
      wallahualam

      Delete
  20. saya sangat kabur dgn bahasa undang2.. jika orang bukan islam menjadi peguam sayrie,, bolehkah nanti dia berhujah menggunakan Quran dan Hadith?.. sedangkan dia tidak beriman atau percaya kepada Quran dan Hadith.. Wallahu'alam... Selamatkanlah Umat Islam Malaysia.... OngSai

    ReplyDelete
    Replies
    1. secara teknikalnya, mereka hanya perlu mengeluarkan potongan ayat dr Al-quran dan hadis, tidak perlu berbahasa arab, janji ianya dari sumber tersebut..ttg dosa bagai, wallahualam, jika tersalah tafsir kerana membaca mengikut nahu melayu, wallahualam, dan sekiranya perkara ini punca org yg tidak bersalah teraniaya, dan apa bahagian hakim2 tersebut wallahualam..
      tetapi perkara ini sememangnya tidak wajar berlaku..tp apakan daya, undang2 manusia, tidak membawa bahgia, takut2 pnca jd lambat msuk syurga..wallahualam

      Delete
  21. serious bangang abadi!!!

    ReplyDelete
  22. Gerakan memurtadkan org islam sedang dirancang dengan sebaik- baiknya

    ReplyDelete
  23. Cakap berapi- api. Apa tindakan KITA ISLAM hendak buat ? Kalau mahkamah pun x boleh buat, Saya cadangkan tindakan sendirilah wahai semua umat ISLAM.

    BILA LAGI ..
    INI KALILAH kata PR...

    ReplyDelete
  24. Ini adalah satu penghinaan ke atas umat Islam di Malaysia!!!! Mohon pihak peguam membuat rayuan ke atas keputusan ini. Sekiranya peguam bukan Islam dibenarkan menjadi peguam syarie di Malaysia, banyak ketirisan akan berlaku...kita ambik yang asa jer lah iaitu soal pemakaian peguam di Mahkamah Syariah...peraturan ke Mahkamah Syariah adalah wajib bagi mana2 peguam atau individu wanita memakai hijab atau tudung semasa prosiding mahkamah dijalankan...jika sekiranya ada wanita bukan muslim berada di Mahkamah Syariah tidak memakai hijab, bagaimana individu lain mahu terus menghormati2 peraturan Mahkamah Syariah? Mesti indidividu wanita lain pun nak free hair, taknak pakai hijab. itu baru bakal kesalahan pertama...kalau satu itu sudah boleh kita jangkakan maka tidak mustahil yang lain yang lebih teruk boleh berlaku sehingga akan menyebabkan berlakunya pindaan besar2ran dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan....Oleh itu, umat Islam di Malaysia, tolong bersikap tegas dalam isu ini, kerana jika kita lewa, musibah besar akan datang pada kita dan musibah tidak hanya kena pada yang jahil tetapi semua sekali....sila beri perhatian tegas terhadap isu ini. Hakim yang membuat keputusan salah ini, kamu akan menjawab bahagian kamu di akhirat nanti...percayalah bawa keputusan ini akan membawa musibah kepada kamu dan yang lain...bertaubatlah selagi sempat...Nauzubillah

    ReplyDelete
  25. Untuk langkah jangka pendek..setiap IPT yg menawarkan program Diploma Syariah dan Amalan tu kena letakkan syarat kemasukan mestilah beragama Islam...

    ReplyDelete
  26. HARAP DPT DIPERJELASKN.KAMI KELIRU

    ReplyDelete
  27. ADAKH ADA NEGARA ISLAM LAIN MENGGUNAPAKAI UNDANG2 INI.JGN SMPI KAMI TERKELIRU

    ReplyDelete
  28. hai Papagomo..bila kerajaan british bagi gelaran Sir kat kau yek?

    tak masuk paper pon..hebat tu rakyat malaysia, blogger sampah pon dapat title dr british..bukan calang2 punya blogger ni.

    ReplyDelete
  29. Bro..., Indinidu beragama Kristian yang boleh membaca kitab, tak mungkin suatu hari kelak akan diberikan membaca doa di majlis2 resmi dan sebagai khatib undangan menyampaikan khutbah Jumaat. Selepas meyampaikan khutbah, dia akan turun dari mimbar berlalu meninggalkan masjid. Wanauzubillah...

    Apakah ini sebahagian dari dibenarkan agama lain selain Islam menggunakan kalimah Allah!!! Walualambisawob....

    ReplyDelete
  30. Hakim2 yg membenarkan rayuan ini mmg dajjal dan anak haram...pukimak....kalu bg2 p la bagi burit bini hangpa dan burit hangpa kat org lain....kalu hak agama pun hangpa boleh bagi....apasalahnya burit n pungkok hangpa bagi kat orang....ni lah yg kata liberal......haramjadah punya hakim.

    ReplyDelete
  31. '...in the land of the blind, the one eye is king...'

    ReplyDelete
  32. APABILA UNDANG2 MANUSIA MENGATASI UNDANG2 YG DUTENTUKAN ALLAH.....

    ReplyDelete
  33. Peguam bukan Islam dibenarkan bertindak sebagai peguam syarie di semua mahkamah syariah di Wilayah Persekutuan, demikian diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini.

    Sebagai seorang yang beragama Islam, saya tetap tidak bersetuju dari sudut mana sekali pun dibaca dan apa alasanya jua. Saya berasa hairan bagaimana dan kenapa keputusan ini boleh terjadi, hanya faham melalui artikel tuan yang menyatakan :

    ”bahawa perkataan 'mana-mana orang' yang dinyatakan dalam Seksyen 59(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 adalah termasuk orang-orang yang bukan Islam”.

    Apa kah yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam WP? Mereka mereka itu dipertanggungjawabkan untuk memastikan Islam tidak dicemari dan Islam tidak diganggugugat.

    Bermula dari bahasa kita, kemudian bangsa kita, kemudian raja raja kita dan sekarang ini agama kita pula dicabar. Sampai bila semuanya ini nak berakhir? Ada kah sehingga Negara ditawan dan Putrajaya dirampas baru kerajaan hari ini nak bertindak? Pemimpin kita berbangsa Melayu, begitu juga Raja Raja dan juga SEMUA Jabatan Agama ditadbir oleh bangsa Melayu; namun bangsa Melayu sendiri hidup dalam keadaan tidak keruan. MENGAPA??????????

    Kenapa pula setelah sekian lama kita Merdeka, undang undang dan peraturan keagamaan Islam bagi seluruh negeri di Malaysia ini tidak diselaraskan? Apa kah pemimpin Melayu tidak ambil peduli akan perkara ini kerana tidak memberikan keuntungan peribadi kepada mereka? Mana perginya Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab akan perkara ini?

    Aduhai!!! Pemimpin pemimpin dari bagngsa ku. Sedarilah dan insaflah bahawa kamu akan dipersoalkan kelak. Kamu diberikan kuasa dan kearah mana kah kamu menggunakan kuasa itu? Insaflah hanya Islam sahajalah yang dapat merapatkan hubungan dan Islam sajalah yang benar benar dapat menjamin keamanan dan ketenteraman.

    Renungkanlah bahawa Islam itu nasihat kepada segala peraturan hidup yang telah ditetapkan oleh hukum. Lindungilah Islam dengan cara apa sekali pun. Musoh Islam berterusan mencari jalan untuk menghancurkan Islam dengan langkah dan strategi yang sangat bijak. Sebelum ini digemparkan dengan isu murtad yang sehingga hari ini telah menjadi sejuk dan sekarang telah mula menyusup kedalam. Sebolehnya hendak juga menjadi peguam dalam mempertikaikan hukum Islam, kenapa? Bermulanya ia dari angka SATU dimana kemudianya akan menjadi banyak.

    Wallahu’alam. Sebelum itu saya rasakan hingga kesaat inilah sahaja sokongan saya sekian lama kepada UMNO/BN kerana saya takut terperangkap dan tidak ingin bersubahat dengan pemimpin Melayu yang ada sekarang ini.

    ReplyDelete
  34. hakim2 tu hanya boleh tafsir berdasar undang2 yang sedia ada, jadi tak boleh salahkan mereka. sebab tu saya kata pindalah akta tu cepat2. bagaimana dengan akta di selangor, perak, melaka dll bolehkah peguam syarie bukan muslim? ada sape tahu atau ambik tahu? takkan asyik nak reaktif je, bila nak proaktif?

    satu Malaysia tiap2 jumaat khatib doa untuk raja/pemimpin diberi petunjuk tapi rasa2 macam tak makbul, kenapa ye? kalau nak harapkan ulamak (mufti/jakim/jabatan agama/pusat zakat/ikim/umno/pas) memang tak boleh berapa nak harap.

    pengurusan zakat lemah, bila gereja bagi duit/makan kat melayu miskin, melayu pelacur, melayu hisap dadah, melayu gelandangan marah, habis tu kenapa tak tolong? oh tak boleh sebab mereka bukan asnaf/tak layak, orang berdosa dan jijik, macam2 alasan. takkan nak harap NGO je?

    dengar iklan2 dalam ikim.fm pun nak muntah, contoh ada orang jual air zam2 jampi kata ayat al-quran dia baca melekat antara celah2 molekul air (H2O), makmal mana kajian ni, hadis nabi mana dia pakai? dari sains pun tipu, dari agama pun tipu. nak jual air zam2 jual sajelah, semua orang tahu air tu ada berkat tapi nak untung punya pasal dan nak lebih dari penjual lain buat cerita tipu.

    apa tindakan hadapi syiah selain perbincangan tertutup dan tangkap? bincanglah dalam forum ehwal islam kat rtm, jemput sekali tokoh syiah malaysia. ini bincang topik yang ringan2 yang kadang2 tak tengok pun dah tahu halal haramnya. ada berani? takkan nak tunggu apa yang jadi di pakistan dan negara2 arab bunuh2 atas nama mazhab.

    contoh lain ada kerajaan negeri dah mula pakai perbankan islam, bank negara/pnb(asb dll)/kementerian/kerajaan persekutuan macam mana? sendiri promosi tapi sendiri tak pakai. takkan setiap masa guna alasan darurat.

    itu baru sikit contoh, kalau nak listkan banyak lagi tapi kita yang kerdil ni buat setakat mampu jelah.

    ReplyDelete
  35. APAKAH TINDAKAN SELANJUT AKAN DIAMBIL. YANG PALING BERKESAN UNTUK DILAKUKAN BUKANNYA SECARA KONFRONTASI. DATUK HASAN ALI DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ULAMAK LAIN SEHARUSNYA MENGADAKAN PERBINCANGAN DENGAN KETIGA-TIGA HAKIM YANG TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN MEMBENARKANNYA, KITA LIHAT APAKAH HURAIAN-HURAIAN DAN ALASAN-ALASAN MEREKA BERTERASKAN SHARIE, DAN BERTERASKAN AGAMA ISLAM!!! PERBINCANGAN INI DIHARAPKAN MENEMUI SATU TITIK PERTEMUAN YANG MUNGKIN MEMBAWA KEBAIKAN. SEKIRANYA MEREKA BERTIGA MASEH JUGAK BERDEGIL, BARULAH TINDAKAN DAN PROSIDUR UNDANG-UNDANG DIAMBIL, KERANA INI BUKANNYA MERUPAKAN SUATU KEPUTUSAN TERAKHIR. YANG AMAT PENTING CARI PENYELESAIAN TERBAIK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam hal ini hakim tak terlibat walau pun telah memberikan keputusan. apa yang perlu dibuat, akta sepatutnya dikaji semula.

      “SEKSYEN 59(1) MENYATAKAN MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP) BOLEH MENERIMA MANA-MANA ORANG YANG MEMPUNYAI PENGETAHUAN YANG MENCUKUPI TENTANG HUKUM SYARAK MENJADI PEGUAM SYARIE BAGI MEWAKILI PIHAK-PIHAK DALAM APA-APA PROSIDING DI DALAM MAHKAMAH SYARIAH”

      inilah akibatnya bila masing masing inginkan kuasa. bukan kah lebih baik kiranya semua negeri bersepakat untuk bersatu dan laksanakan undang undang dan peraturan Islam yang selaras?

      Delete
  36. hakim mahkamah rayuan & minachi ni golongan orang2 yg brilmu tanpa amal gila & amal tanpa ilmu sia-sia ( Imam Al-Ghazali)

    ReplyDelete
  37. Mungkin hakim tersebut termakan budi dengan pembangkang sebab benarkan 10 hakim tinggal di 10 banglo shah alam yang dibina oleh khir toyo untuk exco selangor.baru-baru ini polis minta tahan reman Tian Chua, Tamrin Ghafar dan Hishamuddin Rais ditolak oleh hakim.

    Dulu kes Tian Chua gigit Polis hakim kata salah tapi tak jatuhkan hukum untuk mengelak pilihanraya kecil.apa kejadah punya keputusan.kalau salah hukumlah tentang PRK leave to SPR.

    ReplyDelete