Monday, 12 August 2013

Surau Dijadikan Tokong Bukti Akidah Umat Islam Mudah Dinodai.



Hangat bila sebuah Surau di Johor telah dijadikan tempat penganut Buddha beribadat. Bukan sahaja beribadat secara bersendirian malah ianya dilakukan secara berkumpulan dengan meletakkan banyak peralatan keagamaan didalam Surau tersebut. Maklumat awal mengenai insiden ini didedahkan oleh sebuah blog Sebastian Phiu

Menurut penulis blog Sebastian Phiu pengusaha Resort tersebut telah berbohong kepada umum menyatakan kejadian tersebut merupakan pertama kali berlaku di Surau tersebut. Mengikut laporan Surau tersebut acap kali digunakan oleh penganut Buddha dari luar Malaysia dan Malaysia dan ada ketikanya mereka menggunakan Kemeyan didalam Surau serta memasang colok bagi menjalankan aktiviti pemujaan mereka.

Saya tidak mahu mengulas mengenai apa yang telah berlaku kerana sudah banyak paparan dari blog blog lain mengeluarkan isu ini untuk tatapan pembaca. Namun saya amat berminat untuk mengulas sedikit mengenai pemilik Resort tersebut yang juga merupakan Melayu yang berugama Islam. Islam ditahap mana kah pemilik tersebut?

Mengikut dari laporan pihak Polis hasil soal siasat yang dijalankan ke atas pemilik Tanjung Sutera Beach Resort Syed Ahmad Syed salim Alkaff bahawa :

"Pemilik resort yang merupakan warga Singapura yang mempunyai taraf Penduduk Tetap negara ini berkata beliau membenarkan kumpulan berkenaan menggunakan surau namun tidak tahu mereka juga menggunakan peralatan keagamaan.

“Saya tidak berniat menyakiti hati mana-mana pihak. Niat saya adalah untuk menunjukkan Islam adalah agama sejagat dan bertoleransi,” katanya yang juga beragama Islam. Selanjutnya KLIK DISINI

Niat yang tidak betul dan jauh menyimpang dari Islam itulah yang saya boleh maksudkan dengan kenyataan pemilik Resort ini berhubung isu Surau dijadikan Tokong. Bagaimana seorang Islam boleh menyatakan bahawa kita dibolehkan bertoleransi sehingga surau yang mana Rumah Allah boleh diberikan hak kepada bukan Islam untuk digunapakai bagi tujuan penyembahan agama lain? Islam yang pada saya telah rosak akidahnya dan ini yang sepatutnya umat Islam Malaysia sedar bahawa dengan kejadian sebegini sebenarnya membuka mata ramai umat Islam untuk mempertahankan Islam dari setiap sudut.

Pada saya apa yang telah berlaku ini merupakan satu lagi cubaan dari pihak pihak tertentu yang mahu Islam di Malaysia hancur sepertimana yang dilakukan spesis parti Politik yang membenarkan bukan Islam menggunakan ayat suci Al Quran bagi tujuan menarik undi. Kalimah Allah digadaikan untuk gereja menggunapakai dan ini semua merupakan satu konspirasi terancang musuh musuh Islam untuk menghancurkan Islam di Malaysia.

Pemilik resort yang merupakan rakyat Singapura dan beragama Islam jelas merupakan seorang yang sudah songsang Akidahnya. Ini satu pekara jelas untuk rakyat Malaysia sedar bahawa sememangnya Singapura merupakan tempat dimana banyak Akidah umat Islam disongsangkan oleh musuh musuh Islam. Bukan saya sahaja yang berkata sedemikian namun jika anda sendiri ke Singapura pasti anda akan dapat lihat betapa mudahnya anak muda Islam diratah akidah mereka oleh musuh Islam dengan pelbagai cara.

Mungkin ramai umat Islam hari ini tidak menyedari akan peperangan secara halus oleh musuh Islam dalam memastikan kita umat Islam di Malaysia hancur Akidahnya. Tetapi ingatlah bahawa musuh musuh Islam tidak pernah berhenti dalam memastikan kita seluruh umat Islam terpesong akidahnya yang akhirnya akan membawa musibat kepada Malaysia.

Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor yang mengarahkan Surau tersebut dirobohkan merupakan satu tindakan yang amat wajar sama sekali. Surau yang dibina oleh pengusaha resort tersebut telah dinodai kesuciannya dan adalah harus untuk memastikan tidak ada serpihan serpihan penganut Buddha yang bertindak biadap untuk mengguna pakai Surau tersebut dimasa mendatang.

Akidah kita mudah untuk disongsangkan, yang sedar akan berhati hati namun kepada yang belum sedar maka ingatlah jangan kelak anak cucu cicit anda menjadi petualang kepada Islam agama kita.

Saya juga mengesa agar pihak bertanggungjawap khususnyaahli Parlimen Islam yang ada di Malaysia membuat satu pembentangan khusus bagi menghalang Islam terus terusan dinodai kesuciannya. UMNO dan PAS harus sepakat dalam pekara ini kerana agenda musuh musuh Islam akan berterusan dimasa mendatang.



5 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan, sama lah juga dengan perlantikan Azeez Rahim menerajui Tabung Haji. Penyamun diberi tempat untuk menerajui pusat utama umat Islam bagi menunaikan Haji. Sudah tidak ada orang lain untuk diletakkan disitu? Penyamun bakal songlap duit umat Islam dan ini juga penting untuk dikeluarkan dalam blog tuan.

Anonymous said...

mereka tidak menang dalam politik, skrang ada perancangan utk mempermainkan isu2 akidah dimalaysia mengapi2 rakyat malaysia tentang islam ... hati2 ...

Anonymous said...

Apahal si Islam/Melayu S'pura yg TAMAK/BINGKAK itu - pemilik Sutera Resort itu? Inilah golongan Melayu/Islam liberal - di mana sebenarnya mereka tak sedar, mereka dipergunakan MUSUH Islam iaitu, Barat-Israel dan sekutu mereka, cthnya PAP-DAPBIAWAK/PKR, utk terus menghancurkan Islam/umatnya di seluruh Kepulauan Melayu, merangkumi Malaysia, Singapura, Thailand, Cambodia, Filipina dan Indonesia. Apalagi bila kaya minyak-gas.

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (dulu saya MAKCIK Tempurung).

Anonymous said...

KENYATAAN MEDIA SELAMATKAN INSTITUSI TABUNG HAJI

Kami NGO Islam ingin menarik perhatin kerajaan dan juga masyarakat umum mengenai perlantikan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi baru Lembaga Tabung Haji oleh kerajaan. Kami berpendapat bahawa perlantikan beliau sebagai pengerusi Lembaga Tabung Haji, tidak menepati kriteria transformasi dan tidak bersifat transformatif seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan selama ini.

Sebuah organisasi perniagaan yang mempunyai wawasan dan tujuan yang besar lagi murni serta mempunyai kaitan rapat dengan aspirasi kerajaan, Islam serta kaum Muslimin, ia sepatutnya dipengerusikan oleh seseorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang berkaitan serta memiliki latar belakang pentadbiran perniagaan serta kelulusan akademik yang tinggi. Selain dari memiliki kriteria tersebut, untuk mengurus suatu entiti perniagaan besar seperti Lembaga Tabung Haji dengan imej Islam pula, pengerusinya memerlukan reputasi yang tinggi dengan integriti dan sahsiyah yang tinggi juga.

Maka, kami berpendapat Datuk Abdul Azeez tidak mampu membawa imej tersebut dan tidak sesuai menjadi pengerusi kerana Lembaga Tabung Haji terlalu besar baginya serta mempunyai kaitan dengan imej dan identiti Islam pula. Oleh yang demikian kami meminta kerajaan menilai semula keputusan perlantikan Datuk Azeez tersebut dan segera mencari calon baru yang lebih kompeten dengan memiliki integriti dan sahsiyah yang tinggi yang justeru dapat memelihara imej kerajaan yang bersih lagi Islamik serta dapat membawa Lembaga Tabung Haji kepada tujuan asal penubuhannya dan dalam masa yang sama dapat menyelesaikan pelbagai masalah kronik yang sedang dihadapi oleh Lembaga Tabung Haji ini.

Ismail Mina b. Haji Ahmad
4 Julai 2013
Presiden
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

Anonymous said...

permainan kapir dap sengaja nk prkotak katikkan islam dn melayu, ni salah satu cth didikan si kitol yg hendakkan pluralisme, sampaikan surau org islam pun dia hendakkan juga hasil dr peranan pengkhianat2 agama dn bangsa, mana pergi parti atau tok2 guru yg kunun prjuang islam, dr satu kes ke kes yg lain, diam membisu aje, atau turut menyokong dlm diam, kembalilah brsatu atas nama islam, jgn biarkan kapir hina dn kotak katikkan agama kita