Pemuda UMNO hari ini memberi anugerah khas kepada dua tokoh bagi menghargai sumbangan mereka dalam sayap itu.
Anugerah berkenaan ialah Anugerah Setia Bakti 2013 yang diberi kepada
bekas Setiausahanya Datuk Megat Firdaus Megat Junid dan Anugerah Khas
Pemuda 2013 kepada Dr Novandri Hasan Basri.
Megat Firdaus dihargai atas jasanya kepada pergerakan itu dan UMNO
amnya, terutama sejak dilantik sebagai setiausaha pergerakan pada April
2009, manakala Dr Novandri pula atas kapasiti beliau sebagai sukarelawan
Pemuda dalam membantu masyarakat, selain perjuangan menerusi alam siber
sebagai blogger Dr MiM.
Kedua-dua anugerah itu disampaikan oleh Ketuanya, Khairy Jamaluddin dalam Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2013 di sini pagi tadi. - Rakyat News
Tahniah diucapkan buat sahabat seperjuangan saya Dr Novandri yang telah menerima Anugerah Khas Pemuda 2013 atas sumbangan dan jasa bakti beliau selama mana dalam perjuangan parti keramat UMNO. Beliau sesungguhnya memang layak untuk menerima anugerah tersebut dan tidak salah saya katakan sepatutnya beliau patut menerima lebih lagi penghargaan dari pihak UMNO.
Perjuangan beliau dalam aktiviti kemasyarakatan dengan klinik bergerak beliau telah banyak menyumbang bakti kepada rakyat. Setiap kali ada pilihanraya kecil beliau dan sahabat beliau Muhammad Afriz akan turun memberikan bantuan perubatan kepada penduduk setempat. Tidak cukup dengan itu curahan bantuan yang beliau beri, beliau menyumbang dalam penulisan artikel beliau memalui blog peribadi beliau Dr Novandri (DR MIM).
Saya sendiri telah mengenali Dr Novandri sejak tahun 2009 lagi dan perjuangan yang beliau lakukan amat konsisten membantu UMNO. Malah kemalangan yang menimpa beliau pada kempen Pilihanraya Umum ke 13 yang lepas patut dijadikan contoh kepada semua ahli UMNO yang ada bahawa dalam perjuangan segala galanya mungkin berlaku dan memerlukan pengorbanan yang cukup tinggi sama sekali.
Saya mengucapkan Tahniah dan syabas buat sahabat seperjuangan Dr Novandri dan saya mengharapkan agar kepimpinan UMNO tidak lupa jasa dan pengorbanan yang telah Dr Novandri lakukan selama ini berhempas pulas menabur bakti kepada masyarakat dan juga melawan hujah pihak pembangkang melalui media sosial.
- Malay Rights
Tahniah Dr Novandri
ReplyDeleteDATUK YIP KUM FOOK banyak melakukan kejahatan kepada orang di kawasan Kepong, lelaki (Datuk Yip) ini mengganggu ramai isteri orang, membakar Kuil Hindu di Taman Daya, mengeluarkan sami Buddha dari Kuil di Taman Desa Jaya, Kepong, dan menipu wang.
ReplyDeleteENCIK SIMON LOW KOK MENG (Taman Daya) adalah pembantu (CID) Datuk Yip atau abang iparnya, berapa ramai yang memboikot mereka, Banyak sangat masalah di kawasan Kepong, kerana Datuk Yip Pengerusi MCA di Taman Daya, Kepong. . , dia dibayar wang kepada polis dan DBKL untuk mengganggu orang ramai, dan sebagainya
YIP KUM POH No: 19B, Jalan Sg 1/9, Taman Industri Bolton, 68100 Batu Caves, Selangor Malaysia (pejabat peguam) YIP KUM POH bukan peguam tetapi boleh membuka pejabat peguam, dia adalah adik lelaki Datuk Yip Kum Fook….”MALAYSIA BOLEH”
Kami tidak senang ketika itu kerana kami berada di bawah kawalan MCA di tempat kami, dan juga Datuk Yip telah digunakan oleh Gangster di kawasan Kepong dan Gombak, kami tidak berharap kepada MCA lagi dan kami adalah kumpulan yang meletak jawatan dari MCA
Kami telah mendengar, bahawa AGONG MALAYSIA (Sultan Johor, Sultan Ibrahim) telah mengambil kembali (Tarik) GELARAN DATUK (Datuk's title), dan kami akan menulis kepada Agong tentang perkara ini
DATUK YIP KUM FOOK (Lawyer) tidak fikir orang bodoh dan anda boleh menghina Buddha dan Hindu tetapi tentang Islam, anda dihina jika anda tidak mempunyai tempat tinggal.
Oleh Ah Keong, Kepong, Kuala Lumpur
SHARED BY NG & SENG