Tuesday, 3 December 2013

Perwakilan UMNO Wajar Membantah Kenaikkan Tarif Elektrik Yang Membebankan Rakyat



Hari ini bermulalah Perhimpunan Agung UMNO kali yang ke 67 di PWTC Kuala Lumpur. Difahamkan 5276 perwakilan yang hadir terdiri daripada semua peringkat Wanita, Pemuda dan Puteri. Perasmian akan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Presiden UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pukul 8 malam ini.

Pengalaman saya pada yang lepas lepas pada setiap kali perhimpunan UMNO adalah satu pekara yang cukup baik untuk menegur pemimpin UMNO. Platform yang ada ini seharusnya digunakan sebaik mungkin oleh para perwakilan untuk mendesak pucuk pimpinan parti agar mereka tidak alpa dan lupa dengan agenda Parti UMNO yang sebenar dalam memartabatkan Agama Bangsa dan Negara.

Menjelang perhimpunan Agung UMNO ini kita dikejutkan dengan pengumuman Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili bahawa TNB akan menaikkan Tarif Elektrik sebanyak RM4.99 di Semenanjung Malaysia serta Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak 16.9 peratus atau sebanyak 5 senberkuatkuasa pada 1 Januari 2014.

"Empat faktor yang mendorong kenaikan itu adalah disebabkan kesan penyelarasan harga gas domestik (0.51 sen/kwj); Kesan penetapan harga gas asli cecair (3.41sen/kwj), kesan penyelarasan harga arang batu (0.17 sen/kwj) serta semakan tanrif Tenaga Nasional Berhad (TNB) (0.90 sen/kwj)," Kata Menteri bertanggungjawap.

Adakah relevan akan kenaikkan tarif Elektrik ini pada waktu sekarang? Adakah ianya tidak membebankan rakyat? Ini lah yang seharusnya diusahakan oleh para perwakilan UMNO pada Perhimpunan kali ini untuk mendesak kepimpinan parti terutama Presiden parti Dato Sri Najib Tun Abdul Razak agar membatalkan keputusan kerajaan menaikkan Tarif elektrik yang membebankan rakyat.

Saya agak terguris dengan mainan pihak pihak tertentu yang mempersendakan apa yang dinyatakan oleh Preiden Parti dalam kempen yang dilakukan sebelum Pilihanraya ke 13 yang lalu. Lihat sahaja gambar dibawah ini dan pastinya kita akan terkesan dengan mesej yang disampaikan.


Jika bukan para perwakilan UMNO yang hadir hari ini untuk membangkitkan pekara ini maka siapa lagi yang diharapkan? Ini lah masanya yang terbaik dalam memastikan beban permasaalahan rakyat dimajukan oleh perwakilan UMNO. Seluruh negara sedang memantau perhimpunan Agung UMNO kali ini. Seluruh rakyat Malaysia mahu melihat apa yang UMNO akan lakukan. Orang Melayu khususnya mahu melihat peranan UMNO yang sebenar dalam perjuangan ini.

Jadi saya mohon kepada para perwakilan UMNO untuk lantang membantah kenaikkan tarif elektrik ini dan juga lantang membawa agenda harapan rakyat Malaysia khusunya Melayu dan Bumiputera. Ini masanya dan ini tempatnya jadi usah dipersiakan harapan seluruh rakyat Malaysia.

UMNO Perlu berani menjadi Juara Rakyat dan bukannya memberikan kelebihan mentadbir negara kepada pihak Pembangkang yang menjadi Juara dalam isu Rakyat.

- Malay Rights

6 comments:

  1. Saban tahun perwakilan umno yg berpidato dgn smngt berkobar2 hanyalah lebih kpd mengipas pemimpin atasan.. takde yg berani bersuara mendedahkan keperitan hidup rakyat dgn kos sara hidup semakin meningkat... apa salahnya sekali sekala kita menghentam pemimpin secara terbuka dlm PAU...

    ReplyDelete
  2. BERANI KE PERWAKILAN DI PERHIMPUNAN UMNO NAIK BANTAH MENGENAI KENAIKAN TARIF LETRIK OLEH TNB......

    BUANG JE LAH SLOGAN "KAMI MENDENGAR" Masaalah Anda Tentang Kos Sara Hidup. TAK ADA ERTI ATAU MAKNA KEPADA RAKYAAT.......

    JANGAN SAMPAI MASA PRU BARU NAK SEDAR ......NANTI TERLAMBAT AKIBAT RAKYAAT YANG KINI SEMAKIN TERSEKSA

    ReplyDelete
  3. Assalam...
    klo perwakilan membaca blog blog blog dan mengambilnyer sebagai suara marhein dan mereka bersuara mmg terrrrbaik lah...pemimpim umno tak kira tertinggi ker terendah ker dah mcm anwar ibrahim dah gayanyew...cakap tak serupa bikin..dah gaya mcm pembelit dah...

    ReplyDelete
  4. http://www.kedahlanie.info/2013/12/jangan-cabar-kesabaran-rakyat-wahai-pm.html?m=1

    ReplyDelete
  5. DATUK YIP KUM FOOK banyak melakukan kejahatan kepada orang di kawasan Kepong, lelaki (Datuk Yip) ini mengganggu ramai isteri orang, membakar Kuil Hindu di Taman Daya, mengeluarkan sami Buddha dari Kuil di Taman Desa Jaya, Kepong, dan menipu wang.

    ENCIK SIMON LOW KOK MENG (Taman Daya) adalah pembantu (CID) Datuk Yip atau abang iparnya, berapa ramai yang memboikot mereka, Banyak sangat masalah di kawasan Kepong, kerana Datuk Yip Pengerusi MCA di Taman Daya, Kepong. . , dia dibayar wang kepada polis dan DBKL untuk mengganggu orang ramai, dan sebagainya

    YIP KUM POH No: 19B, Jalan Sg 1/9, Taman Industri Bolton, 68100 Batu Caves, Selangor Malaysia (pejabat peguam) YIP KUM POH bukan peguam tetapi boleh membuka pejabat peguam, dia adalah adik lelaki Datuk Yip Kum Fook….”MALAYSIA BOLEH”

    Kami tidak senang ketika itu kerana kami berada di bawah kawalan MCA di tempat kami, dan juga Datuk Yip telah digunakan oleh Gangster di kawasan Kepong dan Gombak, kami tidak berharap kepada MCA lagi dan kami adalah kumpulan yang meletak jawatan dari MCA

    Kami telah mendengar, bahawa AGONG MALAYSIA (Sultan Johor, Sultan Ibrahim) telah mengambil kembali (Tarik) GELARAN DATUK (Datuk's title), dan kami akan menulis kepada Agong tentang perkara ini

    DATUK YIP KUM FOOK (Lawyer) tidak fikir orang bodoh dan anda boleh menghina Buddha dan Hindu tetapi tentang Islam, anda dihina jika anda tidak mempunyai tempat tinggal.

    Oleh Ah Keong, Kepong, Kuala Lumpur

    SHARED BY NG & SENG

    ReplyDelete