Majlis Fatwa Kebangsaan pada 19hb lalu mengharamkan Shisha:
"Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan shisha adalah haram.
Keputusan itu dibuat selepas ia bersidang pada Rabu lalu dan dihebahkan melalui satu pengumuman di portal rasmi e-Fatwa hari ini.
Kenyataan itu menyebut keputusan berkenaan dibuat selepas jawatankuasa itu mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan serta meneliti maklumat dan bukti perubatan dari dalam dan luar negara mengenai kesan shisha kepada kesihatan.
"Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa shisha adalah haram. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan shisha," kata kenyataan itu.
Muzakarah itu juga menegaskan bahawa pengharaman shisha adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada Al-Quran dan hadis serta kaedah asas perundangan Islam.
"Shisha jelas memudaratkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji,"
- Bernama
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/majlis-fatwa-kebangsaan-putuskan-shisha-haram-18647?cp
Apa yang dikeluarkan oleh Majlis fatwa Kebangsaan pada pendapat peribadi saya adalah satu pekara yang sebenarnya mempunyai elemen yang tidak tepat serta bertindak secara melulu tanpa membuat penyelidikan yang terperinci apatah lagi memanggil para peniaga Shisha untuk duduk dan mendengar penjelasan mereka.
Dari hasil rakaman temubual dengan para peniaga Shisha pula menjelaskan akan kekecewaan mereka dengan pengharaman ini. Klip Video dibawah ini:
Saya bersetuju dengan luahan para peniaga Shisha sepertimana didalam video diatas. Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan merupakan satu keputusan yang berat sebelah kerana mengharamkan Shisha tanpa membuat sebenar benarnya penyelidikan yang menyeluruh. Shisha dikatakan haram sepertimana Rokok namun Majlis Fatwa Kebangsaan tidak melakukan ujian menyeluruh dan mengetahui apakah benar Shisha mendatangkan kesan yang teruk kepada kesihatan ataupun sebaliknya.
Saya bukanlah pengemar Shisha namun saya melihat usaha Majlis Fatwa Kebangsaan ini tidak lebih kepada menutup periuk nasi peniaga Melayu yang 99% merupakan anak Melayu yang berada di lingkungan umur 20 hingga ke 40 tahun. Bagaimana nasib mereka apabila perniagaan yang selama mana ini memberikan hasil buat tampungan keluarga diharamkan? Apakah Majlis Fatwa Kebangsaan ada mengambil kira pekara tersebut?
Ini yang saya katakan sesuatu tindakan ataupun kenyataan yang tidak berakal panjang. Majlis Fatwa Kebangsaan seharusnya lebih menfokuskan isu kebajikan peniaga terlebih dahulu sebelum membuat apa apa pengharaman. Kesan negatif berhubung pengharaman tersebut akhirnya kini kena pada pihak Kerajaan apabila Menteri Kesihatan mengeluarkan pula kenyataan untuk kuatkuasakan undang undang berhubung pengharaman Shisha.
"Kementerian akan kuatkuasakan undang-undang terhadap penggunaan shisha oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan selepas menerima laporan perubatan dan kesihatan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, buat masa ini, jawatankuasa khas itu masih mengadakan perbincangan dalam mengkaji tahap kemudaratan bahan shisha." - Sinar
Rokok dikatakan haram namun Pengkuatkuasaan ke atas rokok tidak lah juga memberikan kesan. Dan jika Shisha pula selepas ini dikenakan satu pengkuatkuasaan undang undang maka ianya telah melangkaui batas kerana yang hendak dibanteras itu adalah terdiri daripada peniaga Melayu. Apakah pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan tidak ambil peka tentang permasaalahan ini?
Saya berpendapat Majlis fatwa Kebangsaan seharusnya lebih fokus kepada isu Agama yang mana waktu ini semakin ramai umat Islam yang bersekongkol dengan bukan Islam dalam menghina Islam. Sebagai contoh ada dikalangan parti politik yang mengesyorkan kepada rakan politik mereka yang bukan Islam untuk berkempen ke atas umat islam dengan menggunakan ayat Al Quran. Tidak cukup dengan itu ada bukan Islam yang melaungkan Takbir dan kemudiannya disambut oleh umat Islam dengan laungan "Allahhuakhbar". Majlis Fatwa seharusnya lebih serius dalam usaha sebegini berbanding berminat dalam menumpukan isu yang tidak membantu rakyat terutama umat Islam sepertimana mereka mangharamkan Shisha.
Saya juga mengesa agar pihak kerajaan terutamanya Kementerian yang berkaitan dengan perniagaan dan juga belia untuk membantu para peniaga Shisha ini. Satu mekanisma perlu diwujudkan untuk membantu peniaga Shisha ini agar mereka boleh membuka perniagaan lain memandangkan Shisha diharamkan. Kerajaan perlu memandang serius pekara ini kerana kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan Melayu Bumiputera dan nasib peniaga Melayu Bumiputera adalah merupakan tanggungjawap kerajaan yang ada hari ini.
Jangan disekat rezeki peniaga Islam, seharusnya Majlis fatwa Kebangsaan dapat sedar apa kesan dengan menyekat rezeki orang lain.