Bulan Ramadhan lalu kita umat Islam Malaysia dikejutkan dengan penghinaan Agama oleh pasangan kekasih Alvin dan Vivian yang mempersendakan bulan Ramadhan dengan menyuruh kita umat Islam berbuka puasa dengan "Bak Kut Teh" Daging Babi. Malah mereka juga meletakkan tanda Logo Halal di banner mereka itu dengan tujuan jelas memperlekehkan Jabatan Agama Islam. Ramai umat Islam mendesak mereka pasangan ini didakwa dan akhirnya kedua dua mereka didakwa dibawah akta Hasutan.
Pada 1 Syawal lalu kita dikejutkan pula dengan satu lagi penghinaan ke atas umat Islam apabila individu yang bernama Alan Tang membuat satu posting gambar Hidangan Raya iaitu lemang dan ketupat yang mana ditengah tengah hidangan diletakkan pula kepala Babi dengan ayat "Head Rost Pork With Ketupat".
Namun demikian Alan Tang dalam laman FB beliau kemudiannya menafikan bahawa beliau melakukan provokasi agama itu dan membuat laporan Polis di Balai Polis Taman Pelangi Johor dan mendakwa bahawa akaun FB nya telah di Hack oleh seseorang yang juga menggunakan nama beliau untuk mencetuskan Provokasi tersebut.
Benar atau tidak akaun FB beliau di Hack ianya tetap menjadi satu isu yang panas yang mana penghina Agama tidak boleh untuk kita maafkan dan mengambil mudah apa yang mereka lakukan. Alan Tang perlu di soal siasat dan perlu dilakukan penyiasatan yang terperinci memandangkan apa yang keluar dari Profil FB dengan nama Alan Tang merupakan satu kebiadapan yang sungguh melampaui batas apatah lagi diwaktu kita meraikan hari raya Aidilfitri.
Alan Tang Ahli Read Bean Army?
Mengikut dari penilaian saya ke atas akaun FB Alan Tang beliau sebenarnya sudah acap kali melakukan provokasi ke atas pihak Polis dengan posting posting beliau yang terdahulu.Malah Alan Tang ini cukup aktif di laman FB dengan penghinaan ke atas pasukan Polis dan juga kepada kerajaan. Unsur yang ditunjukkan oleh FB Alan Tang ini jelas menunjukkan bahawa beliau merupakan anggota READ BEAN ARMY yang cukup bijak dalam memanipulasi fakta dan juga melakukan teknik penipuan. Dan adalah tidak mustahil jika Alan Tang sendiri yang membuat posting penghinaan ke atas umat Islam itu dan kemudiannya menyatakan bahawa akaun FB nya telah di Hack.
Apa sekalipun kita umat Islam menuntut agar Alan Tang memohon maaf ke atas seluruh umat Islam dan kita juga minta agar Alan Tang didakwa diatas kebiadapan nya menghina umat Islam. Untuk rekod Alan Tang merupakan Setiausaha Adun Stulang Jaya dari parti DAP.


