Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Thursday, 14 November 2013
Amat Wajar Malaysia Boikot Sukan Sea Mayammar
Sami-sami Buddha Radikal mengadakan perarakan pada hari selasa bagi memprotes lawatan OIC untuk melihat sendiri nasib yang menimpa umat Islam Rohingya. Ini menunjukkan kepada masyarakat dunia sikap mereka yang enggan masyarakat antarabangsa mengetahui kisah penyembelihan keatas umat Islam Rohingya yang dilakukan mereka.
Boikot sukan Sea Mayanmar 2013
Saya melihat isu ini perlu untuk pihak kerajaan Malaysia terutamanya Kementerian Belia dan Sukan dibawah Menterinya Yb Khairy Jamaluddin untuk membawa kepada Kabinet agar Kontijen Malaysia tidak menyertai Sukan Sea Mayammar 2013.
Mungkin sukan tidak bearti dalam politik ataupun Agama namun selaku Kerajaan Malaysia yang terang terangan merupakan sebuah kerajaan Islam harus dan wajar untuk memboikot sukan Sea Mayammar ini memadangkan Kerajaan Mayammar melalui etnik Buddha nya sehingga ke hari ini melakukan pembunuhan kejam ke atas umat Islam Rohinghya.
Pandangan saya jelas dalam pekara ini memandangkan Malaysia merupakan sebuah kerajaan yang cukup berpengaruh dalam memberikan satu tamparan kepada Kerajaan Junta Tentera Mayammar berhubung pembunuhan ke atas umat Islam Rohinghya.
- Malay Rights
Thursday, 5 September 2013
Cina Chauvenist Buta Apa Itu Rukun Negara
Sedar atau tidak kita dengan Rukun Negara?
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Sudah lama berlaku bahawa kebanyakkan mereka yang Chauvenist ini tidak mengambil kisah dengan apa yang terkandung dalam Rukun Negara. Malah boleh saya katakan bangsa Chauvenist ini tidak tahu apa itu Rukun Negara. Malah lebih jijik bila kebanyakan Chauvenist ini mencabuli Rukun Negara itu sendiri.
"Kepercayaan Kepada Tuhan" - tidak dihormati oleh puak puak Chauvenist ini bila banyak pekara berlaku yang mana mereka ini menghina Allah SWT.
"Kesetian Kepada Raja Dan Negara" - Semakin menjadi jadi sejak kebelakangan ini yang mana kita sendiri dapat lihat mereka menghina Raja Raja Melayu serta menghina Negara Malaysia tempat lahir mereka.
"Keluhuran Perlembagaan" - Menjadi bahan peperangan mereka puak puak ini dengan cuba menentang apa yang ada termasuk mahu Hak Bumiputera dihapuskan.
"Kedaulatan Undang Undang" - Semakin diperlekehkan oleh puak puak ini seperti mana mereka mempertikaikan keputusan Mahkamah dalam isu "Kalimah Allah". Undang Undang juga dijadikan modal untuk puak puak ini bermain cara halus merosakan minda umat Islam dan bangsa Melayu.
"Kesopanan Dan Kesusilaan" - Tidak lagi puak puak ini bersopan mahupun menghormati sesama rakyat Malaysia apatahlagi menghormati umat Islam mahupun orang Melayu.
Pendek kata segala yang terkandung didalam Rukun Negara tidak diperaktikan oleh bangsa Chauvenist ini dan mereka hanya membakul sampahkan apa yang terkandung didalam Rukun Negara.
Saya mencadangkan agar pihak kerajaan perlu MEWAJIBKAN setiap pusat Ilmu bermula dengan Tadika/ Taska, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan, Jenis Cina, Tamil, Menengah, Pusat awam dan mana mana sahaja lokasi yang merupakan tempat awam untuk meletakan RUKUN NEGARA. Malah adalah wajar dan tidak keterlaluan jika saya katakan setiap premis perniagaan perlu ada Rukun Negara.
Sekurang kurangnya kita memberikan kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sayang dan kasih pada Negara Malaysia yang tercinta ini. Ianya juga boleh mengajar bangsa Chauvenist ini tahu apa itu Rukun Negara.
- Malay Rights
Wednesday, 4 September 2013
Cina Chauvenist Bakar Bendera Malaysia ?
Saya teramat marah dengan apa yang dilakukan oleh seorang bangsa Cina sepertimana didalam gambar diatas. Marahnya saya cukup meluap luap sehinggakan saya menggelarkan lelaki yang membakar bendera Malaysia ini sebagai "BABI".
Namun demikian apa yang telah saya selidiki mendapati gambar diatas merupakan Warganegara Filipina yang tidak puas hati dengan Kerajaan Malaysia.
Abner Afuang, a retired Filipino policeman,
burns a Malaysian flag in front of the National Press Club office in
Manila Wednesday. JAMIE ELONA/INQUIRER.net
Read more: http://globalnation.inquirer.net/67193/retired-filipino-cop-burns-malaysian-flag#ixzz2dqeiR9Bi
- Malay Rights
Monday, 8 July 2013
Yang Wajib Kita Ketahui Hak Istimewa Orang Melayu Malaysia & Singapura
Hak istimewa orang-orang Melayu sebagai penduduk asal Singapura ada di nyatakan dalam perlembagaan negara itu yang menyebut,
(1) Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk sentiasa menjaga kepentingan kaum minoriti dan agama mereka di Singapura.
(2) Kerajaan hendaklah menjalankan fungsinya dengan mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu, yang merupakan orang asal Singapura, dan dengan itu adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melindungi, menjaga, menyokong, memupuk dan menggalakkan , kepentingan politik mereka, pendidikan agama, ekonomi, sosial dan budaya dan bahasa Melayu.”
Dalam konteks kerajaan Malaysia pula, Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera.
Melalui Artikel 152 Perlembagaan Singapura dan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia, hak orang Melayu sebagai penduduk asal dipelihara tanpa mengambilkira sama ada orang Melayu tergolong dalam kumpulan majoriti atau minoriti . Sekiranya di Singapura, sokongan kaum Melayu dilihat kritikal bagi sesebuah parti politik untuk menjadi parti yang memerintah, sebaliknya di Malaysia pula sokongan kaum-kaum minoriti Cina dan India turut memainkan peranan yang sama.
Demi survival politik, parti PAP yang menjadi pemerintah Singapura sekarang dilihat cenderung mempertahankan hak-hak orang Melayu. Peranan PAP ini boleh dilihat apabila NMP Viswa membangkitkan isu supaya hak sama rata diberikan untuk semua kaum dalam satu sesi Parlimen pada tahun 2009.
Walaubagaimanapun isu yang dibangkitkan itu dibidas oleh Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew dengan menyatakan perlembagaan Singapura itu sendiri yang telah menetapkan hak-hak istimewa orang Melayu.
http://www.asiafinest.com/forum/index.php?showtopic=211512
Sebaliknya di Malaysia, gabungan parti-parti pembangkang DAP, PAS dan PKR pula cenderung berbicara tentang soal kesamarataan di antara kaum dan agama. Parti PAS dan PKR yang majoriti ahlinya kaum Melayu pula dilihat boleh bertoleransi dengan konsep Malaysia Malaysian yang menjadi asas perjuangan parti majoriti kaum Cina, DAP.
Sikap toleransi ini mungkin berpunca dari kesedaran bahawa kebarangkalian untuk gabungan DAP, PAS dan PKR mengambil alih pemerintahan negara adalah dengan mendapat sokongan kaum-kaum minoriti di negara ini kerana kaum majoriti Melayu telah terpisah kepada dua blok dari segi sokongan politik.
Walaupun soal hak keistimewaan orang Melayu kerap dipersoalkan oleh kaum-kaum lain di kedua-dua buah negara Malaysia dan Singapura. Asas pembentukan negara dengan memahat kedudukan hak istimewa orang Melayu telah menjadi 'penyelamat' supaya kaum Melayu tidak dipinggirkan di negara sendiri.
Hak istimewa orang Melayu di Singapura tidak sama dengan apa yang kita namakan sebagai 'affirmative action' kerana walaupun Melayu di Singapura adalah golongan minoriti tetapi 'kedudukan istimewa' diberi berdasarkan pengiktirafan yang tertulis dalam perlembagaan negara itu melalui Artikel 152 menghormati hak-hak istimewa orang Melayu sebagai penghuni asal .
Affirmative action' ialah merujuk kaedah yang digunapakai untuk memperbetulkan ketidak seimbangan di antara kumpulan-kumpulan yang berlainan.
Di Malaysia pula hak keistimewaan orang Melayu seperti yang dinyatakan dalam Artikal 153 disokong oleh 'affirmative action' iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan kerajaan selepas peristiwa 13 Mei 1969. DEB diperkenalkan bagi mengecilkan jurang perbezaan ekonomi di antara kaum. Setelah 44 tahun dilaksanakan, DAP merupakan antara parti politik yang lantang membantah supaya dasar ini diteruskan.
Berbeza dengan Malaysia, kerajaan Singapura tidak mempunyai polisi yang serupa untuk kaum Melayu di negara itu . Walaupun hak-hak keistimewaan kaum Melayu Singapura dipertahankan , kerajaan Singapura tidak memperkenalkan mekanisme yang serupa seperti DEB bagi membantu orang Melayu di negara itu terutama dari segi ekonomi . Mereka terpaksa berusaha untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum lain dinegara itu. Namun begitu, masih wujud desakan terhadap kerajaan Singapura supaya hak-hak istimewa ini dimansuhkan.
Melihat kepada perbandingan Malaysia-Singapura berkaitan hak istimewa orang Melayu di kedua-dua buah negara. 'affirmative action' oleh kerajaan memerintah dilihat perlu bagi membolehkan pembahagian kek ekonomi negara tidak dibolot oleh hanya kumpulan tertentu sahaja. Tidak dinafikan 'hak istimewa' kaum Melayu dijamin perlembagaan kedua-dua buah negara namun sekiranya terdapat jurang ekonomi yang luas antara kaum, mereka akan dilihat merempat di tanah air sendiri.
Hal ini boleh dirujuk dengan melihat kembali sejarah sebelum pembentukan DEB di Malaysia. Walaupun 'hak istimewa' Melayu telah dinyatakan dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957, tahap ekonomi kaum Melayu dalam tempoh itu amat menyedihkan kerana 'affirmative action' masih belum dilaksanakan. Legasi yang ditinggalkan penjajah British melalui dasar pecah dan perintah telah mewujudkaan jurang sosio-ekonomi yang luas di antara kaum. Walau pun telah mencapai kemerdekaan, momentum dari dasar yang diperkenalkan itu tetap berterusan sehinggalah berlaku peristiwa 13 Mei.
Dengan peredaran zaman dan peningkatan taraf hidup rakyat di kedua-dua buah negara, generasi muda di Malaysia dan Singapura mungkin 'terlepas pandang' dengan Artikel 152 dalam Perlembagaan Singapura dan Artikel 153 dalam Perlembagaan Malaysia. Menurut penulis blog dari Singapura, Encik Umar Abdul Hamid di dalam blog beliau ;
http://uahmarican.wordpress.com/2013/02/10/why-are-malays-special-in-singapore/
Generasi muda di negara itu mungkin tidak memahami keperluan Artikel 152 , malah mungkin tertanya mengapa ianya perlu dalam satu masyarakat berbilang kaum tanpa terlebih dahulu mengkaji sejarah disebalik penggubalan perlembagaan negara. Generasi muda kaum Melayu khususnya mungkin sudah dibiasakan untuk hidup dalam keadaan tidak 'bertongkat' di negara itu sehingga 'terlupa' tentang Artikel 152 yang termaktub dalam perlembagaan Singapura.
Perkara yang serupa berlaku pada generasi muda di Malaysia. Ada di kalangan muda-mudi bukan bumiputera dengan keras sekali mengkritik Artikel 153 yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia . Kritikan dilemparkan dalam laman media sosial seolah-olah mereka gagal memahami sejarah pembentukan negara ini. Tidak kurang juga kritikan yang dibuat oleh muda-mudi dari kalangan kaum Melayu sendiri.
Tindakan-tindakan sebegini mencerminkan kelemahan penyebaran informasi kenegaraan kepada rakyat. Hasilnya soal-soal berkaitan kenegaraan mulai dilupakan dari satu generasi ke generasi yang lain. Bezanya generasi muda Melayu Singapura ialah mereka telah dibiasakan untuk hidup tanpa 'tongkat' , namun bagi generasi muda Melayu di Malaysia adakah mereka hanya akan 'tersedar' sekiranya 'tongkat' itu dirampas ? - Sumber
Pesanan saya kepada semua orang Melayu "Daftarlah sebagai pengundi kerana setiap undi kita orang Melayu amat beharga"
Subscribe to:
Posts (Atom)





