Thursday 27 February 2014

Usaha terancang Chauvenist hasut kaum India menentang kerajaan


Keharmonian kaum yang dicapai Malaysia nampaknya mendatangkan kesakitan kepada pihak pihak yang tidak senang dengan pekara ini. Cubaan untuk memecahbelahkannya dilihat semakin hari semakin menjadi jadi. Dalang perpecahan keharmonian kaum dimonopoli oleh kaum Cina Chauvenist yang berpaksikan parti Komunis.

Dalam isu terbaru yang mana sebuah portal berita milik Harris Ibrahim seorang aktivis neo komunis cuba untuk mengeruhkan keharmonian kaum di Malaysia yang mana portal berita miliknya rakyat times telah memperlekehkan kaum India sebagai kaum yang di tindas oleh pihak kerajaan Malaysia. Melalui artikel bertajuk BR1Mless apa yang disampaikan adalah satu perbuatan yang tidak melambangkan semangat rakyat Malaysia.



Tindakan sebuah portal berita menyiarkan satu artikel berkenaan kisah sebuah keluarga kononnya warganegara Malaysia yang kesempitan hidup dilihat sebagai satu laporan palsu.

Malah,artikel bertajuk 'Br1MLess' yang disiarkan di portal berita Rakyat Times pada 24 Februari  ini dilihat sebagai satu percubaan untuk memperlekehkan masyarakat India di Malaysia.

Menerusi tinjauan di lokasi kejadian, ianya terbukti bahawa keluarga ini bukan merupakan warganegara Malaysia akan tetapi menetap di Sri Lanka.

Laporan portal pro pembangkang ini juga mendakwa terdapat sebuah keluarga yang tinggal di kawasan setinggan sekitar Jalan Air Panas dekat Setapak terpinggir dari menikmati kemudahan itu berikutan tiada kad pengenalan diri yang sah.


Penulis berkenaan turut menggambarkan kedaifan hidup yang dialami keluarga ini sehinggakan ada di antara seorang anak dari ahli keluarga tersebut tidak bersekolah berikutan kesempitan hidup dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Namun, kebanyakan penduduk sekitar lokasi kejadian menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Menurut seorang penduduk yang menetap hampir 40 tahun di situ yang juga memiliki bengkel membaiki kenderaan, John, 64, beliau menafikan bahawa keluarga terbabit adalah warganegara Malaysia, sebaliknya merupakan pendatang asing dari Sri Lanka. (Lihat video disini) - Rakyat News



Memperlekehkan kaum India Malaysia sedangkan keluarga yang digambarkan sebagai kaum India di Malaysia itu sebenarnya adalah pendatang dari Sri lanka. Bagaimana hendak disalurkan bantuan BR1M kepada pendatang? Ini yang menjadi masaalah kita hari ini apabila dilambakkan dengan berita yang tidak benar dan sahih sepertimana yang dilakukan oleh Haris Ibrahim aktivis Neo Komunis dalam ruangan portal nya Rakyat Times.

Kerajaan sentiasa membantu rakyat Malaysia bukan sahaja melalui BR1M malah ianya merangkumi segenap sudut melalui pemberian subsidi, bantuan keewangan, perniagaan dan juga pertanian. Segala bantuan ini dikhaskan untuk warganegara Malaysia.

Apakah kita perlu untuk menjaga pendatang asing berbanding warga tempatan? Ini yang rakyat Malaysia perlu sedar bahawa pihak pihak seperti Haris Ibrahim ini merupakan pereka layar momokan fitnah dan agen propaganda Komunis Malaya yang didalangi Lim anak beranak.




Hasil semakan mendapati gambar gambar keluarga Sri lanka yang digambarkan sebagai warganegara Malaysia telah dirakamkan pada 3 tahun yang lepas. Gambar tersebut telah diambil oleh seorang Cina Cauvenist dari kolej New Era Kajang bernama Chia Hong. Agenda terancang pihak komunis dalam menghasut kaum India di Malaysia menentang pihak kerajaan.

Ini yang mereka lakukan dalam memastikan rakyat dihidangkan dengan berita yang tidak sahih dan benar agar rakyat bangkit menentang kerajaan yang ada hari ini. Agenda Komunis dilihat semakin menjadi jadi dan adalah satu pekara yang wajib untuk kita bersama menentang mereka ini walaupun ianya hingga membabitkan pertumpahan darah.

Agenda sebegini wajar dikecam oleh seluruh pihak terutama kaum India di Malaysia yang mana ini merupakan satu tindakan yang tidak bermoral memperlekehkan kaum India di malaysia. Adalah biadap sama sekali kaum India Malaysia digambarkan hidup dalam kedaifan sebegini. Pihak pihak berwajib perlu mengambil tindakan undang undang ke atas Haris Ibrahim Neo Komunis kerana menyebarkan berita yang tidak benar.

- Malay Rights




Wednesday 19 February 2014

P. Waythamoorthy Biadap - D.S. Hishammuddin Tun Hussein



Tindakan Pengerusi Barisan  Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), P.  Waythamoorthy yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur hanya kerana tidak memenuhi tuntutan beliau, adalah biadap dan melampaui batas.

Sikap pemimpin Hindraf itu yang cuba menyalahkan kerajaan khususnya Perdana Menteri pada hakikatnya merupakan mainan politik beliau dalam menutup sikapnya yang lebih mementingkan diri sendiri.

Tindakan beliau selaku Timbalan Menteri yang menuntut agar semua bajet kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah kawalannya mencerminkan sikap tamak dan tidak ikhlas beliau dalam memperjuangkan nasib kaum India secara holistik, seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini.

Beliau perlu ingat, ramai lagi pemimpin masyarakat dan pertubuhan NGO di Malaysia yang telah memperjuangkan nasib kira-kira 2 juta kaum India di negara ini. Saya sendiri selaku Ahli Parlimen Sembrong telah banyak membantu kaum India di kawasan saya selama ini.

Selaku Menteri Kabinet dan Naib Presiden UMNO, saya tidak dapat menerima tindakan Waythamoorthy menyerang kembali kerajaan selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri. Keputusan beliau memilih meletakkan jawatan setelah hanya 9 bulan di dalam pentadbiran merupakan satu perbuatan khianat yang ternyata membelakangkan semangat setiakawan dalam kerajaan.

Beliau sendiri tidak pernah datang berjumpa dan berbincang dengan saya dalam hal ini, apatah lagi membentangkan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan atau kebajikan kaum India.

Ternyata, Waythamoorthy masih terpengaruh dengan corak pendekatan politik yang dilakukan oleh Hindraf iaitu melalui desakan dan tekanan. Beliau perlu memahami bahawa corak kepimpinan kerajaan Barisan Nasional sentiasa mengamalkan sikap demokrasi dan toleransi tanpa meminggirkan mana-mana kaum di negara ini.

Peluang berada dalam kabinet kerajaan sepatutnya digunakan sebaik mungkin jika benar-benar beliau ikhlas mahu membantu membela nasib kaum India. Saya yakin majoriti masyarakat India amat menghargai sumbangan Perdana Menteri dan kerajaan BN kepada mereka serta tidak akan terpengaruh dengan pemimpin berfikiran sempit seperti Waythamoorthy.

Kerajaan BN, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab  sejak dulu lagi telah dan sentiasa berusaha membantu membela masyarakat India tanpa mengira fahaman politik mereka.

Sebagai contoh dalam usaha membangun dan meningkatkan jumlah sekolah jenis kebangsaan tamil di negara ini, kerajaan sudah memperuntukkan RM540 juta untuk pembangunan infrastruktur Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil sejak tahun 2009. Ini termasuk peruntukan RM100 juta setiap tahun bagi tahun 2012 dan tahun 2013. Kerajaan juga memperuntukkan peruntukan khas RM20 juta kepada 13 SJKT bagi tujuan pembangunan infrastruktur dan penyelengaraan bangunan pada tahun 2013.

- Dato Sri Hishammuddin Tun Hussein Menteri Pertahanan

Monday 17 February 2014

Teresa Kok suburkan ideologi Komunis


Ternyata menarik apa yang telah dinyatakan oleh kumpulan profesional kaum Cina dalam mengulas isu biadap ahli parlimen Seputeh Yb Teresa Kok melalui klip video Tahun Baru Cina yang dihasilkannya. Sesungguhnya bukan semua masyarakat Cina biadap dan berfikiran sempit seperti parti serpihan komunis DAP. Apa yang telah disampaikan oleh para profesional kaum Cina ini memberikan lagi tekanan kepada Teresa Kok dan juga kepimpinan Dinasti Lim untuk mengambil tindakan ke atas keceluparan dan kebiadapan Teresa Kok MP Seputeh.



Sehingga ke hari ini Teresa Kok serta pelakon lain didalam klip video tersebiut belum lagi membuat sebarang permohonan maaf kepada rakyat Malaysia khusunya Melayu. Tindakan juga dari pihak berkuasa belum lagi membuat apa apa tindakan undang undang walaupun apa yang dizahirkan melalui video tersebut telah menghina orang Melayu dan juga kerajaan Malaysia.

Tindakan perlu diambil ke atas Teresa Kok dan pelakon yang lain agar ianya tidak lagi berulang dimasa akan datang demi memastikan keharmonian kaum di Malaysia terus berjalan dengan baik. Kepimpinan DAP dinasti Lim juga perlu bertanggungjawap atas pekara ini kerana Teresa Kok merupakan pemimpin kanan dalam parti serpihan komunis Malaya itu.

Ideologi Komunis yang berkembang pesat melalui parti DAP perlu dihapuskan agar kaum Cina tidak dihasut untuk bertindak menentang kerajaan sepertimana yang dilakukan oleh Chin Peng Ketua Parti Komunis Malaya sewaktu lalu yang membunuh ratusan orang Melayu dan mendera kaum kaum Cina yang tidak memberikan kerjasama kepada Komunis.

Ideologi Komunis yang disuburkan oleh Teresa Kok ini amat merbahaya kerana jika ideologi ini tidak dibendung akan menyebabkan Malaysia menjadi tidak aman dan tidak mustahil tragedi 13 Mei akan berulang kembali.

- Malay Rights

Thursday 13 February 2014

Sekolah vernakular Melayu mampu hasilkan benih yang baik untuk negara



Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kerajaan memperluaskan kewujudan sekolah vernakular kepada kaum-kaum lain bagi menambahbaik sistem pembelajaran dan perpaduan untuk generasi akan datang.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, sistem sedia ada yang hanya membangunkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) semata-mata dilihat tidak memenuhi hasrat bagi mencapat matlamat dan skop yang lebih luas dalam konteks perpaduan nasional.

"Hari ini kita tidak cukup baik dan jika kita ada sekolah yang berbeza-beza mungkin kita boleh dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai sekolah yang pelbagai bahasa.

"Sekolah yang mempunyai 3 hingga 4 bahasa gagal menyatupadukan rakyat Malaysia jadi kita perlu mewujudkan perspektif baru," 

Beliau merujuk kepada pendirian kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan yang memutuskan untuk mengekalkan sistem sekolah vernakular seiring Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi memartabatkan pendidikan negara.

Pihak kerajaan juga menyalurkan peruntukan tahunan berjumlah RM100 juta  bagi penyelenggaraan dan penambahbaikkan SJKC RM150 juta lagi diluluskan bagi tahun  2013/2014 untuk meningkatkan taraf pendidikan di lebih 300 SJKT seluruh negara. - Rakyat News

Ulasan -

Saya amat bersetuju dengan cadangan dari PPIM berkenaan sekolah vernakular yang mana ianya perlu diperluaskan dan diperbanyakkan lagi. Perpaduan yang ada hari ini dilihat lesu kerana faktor kerakusan pihak Chauvenist dalam menjarah kuasa mahu menolak pentadbiran Melayu. Adalah baik sekolah vernakular ini diperbanyakkan bagi memberikan pembelajaran dan perpaduan kepada anak anak sekolah untuk mereka belajar tentang perpaduan dengan lebih dekat lagi.

Perpaduan kaum di Malaysia merupakan satu pekara penting yang perlu dilakukan memandangkan perpaduan kaum hari ini semakin terhakis dari hari ke hari akibat dari perbezaan politik dan politik perkauman yang dibawa oleh parti serpihak Komunis iaitu DAP.

Gerakan untuk memecahkan perpaduan kaum yang diasaskan oleh parti Komunis Malaya di ketuai Chin Peng nampaknya semakin berjaya hari ini walaupun pengasas PKM telah mati. Lim Kit Siang dan anak beliau Lim Guang Eng serta pemimpin pemimpin Chauvenist Komunis yang lain semakin hari semakin berjaya menghasut kaum Cina untuk menolak perpaduan kaum. Pekara ini dilihat akan menjadi lebih rumit pada masa mendatang jika pihak kerajaan Barisan Nasional tidak melakukan tindakan bagi mengatasinya.

Sekolah Vernakular merupakan satu tindakan yang terbaik di lakukan kerajaan melalui kementerian pendidikan. Adalah lebih baik ianya segera dilakukan bagi memastikan perpaduan antara kaum di Malaysia dapat menolak aliran ideologi komunis di negara Malaysia ini melalui kebangkitan anak anak Melayu yang akan lebih faham erti perjuangan di tanah air sendiri.

Tanah Melayu - Malay Rights


Kebiadapan mereka ini tidak akan di maafkan


Monday 10 February 2014

DAP arah SPRM tutup siasatan salah guna kuasa Teresa Kok RM 1 Billion?




Penyalahguaan kuasa dan korupsi sering dilabelkan ke atas parti kerajaan iaitu Barisan Nasional oleh pihak Pakatan Rakyat terutama parti DAP yang merupakan parti serpihan Komunis Malaya. Agenda parti Komunis Malaya yang berselindung disebalik nama DAP dan beberapa NGO yang membuat serangan dan tuduhan tanpa asas keatas Barisan Nasional begitu hebat sejak di awal penubuhan DAP lagi. Korupsi dan rasuah dimainkan berulang ulang kali oleh parti Komunis Malaya ini untuk menghasut rakyat melihat BN khusunya UMNO parti yang tidak relevan untuk mentadbir Malaysia. Ini agenda Komunis yang akan sentiasa melemparkan persepsi negatif agar mudah untuk mereka melakukan sesuatu dalam matlamat mereka menjarah Malaysia.

Hari ini sebuah blog "DAP INSIDER" mengeluarkan beberapa gambar dokumen yang mana melibatkan akan korupsi dan rasuah salah guna kuasa yang dilakukan oleh Yb Parlimen Seputeh Teresa Kok. Dokumen yang dikeluarkan ini masih lagi belum dijawap oleh kepimpinan parti Komunis dan juga tuan punya badan Yb Teresa Kok.



Chapter 1 : DEVIL IN DISGUISED - WHO IS TERESA KOK


Ternyata pendedahan dokumen salah guna kuasa yang dilampirkan ini membuktikan bahawa parti yang berkuasa tak kira sama ada di pihak kerajaan mahupun Pakatan Rakyat juga tidka bersih dan melakukan Rasuah serta penyelewengan dalam urusan pentadbiran mereka.

Saya harap agar siasatan lanjut keatas Yb Seputeh Teresa Kok dalam dilakukan oleh pihak SPRM. Ini amat penting kerana sudah pasti ada asas berhubung kesalahan yang dilakukan Teresa Kok bekas Adun dan juga Exco kanan di Selangor sebelum pilihanraya umum ke 13 yang lalu.

Yang nyata dalam pekara ini adalah tanah milik Yayasan Negeri Selangor dijadikan sumber utama untuk parti Komunis di Selangor menjarah hasil dan keringat pemimpin Melayu terdahulu.

- Malay Rights

Thursday 6 February 2014

Mahkamah rakyat akan hukum perbuatan jijik Teresa Kok




"Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari bertindak membuat laporan polis setelah mendapat kecaman dan ugutan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dari pelbagai pihak berhubung klip video yang diterbitkannya berjudul 'Onederful Malaysia' bersempena sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

Beliau turut menyenaraikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad sebagai individu yang terlibat dalam melakukan ugutan tersebut.

"Saya turut menerima banyak pesanan teks dan pesanan Whatsapp yang biadap yang mengancam keselamatan saya," katanya kepada wartawan selepas membuat laporan polis di  Balai Polis Tun H S Lee," - Rakyat News


Cukup sadis dengan apa yang dilakukan Teresa Kok ahli parlimen Seputeh semalam yang membuat laporan Polis kerana kehidupan beliau telah diganggu dan diancam oleh pihak pihak yang tidak berpuas hati dengan video tahun baru Cina yang biadap. Teresa Kok seharusnya sedar bahawa apa yang berlaku hari ini adalah berpunca dari kebiadapannya yang membakar jiwa rakyat Malaysia untuk mengecam perbuatan jijik Teresa Kok dalam isu klip video CNY.

Sebenarnya Teresa Kok lah punca semakin hari semakin ramai kaum Cina yang menjadi biadap menghina bangsa lain. Teladan buruk yang ditunjukkan oleh Teresa Kok menjadi ikutan kaum Cina dalam melemparkan serangan dan kenyataan yang biadap dan racis ke atas kaum lain terutamanya Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak.


Bukan sekali Teresa Kok melakukan tindakan biadap malah ianya berlarutan dari tahun ke tahun yang mana setiap kenyataan Teresa Kok pasti mengundang kemarahan rakyat terutamanya orang Melayu.Adakah ini merapatkan lagi perpaduan kaum di Malaysia?

Sedar atau tidak apa yang dilakukan oleh Teresa Kok ini adalah untuk memecah belahkan perpaduan rakyat Malaysia yang mana memberikan moral kepada kaum Cina untuk bersikap biadap kepada pemimpin kerajaan terutamanya orang Melayu. Ini yang dimainkan oleh Teresa Kok dan inilah juga yang menyebabkan perpaduan antara kaum di Malaysia semakin terhakis.

Mahu atau tidak mahu Teresa Kok sudah pun menjadi musuh kepada umat Islam dan Melayu. Tidak akan ada permohonan maaf dari Teresa Kok berhubung video CNY nya dan orang Melayu juga tidak akan memaafkan apa yang telah dilakukannya. Ini akan berterusan sehingga ke satu masa yang mana Teresa Kok menerima penghakiman dari rakyat sendiri.

Majlis peguam yang sudah tidak relevan menyokong tindakan biadap Teresa Kok dan ini menjadikan Teresa Kok seolah olah kebal dari sebarang tindakan undang undang. Kita tidak hairan untuk Teresa Kok mendapat sokongan ataupun perlindungan dari majlis peguam kerana jika undang undang tidak dilaksanakan maka rakyat akan mengambil alih tindakan yang sewajarnya ke atas Teresa Kok.

Melayu harus sedar Teresa Kok adalah parti kepada DAP. Dan sedarlah bahawa DAP itu susur galurnya adalah komunis dan ideologi mereka berterusan untuk memastikan matlamat mereka menguasai Malaysia ini terus berjalan dan hanya pepecahan kaum sahaja dapat membantu DAP menang lebih banyak kerusi di Malaysia ini.


Teresa Kok akan dihukum, cuma belum tahu bila masanya akan tiba.

- Malay Rights


Saturday 1 February 2014

Teresa Kok ahli parlimen Seputeh tanam benih kebencian pada Islam & Melayu



Kebiadapan ahli parlimen Seputeh Teresa Kok cukup mengambarkan betapa racist dan kurang ajar wanita ini. Bukan sekali Teresa Kok menghina umat Islam dan Melayu namun ianya telah diulang ulang semenjak Teresa Kok berkecimpung dalam dunia politik.

Politik kebencian terhadap umat Islam dan Melayu menjadi sandaran untuk Teresa Kok menang pada Pilihanraya yang beliau tandingi. Ini juga menjadikan semakin lama semakin ramai kaum kaum Cina terhasut dengan apa yang dibawa oleh Teresa Kok.

Isu terbaru yang mana Teresa Kok menghina Melayu dalam ucapan video Tahan Baru Cina cukup cukup menaikkan darah rakyat terutama orang Melayu. Tidak pernah berlaku video ucapan tahun Baru Cina yang disampaikan sebegitu rupa menghina Melayu.

Ini jelas mengambarkan sifat sebenar Teresa Kok yang perkauman dan juga menolak perpaduan antara kaum di Malaysia. Teresa Kok perlu untuk diberikan pengajaran diatas kebiadapanya ini dan pihak pihak lain amatlah wajar untuk bertindak bagi memastikan benih benih Teresa Kok ini tidak lagi subur agar Malaysia terus aman tanpa gangguan dari manusia gila seperti Teresa Kok.


Video diatas merupakan bukti betapa biadap dan angkuh ahli parlimen Seputeh ini walaupun Teresa Kok tahu Masjid itu adalah tempat beribadat umat Islam. Kita boleh nilaikan bagaimana sifat Teresa Kok ini dan kita boleh untuk bertindak mengikut kemampuan kita seluruh umat Islam dan Melayu.

Kita tidak perlu untuk menghormati manusia jenis Teresa Kok ini kerana manusia ini punca perpecahan kaum dan menghasut rakyat untuk saling bermusuhan.

- Malay Rights