Showing posts with label Hishammuddin Hussein. Show all posts
Showing posts with label Hishammuddin Hussein. Show all posts

Wednesday, 19 February 2014

P. Waythamoorthy Biadap - D.S. Hishammuddin Tun Hussein



Tindakan Pengerusi Barisan  Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), P.  Waythamoorthy yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur hanya kerana tidak memenuhi tuntutan beliau, adalah biadap dan melampaui batas.

Sikap pemimpin Hindraf itu yang cuba menyalahkan kerajaan khususnya Perdana Menteri pada hakikatnya merupakan mainan politik beliau dalam menutup sikapnya yang lebih mementingkan diri sendiri.

Tindakan beliau selaku Timbalan Menteri yang menuntut agar semua bajet kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah kawalannya mencerminkan sikap tamak dan tidak ikhlas beliau dalam memperjuangkan nasib kaum India secara holistik, seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini.

Beliau perlu ingat, ramai lagi pemimpin masyarakat dan pertubuhan NGO di Malaysia yang telah memperjuangkan nasib kira-kira 2 juta kaum India di negara ini. Saya sendiri selaku Ahli Parlimen Sembrong telah banyak membantu kaum India di kawasan saya selama ini.

Selaku Menteri Kabinet dan Naib Presiden UMNO, saya tidak dapat menerima tindakan Waythamoorthy menyerang kembali kerajaan selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri. Keputusan beliau memilih meletakkan jawatan setelah hanya 9 bulan di dalam pentadbiran merupakan satu perbuatan khianat yang ternyata membelakangkan semangat setiakawan dalam kerajaan.

Beliau sendiri tidak pernah datang berjumpa dan berbincang dengan saya dalam hal ini, apatah lagi membentangkan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan atau kebajikan kaum India.

Ternyata, Waythamoorthy masih terpengaruh dengan corak pendekatan politik yang dilakukan oleh Hindraf iaitu melalui desakan dan tekanan. Beliau perlu memahami bahawa corak kepimpinan kerajaan Barisan Nasional sentiasa mengamalkan sikap demokrasi dan toleransi tanpa meminggirkan mana-mana kaum di negara ini.

Peluang berada dalam kabinet kerajaan sepatutnya digunakan sebaik mungkin jika benar-benar beliau ikhlas mahu membantu membela nasib kaum India. Saya yakin majoriti masyarakat India amat menghargai sumbangan Perdana Menteri dan kerajaan BN kepada mereka serta tidak akan terpengaruh dengan pemimpin berfikiran sempit seperti Waythamoorthy.

Kerajaan BN, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab  sejak dulu lagi telah dan sentiasa berusaha membantu membela masyarakat India tanpa mengira fahaman politik mereka.

Sebagai contoh dalam usaha membangun dan meningkatkan jumlah sekolah jenis kebangsaan tamil di negara ini, kerajaan sudah memperuntukkan RM540 juta untuk pembangunan infrastruktur Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil sejak tahun 2009. Ini termasuk peruntukan RM100 juta setiap tahun bagi tahun 2012 dan tahun 2013. Kerajaan juga memperuntukkan peruntukan khas RM20 juta kepada 13 SJKT bagi tujuan pembangunan infrastruktur dan penyelengaraan bangunan pada tahun 2013.

- Dato Sri Hishammuddin Tun Hussein Menteri Pertahanan

Sunday, 8 December 2013

Hishammuddin Hussein mahu Kor Jurutera Diraja ATM bina jambatan taktikal sementara dikawasan yang dilanda banjir



Kejadian banjir yang menimpa negeri pantai timur terutamanya di Pahang dan Terengganu waktu ini cukup membimbangkan kerana dilaporkan bahawa air bah akan naik kembali walaupun kelmarin dilaporkan telah beransur surut. Banyak jalan utama yang terpaksa ditutup dan tidak kurang pula ada jambatan yang telah runtuh dan memutuskan perhubungan.

Bertindak dari kejadian tersebut Menteri Pertahanan Dato Sri Hishammuddin Hussein yang kini masih dirawat di Hospital telah mengeluarkan arahan kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia ATM untuk menghantar Kor Jurutera Diraja ATM yang pakar dalam pekara ini bagi membina jambatan taktikal sementara bagi menghubungkan kawasan yang terputus agar bantuan yang diperlukan oleh mangsa banjir dapat disalurkan.


Ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengatur gerak anggota dan aset bagi membantu mangsa-mangsa yang terjejas teruk akibat banjir di Pahang, Johor, Terengganu dan Kelantan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tugasan itu telah diselaraskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuk agensi-agensi kerajaan lain.

Sehingga kini, menurut beliau, keseluruhan penglibatan pasukan dan aset ATM di kawasan yang dilanda banjir adalah sebanyak 143 pegawai dan 1,986 anggota lain-lain pangkat.

“Selain itu, Tim Perubatan 3 Batalion Ubat turut digerakkan. Tentera Darat juga sedang bersiap sedia mengatur gerak elemen dari Kor Jurutera Diraja bagi membina sebuah jambatan taktikal di Sungai Limbungan, Kemaman, Terengganu untuk menyambung ke bahagian yang runtuh akibat banjir.

“Ini penting bagi menghubungkan kawasan-kawasan yang terjejas supaya operasi penghantaran bekalan makanan, perubatan dan keperluan lain kepada mangsa dapat dilaksanakan,” 

Terima kasih kepada Menteri Pertahanan Dato Sri Hishammuddin Hussein yang peka dengan pekara ini. Ini kerana untuk membaik pulih jalan yang terputus adalah satu masaalah utama memandangkan pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia belum boleh memasuki kawasan berkenaan kerana banjir masih agi belum surut. Pembinaan jambatan kekal oleh JKR pastinya memakan masa yang lama dan adalah satu keputusan yang tepat dilakukan oleh Dato Sri Hishammuddin mengarahkan Kor Jurutera Diraja membina jambatan Taktikal bagi mengubungkan kawasan yang terputus.

Ini lah sifat bartanggungjawap yang ada pada Dato Sri Hishammuddin Hussein, walaupun masih lagi terlantar di Hospital kesan dari masaalah kesihatan jantungnya beliau peka dengan permasaalahan rakyat Malaysia. Terima kasih Dato Sri Hishammuddin Hussein.

- Malay Rights

Thursday, 5 December 2013

Hishammuddin Hussein Yang Terlalu Kuat Bekerja



Kita semua sudah mengetahui bahawa DS Hishammuddin telah dirawat di hospital dan masih meneruskan prosedur rawatan selepas menjalani prosedur angioplasti


Secara peribadi, saya berpendapat DS Hishammuddin mesti mengambil peluang ini untuk mendapatkan rehat yang secukupnya kerana kita semua boleh melihat bahawa beliau tidak pernah mengambil rehat yang betul selepas melalui pelbagai urusan parti dan kerajaan sejak setahun dua ini.

Contohnya, sebagai Naib Presiden UMNO dan Pengerusi  Jawatankuasa Usul Perhimpunan Agung UMNO 2013, beliau telah bekerja keras 24 jam memastikan usul-usul yang dibawa oleh bahagian-bahagian disusun dengan tertib dan tersusun. 
Hari ini, ahli-ahli UMNO bersidang di PWTC dan mereka barangkali tidak tahu bahawa usul-usul yang dibahaskan sepanjang persidangan nanti telah diuruskan oleh DS Hishammuddin sebelum beliau dirawat di hospital.

Sebelum itu juga, DS Hishammuddin adalah pengerusi yang diberi tanggugjawab oleh Presiden UMNO untuk mengetuai Pindaan Perlembagaan UMNO dalam sistem pemilihan parti baru-baru ini. Jika dahulu, hanya wakil-wakil dari bahagian sahaja yang akan memilih dan mengundi calon-calon Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Ketua Puteri dan Ahli Majlis Tertinggi di PWTC. 

Tetapi bermula Pemilihan UMNO tahun 2013, ahli-ahli di peringkat akar umbi di seluruh negara terbabit memilih dan mengundi calon-calon yang mereka fikirkan boleh membawa tanggungjawab. Inilah pengorbanan yang telah dibawa oleh DS Hishammuddin yang perlu disedari khususnya oleh ahli-ahli UMNO.

Di dalam kerajaan pula, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak turut meminta DS Hishammuddin memangku jawatan Menteri Pengangkutan di samping menjawat Menteri Pengangkutan.

TERLALU KUAT BEKERJA, TIDAK DIDENDANG
Satu perkara yang saya sedari tentang DS Hishammuddin ialah, beliau terlalu kuat bekerja untuk parti, kerajaan dan negara ini. Satu perkara yang saya sedari ialah DS Hishammuddin tidak begitu mengambil berat tentang promosi dirinya di media perdana mahupun media siber. 

Beliau mempunyai kepercayaan yang tinggi kepada semua orang media. Beliau tidak seperti orang lain yang menubuhkan pasukan khas media untuk menjaga reputasi beliau di alam media perdana dan di alam maya.

Jika orang lain akan memanggil team media, baik team bloggers, team akhbar perdana malah pasukan media antarabangsa untuk mewar-warkan reputasi diri mereka. Saya tidak nampak itu kepada DS Hishammuddin, yang saya nampak ialah DS Hishammuddin percaya kepada semua pengamal media baik Berita Harian, Utusan, Malaysiakini, The Malaysian Insider, Harakah Daily, Keadilan Daily, RoketKini, The Star, Nanyang Siang Pau, NST, dan sesiapa sahaja. 

Beliau merelakan berita beliau ditulis dalam bentuk apa sahaja. Tanyalah kepada sesiapa sahaja wartawan, pernahkah mereka dihalau, diterjah atau dimarahi oleh Menteri yang sabar ini?

SARJAN POLIS
Saya teringat kisah datuknya iaitu Dato' Onn Jaafar ketika berucap buat pertama kali semasa proses penubuhan UMNO di Kelab Sultan Sulaiman (1 Mac 1946). 

Ketika beliau berdiri di atas pentas, tetiba datang seorang sarjan polis dari kerajaan penjajah British berdiri di sebelahnya dan beliau bertanya kepadanya, "Apakah kamu datang hendak menangkap saya, jika ya tangkaplah saya!"

Kata sarjan polis itu, "Tidak, saya datang mahu mendengar ucapan tuan, saya mahu bersama-sama dengan perjuangan tuan".

Sebab itu, saya sendiri, saya mahu membantu orang yang ikhlas perjuangannya seperti ini. Mengapa tidak !
 
 
Saya amat bersetuju dengan artikel ini yang mana Dato Sri Hisammuddin Hussein terlalu kuat bekerja sehinggakan soal kesihatan beliau tidak dijaga dengan sebaiknya. Malah saya sendiri cukup kenal cara bekerja D.S. Hisammuddin sehinggakan waktu makan beliau juga hanya akan menjamah makanan yang ringan dan cepat.

Boleh tanya pegawai pegawai D.S. Hishammuddin yang sentiasa bersama beliau. Waktu tengahari kalau D.S. Hishammuddin mahu makan nasi pun payah. Sebaliknya Burger Mac D ataupun Burger King menjadi santapan Naib Presiden UMNO itu.

Komitmen beliau dalam melaksanakan tugas cukup luar biasa apatahlagi dengan waktu ini beliau menjawat jawatan Menteri Pertahanan dan dalam masa yang sama memangku jawatan Menteri Penggangkutan.

Apa pun saya mendoakan agar Dato Sri Hishammuddin Hussein segera sembuh dan dapat terus berkhidmat untuk Negara Malaysia ini. Pengorbanan yang beliau lakukan demi Rakyat Malaysia tidak boleh dipandang sepi kerana susur galurnya itu adalah Darah UMNO Pejuang Melayu tulen.

- Malay Rights.