Syukur atas keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang memutuskan bahawa Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam didalam Bible milik penganut Kristian.
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak Permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan majlis agama Islam dan pihak lain berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.
Permohonan itu didengar oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang
diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan
Datuk Rohana Yusof.
Prosiding rayuan penuh oleh kerajaan dijangka akan diadakan pada 10
September 2013 memandangkan keputusan tersebut dilakukan oleh pihak
mahkamah.
16 Februari 2009 apabila Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan
Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan
kalimah Allah dalam penerbitan gereja iaitu The Herald serta menamakan
Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.
Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan
Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan
kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah, dan kalimah Allah
bukanlah eksklusif kepada agama Islam.
Majalah mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan
kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Malaysia
namun kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan
secara eksklusif oleh orang Islam sahaja.
Saya tidak mahu mengulas lebih dengan keputusan Mahkamah Rayuan ini namun saya berharap agar seluruh umat Islam Malaysia bersyukur dengan keputusan yang baik ini demi perpaduan kita rakyat Malaysia.
Saya juga berharap agar pemimpin Islam yang bernafsu politik seperti di dalam pari PAS dan PKR tidak menggunakan keputusan Mahkamah ini untuk cuba membangkitkan kemarahan umat Islam kerana kita tahu ada pimpinan politik dari parti PAS dan PKR yang menyokong agar Kalimah Allah di gunakan oleh bukan Islam demi tujuan politik songsang mereka.
Sujud Syukur...... Malay Rights

