Showing posts with label PMO. Show all posts
Showing posts with label PMO. Show all posts
Wednesday, 15 January 2014
Najib Razak & anai-anai
Anai-anai ialah serangga sosial yang termasuk dalam order Isoptera. Anai-anai biasanya membuat sarang dalam tanah atau kayu. Anai-anai selalunya merosakkan kayu yang merupakan makanan utamanya. Namun, terdapat banyak spesies anai-anai yang berfaedah dalam ekosistem hutan yang berperanan sebagai penghurai kayu dan daun-daun di permukaan tanah kawasan hutan. Kira-kira 10 peratus daripada anggaran 4,000 spesies (kira-kira 2,600 telah dikenalpasti) merupakan serangga perosak.
Di Malaysia, ada tiga famili anai-anai yang biasa ditemui di negara ini iaitu Kalotermitidae, Rhinotermitidae dan Termitidae. Hanya famili Rhinotermitidae yang menjejaskan ekonomi negara dengan merosakkan tanaman kelapa sawit, bangunan dan sebagainya. Anai-anai jenis perosak ini dapat dibezakan dengan yang lain melalui cecair yang dikeluarkan semasa ia menggigit.
Kitaran hidup anai-anai adalah kompleks kerana ia hidup dalam kasta. Bermula dengan raja dan permaisurinya yang menghasilkan beribu-ribu telur dan menetaskannya. Ribuan anak anai-anai kemudiannya menjadi pekerja, askar atau kadang-kala menjadi kelekatu (anai-anai bersayap).
Kelekatu ini juga dikenali sebagai kasta pembiakan dengan mata yang telah berkembang baik berbanding kasta anai-anai lain. Kelekatu yang bersayap ini juga mempunyai jantina. Kelekatu akan keluar dari sarang dan terbang pada waktu senja terutamanya selepas hari hujan, mencari habitat baru dan kemudiannya menjadi raja dan permaisuri serta membina koloni baru.
Anai-anai pekerja biasanya tidak bersayap, mandul dan buta. Anai-anai askar juga tidak bersayap dan mandul tetapi mempunyai kepala dengan mandibel (bahagian mulut serangga) yang kuat untuk menggigit bagi mempertahankan koloni.
Selain itu, anai-anai peringkat rendah terpaksa bersimbiosis dengan protozoa dan bakteria untuk menghadamkan kayu yang dimakan. Manakala anai-anai peringkat tinggi seperti anai-anai busut menggunakan kultur kulat untuk penghadaman dan pada masa tertentu cendawan busut akan keluar dari sarang anai-anai ini.
Kebanyakan anai-anai makan secara trofalaksis iaitu askar akan memberi pekerja makan, sama ada dari mulut ke mulut atau anus (dubur) ke mulut.
Sumber Wikipedia
Apa yang saya mahu sampaikan disini adalah anai anai di dalam pentadbiran YAB Dato Sri Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia. Anai anai yang ada ini semakin lama semakin kuat menghancurkan kepimpinan YAB Najib Razak kerana mereka belum cukup puas dengan apa yang diperolehi pada PRU 13 yang lalu. Malah kerana takut jawatan mereka hilang mereka sanggup melaporkan pekara yang tidak benar kepada YAB Perdana Menteri. Atas sebab sebab tersebut kecaman demi kecaman diterima YAB PM kita sehingga menjadikan beliau sasaran oleh pihak pembangkang dan juga diperlekehkan oleh rakyat Malaysia.
Pendapat saya cukup mudah, jika mahu menyelamatkan rumah kita maka anai anai ini perlu di hapuskan terlebih dahulu. Menghapus anai anai mempunyai pelbagai cara:
"Rawatan setempat atau dipanggil Spot Treatment ini adalah salah satu kaedah terbaik yang perlu dijalankan pada peringkat awal. Penemuan anai-anai aktif dibeberapa bahagian tertentu perlu dirawat segera dengan racun yang sesuai supaya ia tidak merebak ke bahagian lain.
Kerja-kerja pemeriksaan dan mengesan lokasi anai-anai aktif harus dilakukan dengan lebih teliti. Setelah laluan dan sasaran dikenal pasti, langkah seterusnya ialah jalankan kerja-kerja spot treatment dengan segera supaya semua koloni anai-anai yang membiak dapat dihapuskan sebelum anai-anai tersebut merebak ke kawasan lain. Dengan cara ini ia dapat mengelakan lagi kerosakan harta benda anda daripada serangan makhluk perosak terutamanya anai-anai."
Jadi segala galanya terpulang kepada tuan rumah iaitu YAB Perdana Menteri Malaysia, mahu menyelamatkan rumah beliau perlu berani bertindak dalam melakukan Tranformasi di dalam rumah beliau sendiri iaitu Pejabat Perdana Menteri dan PEMANDU yang mana "Spot Treatment" perlu dilakukan agar pegawai pegawai yang culas dan membohong beliau dalam melaporkan berita sebenar perlu di tamatkan perkhidmatan ataupun di tukar ke tempat lain.
Kita sayang YAB Dato Sri Najib Tun Abdul Razak, kita kagum tranformasi yang beliau lakukan untuk negara. Namun dalam keadaan hari ini beliau YAB PM perlu bertindak sebelum ianya menjadi parah kerana setiap permasaalahan berpunca daripada dalam pentadbiran Dato Sri Najib Razak sendiri iaitu Pejabat Perdana Menteri & PEMANDU
- Malay Rights
Monday, 13 January 2014
Pegawai media Pejabat Perdana Menteri & Pemandu terus menerus menipu Najib Razak
Selepas pilihanraya ke 13 kita dapat lihat UMNO parti Melayu yang mentadbir negara bagaikan layu tak berkesudahan walaupun mereka telah menang pilihanraya umum ke 13. Pihak Pakatan Rakyat yang di dominasi DAP yang tewas semakin garang mengucar kacirkan UMNO terutamanya menjatuhkan kreabiliti Presiden UMNO Dato Sri Najib Tun Abdul Razak.
Semakin hari imej YAB Perdana Menteri semakin di perlekehkan oleh pihak Pakatan Rakyat yang mana beroperasi dengan pelbagai modus operandi antaranya isu kenaikkan harga barang dan juga perbelanjaan tinggi YAB PM. Pekara ini di lihat semakin menjadi jadi apabila YAB PM sendiri tidak mendengar dan mengetahui apa yang berlaku di bawah terutama keluh kesah rakyat dalam peningkatan kos sara hidup.
Imej YAB PM semakin tercalar akibat dari pihak Media Pejabat Perdana Menteri yang di lihat culas ataupun tidak melaporkan pekara yang sebenar tentang laporan yang di perolehi dari rakyat di lapangan dan dalam media sosial. Bertambah parah apabila pegawai PMO yang menjaga Facebook YAB PM telah melakukan satu persatu kesilapan dalam tugas mereka sehinggalah menyebabkan imej YAB PM terus di kecam oleh rakyat terutamanya pelayar Facebook.
Saya di fahamkan pegawai PEMANDU yang telah mengeluarkan kenyataan di Twitter "Former Prime Minister Najib Razak" telah pun di pecat akibat kesilapan yang di lakukan. Satu tindakan yang tepat di buat kerana ianya menjadi bahan tertawa oleh rakyat dan juga menjatuhkan reputasi YAB PM.
Namun demikian pegawai yang menjaga Facebook YAB PM yang telah gagal dalam menjalankan tugas sehingga menyebabkan YAB PM di serang dan di cerca akibat status Facebook pada 2 Januari 2014:
"Alhamdulillah, langkah-langkah pengurangan kos perbelanjaan kerajaan yang saya umumkan Isnin lepas mendapat maklumbalas yang baik dari rakyat." - FB Najib Razak
Kenyataan di atas bukanlah satu kenyataan dari YAB PM sebaliknya pegawai Facebook PMO yang telah mengeluarkan kenyataan tersebut. Status tersebut telah menyebabkan ramai yang masuk meluahkan komen komen yang negaif kepada YAB PM kerana apa yang di nyatakan PM sepertimana di dalam FB tersebut adalah tidak benar dan tepat. Tidak ada maklumbalas positif yang melebihi maklumbalas negatif berhubung status FB tersebut.
Saya ada menyuarakan pekara ini yang mana saya ingin tahu apa tindakan yang di ambil ke atas pegawai yang mengeluarkan kenyataan tersebut. Dan saya mendapat satu maklumbalas yang pada anggapan saya tidak masuk akal dan tidak profesional dari seorang pegawai di Media pejabat Perdana Menteri.
Jadi kita tahulah bahawa media PMO menyatakan ada yang memberikan feedback kepada YAB PM bahawa 11 langkah penjimatan tersebut positif walaupun realitinya yang sebenar ianya adalah negatif dan YAB PM sendiri tidak menerima maklumbalas tersebut. Jika ianya ada Pro dan Kontra maka tidak wajar jika pegawai Facebook YAB PM mengeluarkan kenyataan "Rakyat berpuas hati dengan pengumuman 11 langkah yang di umumkan". Ini tidak ubah seperti sabotaj dari dalam untuk terus menjatuhkan kepimpinan YAB PM kerana PM Najib Razak tidak sebut perkataan tersebut.
Sahabat saya ada mengulas mengenai isu ini :
Jika Edelman yang kendalikan ETP Twitter dah ditamatkan, staf RTM digantung sebab kesilapan dll, kenapa pula mereka yang buat kesalahan di atas masih nak dikekalkan?
Difahamkan Dato Najib tak sebut perkataan di atas. Pihak yang memandai ini difahamkan datang dari satu outfit bawah pejabat yang terletak dalam bangunan warna coklat atas bukit di putrajaya. - klik disini
Benar dan setelah saya membuat semakan mendapati pegawai Facebook yang melakukan kesilapan tersebut belum lagi di ambil sebarang tindakan. Sebaliknya seorang kerani yang tidak terlibat telah di tukarkan ke tempat lain. Mengapa yang bersalah tidak di kenakan sebarang tindakan sebaliknya kerani yang tidak tahu apa apa di tukarkan?
Kita bukan mahu untuk pegawai tersebut di pecat tetapi jika beliau telah gagal dalam melakukan tugas adalah lebih baik menukarkan pegawai tersebut bagi memastikan kesilapan sebegini tidak lagi berlaku di kemudiaan hari. Imej YAB PM menjadi tanggungjawap media di pejabat Perdana Menteri dan Dato Tengku selaku ketua media pejabat PM perlu lebih peka dalam pekara ini kerana rakyat hari ini bukan lagi bodoh berpolitik. Rakyat semakin matang menilai dan membuat hukuman atas apa yang mereka rasakan tidak betul.
Pegawai pejabat Perdana Menteri (PMO) seharusnya memberikan laporan yang betul apa yang di suarakan dari rakyat. Usah lah pegawai PMO menipu YAB PM kita dengan cerita dan angka yang tidak benar kerana akhirnya yang menjadi mangsa adalah YAB PM kita.
- Malay Rights
Monday, 6 January 2014
"Former Prime Minister" - PEMANDU Mahu Najib Razak Berundur?
Amat memalukan Dato Sri Najib Razak dan ianya menjadi bahan ketawa seluruh dunia.
Keculasan pegawai PEMANDU dibawah Dato Sri Idris Jala yang telah mengeluarkan kenyataan bahawa YAB PM Dato Sri Najib Razak "Former Prime Minister" sememangnya satu keceluparan yang tidak sewajarnya dilakukan. Ini menjadi bahan ketawa seluruh dunia dan juga satu hal yang telah memperlekehkan YAB PM Malaysia dimata pandangan umum.
Saya melihat apa yang dikeluarkan oleh PEMANDU itu sebenarnya merupakan cakap cakap dikalangan mereka pegawai di dalam PEMANDU itu sendiri saban hari. Pernah ada pegawai PEMANDU menyatakan bahawa kepimpinan Dato Sri Najib Razak tidak akan kekal lama kerana Najib Razak akan didesak untuk berundur seperti mana yang Pak Lah Perdana Menteri terdahulu alami. Hari ini ianya menjadi kenyataan dengan status Twitter milik PEMANDU dibawah Menterinya Dato Sri Idris Jala.
Apakah PEMANDU boleh dipercayai setelah apa yang berlaku hari ini? Pada saya Dato Sri Najib Razak perlu mengambil tindakan tegas diatas keculasan Dato Sri Idris Jala dan PEMANDU. Pekara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan memecat pegawai PEMANDU yang mengeluarkan kenyataan "Former Prime Minister".
Tindakan kedua yang perlu dilakukan oleh YAB PM adalah dengan melakukan "POST MOTERM" ke atas PEMANDU kerana ianya semakin tidak relevan dengan keadaan Malaysia hari ini. Adalah wajar untuk unit PEMANDU dibawah Dato Sri Idris Jala dimansuhkan dan tugas yang dilakukan diserahkan semula kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU).
Saya melihat semakin meningkat gerakan untuk menjatuhkan kreabiliti YAB Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak waktu ini dan ianya dibuktikan dengan keculasan pegawai pegawai sekeliling YAB PM itu sendiri. Omar Ong, Idris Jala, Media PMO semuanya merupakan pekara yang perlu dilakukan Post Moterm oleh YAB PM. Sabotaj dari dalam semakin menjadi jadi dan ini akan berterusan selagi YAB PM sendiri tidak mengambil tindakan drastik dalam pekara ini.
"Pegawai RTM yang menyiarkan suara sewaktu Timbalan Perdana Menteri berucap secara LIVE di PAU sudah diambil tindakan dan dipecat"
"Artis grafik RTM dipecat ekoran salah caption."
Jadi apa pula tindakan kepada mereka yang telah membuat keculasan ke atas YAB PM ini? Mereka ini wajib dipecat dan ianya perlu dilakukan seberapa segera sebelum sabotaj dari dalam bertambah parah.
- Malay Rights
Thursday, 2 January 2014
Najib Razak Syok Sendiri Bila Terus Ditipu Pegawai Pejabat Perdana Menteri
Sapa yang advise pada PM bahawa rakyat beri maklum balas positif tentang 11 langkah pengurangan kos belanja yang diumumkan kerajaan? Malam ni keluar pulak berita TV3 kod apa yang PM ulas di FB. Apa tak sedar ke komen komen semua sejak pengumuman 11 langkah ni 80% rakyat kutuk pelaksanaan tersebut? Pemimpin dan ahli UMNO dan Bn sendiri pun jelek dengan 11 langkah itu dan boleh lihat luahan mereka tu semua.
Pegawai PMO bantu ke tidak bagi penjelasan yang sebenar kepada PM keluhan rakyat dibawah? PM masih lagi syok sendiri akibat pegawai PMO tidak melaporkan pekara yang sebenar. Siapa yang bagi cadangan pada PM untuk buat kenyataan ni? Ada sabotaj ke dari dalam PMO untuk menjatuhkan kreabiliti PM Dato Sri Najib?
Rakyat kat bawah memperli 11 langkah yang diumumkan tempoh hari. 11 langkah yang diumumkan PM tempoh hari mendatangkan mual kepada rakyat kerana bukan itu yang rakyat mahukan sebaliknya isu poket mereka yang mereka mahu dengar. Apakah PM dimomokkan oleh pegawai PMO sehingga tidak mengetahui luahan rakyat yang sebenar dibawah ini?
Tolong lah PM kita tu, tolong bagi nasihat dan suara rakyat dibawah yang sebenar. Jangan tipu PM kita. Bantu PM dengan menyatakan pekara sebenar bukannya membohong dan ambil culas isu rakyat.Cukup cukup guna angka 11 tu nak bodek PM. Pak Lah dulu pasal angka 13 lah tersungkur. Rakyat dah taknak terima benda benda merepek ni. Rakyat nak PM cakap apa yang PM dah janjikan.
"Kami mendengar masaalah anda tentang kos sara hidup" - Najib Razak kempen PRU13.
Saya yakin ada yang cuba sabotaj PM dari dalam agar rakyat semakin meluat dengan kepimpinan YAB PM Dato Sri Najib Razak sepertimana yang berlaku kepada PM terdahulu Pak Lah. Tranformasi perlu segera dilakukan PM dalam pekara ini bermula daripada pejabat Perdana Menteri terlebih dahulu.
Thursday, 19 December 2013
Pejabat Perdana Menteri Gagal
Satu persatu persepsi timbul mengenai harga barang dan juga coz sara hidup yang bakal naik tahun hadapan. Ada yang disampaikan adalah benar manakala ada juga yang merupakan propaganda pihak pembangkang. Saya melihat ini menjadikan BN tidak popular dan membuatkan rakyat memberontak. Malah sudah ada desakan dari pihak pihak meminta YAB PM Dato Sri Najib Razak meletakkan jawatan.
Tak nafikan YAB PM Najib Razak sedang melakukan Tranformasi ekonomi untuk negara memandangkan US dan Eropah sudah merudum jatuh ekonomi mereka. Negara ASIA perlu mengambil peluang ini dengan membuat anjakan ekonomi agar kukuh dan menjamin negara serta rakyat untuk 3 tahun akan datang. Ini usaha Najib Razak dalam memastikan negara tidak mengalami kemelesetan ekonomi.
Masaalah nya sekarang adalah KEGAGALAN Strategi dan juga penerangan dari pihak Pejabat Perdana Menteri. PMO gagal merangka strategi penerangan yang berkesan kepada rakyat malah mereka dilihat tidak mengambil kisah apa yang dibualkan dikalangan rakyat mengenai kos sara hidup.
Saya yakin jika strategi dan juga penerangan yang berkesan maka rakyat akan faham sesuatu tujuan yang dilakukan bagi mengukuhkan ekonomi negara. Ini yang GAGAL dilakukan PMO dan ini yang sepatutnya YAB PM Najib Razak tahu. Maklumat mengenai apa yang berlaku dibawah tidak sampai kepada YAB PM Najib Razak kerana PMO tidak melaporkan keresahan rakyat dan suara rakyat yang memberontak ketika ini.
Strategi dan penerangan dari Pejabat Perdana Menteri GAGAL dan adalah patut mereka yang terlibat ini meletakkan jawatan bagi digantikan dengan individu yang lebih berkelayakan dan juga bukan orang yang "YES BOSS". Ini sepatutnya dan bukan YAB PM Najib Razak yang perlu didesak untuk meletakkan jawatan.
YAB PM Najib Razak perlu dimaklumkan pekara yang betul mengenai kos hidup rakyat agar beliau tidak Syok Sendiri dengan apa yang beliau lakukan waktu ini mengumumkan pelaburan berbilion bilion ringgit kerana rakyat dibawah tidak faham pelaburan berbilion ini melainkan poket mereka dalam meneruskan hidup dibumi sendiri.
Siapa yang sepatutnya merangka strategi dan menyampaikan penerangan yang berkesan kepada YAB PM dan Rakyat? Siapa mereka ini? Adakah mereka ini sedang melakukan sabotaj kepada YAB PM Najib Razak?
- Azri Malay Rights
Subscribe to:
Posts (Atom)






