Showing posts with label PRK Kuala Besut. Show all posts
Showing posts with label PRK Kuala Besut. Show all posts

Friday, 26 July 2013

"DAP Anti Islam" Buktikan Pengundi Melayu Kuala Besut Menolak PAS

Lim Kit Siang DAP & Mustapha Ali PAS

Keputusan penuh pilihanraya kecil Dun N01 Kuala Besut antara parti Melayu UMNO dan parti Melayu PAS menjadi kemenangan calon UMNO Tengku Zaihan dengan majoriti sebanyak 2592 undi. Kemenangan calon UMNO itu juga yang bertanding atas tiket Barisan Nasional itu juga menafikan kekuatan PAS apabila UMNO menang kesemua saluran pusat pembuangan undi termasuk 2 PDM yang sebelum ini merupakan kubu kuat PAS.

Saya berkesempatan hadir pada kempen pilihanraya kecil Kuala Besut ini dan disini saya mahu kongsikan pandangan saya akan keputusan Pilihanraya kecil yang telah memihak kepada Barisan Nasional melalui calon dari UMNO.

Che Long & Abe Ku

Sejak dari hari penamaan calon saya melihat rata rata penduduk di Kuala Besut tidak berasa selesa dengan pengumuman calon yang bertanding kerana kedua dua calon merupakan individu yang dikenali oleh penduduk sekitar Kuala Besut. Penduduk seakan tidak boleh menampakkan sokongan mereka sama ada mahu memilih calon PAS Che Long ataupun calon BN Abe Ku. Kedua dua parti yang bertanding memperlihatkan kempen yang sederhana dan cukup tertib melainkan apabila disaat saat akhir kempen apabila kem PAS bertindak diluar batasan dengan memainkan isu UMNO menyebarkan SMS Fitnah dan ada yang sudah mula menyerang calon Barisan Nasional. Pekara ini dilihat memberikan keuntungan kepada calon Barisan Nasional memandangkan BN berterusan dengan kempen sederhana dan berhemah.

Yb Dato Sri Shabery Cheek

Yb Khairy Jamaluddin

Sikap berhemah pemimpin Barisan Nasional dalam berkempen pada PRK Kuala Besut ini juga merupakan elemen yang penting kerana rakyat Kuala Besut dapat melihat corak kempen kesederhanaan yang digerakkan oleh pemimpin BN tanpa sikap angkuh dan sombong. Ini juga sedikit sebanyak telah menawan hati para penyokong PAS itu sendiri dalam menilai kempen bersih BN berbanding PAS yang lebih banyak membawa ayam tambatan penceramah dari luar seperti Hussam Musa, Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Mahfuz Omar, Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan yang lain menghina kepimpinan UMNO dengan bermacam rekayasa berbanding fakta dan kebenaran.

Slogan 16-16 yang dimainkan oleh PAS sebenarnya merupakan ketakutan buat penduduk Kuala Besut ekoran sejarah pentadbiran PAS pada penggal 1999 hingga 2004 telah menyebabkan rakyat menderita akibat kerakusan pertelagahan politik yang berlaku. Dengan 16 kerusi PAS dan 16 kerusi UMNO akan menjadikan negeri Terengganu tidak stabil dan memberikan impak yang buruk kepada seluruh rakyat negeri Terengganu. Rata rata pengundi yang saya temui menolak kerajaan perpaduan yang dimainkan PAS kerana mereka sedar agenda PAS yang sebenar bukanlah mahu membantu rakyat sebaliknya terus berperang dalam politik jika 16-16 menjadi realiti.

Yb TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin, YB Dato Sri Idris Jusoh
dan Yb Menteri Besar Dato Sri Ahmad Said

Saya juga tidak menafikan bahawa kempen Barisan Nasional yang cukup tertib dan juga pengaruh Dato Sri Idris Jusoh memastikan kemenangan Barisan Nasional pada PRK kali ini. Namun selepas berakhirnya keputusan Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu ramai orang Melayu yang telah membuka mata sedar bahawa PAS hanyalah tunggangan kepada Cina Couvenis DAP dan mereka sendiri dapat melihat bagaimana Tsunami Cina yang menolak kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin orang Melayu kerana Cina Couvenis DAP mahu menerajui Malaysia ini. Malah keputusan PRU13 lalu juga cukup jelas menyaksikan bahawa parti DAP yang menjadi dominan kepada team Pakatan Rakyat dengan meletakkan PAS tercorot dalam gabungan mereka.

Ini semua memberikan kesedaran kepada orang Melayu agar tidak memberikan undi buat PAS kerana gabungan PAS dan Cina Couvenis DAP merugikan Islam dan juga orang Melayu itu sendiri. Malah penduduk di Kuala Besut ini juga tahu jika memberikan peluang buat PAS menang PRK kali ini adalah tidak mustahil PAS akan membentangkan karpet merah mengalu alukan DAP untu bertapak di negeri Terengganu.

Saya ada membuat beberapa tinjauan untuk mengetahui mood pengundi di Dun Kuala Besut dan satu pekara yang amat menarik untuk dikongsi adalah kebanyakan mereka merasa sangsi dengan PAS yang masih kekal berkerjasama dengan DAP. Ada penduduk Kuala Besut turut mempertikaikan kedatangan Lim Kit Siang pada hari penamaan calon yang pada mereka merupakan satu pengiktirafan kepada parti DAP untuk masuk ke kawasan Melayu sedangkan Lim Kit Siang sendiri tidak pernah menerima Melayu sebagai penduduk asal Malaysia ini.

Lim Kit Siang DAP yang Anti Islam

Bertitik dari situ saya membuka ruang dengan lebih jauh bertanyakan kepada penduduk Kuala Besut mengenai peranan PAS yang bekerjasama dengan DAP. "DAP anti Islam" itu yang diluahkan oleh penduduk sekitar Kuala Besut. Ternyata penduduk Kuala Besut tahu siapa parti DAP dan matlamat parti DAP yang cukup terang dan jelas anti Islam dan juga Melayu.

Saya tidak pasti sama ada ada jentera kempen Barisan Nasional yang memberikan pemahaman kepada pengundi untuk tidak memilih PAS pada PRK ini kerana menjalinkan hubungan dengan DAP. Namun apa yang dizahirkan oleh penduduk Kuala Besut cukup jelas bahawa mereka tidak dapat menerima DAP dan juga sekutu kepada parti DAP itu. Penduduk di Kuala Besut melihat bahawa PAS bukanlah dominan kepada Pakatan Rakyat sebaliknya hanyalah parti yang menagih simpati daripada DAP iaitu undi Kaum Cina Couvenis.


Pendek kata rata rata orang Melayu sebenarnya telah bangkit dari lena bahawa bangsa Cina Couvenis dahagakan kuasa dan hanya kemenangan UMNO sahaja mampu mempertahankan hak orang Melayu dari hilang dibumi sendiri. Pengundi di Dun Kuala Besut telah memberikan signal kepada seluruh orang Melayu dan Bumiputera untuk menolak Pakatan Rakyat. PAS yang selama ini menyatakan mereka Islamik ditolak oleh pengundi Kuala Besut bagi memberikan ingatan kepada pemimpin PAS bahawa Islam itu tidak boleh dilacurkan apatah lagi Kalimah Allah digadai kepada penganut Kristian.

Mungkin ada yang menyangkal apa yang saya nyatakan ini namun kepada yang berkenaan sila berfikir secara waras. Jika PAS relevan kepada orang Islam dan Melayu mengapa PAS tewas disemua Pusat pembuangan undi (PDM)? Mengapa kubu kuat mereka iaitu di Bukit Puteri dan Kampung Nagka juga tewas? Jika ahli PAS menyokong mereka sudah pasti beberapa PDM dimenangi PAS namun mesej jelas yang PAS harus sedar bahawa ahli PAS sendiri menolak parti PAS itu kerana hubungan rapat mereka dengan parti Cina Couvenis DAP.


Tepuk dada tanya selera dimana asas dan perjuangan PAS yang sebenar. Apakah PAS masih lagi relevan memperjuangkan Islam sedangkan PAS bersekutu dengan parti Cina Couvenis yang anti Islam? Dimana moral PAS apabila menolak sesama Islam iaitu UMNO dan menerima Kafir DAP sebagai rakan seperjuangan? Siapa sebenarnya yang bersungguh sungguh mahu menjatuhkan kerajaan Islam yang ada hari ini bersekongkol dengan parti Ultra Kristian yan anti Islam?

1 Undi PAS = 1 Undi DAP



Tuesday, 16 July 2013

Dokumen Syarikat Milik Calon PAS Berkait Rapat Dengan Hussam Musa



Bicara soal Melayu tidak pernah lengkap tanpa adanya perdebatan sama ada siapa Islam dan siapa bukan Islam. Tidak cukup berdebat soal agama kita dihujani pula dengan lolongan satu pihak yang menyatakan mereka perjuangkan Islam dan tidak perlu untuk membela Melayu. Ditambah pula dengan sikap hipokrit mereka dalam Keronisme dan berpuak puak menjadikan saya letih dengan sikap puak Melayu sebegini.

Artikel ini bukan saya mahu menjatuhkan ekonomi seorang peniaga Melayu tetapi apabila beliau masuk ke gelanggang politik dengan melakukan penipuan serta menyerang Melayu yang satu lagi maka menjadi kewajipan saya dalam menjelaskan keadaan sebenar agar pembaca terutamanya orang Melayu mampu menilai pekara ini dengan adil dan bijaksana.

Calon PAS bagi pilihanraya kecil Kuala Besut sebelum ini menyatakan bahawa beliau sememangnya tidak berminat untuk menjadi calon. Namun pucuk pimpinan PAS meletakkan beliau sebagai calon bagi PRK Kuala Besut dengan bermodalkan Che Long adalah anak tempatan dan bukan orang yang korup serta mampu menjaga kebajikan rakyat Kuala Besut.

Bila bercakap soal menjaga Kebajikan ini maka saya merasakan calon PAS iaitu Che Long bukanlah satu pilihan yang bijak oleh para pengundi Dun Kuala Besut kerana latar belakang beliau yang berkelulusan SPM dan tidak pernah berkhidmat untuk rakyat melainkan amat sibuk dengan syarikat yang beliau miliki iaitu syarikat Kontraktor kelas A.

Sebagai permulaan saya agak terkejut dengan latar belakang calon PAS kerana walaupun beliau berkelulusan SPM namun mampu memiliki lesen Kontraktor kelas A yang bukanlah sesuatu pekara yang mudah untuk dimiliki oleh rakyat apatah lagi dengan kelulusan beliau setakat SPM. Namun saya berfikiran positif bahawa kerajaan yang ada hari ini telah banyak membantu ramai Kontraktor yang ada sehinggakan yang berkelulusan SPM diberikan lesen Kontraktor kelas A.

Seorang rakan saya dari Kota Bharu mengirimkan kepada saya beberapa lampiran dokumen Syarikat milik calon PAS yang bertanding. Apabila saya selidiki status syarikat tersebut saya agak sangsi dengan matlamat yang didendangkan oleh PAS dalam kempen PRK mereka kerana calon PAS iaitu Che Long merupakan Kontraktor kelas A yang amat sibuk menjalankan perniagaan nya di Kelantan dan tidak nampak kebarangkalian untuk calon PAS menjaga serta membela rakyat Kuala Besut andaikata beliau menang PRK ini.

Dibawah ini saya sertakan dokumen pemilikan syarikat Che Long untuk anda semua lihat:







klik imej untuk lebih jelas

Agak menarik untuk diperkatakan bahawa syarikat Calon PAS ini didaftarkan di Kelantan dan bukannya di Terengganu. Atas sebab apa syarikat tersebut didaftarkan di Kelantan saya tidak pasti namun saya berfikiran positif berkemungkinan jarak Besut dan Kota Bharu yang sekitar sejam berbanding Kuala Terengganu mungkin menyebabkan calon PAS mendaftarkan syarikat beliau di Kota Bharu Kelantan.

Namun ada sedikit kesangsian yang saya lihat dengan cerita awal yang saya dengar tentang penglibatan Pengarah kempen PRK Kuala Besut iaitu Dato Haji Hussam Musa dengan calon PAS Endut @ Azlan Bin Yusof.

Mengikut dari sumber sebuah Blog KLIK DISINI calon PAS merupakan kenalan rapat kepada Hussam Musa pengarah PRK PAS untuk Kuala Besut. Dari cerita yang timbul itu juga ada pengakuan dari pihak pihak dari Kota Bharu yang menyatakan bahawa Endut @ Azlan Bin Yusof ada berjumpa dengan Hussam Musa di Kota Bharu sebelum lagi pilihanraya kecil ini diadakan.

Didalam lampiran dokumen syarikat calon PAS ini juga saya melihat satu nama "Mahadi Bin Yusof yang beralamat di Lot 395 Seksyen 65, Kampung Kota, Salor 15100 Kota Bharu Kelantan". Individu ini merupakan Secretary didalam syarikat milik calon PAS.

Sama ada kebetulan ataupun sebaliknya syarikat milik calon PAS yang dikatakan mempunyai kaitan rapat mendapat projek dari Kerajaan PAS Kelantan ini telah didaftarkan oleh seorang Secretary yang berasal dari tempat yang sama lahirnya Datuk Paduka Haji Hussam Musa bekas Exco Kerajaan Negeri Kelantan penggal lalu. Hussam Musa lahir di Kampung Kota Salor yang mana sama dengan secretary syarikat calon PAS bagi PRK Dun Kuala Besut.

Keronisme seringkali kita dengar walau dimana mana sekalipun. Namun yang sering kita dengar adalah Keronisme yang dikatakan oleh pihak pembangkang kepada kerajaan Barisan Nasional. Apakah benar hanya Kerajaan Barisan Nasional sahaja yang mengamalkan keronisme? Bagaimana dengan Pakatan Rakyat? PAS,DAP dan PKR?

Saya yakin dan amat pasti bahawa calon PAS yang bertanding di PRK Kuala Besut adalah seorang Kontraktor kelas A yang hanya diguna pakai namanya untuk kepentingan individu tertentu dalam kepimpinan PAS pusat. Tidak perlu saya bercakap mengenai pekara ini lagi kerana anda yang membaca dan pastinya boleh berfikir dengan bijak mengenai pekara ini.

Nasihat saya kepada calon PAS Kuala Besut dan juga kepimpinan PAS agar usah memburuk burukkan pihak lain terutamanya kita yang sesama Islam dan Melayu ini. Jika masuk bertanding pada PRK Kuala Besut maka bertandinglah dengan bijak dan hentikanlah penipuan serta pembohongan yang diselitkan nada fitnah apatah lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Calon UMNO juga Islam/ Melayu, calon PAS juga Islam/Melayu jadi bersainglah dengan cara sihat agar tidak keji mengkeji antara satu sama lain dalam pilihanraya kecil Kuala Besut.