Monday 30 December 2013

Ancaman Bom Pada Malam 31 Disember Perlu Diambil Serius Oleh Semua Pihak



Ancaman keselamatan Negara semakin hari semakin menjadi jadi, ini satu pekara yang tidak baik untuk ekonomi negara memandangkan ancaman ancaman sebegini menjejaskan reputasi Malaysia sebagai sebuah negara aman dengan rakyat yang berbilang kaum.

Isu terbaru yang mana emel dari seorang bernama Rahim Ghouse dihantar kepada Ahli Parlimen Pandan YB Rafizi Ramli yang memaklumkan penyediaan BOM amat merbahaya dan boleh dikategorikan sebagai satu ancaman yang perlu diambil serius oleh pihak keselamatan negara terutamanya pihak Polis.

Memetik sumber blog Unspinner:



"Nombor handphone dan email semua ngam.

Samada betul atau tidak, Unspinners nasihatkan kepada anak-anak muda supaya tak payah pergi ke perhimpunan haram tersebut. Pasti kecuh ...

Tiada perhimpunan yang tak kecuh.

SOP mereka ada untuk salahkan SB di atas sebarang kekecuhan.

Hakikatnya mereka mahukan kecuh supaya cepat tersebar luas oleh cybertrooper mereka dan boleh terhebahkan satu dunia.

Pasti media-media asing akan memberi liputan. Bab huru hara memang media asing suka. Lagi ada mati, cedera dan harta awam rosak lagi mereka suka."


Sama ada emel tersebut benar tulin ataupun sahih telah dihantar kepada YB Rafizi Ramli hanya pihak berwajib sahaja yang boleh mengesahkannya. Malah YB Rafizi Ramli sendiri boleh membuat pengakuan sama ada benar beliau menerima emel tersebut dari Rahim Ghouse ataupun sebaliknya. Malah adalah amat wajar untuk YB Rafizi Ramli menjelaskan kepada rakyat siapa Rahim Ghouse pengirim emel tersebut. (Rahim Ghouse)


Semalam YB Rafizi Ramli dipanggil pihak Polis bagi membantu siasatan berhubung emel tersebut, dan dari apa yang saya lihat melalui kenyataan kenyataan Rafizi Ramli beliau menafikan emel BOM tersebut dan menyatakan ianya adalah satu propaganda dari Blogger UMNO dan Utusan Malaysia. Ini satu jawapan yang pada saya lebih kepada bentuk provokasi dengan menyalahkan pihak lain kerana YB Rafizi Ramli sendiri seharusnya membantu pihak PDRM bagi menyiasat adakah emel tersebut benar dan tulen berbanding menyalahkan pihak lain.

YB Rafizi Ramli sendiri boleh membersihkan nama beliau dengan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia SKMM. Saya percaya pihak SKMM akan membantu YB Rafizi Ramli dalam pekara ini kerana SKMM pastinya boleh mengesah sama ada emel tersebut tulen dan diterima oleh Rafizi Ramli ataupun sebaliknya. Kerana jika emel tersebut dipadam sekalipun ianya tetap boleh dikesan oleh pihak SKMM.

Sama ada YB Rafizi Ramli dianiaya ataupun tidak hanya beliau boleh memberikan jawapan sebenar kepada pihak berwajib PIDRM dan SKMM.

Pendapat saya sebagai seorang warganegara Malaysia yang waras sudah pasti saya mengambil serius emel tersebut kerana apa yang terkandung didalam emel tersebut adalah satu ancaman yang boleh diterima pakai oleh akal dan kewarasan. "PANIK" dan itulah yang cuba diterjemahkan melalui emel tersebut kerana apabila Bom bom tersebut meletup maka ianya akan mewujudkan rasa panik rakyat yang hadir pada malam tersebut.

Kehebatan media sosial tidak dapat dinafikan dan adalah tepat jika saya nyatakan peluang dan ruang akan diambil sebaik mungkin untuk memastikan suasana panik akan disebarkan secara meluas melalui rangkaian media sosial. Dan adalah tidak mustahil akan ada individu individu yang cedera daripada serpihan bom tersebut dan ianya menjadi semakin rancak sehingga berjaya menarik perhatian rakyat dan juga media antarabangsa.

Jika benar ianya berlaku sudah pasti seluruh dunia akan melihat Malaysia sebuah negara yang tidak selamat dan ini menjadikan kuasa asing akan lebih mudah untuk masuk campur ke dalam negara melakukan lebih lagi daripada pengeboman tersebut.

Harapan saya sebagai rakyat Malaysia adalah meminta kepada rakyat untuk tidak turun ke Dataran Merdeka pada 31hb Disember ini bagi mengelakkan sebarang insiden yang buruk berlaku. Banyak lagi tempat lain yang boleh dikunjung oleh rakyat Malaysia selain daripada Dataran Merdeka.

Kita harus ingat kuasa asing sentiasa mahukan Malaysia dalam keadaan yang huru hara agar mereka senang untuk melakukan penindasan sepertimana yang berlaku kepada negara negara lain terutamanya negara Islam di dunia.

- Malay Rights



Friday 27 December 2013

Keculasan Pegawai Atasan PDRM Menjadi Barua Chauvenist Beri Kesan Kepada Anggota Pangkat Rendah



Maruah pihak Polis semakin lama semakin dipijak pijak oleh puak puak Chauvenist ini. Semenjak 2008 semakin berani mereka Chauvenist ini bertindak biadap ke atas pasukan keselamatan terutamanya pihak PDRM. Gambar diatas merupakan kejadian yang terbaru berlaku di Pulau Pinang pada malam perayaan Krismas. Kenderaan Polis dijadikan mangsa oleh Chauvenist ini sehingga melakukan kerosakkan keatas kenderaan pasukan keselamatan itu.

Saya melihat kebiadapan ini semakin menjadi jadi dan pasukan Polis menjadi sasaran puak puak Chauvenist ini. Mengapa ini berlaku berulang ulang?

Tidak dinafikan pihak Polis sendiri juga perlu dipersalahkan kerana tidak mencerminkan peranan sebagai penguatkuasa undang undang. Sudah acap kali mereka Chauvenist ini melakukan kebiadapan dan sehingga ke hari ini yang kita ketahui hanyalah tangkapan dan pendakwaan dilakukan dan tidak ada susulan dari kejadian kejadian yang berlaku.

Saya amat mengharapkan agar pihak PDRM lebih drastik dalam menyedarkan puak puak Chauvenist ini. Tindakan wajar yang perlu dilakukan oleh PDRM bagi menyedarkan puak puak Chauvenist ini adalah tidak menjadi barua kepada mereka terutamanya ketua ketua perniagaan haram. Pihak kepimpinan PDRM di Bukit Aman mengetahui setiap kejadian yang berlaku ini dan adalah kewajipan mereka untuk menghentikannya agar anggota dan pegawai dibawahan tidak menjadi mangsa kebiadapan puak puak Chauvenist ini.

PDRM seharusnya sedar dengan menjadikan diri mereka barua kepada tauke tauke Cina perniagaan haram ini ianya membuatkan Chauvenist besar kepala dan tidka hormat kepada PDRM itu sendiri. Maruah PDRM dipijak pijak oleh Chauvenist ini hasil daripada kepimpinan PDRM diatas yang sanggup menggadaikan diri menjadi barua Chauvenist haram.


Pegawai dan anggota dibawah yang menerima kesan dari apa yang telah digadaikan oleh kepimpinan atasan PDRM.

- Malay Rights








Monday 23 December 2013

Presiden MCA Liow Tiong Lai Kekal Pendirian Parti Itu Menolak Semua Jawatan Kabinet Dalam Kerajaan




Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ketua MCA yang baru Dato Sri Liow Tiong Lai. Pertama sekali syabas kerana telah memenangi jawatan Presiden MCA pada hari Sabtu lalu. Yang keduaanya kerana janji beliau kepada YAB Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak pada hari Ahad lepas sehari selepas kemenangan yang mana beliau berpegang kepada suara akar umbi MCA yang menolak sebarang jawatan didalam kabinet kerajaan hari ini. Syabas dan tahniah atas semangat "Janji Ditepati" oleh Presiden MCA.

Saya mengambil positif pekara ini memandangkan pada EGM MCA Oktober yang lalu melalui undian para perwakilan MCA menolak untuk MCA menerima apa apa jawatan didalam kabinet sehingga PRU 14.



Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata parti itu akan menolak sebarang jawatan dalam kerajaan ekoran pencapain parti itu yang layu pada dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Beliau berkata keputusan tersebut telah dicapai dalam satu resolusi yang diluluskan pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) parti itu sebelum ini.
Dalam resolusi berkenaan MCA memutuskan untuk tidak menerima sebarang jawatan Kabinet sekiranya parti itu mencapai kurang daripada 15 kerusi Parlimen seperti yang diperoleh pada PRU 2008 lima tahun lalu.
Dr Chua berkata MCA akan berpegang kepada resolusi berkenaan.
"MCA akan menghormati keputusan pengundi dan sekiranya kami tidak mencatat prestasi lebih baik berbanding pada PRU lepas, kami tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan.   - Mstar
Saya cukup berbangga apabila Presiden MCA Dato Sri Liow Tiong Lai meneruskan apa yang dikehendaki oleh para perwakilan MCA sebelum ini yang dipersetujui dalam EGM MCA terdahulu. Ternyata apa yang dinyatakan oleh Presiden MCA kepada Dato Sri Najib Razak semalam adalah satu kebenaran yang wajar dipuji kerana MCA perlu untuk melakukan tranformasi agar mendapat keputusan yang baik pada PRU 14 kelak.

Keputusan untuk Presiden MCA Dato Sri Liow Tiong Lai menolak apa apa jawatan didalam Kabinet Kerajaan adalah wajar atas keputusan akar umbi perwakilan MCA. Tahniah MCA dan diharapkan dapat bekerja lebih keras untuk menyakinkan rakyat bahawa kaum Cina bukanlah kaum yang racist.

- Malay Rights











Thursday 19 December 2013

Pejabat Perdana Menteri Gagal



Satu persatu persepsi timbul mengenai harga barang dan juga coz sara hidup yang bakal naik tahun hadapan. Ada yang disampaikan adalah benar manakala ada juga yang merupakan propaganda pihak pembangkang. Saya melihat ini menjadikan BN tidak popular dan membuatkan rakyat memberontak. Malah sudah ada desakan dari pihak pihak meminta YAB PM Dato Sri Najib Razak meletakkan jawatan.

Tak nafikan YAB PM Najib Razak sedang melakukan Tranformasi ekonomi untuk negara memandangkan US dan Eropah sudah merudum jatuh ekonomi mereka. Negara ASIA perlu mengambil peluang ini dengan membuat anjakan ekonomi agar kukuh dan menjamin negara serta rakyat untuk 3 tahun akan datang. Ini usaha Najib Razak dalam memastikan negara tidak mengalami kemelesetan ekonomi.

Masaalah nya sekarang adalah KEGAGALAN Strategi dan juga penerangan dari pihak Pejabat Perdana Menteri. PMO gagal merangka strategi penerangan yang berkesan kepada rakyat malah mereka dilihat tidak mengambil kisah apa yang dibualkan dikalangan rakyat mengenai kos sara hidup.

Saya yakin jika strategi dan juga penerangan yang berkesan maka rakyat akan faham sesuatu tujuan yang dilakukan bagi mengukuhkan ekonomi negara. Ini yang GAGAL dilakukan PMO dan ini yang sepatutnya YAB PM Najib Razak tahu. Maklumat mengenai apa yang berlaku dibawah tidak sampai kepada YAB PM Najib Razak kerana PMO tidak melaporkan keresahan rakyat dan suara rakyat yang memberontak ketika ini.

Strategi dan penerangan dari Pejabat Perdana Menteri GAGAL dan adalah patut mereka yang terlibat ini meletakkan jawatan bagi digantikan dengan individu yang lebih berkelayakan dan juga bukan orang yang "YES BOSS". Ini sepatutnya dan bukan YAB PM Najib Razak yang perlu didesak untuk meletakkan jawatan.

YAB PM Najib Razak perlu dimaklumkan pekara yang betul mengenai kos hidup rakyat agar beliau tidak Syok Sendiri dengan apa yang beliau lakukan waktu ini mengumumkan pelaburan berbilion bilion ringgit kerana rakyat dibawah tidak faham pelaburan berbilion ini melainkan poket mereka dalam meneruskan hidup dibumi sendiri.

Siapa yang sepatutnya merangka strategi dan menyampaikan penerangan yang berkesan kepada YAB PM dan Rakyat? Siapa mereka ini? Adakah mereka ini sedang melakukan sabotaj kepada YAB PM Najib Razak?

- Azri Malay Rights





Monday 16 December 2013

LUAHAN HATI SEORANG ISTERI YANG TELAH DIFITNAH





Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan.

Pembaca yang amat dikasihi;
Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini. Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.
Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan.  Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.

Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya. Penjelasan secara 'face to face' itu sangat berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.

Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya.  Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama 'membunuh diri sendiri'.

Pertama: Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006

Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari.  Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu. Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu. Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan.  Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.

Kedua: Cincin berlian berharga RM24 Juta

Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya. Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya. Beliau adalah 'regular customer' kepada jewelry Jacob & Co.

Perkara ini telah diterangkan secara lebih lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip Nassimi.  Berlian berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah dihantar pada 15 April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit, New York menggunakan penerbangan House Airway, no bil: 1488134 dari ibu pejabat Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur, Malaysia.  Ia sampai pada 16 April 2011.

Setelah dilihat oleh Maira, cincin tersebut dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura.  Ia telah dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011

Ketiga: Berjoli di luar negara

Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas.  Selain itu, saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan.

Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah. Ini kerana negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi. Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun dan Korea sudah maju dan kaya. Jika mahu berbakti, sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita. Kita mahu buat kerja, bukan glamour.

Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011. Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur.  Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita.
Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan. Masakan saya sempat untuk berjoli?  Lagipun, saya tidak minat berjoli.

Keempat: Pembaziran Projek Permata

Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus ditindas.  Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih berjaya.  Sebagai anak bekas guru, saya faham tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia. Pendidikan harus bermula daripada awal. Justeru, saya mencadangkan penubuhan Permata.Ini idea baru.  Tidak apalah, kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.

Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang taksub, kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan politik. Semuanya mereka satukan. Agak malang apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik.Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang.  Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya.

Kelima: Bergaya dengan perhiasan mewah

Seperti kebanyakan isteri pemimpin, saya juga mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara.  Ada juga yang menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri. Mereka mahu saya memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.

Apabila saya ke negara tersebut, mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka apabila mereka ke negara kita. Itulah adab sopan melayan tetamu. Sebagai meraikan kehadiran tetamu, kebiasaannya mereka memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan. Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin, jam, perhiasan diri dan sebagainya. Ada yang diberi itu mahal harganya dan ditempah khas.

Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya.  Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu.  Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa kecil hati. Dan, apabila telah diberi, saya pun memakainya.  Tak kan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan.  Adalah satu pembaziran jika ia di simpan 'kaku' dalam kotak simpanan. Saya sedar ramai mata yang memerhati setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai.  Itu hak mereka. Saya tidak boleh menghalang. Tetapi, malangnya mereka ini bukan saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal.

Pendek kata, saya tidak mampu memuaskan hati setiap orang.  Yang penting, saya percaya pada apa yang saya lakukan

Keenam: Isu 'First Lady'

Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah.  Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama, peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden, Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara).Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk mentadbir Negara.  Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan.

Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.
Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis, ketua kerajaan dan negara adalah Presiden, maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama.Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah 'downgrade' status baginda. Kedudukan baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita.

Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham. Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu.

Ketujuh: Isu menjadi Perdana Menteri Keenam

Mana mungkin? Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak.  Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia.  Kalau dia jadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz.  Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.

Saya rasa pandangan salah ini muncul disebabkan serangan politik. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik tersendiri. Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri Najib, maka saya menjadi sasaran.  Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana saja, maka saya dianggap sebagai orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib kata, sebenarnya mereka itu mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat adalah mengenakan saya dulu. Mereka tak dapat suami, mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri.Orang yang memfitnah saya dan Datuk Seri Najib ada agenda. Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib. Bagi saya senang, tak salah setiap orang ada cita-cita. Tapi, caranya kena betul. Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang. Itu salah dan tidak ada etika. Agama juga membenci perbuatan itu.

Pembaca yang amat dikasihi;

Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk menjawab semua fitnah ini. Apa yang lahir, adalah terlintas dari rasa sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu.Saya serahkan kepada Allah. Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah. Saya sentiasa memaafkan. Tak apalah mereka memfitnah saya, Tuhan akan beri yang baik kepada saya.  Ingat zaman nabi dulu, bila orang kutuk baginda, baginda beri pisang kepada orang itu.Semoga Allah memberkati para pembaca semua.

Sekian daripada saya,
Rosmah Mansor

Friday 13 December 2013

PETRONAS milik Cina , Apakah Najib Razak Mendengar Luahan Hati Orang Melayu?




Omar Ong penasihat YAB Perdana Menteri menjadi sasaran kemarahan orang Melayu. Dah lama kemarahan ini diluahkan namun belum ada tindakan yang diambil oleh PM dalam menangani pekara ini. Nak tunggu sampai bila baru mahu pecat Omar Ong?

Teringat Dato Nasir Safar bekas pegawai Khas YAB Perdana Menteri yang telah dipecat kerana desakan dari kaum India. Kerana desakan kaum India Najib Razak akur dan seterusnya Dato Nasir Safar dipecat dari Jawatan Pegawai Khas. Orang yang jiwanya Melayu bercakap soal Melayu dipecat hasil desakan bukan Melayu.

Kini kami Melayu mendesak Omar Ong dipecat oleh YAB Perdana Menteri. Kita mahu Omar Ong dipecat segera kerana banyak sudah kecelakaan yang dilakukan Omar Ong. Orang Melayu mahu Omar Ong dipecat.

Apakah YAB Perdana Menteri mendengar suara kami orang Melayu?

Thursday 12 December 2013

Mat Sabu Syiah , Pimpinan PAS wajar jawap tuduhan KDN


KDN sahkan Mat Sabu Timbalan Presiden PAS pengamal Syiah. 

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abd. Rahim Mohd. Radzi mendedahkan sepuluh maklumat yang menunjukkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu cenderung dan terlibat dengan fahaman Syiah.

1- Mat Sabu pernah gesa umat Islam contohi kepimpinan Imam Khomeini Syiah.
2- Mat sabu kata kagum dgn kepimpinan dan perjuangan khomeini dan banyak corakkan pemikiran beliau.
3- ketika mengulas perutusan krismas,Mat Sabu telah gunakan pendekatan Syiah sebagai terma rujukan
4-Timb presiden JATI pernah kata Mat Sabu ikon syiah dan beliau gagal nafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah
5-Mat Sabu terang terang puji setiausaha agung syiah dan mengaku beliau dan osteri kerap bertemu pemimpin syiah itu.
6-Beliau telah membuat lawatan ke masjid syiah di wilayah Satun, selatan Thailand
7-Beliau beberapa kali hadir kelas pengajian yang dikendalikan ustaz yang berkefahaman syiah di Bukit Merah Semanggol Perak
8-Mat Sabu kerap lawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar malaysia di Qom Iran.
9-Mat Sabu pernah lafazkan selawat sebagai mana yang diamalkan oleh penganut syiah pada ceramah pas di Arau Perlis.
10-Mat Sabu dilihat mendirikan solat menggunakan batu leper ditempat sujud.
- Rakyat News

Saya merasakan adalah wajar untuk parti PAS menjelaskan tuduhan ini kerana ianya bukan sahaja melibatkan Mat Sabu Timbalan Presiden PAS malah ianya telah tercalit kepada ahli PAS keseluruhannya.

Monday 9 December 2013

Video Ucapan Najib Razak Beri Ingatan Tegas Kepada Puak Puak Chauvenist




"UMNO bukan rasis, UMNO tidak pernah rasis. UMNO sentiasa bersikap adil kepada semua.
"Dan kita hendak mereka (kaum lain) untuk sama-sama dengan kita... Cina, India, Kadazan, Iban dan semua (kaum) untuk sama-sama dengan kita tetapi kepimpinan negara ini diterajui UMNO untuk memberi keadilan," - Najib Razak

Saya sebagai umat Islam dan orang Melayu menyokong penuh apa yang dinyatakan oleh Dato Sri Najib Tun Razak Presiden UMNO. Ternyata kita Melayu tidak pernah menggangu mereka puak puak Cina ini dalam mencari kekayaan di Malaysia. Kita juga tidak pernah menyekat kebebasan mereka yang duduk di Malaysia ini walaupun sejarah membuktikan mereka adalah golongan Pendatang yang dibawa oleh British.

Mesej yang disampaikan oleh Presiden UMNO ini wajar untuk kita umat Islam dan Melayu bersatu antara satu sama lain. Kekuatan kita Melayu dalam penyatuan ini akan memastikan puak puak Cina Chauvenist tidak berani untuk bersikap biadap dengan kita. Ini yang perlu kita lakukan dalam menghadapi PRU 14 kelak kerana mereka kaum Cina waktu ini masih lagi mengharapkan agar kita sesama Melayu dan Bumiputera terus berpecah belah.

- Malay Rights



Sunday 8 December 2013

Hishammuddin Hussein mahu Kor Jurutera Diraja ATM bina jambatan taktikal sementara dikawasan yang dilanda banjir



Kejadian banjir yang menimpa negeri pantai timur terutamanya di Pahang dan Terengganu waktu ini cukup membimbangkan kerana dilaporkan bahawa air bah akan naik kembali walaupun kelmarin dilaporkan telah beransur surut. Banyak jalan utama yang terpaksa ditutup dan tidak kurang pula ada jambatan yang telah runtuh dan memutuskan perhubungan.

Bertindak dari kejadian tersebut Menteri Pertahanan Dato Sri Hishammuddin Hussein yang kini masih dirawat di Hospital telah mengeluarkan arahan kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia ATM untuk menghantar Kor Jurutera Diraja ATM yang pakar dalam pekara ini bagi membina jambatan taktikal sementara bagi menghubungkan kawasan yang terputus agar bantuan yang diperlukan oleh mangsa banjir dapat disalurkan.


Ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengatur gerak anggota dan aset bagi membantu mangsa-mangsa yang terjejas teruk akibat banjir di Pahang, Johor, Terengganu dan Kelantan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tugasan itu telah diselaraskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuk agensi-agensi kerajaan lain.

Sehingga kini, menurut beliau, keseluruhan penglibatan pasukan dan aset ATM di kawasan yang dilanda banjir adalah sebanyak 143 pegawai dan 1,986 anggota lain-lain pangkat.

“Selain itu, Tim Perubatan 3 Batalion Ubat turut digerakkan. Tentera Darat juga sedang bersiap sedia mengatur gerak elemen dari Kor Jurutera Diraja bagi membina sebuah jambatan taktikal di Sungai Limbungan, Kemaman, Terengganu untuk menyambung ke bahagian yang runtuh akibat banjir.

“Ini penting bagi menghubungkan kawasan-kawasan yang terjejas supaya operasi penghantaran bekalan makanan, perubatan dan keperluan lain kepada mangsa dapat dilaksanakan,” 

Terima kasih kepada Menteri Pertahanan Dato Sri Hishammuddin Hussein yang peka dengan pekara ini. Ini kerana untuk membaik pulih jalan yang terputus adalah satu masaalah utama memandangkan pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia belum boleh memasuki kawasan berkenaan kerana banjir masih agi belum surut. Pembinaan jambatan kekal oleh JKR pastinya memakan masa yang lama dan adalah satu keputusan yang tepat dilakukan oleh Dato Sri Hishammuddin mengarahkan Kor Jurutera Diraja membina jambatan Taktikal bagi mengubungkan kawasan yang terputus.

Ini lah sifat bartanggungjawap yang ada pada Dato Sri Hishammuddin Hussein, walaupun masih lagi terlantar di Hospital kesan dari masaalah kesihatan jantungnya beliau peka dengan permasaalahan rakyat Malaysia. Terima kasih Dato Sri Hishammuddin Hussein.

- Malay Rights

Saturday 7 December 2013

Media Pakatan Pembangkang Sempit Otak Dalam Isu Bantuan Mangsa Banjir




Agak lemas dengan apa yang sedang dilaporkan oleh media terutama media milik Pakatan Pembangkang berhubung isu bantuan banjir bagi negeri Pahang dan Terengganu. Masing masing parti politik claim bahawa mereka lah juara dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir.

Media Pakatan Pembangkang menyatakan UMNO cuba claim kredit. UMNO kempen dengan barangan diberikan bantuan dengan logo UMNO mahupun BN. UMNO sengaja mencari publisiti murahan dan ambil kesempatan keatas mangsa banjir.

Ternyata kenyataan media pembangkang adalah sempit otaknya kerana ini lah masanya untuk parti politik membuktikan siapa yang berkhidmat untuk rakyat dan siapa pula yang sekadar bercakap besar. Tidak ada salah untuk mana mana pihak yang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir dengan claim kredit melalui lambang parti mereka kerana jika tidak berbuat demikian sudah pasti ada yang akan ambil kesempatan diatas sumbangan pihak lain.

Sebagai contoh, UMNO hulurkan bantuan namun Pakatan Pembangkang dakwa mereka yang hulurkan bantuan. Jadi untuk mengelakkan kekeliruan kepada penerima bantuan adalah wajar untuk claim Kredit ataupun meletakkan logo parti pada bantuan yang dihulurkan kepada mangsa banjir.

Rakyat menilai siapa yang bekerja untuk rakyat dan siapa yang tidak. Jadi harapnya media Pakatan Pembangkang usah berfikiran sempit dalam pekara ini kerana mereka juga melakukan pekara yang sama.

- Malay Rights

"Di manakah Melayu tanpa UMNO" Tajuk Utusan Malaysia yang telah mengguris hati orang Melayu



"Di manakah Melayu Tanpa UMNO"

Semalam saya melihat akhbar Utusan tidak bijak dalam keluarannya apabila mengeluarkan tajuk muka depan yang sebenarnya telah menghiris hati dan perasaan orang Melayu.

Adalah tidak wajar untuk Utusan akhbar milik UMNO menyatakan sedemikian kerana hakikat yang sebenar waktu ini adalah "Di Manakah UMNO Tanpa Melayu". Kerana undi Melayu memastikan UMNO berkuasa dan kerana undi dari Melayu serta Bumiputera lah membuatkan UMNO masih lagi mentadbir negara.

Ini yang mungkin ramai pemimpin atasan UMNO lupa dan tidak sedar bahawa kemenangan mereka pada PRU 13 diberikan oleh orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Kita bercakap akan relevan yang ada waktu ini kerana ayat ayat sebegini sudah tidak lagi dapat diterima akal oleh pengundi hari ini. Mungkin Utusan Malaysia tidak sedar yang sekarang kita sudah melangkaui zaman terdahulu. Jika dulu tidak mengapa tetapi kini tidak lagi boleh dijadikan sandaran.

Semenjak hari pertama perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO ini saya begitu tertarik dengan apa yang telah disampaikan oleh wakil negeri Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir dalam ucapannya kelmarin. Ucapan yang ikhlas dan sesungguhnya satu kebenaran yang wajar diterima oleh pucuk pimpinan parti Dato Sri Najib Tun Razak.



 "BN Berkuasa Kerana Orang Melayu"

Kata kata ini sememangnya adalah satu kebenaran yang perlu diakui bukan sahaja oleh seluruh ahli UMNO malah Presiden parti dan juga Timbalan Presiden perlu mengakuinya. Tidak salah untuk mendabik dada dengan apa yang dimaksudkan itu kerana sememangnya Melayu dan Bumiputera Sabah, Sarawak yang membuatkan BN kekal berkuasa dan memberikan Presiden dan Timbalan Presiden sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Ucapan wakil Pulau Pinang itu ianya perlu diterjemahkan dengan tindakan oleh kerajaan yang ada hari ini. Jika sekolah Cina selalu kita dengar diumumkan bantuan berjuta juta ringgit maka selepas ini kita mahu dengar begitu kuat desakan dan juga perlaksanaan dari pihak kerajaan yang memberikan bantuan yang lebih besar kepada sekolah Kebangsaan Melayu dan juga mana mana yang berkaitkan dengan Melayu dan Bumiputera.

Bukan kita mahu UMNO meminggirkan kaum kaum lain, namun terimalah hakikat bahawa yang perlu diutamakan hari ini adalah bangsa Melayu dan Bumiptera. Apa sahaja perlu diutamakan kepada penyumbang kuasa yang ada hari ini kerana sudah sampai masaanya puak puak yang tidak memberikan kemenangan diberi satu pengajaran agar mereka sedar tanah ini adalah Tanah Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

- Malay Rights



Friday 6 December 2013

Inilah masanya untuk UMNO membalas budi pengundi Melayu dan Bumiputera



Parti Umno seharusnya membuat transformasi yang berkaitan dengan persepsi dan minda sebelum membuat perubahan lain bagi meraih sokongan pengundi tegar di luar bandar.Teguran itu dibuat oleh Wakil Melaka,Mustafa Musa berkata, kini sudah tiba masa untuk Umno membalas jasa serta budi orang kampung yang juga merupakan pengundi tegar Barisan Nasional (BN) - Rakyat News

Saya suka ayat beliau:

"Inilah masanya untuk UMNO membalas budi, inilah masanya untuk Kerajaan membalas budi penduduk kampung"

"Para petani, para nelayan yang berkeringat meredah belantara dan bermain ombak di samudera yang luas merekalah pengundi tegar Barisan Nasional"


Inilah yang perlu pimpinan UMNO sedar dan inilah yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan Barisan Nasional. Jangan culas menilai pengundi Melayu yang menyokong Barisan Nasional kerana Pilihanraya ke 14 jika ianya masih lagi dibuat sambil lewa pastinya pengundi pengundi ini akan beralih arah dan menyebabkan UMNO hilang kuasa.

- Malay Rights

Ketua Menteri Melaka Dato Sri Idris Haron Perlu Muhasabah Diri




Agak kecewa sedikit dengan kenyataan Ketua Menteri Melaka Dato Sri Idris Haron apabila menyatakan sedia untuk memberi kemaafan kepada pengundi Cina.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata bersedia untuk memaafkan masyarakat Cina di jika benar kekalahan beberapa kerusi di Melaka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) disebabkan kerana tiada sokongan mereka terhadap Barisan Nasional (BN).

"Kalau benar kemerosotan sokongan kepada BN boleh dituding jari kepada rakan kita yang berketurunan Cina, saya dengan hati terbuka memaafkan mereka dan ingin menganjurkan supaya marilah bersama-sama saya untuk kembali ke pangkal jalan dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi pembangunan yang lebih kukuh. 
"Jadi di peringkat negeri Melaka, saya dengan rela hati jika mereka (pengundi Cina) mahukan kemaafan... saya akan berikan, yang lebih penting adalah ayuh bersama-sama kembali bersama BN. Marilah kita satukan pemikiran, hati dan tindakan kita untuk bersama-sama membina masa depan yang lebih cemerlang ," - Rakyat News


Saya sememangnya tidak bersetuju sekali dengan kenyataan Ketua Menteri Melaka ini kerana kita semua tahu bahawa pengundi Cina pada Pilihanraya ke 13 yang lepas telah membuktikan bahawa mereka amat Rasis sama sekali. Malah di negeri Melaka sekalipun pola pengundian kaum Cina telah membuktikan bahawa bukan kepimpinan Dato Sri Najib Razak yang mereka mahukan tetapi adalah kuasa mentadbir negara yang menjadi idaman mereka puak puak Cina Chauvenist ini.

Adalah tidak masuk akal dan pastinya kenyataan Ketua Menteri Melaka ini ditertawakan oleh kaum Cina. Ketua Menteri Melaka sendiri pada awal pentadbirannya selaku Ketua Menteri bercakap soal puak puak Cina ini yang mahukan kuasa. Malah bekas Ketua Menteri Melaka yang terdahulu Dato Sri Ali Rustam juga turut melabelkan puak Cina sebagai mereka yang lupa diri dan pengkhianat.

Untuk apa kita Melayu dan Bumiputera yang kuat ini mahu terhegeh hegeh memberikan kemaafan buat mereka? Malah sehingga ke hari ini kaum Cina belum lagi menginsafi perbuatan mereka dan mereka masih lagi melakukan penghinaan demi penghinaan kepada orang Melayu dalam agenda mereka. Apakah semua itu Ketua Menteri Melaka tidak nampak?

Saya mengharapkan Ketua Menteri Melaka berpijak dibumi yang nyata dan terima hakikat bahawa kita hanya perlu fokus kepada pengundi Melayu dan Bumiputera terlebih dahulu. Kepada pengundi Cina ini kita perlu biarkan kerana mereka sendiri yang memilih DAP dan Pakatan Rakyat. Tugas UMNO adalah fokus kepada Melayu dan Bumiputera dan jangan sesekali memberikan kelebihan lagi buat puak puak Cina Chauvenist ini.

UMNO perlu muhasabah diri, agenda bantu Melayu dan Bumiputera menjadi keutamaan pada kali ini kerana anda semua berkuasa ditampuk pentadbiran adalah kerana undi orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. 

- Malay Rights




Thursday 5 December 2013

Ustaz Fathul Bari Samakan Pakatan Rakyat Seperti Yahudi.



Wakil Pergerakan Pemuda UMNO menasihati ahli-ahlinya agar tidak terus melenting jika UMNO dituduh sebagai parti bersifat perkauman.
 
Menurut Dr.Fathul Bari Mat Jahya, objektif sebenar perjuangan UMNO adalah untuk memperjuangkan hak melayu serta bumiputera, maka tuduhan oleh pihak pembangkang  adalah tidak wajar.
 
"Sebagai contoh, Parti Tindakan Demokratik (DAP), apakah sumbangan mereka (DAP) terhadap bangsa mereka?
 
"Sudah tentu mereka membantu bangsa mereka, kita tidak menganggu mereka, oleh itu, jika kita membantu bumiputera dan melayu jangan ganggu perjuangan kami," katanya ketika menyokong usul dasar Presiden Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra.
 
Sementara itu, beliau turut berkata, pihak pembangkang bersikap seperti yahudi yang tidak pernah berpuas hati dengan  sebarang tindakan yang dilakukan Umno.
 
"Ini boleh dilihat berdasarkan pelantikan ahli Majlis Tertinggi (MT) Ustaz Mohd Kasim Elias oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak, yang mahukan beliau menjadi pemimpin ulama dalam UMNO tetapi  beliau terpaksa menolak tawaran tersebut kerana tidak mahu UMNO terus difitnah," katanya
 
Terdahulu, Ustaz Kazim telah diserang dengan pelbagai kata-kata kesat oleh pembangkang yang kononya merosakkan krediliti sebagai agama,  sejurus selepas lantikan diberikan. - Rakyat News

Saya sendiri sebagai orang Melayu amat berstuju dengan apa yang telah disampaikan oleh Exco Pemuda UMNO Ustaz Dr Fathul Bari. UMNO lahir dari asas perjuangan orang orang Melayu terdahulu yang membawa harapan dan hasrat orang Melayu. Tidak salah untuk ahli UMNO bercakap dalam isu ini memandangkan parti UMNO adalah parti tunjang kaum Melayu. Ahli UMNO harus berani membawa agenda Melayu dan Bumiputera diluar sana kerana ini lah perjuangan yang dituntut oleh semua ahli UMNO.

Agak pedas apabila Ustaz Fathul melabelkan pihak Pembangkang seperti Yahudi. Ternyata kata kata tersebut ada kebenarannya dan boleh jika saya katakan bahawa sikap pembangkang sebenarnya lebih kepada "Yahudi Mabok".

Ustaz Kazim diserang dengan segala caci makian sehinggakan ada yang melabelkan beliau sebagai Ustaz Khinzir kerana memihak kepada UMNO dalam perjuangan beliau mahu Islam dan Melayu bersatu. Pekara yang baik dilakukan akan dikeji oleh pihak pihak pembangkang terutama PAS kerana individu tersebut tidak memihak kepada beliau. Tetapi jika ada yang memihak kepada beliau bermacam gelaran yang baik dilabelkan sepertimana dua arti yang menyertai PAS yang telah diberikan gelaran Ustaz walaupun entah dari mana datangnya ilmu agama dua artis hiburan tersebut.

Artis seperti Abby Abadi digelar ustazah, Bob Lokman digelar Ustaz. Tapi Ustaz yang benar seperti Ustaz Kazim digelar Ustaz Khinzir akibat tidak menyebelahi mereka. Ini pekara yang selayaknya untuk menggelarkan pihak pembangkang adalah sama seperti Yahudi Mabok.

- Malay Rights


Hishammuddin Hussein Yang Terlalu Kuat Bekerja



Kita semua sudah mengetahui bahawa DS Hishammuddin telah dirawat di hospital dan masih meneruskan prosedur rawatan selepas menjalani prosedur angioplasti


Secara peribadi, saya berpendapat DS Hishammuddin mesti mengambil peluang ini untuk mendapatkan rehat yang secukupnya kerana kita semua boleh melihat bahawa beliau tidak pernah mengambil rehat yang betul selepas melalui pelbagai urusan parti dan kerajaan sejak setahun dua ini.

Contohnya, sebagai Naib Presiden UMNO dan Pengerusi  Jawatankuasa Usul Perhimpunan Agung UMNO 2013, beliau telah bekerja keras 24 jam memastikan usul-usul yang dibawa oleh bahagian-bahagian disusun dengan tertib dan tersusun. 
Hari ini, ahli-ahli UMNO bersidang di PWTC dan mereka barangkali tidak tahu bahawa usul-usul yang dibahaskan sepanjang persidangan nanti telah diuruskan oleh DS Hishammuddin sebelum beliau dirawat di hospital.

Sebelum itu juga, DS Hishammuddin adalah pengerusi yang diberi tanggugjawab oleh Presiden UMNO untuk mengetuai Pindaan Perlembagaan UMNO dalam sistem pemilihan parti baru-baru ini. Jika dahulu, hanya wakil-wakil dari bahagian sahaja yang akan memilih dan mengundi calon-calon Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Ketua Puteri dan Ahli Majlis Tertinggi di PWTC. 

Tetapi bermula Pemilihan UMNO tahun 2013, ahli-ahli di peringkat akar umbi di seluruh negara terbabit memilih dan mengundi calon-calon yang mereka fikirkan boleh membawa tanggungjawab. Inilah pengorbanan yang telah dibawa oleh DS Hishammuddin yang perlu disedari khususnya oleh ahli-ahli UMNO.

Di dalam kerajaan pula, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak turut meminta DS Hishammuddin memangku jawatan Menteri Pengangkutan di samping menjawat Menteri Pengangkutan.

TERLALU KUAT BEKERJA, TIDAK DIDENDANG
Satu perkara yang saya sedari tentang DS Hishammuddin ialah, beliau terlalu kuat bekerja untuk parti, kerajaan dan negara ini. Satu perkara yang saya sedari ialah DS Hishammuddin tidak begitu mengambil berat tentang promosi dirinya di media perdana mahupun media siber. 

Beliau mempunyai kepercayaan yang tinggi kepada semua orang media. Beliau tidak seperti orang lain yang menubuhkan pasukan khas media untuk menjaga reputasi beliau di alam media perdana dan di alam maya.

Jika orang lain akan memanggil team media, baik team bloggers, team akhbar perdana malah pasukan media antarabangsa untuk mewar-warkan reputasi diri mereka. Saya tidak nampak itu kepada DS Hishammuddin, yang saya nampak ialah DS Hishammuddin percaya kepada semua pengamal media baik Berita Harian, Utusan, Malaysiakini, The Malaysian Insider, Harakah Daily, Keadilan Daily, RoketKini, The Star, Nanyang Siang Pau, NST, dan sesiapa sahaja. 

Beliau merelakan berita beliau ditulis dalam bentuk apa sahaja. Tanyalah kepada sesiapa sahaja wartawan, pernahkah mereka dihalau, diterjah atau dimarahi oleh Menteri yang sabar ini?

SARJAN POLIS
Saya teringat kisah datuknya iaitu Dato' Onn Jaafar ketika berucap buat pertama kali semasa proses penubuhan UMNO di Kelab Sultan Sulaiman (1 Mac 1946). 

Ketika beliau berdiri di atas pentas, tetiba datang seorang sarjan polis dari kerajaan penjajah British berdiri di sebelahnya dan beliau bertanya kepadanya, "Apakah kamu datang hendak menangkap saya, jika ya tangkaplah saya!"

Kata sarjan polis itu, "Tidak, saya datang mahu mendengar ucapan tuan, saya mahu bersama-sama dengan perjuangan tuan".

Sebab itu, saya sendiri, saya mahu membantu orang yang ikhlas perjuangannya seperti ini. Mengapa tidak !
 
 
Saya amat bersetuju dengan artikel ini yang mana Dato Sri Hisammuddin Hussein terlalu kuat bekerja sehinggakan soal kesihatan beliau tidak dijaga dengan sebaiknya. Malah saya sendiri cukup kenal cara bekerja D.S. Hisammuddin sehinggakan waktu makan beliau juga hanya akan menjamah makanan yang ringan dan cepat.

Boleh tanya pegawai pegawai D.S. Hishammuddin yang sentiasa bersama beliau. Waktu tengahari kalau D.S. Hishammuddin mahu makan nasi pun payah. Sebaliknya Burger Mac D ataupun Burger King menjadi santapan Naib Presiden UMNO itu.

Komitmen beliau dalam melaksanakan tugas cukup luar biasa apatahlagi dengan waktu ini beliau menjawat jawatan Menteri Pertahanan dan dalam masa yang sama memangku jawatan Menteri Penggangkutan.

Apa pun saya mendoakan agar Dato Sri Hishammuddin Hussein segera sembuh dan dapat terus berkhidmat untuk Negara Malaysia ini. Pengorbanan yang beliau lakukan demi Rakyat Malaysia tidak boleh dipandang sepi kerana susur galurnya itu adalah Darah UMNO Pejuang Melayu tulen.

- Malay Rights.
 
 

Wednesday 4 December 2013

Pemuda UMNO Kecam Tindakan TNB Menaikkan Tarif Elektrik



Semalam saya ada melontarkan pendapat kepada para perwakilan UMNO dalam isu membantah kenaikkan tarif elektrik oleh TNB yang membebankan rakyat. Hari ini pemuda UMNO sepakat membantah kenaikkan tarif elektrik tersebut dan membidas TNB yang hanya mencari keuntungan tanpa mengira kesan kepada rakyat Malaysia.

"Rakyat difahamkan bahawa peningkatan tarif elektrik bukan sekadar menampung peningkatan harga bahan api,tetapi juga bagi menambahkan laba keuntungan TNB yang sudab berbilion ringgit jumlahnya.
"TNB perlu prihatin kepada rakyat dan tidak boleh bermotifkan keuntungan semata-mata. Kenaikan tarif yang tidak setara denga peningkatan kos bahan api hanya menguntungkan TNB dan pemegang saham,bukan rakyat jelata," 
"Kepada TNB dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Pemuda mendesak jangan terlalu mementingkan prestasi kewangan semata...tanggungjawab kepada ralyat jangan sesekali dilupakan, " 
- Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Tahniah buat pemuda UMNO yang melontarkan isu Rakyat dalam persidangan mereka. Saya cukup yakin bahawa isu yang telah disampaikan oleh Pemuda UMNO ini akan menjadi pertimbangan pihak TNB dalam menaikkan tarif elektrik yang bakal dilaksanakan bermula Januari 2014 ini.

Sebenarnya ini yang rakyat mahukan, rakyat mahukan UMNO menjadi Juara Rakyat dengan membela mereka dalam isu isu yang berpotensi menjejaskan poket mereka. UMNO bermula atas nama perjuangan membela Rakyat terutama bangsa Melayu. Maka kembali lah kepada jalan yang asal iaitu dengan membawa harapan dan impian orang orang Melayu dan juga rakyat Malaysia dalam membela dan membantu mereka sepertimana dalam isu kenaikkan tarif Elektrik oleh TNB ini.

Banyak lagi isu yang memberikan kesan kepada rakyat dan adalah wajar sekiranya UMNO mengimbangi kemajuan negara dan dalam masa yang sama melihat denyut nadi rakyat Malaysia.

- Malay Rights



Blogger Dr Novandri Terima Anugerah Khas Atas Bakti Yang Beliau Curahkan Kepada UMNO



Pemuda UMNO hari ini memberi anugerah khas kepada dua tokoh bagi menghargai sumbangan mereka dalam sayap itu.

Anugerah berkenaan ialah Anugerah Setia Bakti 2013 yang diberi kepada bekas Setiausahanya Datuk Megat Firdaus Megat Junid dan Anugerah Khas Pemuda 2013 kepada Dr Novandri Hasan Basri.

Megat Firdaus dihargai atas jasanya kepada pergerakan itu dan UMNO amnya, terutama sejak dilantik sebagai setiausaha pergerakan pada April 2009, manakala Dr Novandri pula atas kapasiti beliau sebagai sukarelawan Pemuda dalam membantu masyarakat, selain perjuangan menerusi alam siber sebagai blogger Dr MiM. 

Kedua-dua anugerah itu disampaikan oleh Ketuanya, Khairy Jamaluddin dalam Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2013 di sini pagi tadi. - Rakyat News

Tahniah diucapkan buat sahabat seperjuangan saya Dr Novandri yang telah menerima Anugerah Khas Pemuda 2013 atas sumbangan dan jasa bakti beliau selama mana dalam perjuangan parti keramat UMNO. Beliau sesungguhnya memang layak untuk menerima anugerah tersebut dan tidak salah saya katakan sepatutnya beliau patut menerima lebih lagi penghargaan dari pihak UMNO.

Perjuangan beliau dalam aktiviti kemasyarakatan dengan klinik bergerak beliau telah banyak menyumbang bakti kepada rakyat. Setiap kali ada pilihanraya kecil beliau dan sahabat beliau Muhammad Afriz akan turun memberikan bantuan perubatan kepada penduduk setempat. Tidak cukup dengan itu curahan bantuan yang beliau beri, beliau menyumbang dalam penulisan artikel beliau memalui blog peribadi beliau Dr Novandri (DR MIM).

Saya sendiri telah mengenali Dr Novandri sejak tahun 2009 lagi dan perjuangan yang beliau lakukan amat konsisten membantu UMNO. Malah kemalangan yang menimpa beliau pada kempen Pilihanraya Umum ke 13 yang lepas patut dijadikan contoh kepada semua ahli UMNO yang ada bahawa dalam perjuangan segala galanya mungkin berlaku dan memerlukan pengorbanan yang cukup tinggi sama sekali.

Saya mengucapkan Tahniah dan syabas buat sahabat seperjuangan Dr Novandri dan saya mengharapkan agar kepimpinan UMNO tidak lupa jasa dan pengorbanan yang telah Dr Novandri lakukan selama ini berhempas pulas menabur bakti kepada masyarakat dan juga melawan hujah pihak pembangkang melalui media sosial.

- Malay Rights


Tuesday 3 December 2013

Perwakilan UMNO Wajar Membantah Kenaikkan Tarif Elektrik Yang Membebankan Rakyat



Hari ini bermulalah Perhimpunan Agung UMNO kali yang ke 67 di PWTC Kuala Lumpur. Difahamkan 5276 perwakilan yang hadir terdiri daripada semua peringkat Wanita, Pemuda dan Puteri. Perasmian akan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Presiden UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pukul 8 malam ini.

Pengalaman saya pada yang lepas lepas pada setiap kali perhimpunan UMNO adalah satu pekara yang cukup baik untuk menegur pemimpin UMNO. Platform yang ada ini seharusnya digunakan sebaik mungkin oleh para perwakilan untuk mendesak pucuk pimpinan parti agar mereka tidak alpa dan lupa dengan agenda Parti UMNO yang sebenar dalam memartabatkan Agama Bangsa dan Negara.

Menjelang perhimpunan Agung UMNO ini kita dikejutkan dengan pengumuman Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili bahawa TNB akan menaikkan Tarif Elektrik sebanyak RM4.99 di Semenanjung Malaysia serta Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak 16.9 peratus atau sebanyak 5 senberkuatkuasa pada 1 Januari 2014.

"Empat faktor yang mendorong kenaikan itu adalah disebabkan kesan penyelarasan harga gas domestik (0.51 sen/kwj); Kesan penetapan harga gas asli cecair (3.41sen/kwj), kesan penyelarasan harga arang batu (0.17 sen/kwj) serta semakan tanrif Tenaga Nasional Berhad (TNB) (0.90 sen/kwj)," Kata Menteri bertanggungjawap.

Adakah relevan akan kenaikkan tarif Elektrik ini pada waktu sekarang? Adakah ianya tidak membebankan rakyat? Ini lah yang seharusnya diusahakan oleh para perwakilan UMNO pada Perhimpunan kali ini untuk mendesak kepimpinan parti terutama Presiden parti Dato Sri Najib Tun Abdul Razak agar membatalkan keputusan kerajaan menaikkan Tarif elektrik yang membebankan rakyat.

Saya agak terguris dengan mainan pihak pihak tertentu yang mempersendakan apa yang dinyatakan oleh Preiden Parti dalam kempen yang dilakukan sebelum Pilihanraya ke 13 yang lalu. Lihat sahaja gambar dibawah ini dan pastinya kita akan terkesan dengan mesej yang disampaikan.


Jika bukan para perwakilan UMNO yang hadir hari ini untuk membangkitkan pekara ini maka siapa lagi yang diharapkan? Ini lah masanya yang terbaik dalam memastikan beban permasaalahan rakyat dimajukan oleh perwakilan UMNO. Seluruh negara sedang memantau perhimpunan Agung UMNO kali ini. Seluruh rakyat Malaysia mahu melihat apa yang UMNO akan lakukan. Orang Melayu khususnya mahu melihat peranan UMNO yang sebenar dalam perjuangan ini.

Jadi saya mohon kepada para perwakilan UMNO untuk lantang membantah kenaikkan tarif elektrik ini dan juga lantang membawa agenda harapan rakyat Malaysia khusunya Melayu dan Bumiputera. Ini masanya dan ini tempatnya jadi usah dipersiakan harapan seluruh rakyat Malaysia.

UMNO Perlu berani menjadi Juara Rakyat dan bukannya memberikan kelebihan mentadbir negara kepada pihak Pembangkang yang menjadi Juara dalam isu Rakyat.

- Malay Rights