Hangat bila sebuah Surau di Johor telah dijadikan tempat penganut Buddha beribadat. Bukan sahaja beribadat secara bersendirian malah ianya dilakukan secara berkumpulan dengan meletakkan banyak peralatan keagamaan didalam Surau tersebut. Maklumat awal mengenai insiden ini didedahkan oleh sebuah blog Sebastian Phiu
Menurut penulis blog Sebastian Phiu pengusaha Resort tersebut telah berbohong kepada umum menyatakan kejadian tersebut merupakan pertama kali berlaku di Surau tersebut. Mengikut laporan Surau tersebut acap kali digunakan oleh penganut Buddha dari luar Malaysia dan Malaysia dan ada ketikanya mereka menggunakan Kemeyan didalam Surau serta memasang colok bagi menjalankan aktiviti pemujaan mereka.
Saya tidak mahu mengulas mengenai apa yang telah berlaku kerana sudah banyak paparan dari blog blog lain mengeluarkan isu ini untuk tatapan pembaca. Namun saya amat berminat untuk mengulas sedikit mengenai pemilik Resort tersebut yang juga merupakan Melayu yang berugama Islam. Islam ditahap mana kah pemilik tersebut?
Mengikut dari laporan pihak Polis hasil soal siasat yang dijalankan ke atas pemilik Tanjung Sutera Beach Resort Syed Ahmad Syed salim Alkaff bahawa :
"Pemilik resort yang merupakan warga Singapura yang mempunyai taraf Penduduk Tetap negara ini berkata beliau membenarkan kumpulan berkenaan menggunakan surau namun tidak tahu mereka juga menggunakan peralatan keagamaan.
“Saya tidak berniat menyakiti hati mana-mana pihak. Niat saya adalah untuk menunjukkan Islam adalah agama sejagat dan bertoleransi,” katanya yang juga beragama Islam. Selanjutnya KLIK DISINI
Niat yang tidak betul dan jauh menyimpang dari Islam itulah yang saya boleh maksudkan dengan kenyataan pemilik Resort ini berhubung isu Surau dijadikan Tokong. Bagaimana seorang Islam boleh menyatakan bahawa kita dibolehkan bertoleransi sehingga surau yang mana Rumah Allah boleh diberikan hak kepada bukan Islam untuk digunapakai bagi tujuan penyembahan agama lain? Islam yang pada saya telah rosak akidahnya dan ini yang sepatutnya umat Islam Malaysia sedar bahawa dengan kejadian sebegini sebenarnya membuka mata ramai umat Islam untuk mempertahankan Islam dari setiap sudut.
Pada saya apa yang telah berlaku ini merupakan satu lagi cubaan dari pihak pihak tertentu yang mahu Islam di Malaysia hancur sepertimana yang dilakukan spesis parti Politik yang membenarkan bukan Islam menggunakan ayat suci Al Quran bagi tujuan menarik undi. Kalimah Allah digadaikan untuk gereja menggunapakai dan ini semua merupakan satu konspirasi terancang musuh musuh Islam untuk menghancurkan Islam di Malaysia.
Pemilik resort yang merupakan rakyat Singapura dan beragama Islam jelas merupakan seorang yang sudah songsang Akidahnya. Ini satu pekara jelas untuk rakyat Malaysia sedar bahawa sememangnya Singapura merupakan tempat dimana banyak Akidah umat Islam disongsangkan oleh musuh musuh Islam. Bukan saya sahaja yang berkata sedemikian namun jika anda sendiri ke Singapura pasti anda akan dapat lihat betapa mudahnya anak muda Islam diratah akidah mereka oleh musuh Islam dengan pelbagai cara.
Mungkin ramai umat Islam hari ini tidak menyedari akan peperangan secara halus oleh musuh Islam dalam memastikan kita umat Islam di Malaysia hancur Akidahnya. Tetapi ingatlah bahawa musuh musuh Islam tidak pernah berhenti dalam memastikan kita seluruh umat Islam terpesong akidahnya yang akhirnya akan membawa musibat kepada Malaysia.
Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor yang mengarahkan Surau tersebut dirobohkan merupakan satu tindakan yang amat wajar sama sekali. Surau yang dibina oleh pengusaha resort tersebut telah dinodai kesuciannya dan adalah harus untuk memastikan tidak ada serpihan serpihan penganut Buddha yang bertindak biadap untuk mengguna pakai Surau tersebut dimasa mendatang.
Akidah kita mudah untuk disongsangkan, yang sedar akan berhati hati namun kepada yang belum sedar maka ingatlah jangan kelak anak cucu cicit anda menjadi petualang kepada Islam agama kita.
Saya juga mengesa agar pihak bertanggungjawap khususnyaahli Parlimen Islam yang ada di Malaysia membuat satu pembentangan khusus bagi menghalang Islam terus terusan dinodai kesuciannya. UMNO dan PAS harus sepakat dalam pekara ini kerana agenda musuh musuh Islam akan berterusan dimasa mendatang.
