Showing posts with label Vatican City. Show all posts
Showing posts with label Vatican City. Show all posts

Friday, 12 July 2013

Duta Vatican City Bersekongkol Dengan DAP Couvenis

Lim Kit Siang Pandai Berlakon Menipu Melayu Islam

Duta Vatican City ke Malaysia diberi tempoh selama tujuh hari untuk menarik balik kenyataannya yang menyokong penggunaan Kalimah Allah dalam kitab Bible.

Presiden Jalur Tiga (JATI), Dato' Dr. Hasan Mohamed Ali berkata, beberapa Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) Melayu/Islam menggesa Kerajaan mengkaji semula hubungan diplomatik dengan Vatican City jika Duta Negara tersebut gagal berbuat demikian.

"Kita desak duta itu menarik balik kenyataan yang dibuat dalam masa tujuh hari dan sekiranya dia tidak melakukannya kita akan gesa kerajaan untuk menilai semula kemasukan duta ini ke dalam negara ini," katanya kepada pemberita pada Sidang Media di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu di sini hari ini.

Artikel penuh disini

Kebenaran akan penentangan Kristian ke atas umat Islam sesungguhnya adalah satu pekara yang benar dan ianya bermula sejak dulu lagi. Sebelum ini saya telah mengulas mengenai pekara ini Disini.

Sesungguhnya insiden ini mahukan rakyat Malaysia khusunya umat Islam sedar agenda yang jelas lagi nyata akan perjuangan pihak Kristian melalui sekutu mereka DAP menghancurkan umat Islam Malaysia. Bersatulah kita dengan segera sebelum negara ini hilang Islam dan hancur Melayu yang ada.