Menteri KPDNKK Dato Sri Hassan Malik menafikan bahawa beliau mahu meletakkan jawatan Menteri yang di sandang beliau. Hangat pekara ini semalam apabila ianya di war warkan di laman media sosial yang seterusnya di jawap oleh Menteri berkenaan. Malah laporan Polis juga telah di buat bagi menafikan perletakkan jawatan Menteri oleh Pemuda UMNO Negeri Sembilan.
Kronologi isu berkenaan: 10 Januari 2014 Jumaat
Jam 9 pagi : Isu perletakkan jawatan Hassan Malek tersebar dan ianya menjadi lebih luas apabila pihak pihak pengamal media sosial menyebarkan berita tersebut.
Jam 12 tengahari : Datuk Seri Hasan Malek tidak meletakkan jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Penafian itu dilakukan oleh Pejabat Menteri tersebut dalam satu kenyataan dua perenggan yang dikeluarkan kepada Bernama di sini hari ini.
"Pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menafikan komen yang dibuat dalam blog dan Facebook kononnya YB. Dato' Sri Hasan Bin Malek akan meletakkan jawatan.
"Perkara itu (perletakan jawatan) adalah tidak benar sama sekali," demikian menurut kenyataan itu
Jam 5 petang : Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di sini sebentar tadi menafikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan meletakkan jawatan seperti mana tersebar di Facebook dan blog pagi tadi.
Laporan dibuat diketuai anak Datuk Seri Hasan Malek, Adly Effendy bersama beberapa pemimpin Pemuda UMNO Bahagian di negeri ini.
Jam 8 malam : Buletin utama menyiarkan berita laporan Polis yang di buat dan penafian Hassan Malek beliau meletakkan jawatan Menteri KPDNKK11 Januari 2014 Sabtu : Akhbar akhbar tempatan mengeluarkan berita laporan Polis dan juga penafian Hassan Malik Menteri KPDNKK bahawa beliau tidak meletakkan jawatan.
Itu serba ringkas kronologi yang di cetuskan oleh pengamal media sosial pada hari Jumaat 10 Jan 2014. Ianya juga di jawap dari setiap sudut oleh pihak Menteri Hassan Malik pada 10 Jan 2014 iaitu hari yang sama dan juga hari ini melalui akhbar akhbar tempatan.
Apa yang saya boleh rumuskan di sini bahawa UJIKAJI yang telah di lakukan ke atas Menteri KPDNKK Dato Sri Hassan Malek berjaya dengan begitu baik. Untuk pengetahuan semua terutama pihak UMNO dan juga kerajaan,
Hassan
Malek bukti Pemimpin berjawatan UMNO yang lebih sibuk mempertahankan
kepentingan peribadi berbanding pucuk pimpinan, kerajaan dan juga
istitusi Umno itu sendiri. Lihat bagaimana apabila keluar berita Hassan Malek meletakkan jawatan ianya di balas serta merta yang mana Menteri
itu sendiri menafikannya dan mengatakan ianya adalah Fitnah jahat.
Rentetan daripada itu penyokong Hassan Malek di Negeri Sembilan membuat
laporan polis berhubung penyebaran berita perletakkan jawatan yang di sandangnya.
Sekitar 30 orang hadir membuat laporan Polis yang turut
sama membawa pelbagai sepanduk mengecam Fitnah yang di sebarkan mengenai perletakkan jawatan Hassan Malek. Begitu hebat jentera Hassan Malek
mempertahankan khabar angin yang hanya bermain di alam media sosial.
Malah kita dapat lihat bagaimana Hassan Malek dan jenteranya menafikan
berita tersebut sehingga ianya di jadikan tajuk utama berita negara
serta paparan akhbar akhbar tempatan.
Ini lah sebenarnya yang YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak harus sedar bahawa
pemimpin yang di lantik oleh beliau tidak akan mempertahankan serangan
pihak pihak pembangkang. Selama ini kita sendiri TIDAK dapat lihat
jentera menteri mahupun timbalan menteri ataupun pimpinan bahagian yang
bersungguh sungguh mempertahankan pucuk pimpinan, kerajaan dan juga
institusi Umno itu. Jika ianya terpalit pada pimpinan itu sendiri juga
ianya tidak akan di jawap sebegitu hebat namun jika ianya melibatkan
JAWATAN yang di sandang maka siapa sahaja yang cuba menggugat tampuk
kerusi tersebut akan di lawan habis habisan. Bukan kerana apa tetapi
ianya kerana jawatan yang di sandang.
Sebagai contoh; Pembangkang menyerang Hassan Malek
dengan bermacam macam tuduhan dan fitnah. Malah melabelkan menteri itu
sebagai MENTERI AYAM dan pelbagai lagi gelaran. Pembangkang memainkan
itu dan ini naik harga dan ada yang tidak di sebut oleh Hassan Malek
namun ianya di SPIN pihak Pembangkang.
Tindakan Hassan Malek selaku Menteri KPDNKK ?
Hanya
senyap dan sepi tanpa memikirkan bahawa kesan serangan pembangkang ke
atas beliau bukan sahaja melibatkan beliau malah telah menyebabkan
Kerajaan Barisan Nasional serta YAB PM turut menjadi kecaman Rakyat.
Penjelasan Hassan Malek sekadar melepaskan batuk di tangga. Malah fitnah
pihak pembangkang juga tidak langsung di buat laporan polis oleh para
penyokong Hassan Malek apatah lagi membawa spanduk spanduk kecaman ke atas fitnah yang di lemparkan oleh pihak Pakatan Pembangkang.
Saya mahu bertanya kepada semua.
Di waktu Dato Sri Najib di lemparkan pelbagai Fitnah
oleh pihak pembangkang, di mana jentera yang sepatutnya melakukan tindakan
sepertimana jentera Hassan Malek lakukan? Laporan Polis? Spanduk kecaman?
Kenyataan Pemimpin UMNO dan Kerajaan?
Di waktu Datin Sri Rosmah di fitnah pembangkang di mana
mereka ini? Di waktu menteri di fitnah pembangkang? Di waktu kerajaan
di fitnah pembangkang? Di waktu pemimpin pembangkang menghina UMNO mana
mereka ini yang sepatutnya membuat tindakan yang sama seperti apa yang
berlaku pada Hassan Malek?
Justeru itu saya nak ingatkan kepada YAB PM Najib
Razak, jangan kasihan kepada orang lain sedangkan orang lain tidak
memberi kasihan kepada anda. Benar YAB PM cukup baik namun dalam keadaan
hari ini,mana mana pemimpin , pegawai ataupun sesiapa sahaja yang di
lantik untuk Kerajaan apabila GAGAL melaksanakan tugas maka ianya perlu
di berikan hukuman. Ini lah yang perlu di lakukan YAB PM jika beliau
masih waras menilai situasi sekarang ini yang mana imej beliau di lihat
semakin tidak popular dari hari ke hari.
UJIKAJI yang di buat ini membuktikan bahawa pemimpin
UMNO lebih mengutamakan jawatan yang di sandang berbanding semangat
untuk mempertahankan pemimpin negara, Kerajaan dan juga Istitusi UMNO.
Jadi adalah amat wajar untuk YAB PM membuat satu KEJUTAN kepada semua
agar masing masing mempunyai semangat jati diri yang kuat mempertahankan
pemimpin Negara, Kerajaan dan Istitusi umno.
- Malay Rights










