Showing posts with label Teresa Kok. Show all posts
Showing posts with label Teresa Kok. Show all posts

Monday, 17 February 2014

Teresa Kok suburkan ideologi Komunis


Ternyata menarik apa yang telah dinyatakan oleh kumpulan profesional kaum Cina dalam mengulas isu biadap ahli parlimen Seputeh Yb Teresa Kok melalui klip video Tahun Baru Cina yang dihasilkannya. Sesungguhnya bukan semua masyarakat Cina biadap dan berfikiran sempit seperti parti serpihan komunis DAP. Apa yang telah disampaikan oleh para profesional kaum Cina ini memberikan lagi tekanan kepada Teresa Kok dan juga kepimpinan Dinasti Lim untuk mengambil tindakan ke atas keceluparan dan kebiadapan Teresa Kok MP Seputeh.



Sehingga ke hari ini Teresa Kok serta pelakon lain didalam klip video tersebiut belum lagi membuat sebarang permohonan maaf kepada rakyat Malaysia khusunya Melayu. Tindakan juga dari pihak berkuasa belum lagi membuat apa apa tindakan undang undang walaupun apa yang dizahirkan melalui video tersebut telah menghina orang Melayu dan juga kerajaan Malaysia.

Tindakan perlu diambil ke atas Teresa Kok dan pelakon yang lain agar ianya tidak lagi berulang dimasa akan datang demi memastikan keharmonian kaum di Malaysia terus berjalan dengan baik. Kepimpinan DAP dinasti Lim juga perlu bertanggungjawap atas pekara ini kerana Teresa Kok merupakan pemimpin kanan dalam parti serpihan komunis Malaya itu.

Ideologi Komunis yang berkembang pesat melalui parti DAP perlu dihapuskan agar kaum Cina tidak dihasut untuk bertindak menentang kerajaan sepertimana yang dilakukan oleh Chin Peng Ketua Parti Komunis Malaya sewaktu lalu yang membunuh ratusan orang Melayu dan mendera kaum kaum Cina yang tidak memberikan kerjasama kepada Komunis.

Ideologi Komunis yang disuburkan oleh Teresa Kok ini amat merbahaya kerana jika ideologi ini tidak dibendung akan menyebabkan Malaysia menjadi tidak aman dan tidak mustahil tragedi 13 Mei akan berulang kembali.

- Malay Rights

Monday, 10 February 2014

DAP arah SPRM tutup siasatan salah guna kuasa Teresa Kok RM 1 Billion?




Penyalahguaan kuasa dan korupsi sering dilabelkan ke atas parti kerajaan iaitu Barisan Nasional oleh pihak Pakatan Rakyat terutama parti DAP yang merupakan parti serpihan Komunis Malaya. Agenda parti Komunis Malaya yang berselindung disebalik nama DAP dan beberapa NGO yang membuat serangan dan tuduhan tanpa asas keatas Barisan Nasional begitu hebat sejak di awal penubuhan DAP lagi. Korupsi dan rasuah dimainkan berulang ulang kali oleh parti Komunis Malaya ini untuk menghasut rakyat melihat BN khusunya UMNO parti yang tidak relevan untuk mentadbir Malaysia. Ini agenda Komunis yang akan sentiasa melemparkan persepsi negatif agar mudah untuk mereka melakukan sesuatu dalam matlamat mereka menjarah Malaysia.

Hari ini sebuah blog "DAP INSIDER" mengeluarkan beberapa gambar dokumen yang mana melibatkan akan korupsi dan rasuah salah guna kuasa yang dilakukan oleh Yb Parlimen Seputeh Teresa Kok. Dokumen yang dikeluarkan ini masih lagi belum dijawap oleh kepimpinan parti Komunis dan juga tuan punya badan Yb Teresa Kok.



Chapter 1 : DEVIL IN DISGUISED - WHO IS TERESA KOK


Ternyata pendedahan dokumen salah guna kuasa yang dilampirkan ini membuktikan bahawa parti yang berkuasa tak kira sama ada di pihak kerajaan mahupun Pakatan Rakyat juga tidka bersih dan melakukan Rasuah serta penyelewengan dalam urusan pentadbiran mereka.

Saya harap agar siasatan lanjut keatas Yb Seputeh Teresa Kok dalam dilakukan oleh pihak SPRM. Ini amat penting kerana sudah pasti ada asas berhubung kesalahan yang dilakukan Teresa Kok bekas Adun dan juga Exco kanan di Selangor sebelum pilihanraya umum ke 13 yang lalu.

Yang nyata dalam pekara ini adalah tanah milik Yayasan Negeri Selangor dijadikan sumber utama untuk parti Komunis di Selangor menjarah hasil dan keringat pemimpin Melayu terdahulu.

- Malay Rights

Thursday, 6 February 2014

Mahkamah rakyat akan hukum perbuatan jijik Teresa Kok




"Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari bertindak membuat laporan polis setelah mendapat kecaman dan ugutan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dari pelbagai pihak berhubung klip video yang diterbitkannya berjudul 'Onederful Malaysia' bersempena sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

Beliau turut menyenaraikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad sebagai individu yang terlibat dalam melakukan ugutan tersebut.

"Saya turut menerima banyak pesanan teks dan pesanan Whatsapp yang biadap yang mengancam keselamatan saya," katanya kepada wartawan selepas membuat laporan polis di  Balai Polis Tun H S Lee," - Rakyat News


Cukup sadis dengan apa yang dilakukan Teresa Kok ahli parlimen Seputeh semalam yang membuat laporan Polis kerana kehidupan beliau telah diganggu dan diancam oleh pihak pihak yang tidak berpuas hati dengan video tahun baru Cina yang biadap. Teresa Kok seharusnya sedar bahawa apa yang berlaku hari ini adalah berpunca dari kebiadapannya yang membakar jiwa rakyat Malaysia untuk mengecam perbuatan jijik Teresa Kok dalam isu klip video CNY.

Sebenarnya Teresa Kok lah punca semakin hari semakin ramai kaum Cina yang menjadi biadap menghina bangsa lain. Teladan buruk yang ditunjukkan oleh Teresa Kok menjadi ikutan kaum Cina dalam melemparkan serangan dan kenyataan yang biadap dan racis ke atas kaum lain terutamanya Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak.


Bukan sekali Teresa Kok melakukan tindakan biadap malah ianya berlarutan dari tahun ke tahun yang mana setiap kenyataan Teresa Kok pasti mengundang kemarahan rakyat terutamanya orang Melayu.Adakah ini merapatkan lagi perpaduan kaum di Malaysia?

Sedar atau tidak apa yang dilakukan oleh Teresa Kok ini adalah untuk memecah belahkan perpaduan rakyat Malaysia yang mana memberikan moral kepada kaum Cina untuk bersikap biadap kepada pemimpin kerajaan terutamanya orang Melayu. Ini yang dimainkan oleh Teresa Kok dan inilah juga yang menyebabkan perpaduan antara kaum di Malaysia semakin terhakis.

Mahu atau tidak mahu Teresa Kok sudah pun menjadi musuh kepada umat Islam dan Melayu. Tidak akan ada permohonan maaf dari Teresa Kok berhubung video CNY nya dan orang Melayu juga tidak akan memaafkan apa yang telah dilakukannya. Ini akan berterusan sehingga ke satu masa yang mana Teresa Kok menerima penghakiman dari rakyat sendiri.

Majlis peguam yang sudah tidak relevan menyokong tindakan biadap Teresa Kok dan ini menjadikan Teresa Kok seolah olah kebal dari sebarang tindakan undang undang. Kita tidak hairan untuk Teresa Kok mendapat sokongan ataupun perlindungan dari majlis peguam kerana jika undang undang tidak dilaksanakan maka rakyat akan mengambil alih tindakan yang sewajarnya ke atas Teresa Kok.

Melayu harus sedar Teresa Kok adalah parti kepada DAP. Dan sedarlah bahawa DAP itu susur galurnya adalah komunis dan ideologi mereka berterusan untuk memastikan matlamat mereka menguasai Malaysia ini terus berjalan dan hanya pepecahan kaum sahaja dapat membantu DAP menang lebih banyak kerusi di Malaysia ini.


Teresa Kok akan dihukum, cuma belum tahu bila masanya akan tiba.

- Malay Rights


Saturday, 1 February 2014

Teresa Kok ahli parlimen Seputeh tanam benih kebencian pada Islam & Melayu



Kebiadapan ahli parlimen Seputeh Teresa Kok cukup mengambarkan betapa racist dan kurang ajar wanita ini. Bukan sekali Teresa Kok menghina umat Islam dan Melayu namun ianya telah diulang ulang semenjak Teresa Kok berkecimpung dalam dunia politik.

Politik kebencian terhadap umat Islam dan Melayu menjadi sandaran untuk Teresa Kok menang pada Pilihanraya yang beliau tandingi. Ini juga menjadikan semakin lama semakin ramai kaum kaum Cina terhasut dengan apa yang dibawa oleh Teresa Kok.

Isu terbaru yang mana Teresa Kok menghina Melayu dalam ucapan video Tahan Baru Cina cukup cukup menaikkan darah rakyat terutama orang Melayu. Tidak pernah berlaku video ucapan tahun Baru Cina yang disampaikan sebegitu rupa menghina Melayu.

Ini jelas mengambarkan sifat sebenar Teresa Kok yang perkauman dan juga menolak perpaduan antara kaum di Malaysia. Teresa Kok perlu untuk diberikan pengajaran diatas kebiadapanya ini dan pihak pihak lain amatlah wajar untuk bertindak bagi memastikan benih benih Teresa Kok ini tidak lagi subur agar Malaysia terus aman tanpa gangguan dari manusia gila seperti Teresa Kok.


Video diatas merupakan bukti betapa biadap dan angkuh ahli parlimen Seputeh ini walaupun Teresa Kok tahu Masjid itu adalah tempat beribadat umat Islam. Kita boleh nilaikan bagaimana sifat Teresa Kok ini dan kita boleh untuk bertindak mengikut kemampuan kita seluruh umat Islam dan Melayu.

Kita tidak perlu untuk menghormati manusia jenis Teresa Kok ini kerana manusia ini punca perpecahan kaum dan menghasut rakyat untuk saling bermusuhan.

- Malay Rights

Wednesday, 26 June 2013

Yb Teresa Kok DAP Tidak Setuju Islam Agama Rasmi Persekutuan Pamerkan Sikap Sebenar Cina Couvenis




YB Teresa Kok dari parti DAP dalam keterangannya hari ini di Mahkamah Jalan Duta menyatakan bahawa beliau tidak setuju Islam sebagai agama Rasmi Persekutuan. Jawapan Teresa Kok ini terpancul setelah diajukan soalan daripada pihak peguam Dato Zaini Utusan dalam kes saman Teresa Kok ke atas Dato Zaini ekoran artikel cuit cuit Dato Zaini pada tahun 2010.

Saya sempat hadir dalam perbicaraan pagi tadi dan sepanjang saya berada di dalam kamar Mahkamah saya sendiri mendengar soalan dan juga jawapan apabila Teresa Kok disoal oleh peguam Dato Zaini. Memang saya sudah menjangka DAP akan terus kekal menolak Islam sebagai agama Rasmi Malaysia walaupun Teresa Kok tahu didalam Perlembagaan jelas menyatakan bahawa Islam adalah Agama Rasmi Persekutuan Malaysia.

Ada beberapa pekara lagi yang menarik sepanjang perbicaraan yang saya ikuti pagi tadi dan antaranya berhubung Wang umat Islam Selangor yang mana apabila peguam Dato Zaini bertanyakan kepada Teresa Kok mengenai kemana disalurkan wang umat Islam Selangor beliau menjawap bahawa ada peruntukan wang yang disalurkan bukan sahaja kepada umat Islam Selangor. Malah Teresa Kok juga turut mengakui penyaluran wang umat Islam Selangor kepada agama lain mendapat banyak bantahan daripada umat Islam Selangor.

Teresa Kok juga mengakui bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mendesak agar kuota 10% UITM diberikan kepada bukan Bumiputera. Usul tersebut menurut Teresa Kok dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor Dato Sri Khalid Ibrahim yang telah mendapat bantahan bukan sahaja dari Bumiputera Selangor malah oleh para pelajar UITM sendiri.

Isu ladang Babi turut menjadi perhatian saya apabila Teresa Kok menyatakan bahawa bukan kerajaan Pakatan Rakyat yang meluluskan projek tersebut sebaliknya Teresa Kok menyatakan kerajaan Barisan Nasional terdahulu yang meluluskan projek tersebut. Kenyataan Teresa Kok tersebut disanggah oleh peguam Dato Zaini dengan menyatakan bahawa bekas Menteri Besar Selangor sewaktu dibawah pentadbiran Barisan Nasional Dato Sri Khir Toyo menafikan bahawa beliau meluluskan ladang ternakan Babi yang mahu dibina di Sepang.

Dalam isu ladang ternakan Babi ini akhirnya Teresa Kok DAP mengakui bahawa kerajaan Pakatan Rakyat ada membincangkan projek Ladang Ternakan Babi bernilai RM100 Juta selepas mereka menang Selangor Mac 2008.


Saya dan Dato Zaini Cuit Cuit Utusan Malaysia

Walaupun sekitar sejam saya berada didalam kamar Mahkamah tetapi saya dapat lihat sendiri betapa Racist Teresa Kok parti DAP ini bila berhubungkait dengan Melayu dan Islam. Sepanjang pagi tadi juga saya dapat lihat betapa gugupnya Teresa Kok dalam menjawap soalan peguam Dato Zaini. Namun demikian saya memuji sikap Teresa Kok yang pada saya jujur dalam memberikan keterangan bahawa beliau jelas anti kepada Bumiputera dan juga menolak Islam. Jadi sudah kita tahu kebenarannya akan apa yang DAP perjuangkan cuma menunggu masa bila agaknya orang Melayu Islam akan sedar agenda DAP yang cukup halus dalam pekara ini.

Ini satu pekara yang seharusnya mendatangkan kesedaran kepada Bumiputera dan juga umat Islam. Perbicaraan kes Teresa Kok menyaman Dato Zaini Utusan telah membuka lebih banyak pekung DAP yang mempamerkan watak dan sikap Racist sebenar mereka ini. Orang Melayu khususnya perlu sedar agenda DAP ini dan inilah yang sering saya tekankan agar orang Islam Melayu wajib menolak parti Couvenis DAP.

Kenyataan Teresa Kok yang menolak Islam sebagai agama Rasmi Persekutuan seharusnya dijawap oleh sekutu DAP didalam Pakatan Rakyat. PAS harus tampil dalam isu ini agar kita semua tahu pendirian PAS berhubung kenyataan Teresa Kok. Jika sebelum ini Karpal Singh menolak Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan dan kemudiannya dijawap oleh PAS sebagai kenyataan peribadi Karpal dan bukannya DAP bagaimana pula dengan kenyataan Teresa Kok? Apakah sekali lagi PAS akan menyatakan ianya juga adalah pendirian peribadi dan bukanya pendirian parti sekutu mereka DAP?

Bersatulah wahai orang Islam dan Bumiputera, wajib kita menolak Cina Couvenis DAP ini.