Saturday 30 November 2013

Perhimpunan Agung UMNO Peluang Terbaik Rangkaian Media Sosial Pro UMNO Ketengahkan Agenda Melayu & Bumiputera




Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita menyaksikan perhimpunan Agung UMNO kali yang ke 67.  Bermula 2hb Disember sehingga 7 Disember seluruh negara akan menyaksikan perhimpunan Melayu terbesar yang diadakan. Perwakilan yang datang juga bukan setakat yang berjawatan malah yang tidak berjawatan juga pastinya turut akan hadir untuk hari terbesar UMNO apatah lagi setelah Pilihanraya Umum ke 13 lalu yang menyaksikan UMNO mendominasi kerusi didalam Barisan Nasional.

Ada yang akan seronok dengan perhimpunan ini dan tak kurang juga yang sudah siap sedia untuk memberikan hujah hujah yang panas pada persidangan nanti. Ini lah ruang yang selayaknya untuk pemimpin UMNO sama ada di peringkat pusat mahupun cawangan meluahkan ketidak puashatian kepada pucuk tertinggi pimpinan UMNO dalam isu Melayu dan Bumiputera.

Saya sendiri selaku pengamal media yang akan bertugas pada Persidangan UMNO kali ini mengharapkan akan ada gelombang suara suara mendesak agar pucuk pimpinan memberikan lebih perhatian yang khusus buat agenda Melayu dan Bumiputera. Ini masanya untuk kita bangkitkan pekara yang berbangkit dan terbuku dihati. Ini ruangnya untuk menegur mana mana pemimpin yang dilihat tidak peka dan prihatin akan nasib Melayu dan Bumiputera.

Buat rangkaian media sosial pro UMNO juga diharapkan dapat menaikkan moral ahli UMNO pada Perhimpunan Agung ini kelak. Tanpa kehadiran rangkaian media sosial Pro UMNO adalah tidak mungkin gelombang suara akar umbi agenda Melayu dan Bumiputera dapat diketengahkan dengan lebih pantas dan luas. Harapan saya agar rakan media sosial berganding bahu untuk bersama memartabatkan agenda UMNO dengan mendahulukan Agama, Bangsa dan Negara.

- Malay Rights

Tuesday 26 November 2013

Kerajaan Diminta Bertindak - Remaja Melayu Jadikan KK Mart Lubuk Utama Mendapatkan Minuman Keras




Sudah lama sebenarnya saya mahu mengulas mengenai penjualan minuman keras secara terbuka yang semakin menjadi jadi di Malaysia ini. Penjualan minuman keras yang pada pendapat saya amat merugikan negara kerana dengan penjualan minuman keras yang meluas telah merosakkan minda anak muda yang ada hari ini. Setakat ini belum ada lagi desakan dari mana mana pihak akan pekara ini melainkan hanya berlagu didalam media sosial sama ada di facebook dan juga Twiiter dan itupun datangnya dari luahan perseorangan.

Saya nak merujuk kenyataan dibawah ini:

Kerajaan disaran supaya mengkaji semula kewujudan kedai dan restoran 24 jam dalam usaha menangani masalah obesiti dan membendung peningkatan kes jenayah di negara ini.
Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan dan Analisis Maklumat Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Sulaiman Abdul Manan berkata, kajian itu perlu meliputi aspek sosial masyarakat, keselamatan dan kesihatan.
"Perkara ini kita kena adakan satu kajian. Kenapa harus kita mengadakan kedai 24 jam ini? Kalau kita lihat di luar negara tak ada pun kedai makan 24 jam, yang ada pun mungkin 7Eleven. Jadi kerajaan kena teliti semula," 

Bagaimana Obesti mendapat tempat oleh pegawai kerajaan berbanding penjualan minuman keras yang secara terbuka dan semakin menjadi jadi waktu ini? Adakah kedai makan yang beroperasi 24 jam lebih mendatangkan kerosakkan pada tubuh badan berbanding kedai yang menjual minuman keras 24 jam sehari?

Dulu kita dapat lihat penjualan minuman keras melalui kedai serbaneka 7 Eleven yang wujud diseluruh kawasan. Kini KK Super Mart lebih hebat dalam penjualan minuman keras apabila bukan sahaja menjadi pesaing kepada 7 Eleven dalam penjualan minuman keras malah turut menjual pelbagai jenis minuman keras yang bermula dari harga RM 5 ringgit kepada yang bernilai RM 100 Ringgit ke atas.

Pemerhatian saya di 7 Eleven mendapati peremis berkenaan hanya menjual minuman keras jenis Beer dan tidak menjual arak jenis lain. Namun di KK Super Mart minuman keras yang dijual bukan sahaja Beer malah segala jenis macam Whiskey, Vodka dan lain lain turut dijual kepada pelanggan nya. 24 Jam kita dapat lihat premis KK Super Mart dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat sama ada Warganegara mahupun warga asing yang membeli minuman keras berkenaan.

Semakin mudah remaja hari ini membeli minuman keras

Lebih malang lagi sejak wujudnya KK Super Mart yang menjual minuman Keras ini mengakibatkan lebih ramai anak anak muda membeli minuman tersebut. Puncanya kerana ianya beroperasi 24 jam tanpa limit dalam menjual minuman keras. Dan juga kerana jenis minuman keras yang dijual mempunyai pelbagai jenama sama ada pembeli boleh memilih untuk yang murah, sederhana ataupun mahal.

Remaja yang tidak mempunyai poket yang tebal sudah pastinya memilih untuk membeli Whiskey yang murah kerana ikut dari pengalaman saya sendiri minuman keras  murah ini hanya berharga RM 5 ke RM 15 sahaja bagi sebotol dan ianya lebih tinggi tahap khayal berbanding minuman keras jenis Beer. Malah minuman keras yang murah dijual di KK Super Mart ini paling laris dibeli oleh golongan muda.


Bohong jika saya katakan anak muda terutamanya anak Melayu tidak membeli minuman keras di KK Mart ini. Saya rasa anda semua mempunyai pengalaman melihat anak Melayu membeli minuman keras di KK Super Mart ini. Malah saya yakin anda juga pernah melihat KK Super Mart menjual minuman keras kepada anak Melayu. Semenjak kewujudan KK Super Mart anak anak muda lebih mudah untuk mendapatkan minuman keras tanpa mengira waktu kerana KK Super Mart menyediakan minuman keras 24 jam sehari.

Apakah pihak kerajaan Malaysia sedar pekara ini? Adakah kementerian yang bertanggungjawap tahu pekara ini? Adakah kita semua terus mahu menutup mata dengan apa yang berlaku? Tindakan sewajarnya perlu dilakukan dalam memberhentikan penjualan minuman keras di semua premis KK Super Mart seluruh negara.

Gesa Premis KK Super Mart Hentikan Penjualan Minuman Keras!

"Yang Jual Cina,
Yang Mabok Melayu,
Yang Untung Cina,
Yang Rugi Melayu"

- Malay Rights











Tuesday 19 November 2013

MIMOS - Renovation For Life Terus Pinggirkan Anak Melayu



Selepas satu persatu pekara yang berbangkit dinyatakan dalam isu MIMOS Bhd Syarikat milik Kerajaan diulas. Pihak MIMOS Bhd dikhabarkan bertindak dengan menutup akses bagi melayari blog ini diseluruh kawasan milik MIMOS Bhd. Para pekerja MIMOS pula dilaporkan diberi amaran untuk tidak menyalurkan sebarang maklumat berkaitan apa sahaja isu didalam MIMOS Bhd. Segala galanya sudah dikawal dan paling menarik apabila anak Melayu tempatan yang bekerja di MIMOS Bhd yang menjadi perhatian pihak atasan MIMOS Bhd yang dilihat sebagai musuh dalam selimut dalam pendedahan MIMOS Bhd.

Realitinya pihak atasan MIMOS Bhd masih lagi meneruskan agenda mereka yang hanya pandai membazirkan wang rakyat dengan mengambil pekerja asing dari India dan Sri Langka berbanding dengan anak tempatan terutama bangsa Melayu. Dasar MIMOS Bhd yang dilihat lebih mementingkan pekerja India dan Sri Langka ini telah menutup peluang anak Melayu untuk pergi jauh dalam bidang IT yang ada di MIMOS Bhd.

Dimana lagi harapan anak Melayu untuk maju ke hadapan jika dalam negara sendiri Syarikat milik Kerajaan seperti MIMOS Bhd ini mengamalkan dasar meminggirkan pekerja Melayu? Adakah kehebatan warganegara India dan Sri Langka tidak dapat disaingi oleh anak Melayu? Jika MIMOS Bhd sudah tidak yakin lagi dengan potensi anak Melayu adalah lebih baik untuk Dato Abdul Wahab MIMOS Bhd serah tugas yang beliau jawat kepada India bernama "Raj" yang juga dikenali oleh pekerja MIMOS sebagai "KING RAJ".

Bahasa yang kasar saya gunakan "Keling Paria telah meguasai MIMOS Bhd Sehinggakan Abdul Wahab menikus bagaikan telornya dicengkam oleh Keling Paria"

Salah seorang pekerja MIMOS Bhd mencadangkan:

1. Kenapa import banyak foreigner ? India, pakistan, iran dan seangkatan dengannya ? Apa depa buat, mana outcome? Who is the third party getting this money?
2. Boleh share mana satu product dah market ?
3. High level 80% dari motorola located dalam very nice room ? Nape orang lama no value ke ? Boleh suruh sprm dtg periksa sendiri dan check profile. Those come from other company or orgnisation hard to survive since using kronism ? 
4. Not perform also can promoted ? Ini berdasarkan maklumat yg di kongsikan ? 
I proposed mimos convert to institute or university and lead by academician not by puppet that very low education and mentality ..


Harap lah Dato Sri Najib Razak melihat pekara ini, SPRM juga sudah tidak boleh diharap dan yang akan terus menjadi mangsa adalah anak Melayu sendiri.

- Malay Rights

Thursday 14 November 2013

Amat Wajar Malaysia Boikot Sukan Sea Mayammar



Sami-sami Buddha Radikal mengadakan perarakan pada hari selasa bagi memprotes lawatan OIC untuk melihat sendiri nasib yang menimpa umat Islam Rohingya. Ini menunjukkan kepada masyarakat dunia sikap mereka yang enggan masyarakat antarabangsa mengetahui kisah penyembelihan keatas umat Islam Rohingya yang dilakukan mereka. 

Boikot sukan Sea Mayanmar 2013


Saya melihat isu ini perlu untuk pihak kerajaan Malaysia terutamanya Kementerian Belia dan Sukan dibawah Menterinya Yb Khairy Jamaluddin untuk membawa kepada Kabinet agar Kontijen Malaysia tidak menyertai Sukan Sea Mayammar 2013.

Mungkin sukan tidak bearti dalam politik ataupun Agama namun selaku Kerajaan Malaysia yang terang terangan merupakan sebuah kerajaan Islam harus dan wajar untuk memboikot sukan Sea Mayammar ini memadangkan Kerajaan Mayammar melalui etnik Buddha nya sehingga ke hari ini melakukan pembunuhan kejam ke atas umat Islam Rohinghya.

Pandangan saya jelas dalam pekara ini memandangkan Malaysia merupakan sebuah kerajaan yang cukup berpengaruh dalam memberikan satu tamparan kepada Kerajaan Junta Tentera Mayammar berhubung pembunuhan ke atas umat Islam Rohinghya.

- Malay Rights

Sunday 3 November 2013

Kempen PAS Di Sg Limau Tidak Mencerminkan Sebuah Parti Islam



Saya mengikuti kempen Pilihanraya Kecil Dun Sungai Limau di Kedah. Kempen pilihanraya kecil yang  melibatkan dua parti utama umat Islam iaitu UMNO dan juga PAS. Dua parti besar umat Islam dan tentunya bangsa Melayu masing masing beradu tenaga dan cuba sedaya upaya untuk meraih undi yang majoriti pengundinya adalah orang Melayu.

Dari pengamatan saya UMNO memainkan kempen yang begitu sederhana sepertimana yang mereka lakukan pada Pilihanraya Kecil Dun Kuala Besut tempoh hari. Kempen yang dilakukan jentera UMNO lebih banyak menumpukan kepada usaha pembangunan dan kebajikan rakyat di Dun Sg Limau. Kempen yang sederhana dan amat berhemah bagi meraih undi.

PAS juga pada mulanya menggunakan kempen yang berhemah dan tidak banyak melakukan kesilapan. Namun apabila masuk hari hari yang penting PAS mula melakukan satu persatu pekara yang pada saya tidak wajar untuk mereka lakukan apatah lagi PAS melabelkan mereka adalah parti yang Islamik.

Bermula dari gambar superimpose yang dilakukan PAS telah merosakkan imej parti itu pada pandangan umum. Malah kelmarin ahli PAS Pokok Sena pula ditangkap apabila cuba menggantung patung kaki yang dipotong yang telah jelas merupakan kempen yang tidak sihat dalam pilihanraya kecil kali ini.

Hari ini saya dimaklumkan PAS telah mengedarkan pula risalah yang begitu menjelikkan saya sebagai seorang umat Islam dan Melayu. Risalah diatas pada saya adalah satu risalah yang benar benar telah melarikan pendirian PAS yang sebenar kerana sesama umat Islam adalah tidak wajar untuk kita mendoakan kemudaratan sesama kita.

Risalah yang digunakan oleh PAS ini adalah satu tindakan yang dilihat amat terdesak dalam meraih undi pengundi Dun Sungai Limau. Tentunya risalah yang sebegini boleh mengundang provokasi dan berkemungkinan akan ada yang bergaduh akibat risalah yang dedarkan oleh PAS ini.

Saya berharap agar pengundi di Dun Sungai Limau melakukan undi yang terbaik bagi masa depan mereka sendiri. Pilihan terletak ditangan mereka sama ada mahukan pembelaan dalam pembangunan dan kebajikan ataupun terus bersama dengan keadaan yang ada hari ini.

Cakap cakap yang saya dengar juga disini dilihat banyak menolak kehadiran parti DAP. Namun saya tidak pasti apakah DAP berjaya menyakinkan pengundi Cina yang dianggarkan sebanyak 1800 orang untuk mengundi PAS ataupun Barisan Nasional. Jika PAS mengharapkan undi dari kaum Cina untuk menang Pilihanraya Kecil ini maka sudah tentu UMNO lebih berjaya kerana tidak mengharapkan undi Cina sebaliknya menfokuskan kepada undi orang Melayu yang merupakan majoriti dalam Dun Sungai Limau.

Menang atau kalah yang akan menjadi Adun adalah orang Islam Melayu jua. Cuma ianya akan memperlihatkan adakah pengundi Sg Limau mahukan perubahan ataupun masih selesa dengan kehidupan yang ada sekarang.

- Malay Rights