Showing posts with label ISLAM. Show all posts
Showing posts with label ISLAM. Show all posts

Thursday, 13 March 2014

Moral Anwar Menyesatkan Umat Islam



Isu melibatkan akidah dan moral perlu dipandang berat oleh masyarakat dalam memilih pemimpin dan pemerintah demi memelihara generasi akan datang.

Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata, isu seperti pluralisme dan liberalisme yang diperjuangkan pemimpin daripada parti pembangkang perlu ditentang secara total.

"Ini adalah mengenai ummah generasi akan datang. Nurul Izzah (anak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang tidak pernah bersekolah agama telah mengatakan kita boleh tukar agama pada bila-bila masa. Ini sangat dahsyat. Anwar sudah menyesatkan kita.

"Berkait masalah moral, saya akan berasa malu kalau mengundi dia. Saya malu dengan Allah, isteri, anak-anak," katanya dalam ceramah bertajuk Tolak PKR, Selamatkan Selangor di Taman Kantan Permai disini malam tadi.

Hadir sama, bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, Datuk Salamon Selamat manakala Ruslan Zainal Abidin selaku moderator. Hadir sama Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan dan Jawatankuasanya Datuk Mustapha Taib.

Jelas Hasan yang merupakan bekas Exco Agama kerajaan negeri Selangor itu, beliau telah melihat sendiri bagaimana agama Islam dan bangsa Melayu dihakis setiap hari dengan rakus dan bangga.

"Saya minta penjualan arak tidak dijalankan di kawasan Melayu di Shah Alam. Tetapi saya ditentang oleh pemimpin dikalangan kerajaan negeri yang sudah digula-gulakan oleh Anwar Ibrahim. Ronie Liu minta dipulangkan semula arak-arak itu sedangkan saya ketika itu Exco Agama.

"Peristiwa di sebuah gereja di Damansara, DUMC, umat Islam dijemput untuk majlis berbuka puasa dalam bulan Ramadhan di persekitaran gereja. Dari jam 6 petang hingga 11 malam. Sepatutnya mereka solat tarawih tetapi tidak, mereka mendengar syarahan yang mengajak untuk menganut agama Kristian," ujar beliau yang kemudiannya dipecat kerana masih mempertahankan Islam.

Thursday, 14 November 2013

Amat Wajar Malaysia Boikot Sukan Sea Mayammar



Sami-sami Buddha Radikal mengadakan perarakan pada hari selasa bagi memprotes lawatan OIC untuk melihat sendiri nasib yang menimpa umat Islam Rohingya. Ini menunjukkan kepada masyarakat dunia sikap mereka yang enggan masyarakat antarabangsa mengetahui kisah penyembelihan keatas umat Islam Rohingya yang dilakukan mereka. 

Boikot sukan Sea Mayanmar 2013


Saya melihat isu ini perlu untuk pihak kerajaan Malaysia terutamanya Kementerian Belia dan Sukan dibawah Menterinya Yb Khairy Jamaluddin untuk membawa kepada Kabinet agar Kontijen Malaysia tidak menyertai Sukan Sea Mayammar 2013.

Mungkin sukan tidak bearti dalam politik ataupun Agama namun selaku Kerajaan Malaysia yang terang terangan merupakan sebuah kerajaan Islam harus dan wajar untuk memboikot sukan Sea Mayammar ini memadangkan Kerajaan Mayammar melalui etnik Buddha nya sehingga ke hari ini melakukan pembunuhan kejam ke atas umat Islam Rohinghya.

Pandangan saya jelas dalam pekara ini memandangkan Malaysia merupakan sebuah kerajaan yang cukup berpengaruh dalam memberikan satu tamparan kepada Kerajaan Junta Tentera Mayammar berhubung pembunuhan ke atas umat Islam Rohinghya.

- Malay Rights

Thursday, 22 August 2013

DAP & PAS Usah Bantah Keputusan Mahkamah Rayuan Tolak Kalimah Allah Di Gunakan Di Dalam Bible




Syukur atas keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang memutuskan bahawa Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam didalam Bible milik penganut Kristian.

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak Permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan majlis agama Islam dan pihak lain berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.
 
Permohonan itu didengar oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusof.
 
Prosiding rayuan penuh oleh kerajaan dijangka akan diadakan pada 10 September 2013 memandangkan keputusan tersebut dilakukan oleh pihak mahkamah.
 
16 Februari 2009 apabila Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja iaitu The Herald serta menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.
 
Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah, dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.
 
Majalah mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja. 
 
- Rakyat News

Saya tidak mahu mengulas lebih dengan keputusan Mahkamah Rayuan ini namun saya berharap agar seluruh umat Islam Malaysia bersyukur dengan keputusan yang baik ini demi perpaduan kita rakyat Malaysia.



Saya juga berharap agar pemimpin Islam yang bernafsu politik seperti di dalam pari PAS dan PKR tidak menggunakan keputusan Mahkamah ini untuk cuba membangkitkan kemarahan umat Islam kerana kita tahu ada pimpinan politik dari parti PAS dan PKR yang menyokong agar Kalimah Allah di gunakan oleh bukan Islam demi tujuan politik songsang mereka.

Sujud Syukur...... Malay Rights

Monday, 12 August 2013

Surau Dijadikan Tokong Bukti Akidah Umat Islam Mudah Dinodai.



Hangat bila sebuah Surau di Johor telah dijadikan tempat penganut Buddha beribadat. Bukan sahaja beribadat secara bersendirian malah ianya dilakukan secara berkumpulan dengan meletakkan banyak peralatan keagamaan didalam Surau tersebut. Maklumat awal mengenai insiden ini didedahkan oleh sebuah blog Sebastian Phiu

Menurut penulis blog Sebastian Phiu pengusaha Resort tersebut telah berbohong kepada umum menyatakan kejadian tersebut merupakan pertama kali berlaku di Surau tersebut. Mengikut laporan Surau tersebut acap kali digunakan oleh penganut Buddha dari luar Malaysia dan Malaysia dan ada ketikanya mereka menggunakan Kemeyan didalam Surau serta memasang colok bagi menjalankan aktiviti pemujaan mereka.

Saya tidak mahu mengulas mengenai apa yang telah berlaku kerana sudah banyak paparan dari blog blog lain mengeluarkan isu ini untuk tatapan pembaca. Namun saya amat berminat untuk mengulas sedikit mengenai pemilik Resort tersebut yang juga merupakan Melayu yang berugama Islam. Islam ditahap mana kah pemilik tersebut?

Mengikut dari laporan pihak Polis hasil soal siasat yang dijalankan ke atas pemilik Tanjung Sutera Beach Resort Syed Ahmad Syed salim Alkaff bahawa :

"Pemilik resort yang merupakan warga Singapura yang mempunyai taraf Penduduk Tetap negara ini berkata beliau membenarkan kumpulan berkenaan menggunakan surau namun tidak tahu mereka juga menggunakan peralatan keagamaan.

“Saya tidak berniat menyakiti hati mana-mana pihak. Niat saya adalah untuk menunjukkan Islam adalah agama sejagat dan bertoleransi,” katanya yang juga beragama Islam. Selanjutnya KLIK DISINI

Niat yang tidak betul dan jauh menyimpang dari Islam itulah yang saya boleh maksudkan dengan kenyataan pemilik Resort ini berhubung isu Surau dijadikan Tokong. Bagaimana seorang Islam boleh menyatakan bahawa kita dibolehkan bertoleransi sehingga surau yang mana Rumah Allah boleh diberikan hak kepada bukan Islam untuk digunapakai bagi tujuan penyembahan agama lain? Islam yang pada saya telah rosak akidahnya dan ini yang sepatutnya umat Islam Malaysia sedar bahawa dengan kejadian sebegini sebenarnya membuka mata ramai umat Islam untuk mempertahankan Islam dari setiap sudut.

Pada saya apa yang telah berlaku ini merupakan satu lagi cubaan dari pihak pihak tertentu yang mahu Islam di Malaysia hancur sepertimana yang dilakukan spesis parti Politik yang membenarkan bukan Islam menggunakan ayat suci Al Quran bagi tujuan menarik undi. Kalimah Allah digadaikan untuk gereja menggunapakai dan ini semua merupakan satu konspirasi terancang musuh musuh Islam untuk menghancurkan Islam di Malaysia.

Pemilik resort yang merupakan rakyat Singapura dan beragama Islam jelas merupakan seorang yang sudah songsang Akidahnya. Ini satu pekara jelas untuk rakyat Malaysia sedar bahawa sememangnya Singapura merupakan tempat dimana banyak Akidah umat Islam disongsangkan oleh musuh musuh Islam. Bukan saya sahaja yang berkata sedemikian namun jika anda sendiri ke Singapura pasti anda akan dapat lihat betapa mudahnya anak muda Islam diratah akidah mereka oleh musuh Islam dengan pelbagai cara.

Mungkin ramai umat Islam hari ini tidak menyedari akan peperangan secara halus oleh musuh Islam dalam memastikan kita umat Islam di Malaysia hancur Akidahnya. Tetapi ingatlah bahawa musuh musuh Islam tidak pernah berhenti dalam memastikan kita seluruh umat Islam terpesong akidahnya yang akhirnya akan membawa musibat kepada Malaysia.

Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor yang mengarahkan Surau tersebut dirobohkan merupakan satu tindakan yang amat wajar sama sekali. Surau yang dibina oleh pengusaha resort tersebut telah dinodai kesuciannya dan adalah harus untuk memastikan tidak ada serpihan serpihan penganut Buddha yang bertindak biadap untuk mengguna pakai Surau tersebut dimasa mendatang.

Akidah kita mudah untuk disongsangkan, yang sedar akan berhati hati namun kepada yang belum sedar maka ingatlah jangan kelak anak cucu cicit anda menjadi petualang kepada Islam agama kita.

Saya juga mengesa agar pihak bertanggungjawap khususnyaahli Parlimen Islam yang ada di Malaysia membuat satu pembentangan khusus bagi menghalang Islam terus terusan dinodai kesuciannya. UMNO dan PAS harus sepakat dalam pekara ini kerana agenda musuh musuh Islam akan berterusan dimasa mendatang.



Friday, 26 July 2013

"DAP Anti Islam" Buktikan Pengundi Melayu Kuala Besut Menolak PAS

Lim Kit Siang DAP & Mustapha Ali PAS

Keputusan penuh pilihanraya kecil Dun N01 Kuala Besut antara parti Melayu UMNO dan parti Melayu PAS menjadi kemenangan calon UMNO Tengku Zaihan dengan majoriti sebanyak 2592 undi. Kemenangan calon UMNO itu juga yang bertanding atas tiket Barisan Nasional itu juga menafikan kekuatan PAS apabila UMNO menang kesemua saluran pusat pembuangan undi termasuk 2 PDM yang sebelum ini merupakan kubu kuat PAS.

Saya berkesempatan hadir pada kempen pilihanraya kecil Kuala Besut ini dan disini saya mahu kongsikan pandangan saya akan keputusan Pilihanraya kecil yang telah memihak kepada Barisan Nasional melalui calon dari UMNO.

Che Long & Abe Ku

Sejak dari hari penamaan calon saya melihat rata rata penduduk di Kuala Besut tidak berasa selesa dengan pengumuman calon yang bertanding kerana kedua dua calon merupakan individu yang dikenali oleh penduduk sekitar Kuala Besut. Penduduk seakan tidak boleh menampakkan sokongan mereka sama ada mahu memilih calon PAS Che Long ataupun calon BN Abe Ku. Kedua dua parti yang bertanding memperlihatkan kempen yang sederhana dan cukup tertib melainkan apabila disaat saat akhir kempen apabila kem PAS bertindak diluar batasan dengan memainkan isu UMNO menyebarkan SMS Fitnah dan ada yang sudah mula menyerang calon Barisan Nasional. Pekara ini dilihat memberikan keuntungan kepada calon Barisan Nasional memandangkan BN berterusan dengan kempen sederhana dan berhemah.

Yb Dato Sri Shabery Cheek

Yb Khairy Jamaluddin

Sikap berhemah pemimpin Barisan Nasional dalam berkempen pada PRK Kuala Besut ini juga merupakan elemen yang penting kerana rakyat Kuala Besut dapat melihat corak kempen kesederhanaan yang digerakkan oleh pemimpin BN tanpa sikap angkuh dan sombong. Ini juga sedikit sebanyak telah menawan hati para penyokong PAS itu sendiri dalam menilai kempen bersih BN berbanding PAS yang lebih banyak membawa ayam tambatan penceramah dari luar seperti Hussam Musa, Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Mahfuz Omar, Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan yang lain menghina kepimpinan UMNO dengan bermacam rekayasa berbanding fakta dan kebenaran.

Slogan 16-16 yang dimainkan oleh PAS sebenarnya merupakan ketakutan buat penduduk Kuala Besut ekoran sejarah pentadbiran PAS pada penggal 1999 hingga 2004 telah menyebabkan rakyat menderita akibat kerakusan pertelagahan politik yang berlaku. Dengan 16 kerusi PAS dan 16 kerusi UMNO akan menjadikan negeri Terengganu tidak stabil dan memberikan impak yang buruk kepada seluruh rakyat negeri Terengganu. Rata rata pengundi yang saya temui menolak kerajaan perpaduan yang dimainkan PAS kerana mereka sedar agenda PAS yang sebenar bukanlah mahu membantu rakyat sebaliknya terus berperang dalam politik jika 16-16 menjadi realiti.

Yb TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin, YB Dato Sri Idris Jusoh
dan Yb Menteri Besar Dato Sri Ahmad Said

Saya juga tidak menafikan bahawa kempen Barisan Nasional yang cukup tertib dan juga pengaruh Dato Sri Idris Jusoh memastikan kemenangan Barisan Nasional pada PRK kali ini. Namun selepas berakhirnya keputusan Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu ramai orang Melayu yang telah membuka mata sedar bahawa PAS hanyalah tunggangan kepada Cina Couvenis DAP dan mereka sendiri dapat melihat bagaimana Tsunami Cina yang menolak kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin orang Melayu kerana Cina Couvenis DAP mahu menerajui Malaysia ini. Malah keputusan PRU13 lalu juga cukup jelas menyaksikan bahawa parti DAP yang menjadi dominan kepada team Pakatan Rakyat dengan meletakkan PAS tercorot dalam gabungan mereka.

Ini semua memberikan kesedaran kepada orang Melayu agar tidak memberikan undi buat PAS kerana gabungan PAS dan Cina Couvenis DAP merugikan Islam dan juga orang Melayu itu sendiri. Malah penduduk di Kuala Besut ini juga tahu jika memberikan peluang buat PAS menang PRK kali ini adalah tidak mustahil PAS akan membentangkan karpet merah mengalu alukan DAP untu bertapak di negeri Terengganu.

Saya ada membuat beberapa tinjauan untuk mengetahui mood pengundi di Dun Kuala Besut dan satu pekara yang amat menarik untuk dikongsi adalah kebanyakan mereka merasa sangsi dengan PAS yang masih kekal berkerjasama dengan DAP. Ada penduduk Kuala Besut turut mempertikaikan kedatangan Lim Kit Siang pada hari penamaan calon yang pada mereka merupakan satu pengiktirafan kepada parti DAP untuk masuk ke kawasan Melayu sedangkan Lim Kit Siang sendiri tidak pernah menerima Melayu sebagai penduduk asal Malaysia ini.

Lim Kit Siang DAP yang Anti Islam

Bertitik dari situ saya membuka ruang dengan lebih jauh bertanyakan kepada penduduk Kuala Besut mengenai peranan PAS yang bekerjasama dengan DAP. "DAP anti Islam" itu yang diluahkan oleh penduduk sekitar Kuala Besut. Ternyata penduduk Kuala Besut tahu siapa parti DAP dan matlamat parti DAP yang cukup terang dan jelas anti Islam dan juga Melayu.

Saya tidak pasti sama ada ada jentera kempen Barisan Nasional yang memberikan pemahaman kepada pengundi untuk tidak memilih PAS pada PRK ini kerana menjalinkan hubungan dengan DAP. Namun apa yang dizahirkan oleh penduduk Kuala Besut cukup jelas bahawa mereka tidak dapat menerima DAP dan juga sekutu kepada parti DAP itu. Penduduk di Kuala Besut melihat bahawa PAS bukanlah dominan kepada Pakatan Rakyat sebaliknya hanyalah parti yang menagih simpati daripada DAP iaitu undi Kaum Cina Couvenis.


Pendek kata rata rata orang Melayu sebenarnya telah bangkit dari lena bahawa bangsa Cina Couvenis dahagakan kuasa dan hanya kemenangan UMNO sahaja mampu mempertahankan hak orang Melayu dari hilang dibumi sendiri. Pengundi di Dun Kuala Besut telah memberikan signal kepada seluruh orang Melayu dan Bumiputera untuk menolak Pakatan Rakyat. PAS yang selama ini menyatakan mereka Islamik ditolak oleh pengundi Kuala Besut bagi memberikan ingatan kepada pemimpin PAS bahawa Islam itu tidak boleh dilacurkan apatah lagi Kalimah Allah digadai kepada penganut Kristian.

Mungkin ada yang menyangkal apa yang saya nyatakan ini namun kepada yang berkenaan sila berfikir secara waras. Jika PAS relevan kepada orang Islam dan Melayu mengapa PAS tewas disemua Pusat pembuangan undi (PDM)? Mengapa kubu kuat mereka iaitu di Bukit Puteri dan Kampung Nagka juga tewas? Jika ahli PAS menyokong mereka sudah pasti beberapa PDM dimenangi PAS namun mesej jelas yang PAS harus sedar bahawa ahli PAS sendiri menolak parti PAS itu kerana hubungan rapat mereka dengan parti Cina Couvenis DAP.


Tepuk dada tanya selera dimana asas dan perjuangan PAS yang sebenar. Apakah PAS masih lagi relevan memperjuangkan Islam sedangkan PAS bersekutu dengan parti Cina Couvenis yang anti Islam? Dimana moral PAS apabila menolak sesama Islam iaitu UMNO dan menerima Kafir DAP sebagai rakan seperjuangan? Siapa sebenarnya yang bersungguh sungguh mahu menjatuhkan kerajaan Islam yang ada hari ini bersekongkol dengan parti Ultra Kristian yan anti Islam?

1 Undi PAS = 1 Undi DAP



Tuesday, 2 July 2013

DAP Mahu Penganut Buddha Tukar Ke Ugama Kristian Agar Mudah Penentangan Ke Atas Islam Dan Melayu



Sedar atau tidak sokongan pihak Gereja di Malaysia ini kepada parti DAP semakin kuat. Boleh dikatakan saban minggu satu pertemuan pemimpin DAP pusat dan juga cawangan dilakukan dengan pihak Gereja. Apa agenda mereka sehingga membuatkan pihak Gereja begitu senang dengan kepimpinan DAP?

Pihak Gereja sebenarnya sudah lama bersama DAP kerana ideologi DAP yang anti UMNO manakala Gereja anti Islam. Saya bercakap pekara ini bukanlah kerana bersifat perkauman ataupun cuba mewujudkan sentimen antara agama namun ini lah yang hakikat sebenar yang berlaku bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia sentimen Kristian anti Islam jelas wujud. Apakah umat Islam Malaysia sedar pekara ini?

Semalam saya memperolehi satu maklumat yang agak menarik untuk dikongsikan bersama pembaca blog saya ini. Maklumat yang mungkin akan mengundangkan kemarahan pihak Gereja Kristian dan juga kepimpinan DAP namun ianya adalah baik untuk umat Islam tahu agenda yang dirangka mereka DAP bersama sama pihak Gereja waktu ini.

"KRISTIAN kan anak anak Cina yang masih lagi beragama Buddha"

Itu ayat yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin kanan DAP dalam satu perjumpaan dengan pihak Gereja di Selangor. Maklumat ini diperolehi hasil daripada ketidak puashatian seorang penganut Kristian yang tidak setuju dengan kenyataan pemimpin DAP tersebut kerana Buddha merupakan satu agama dan tidak perlu untuk mengkristiankan seluruh orang Cina di Malaysia ini untuk menjadi seorang Kristian.

Apa yang jelas disini adalah propaganda yang telah dilakukan DAP agar masyarakat Cina di Malaysia bertukar agama kepada Kristian. Ini merupakan satu bentuk penjiwaan anti Melayu dan Islam yang lebih hebat kerana jika kita renungkan permasaalahan antara Islam dan Kristian sudah berabad abad lamanya dengan rentetan "Perang Salib" dan propaganda US keatas masyarakat Islam Arab. DAP pula cukup anti Melayu dan menjadikan UMNO sebagai musuh utama pihak Kristian. Saya membuat beberapa analisis mudah dalam pekara ini.

UMNO - ISLAM

DAP - KRISTIAN

PAS - ISLAM

MCA - BUDDHA

PKR - ISLAM LIBERAL / KRISTIAN


Adalah menjadi halangan buat DAP jika masyarakat Cina masih lagi beragama Buddha kerana mereka yang berugama Buddha tidak akan menjiwai sentimen anti Melayu dan Islam melainkan menyertai Kristian. Bantuan dari luar juga akan terus bertambah buat pihak Gereja kerana modus operandi halus dalam menentang agama merupakan satu bentuk propaganda yang diminati oleh pemimpin Kristian dunia. Saya rasa yang membaca artikel ini pasti boleh menilai sendiri agenda yang dimainkan oleh pihak Dunia Kristian keatas masyarakat Islam dunia terutama di negara Arab.


Dalam pada ini saya juga nak ingatkan kepada umat Islam terutama Melayu agar sedar apa yang telah dilakukan oleh UMNO semenjak Merdeka sehingga sekarang ini yang merupakan satu pekara yang tidak akan dipersetujui oleh DAP Kristian sehingga kiamat sekalipun. Pekara yang merupakan ancaman kepada dakyah Kritian mereka membuatkan bermacam cara halus terpaksa dilakukan termasuk lah dalam isu yang saya kupas sebelum ini dalam isu Peguam Kristian Layak menjadi Peguam Syarie. 

UMNO melakukan dasar dalam perlembagaan dengan meletakkan "Lahirnya seorang yang berbangsa Melayu maka Islam agamanya. Ianya juga tidak dapat ditukar kepada agama lain walaupun Melayu Islam itu mahu menukar agama tersebut atas kerelaan sendiri ataupun keluarga"

Ini merupakan satu pekara jelas yang merupakan ancaman terbesar buat pihak Kristian dan melalui DAP mereka mahu apa yang terkandung didalam Perlembagaan diketepikan dan digubal agar membolehkan setiap rakyat Malaysia mempunyai Hak untuk memilih agama sendiri.


Penentangan DAP secara senyap ke atas Islam dan Melayu bukan lagi menjadi satu Rahsia bila mana Teresa Kok Pemimpin Kanan DAP menyatakan pendiriannya untuk "Tidak Menerima Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan". Ini satu bukti yang amat jelas untuk seluruh Umat Islam dan Melayu khususnya bersatu dalam menangkis ancaman pihak DAP yang dilihat cukup agresif dengan bantuan pihak Gereja.

Saya masih ingat sewaktu kes Gereja DUMC di Petaling Jaya yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor ketika usaha mereka Memurtadkan berbelas anak muda Islam. Berderu deru pemimpin DAP Kristian ini mempertahankan Gereja haram DUMC dan menentang pihak JAIS. Dalam waktu ini besar kesempatan yang diambil oleh DAP apabila berjaya meraih sokongan dari penganut Kristian dengan memainkan sentimen Islam menentang Kristian. Tidak cukup dengan itu DAP melakukan propaganda dengan mengadakan kutipan tabung untuk Gereja haram DUMC yang mana saya difahamkan nilai kutipan tabung di Gereja haram DUMC kini telah mencecah 9,8 juta ringgit. Adakah orang Melayu Islam tahu pekara ini?





Yang sedihnya apabila pihak JAIS menyerbu Gereja Haram DUMC kerana memurtadkan anak muda Islam, bukan sahaja pihak DAP yang menghalang malah ada juga umat Islam yang mengkritik usaha JAIS dalam mencegah pemesongan Akidah. Saya rasa Bekas Exco Agama Selangor Dato Hassan Ali sudah banyak berusaha menyedarkan masyarakat Islam mengenai pekara ini. Cuma yang menjadi kekecewaan saya adalah umat Islam yang masih lagi tidak sedar permainan dan agenda sebenar DAP.

Buat ingatan semua umat Islam, sedar sedar pekara ini kerana contoh sudah kita lihat dikebanyakkan negara Islam lain akan agenda terancang Kristian. Ini akan terus wujud sehingga kiamat cuma yang menjadi dorongan untuk kita umat Islam terus bertahan adalah dengan melalui penyatuan Islam itu sendiri. PAS Islam, UMNO juga Islam. Berbeda pandangan politik tidak mengapa dan ianya memang digalakan untuk rakyat namun apabila menyentuh isu dan pekara berkaitan Islam dan Bangsa Melayu ini maka menjadi kewajipan untuk bersatu dalam mempertahankan apa yang ada.

Untuk artikel akan datang saya akan cerita kempen parti DAP di Sarawak sewaktu pilihanraya Negeri agar umat Islam di semenanjung sedar apa yang dilakukan parti DAP ini. Moga Melayu Islam sedar dari terus diulit mimpi senja.