Sunday 3 November 2013

Kempen PAS Di Sg Limau Tidak Mencerminkan Sebuah Parti Islam



Saya mengikuti kempen Pilihanraya Kecil Dun Sungai Limau di Kedah. Kempen pilihanraya kecil yang  melibatkan dua parti utama umat Islam iaitu UMNO dan juga PAS. Dua parti besar umat Islam dan tentunya bangsa Melayu masing masing beradu tenaga dan cuba sedaya upaya untuk meraih undi yang majoriti pengundinya adalah orang Melayu.

Dari pengamatan saya UMNO memainkan kempen yang begitu sederhana sepertimana yang mereka lakukan pada Pilihanraya Kecil Dun Kuala Besut tempoh hari. Kempen yang dilakukan jentera UMNO lebih banyak menumpukan kepada usaha pembangunan dan kebajikan rakyat di Dun Sg Limau. Kempen yang sederhana dan amat berhemah bagi meraih undi.

PAS juga pada mulanya menggunakan kempen yang berhemah dan tidak banyak melakukan kesilapan. Namun apabila masuk hari hari yang penting PAS mula melakukan satu persatu pekara yang pada saya tidak wajar untuk mereka lakukan apatah lagi PAS melabelkan mereka adalah parti yang Islamik.

Bermula dari gambar superimpose yang dilakukan PAS telah merosakkan imej parti itu pada pandangan umum. Malah kelmarin ahli PAS Pokok Sena pula ditangkap apabila cuba menggantung patung kaki yang dipotong yang telah jelas merupakan kempen yang tidak sihat dalam pilihanraya kecil kali ini.

Hari ini saya dimaklumkan PAS telah mengedarkan pula risalah yang begitu menjelikkan saya sebagai seorang umat Islam dan Melayu. Risalah diatas pada saya adalah satu risalah yang benar benar telah melarikan pendirian PAS yang sebenar kerana sesama umat Islam adalah tidak wajar untuk kita mendoakan kemudaratan sesama kita.

Risalah yang digunakan oleh PAS ini adalah satu tindakan yang dilihat amat terdesak dalam meraih undi pengundi Dun Sungai Limau. Tentunya risalah yang sebegini boleh mengundang provokasi dan berkemungkinan akan ada yang bergaduh akibat risalah yang dedarkan oleh PAS ini.

Saya berharap agar pengundi di Dun Sungai Limau melakukan undi yang terbaik bagi masa depan mereka sendiri. Pilihan terletak ditangan mereka sama ada mahukan pembelaan dalam pembangunan dan kebajikan ataupun terus bersama dengan keadaan yang ada hari ini.

Cakap cakap yang saya dengar juga disini dilihat banyak menolak kehadiran parti DAP. Namun saya tidak pasti apakah DAP berjaya menyakinkan pengundi Cina yang dianggarkan sebanyak 1800 orang untuk mengundi PAS ataupun Barisan Nasional. Jika PAS mengharapkan undi dari kaum Cina untuk menang Pilihanraya Kecil ini maka sudah tentu UMNO lebih berjaya kerana tidak mengharapkan undi Cina sebaliknya menfokuskan kepada undi orang Melayu yang merupakan majoriti dalam Dun Sungai Limau.

Menang atau kalah yang akan menjadi Adun adalah orang Islam Melayu jua. Cuma ianya akan memperlihatkan adakah pengundi Sg Limau mahukan perubahan ataupun masih selesa dengan kehidupan yang ada sekarang.

- Malay Rights

12 comments:

Anonymous said...

Rencana yang ditulis bagus kerana memperkatakan yang benar kita katakan benar yang batil kita katakan batil bukan sebaliknya. Itulah yang sebaik-baiknya. Tahniah.

Anonymous said...

Kedunguan Mahfuz, kebanggaan kami.
-PAShit

Unknown said...

di pihak yg menyokong akan kata renana ini adalah yg benar,tapi dipihak sebelah dia akan kata fitnah dari umno,mmg xde akal fikiran kereka ni semua

Anonymous said...

http://m.malaysiakini.com/news/245728

Anonymous said...

http://amenoworld.blogspot.com/2013/11/dua-pakcik-kantoikan-umno-dalam-isu.html?m=1

Anonymous said...

http://amenoworld.blogspot.com/2013/11/patung-kaki-angkara-umno-sebaran-sms.html?m=1

Anonymous said...

http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/23187-yang-penting-menang-majoriti-nombor-2

Anonymous said...

http://www.roketkini.com/2013/11/04/prk-sungai-limau/

Anonymous said...

http://www.darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/11/kantoi-kerana-terdesak-menteri-agama.html?m=1

Anonymous said...

Pembetulan...
Parti PAS memang parti umat Islam...tapi parti UMNO bukan nya parti umat Islam tetapi parti umat Melayu...kerana sebahagian ahli UMNO adalah di kalangan mereka yang bukan Islam...jadi jangan sama kan kedua dua parti tersebut....
UMNO lebih memperjuangkan Kemalayuan nya, kroni dan kepentingan duniawi...

Unknown said...

Webportal berita edisi percuma tanpa perlu melanggan
suara.tv

Anonymous said...

DATUK YIP KUM FOOK banyak melakukan kejahatan kepada orang di kawasan Kepong, lelaki (Datuk Yip) ini mengganggu ramai isteri orang, membakar Kuil Hindu di Taman Daya, mengeluarkan sami Buddha dari Kuil di Taman Desa Jaya, Kepong, dan menipu wang.

ENCIK SIMON LOW KOK MENG (Taman Daya) adalah pembantu (CID) Datuk Yip atau abang iparnya, berapa ramai yang memboikot mereka, Banyak sangat masalah di kawasan Kepong, kerana Datuk Yip Pengerusi MCA di Taman Daya, Kepong. . , dia dibayar wang kepada polis dan DBKL untuk mengganggu orang ramai, dan sebagainya

YIP KUM POH No: 19B, Jalan Sg 1/9, Taman Industri Bolton, 68100 Batu Caves, Selangor Malaysia (pejabat peguam) YIP KUM POH bukan peguam tetapi boleh membuka pejabat peguam, dia adalah adik lelaki Datuk Yip Kum Fook….”MALAYSIA BOLEH”

Kami tidak senang ketika itu kerana kami berada di bawah kawalan MCA di tempat kami, dan juga Datuk Yip telah digunakan oleh Gangster di kawasan Kepong dan Gombak, kami tidak berharap kepada MCA lagi dan kami adalah kumpulan yang meletak jawatan dari MCA

Kami telah mendengar, bahawa AGONG MALAYSIA (Sultan Johor, Sultan Ibrahim) telah mengambil kembali (Tarik) GELARAN DATUK (Datuk's title), dan kami akan menulis kepada Agong tentang perkara ini

DATUK YIP KUM FOOK (Lawyer) tidak fikir orang bodoh dan anda boleh menghina Buddha dan Hindu tetapi tentang Islam, anda dihina jika anda tidak mempunyai tempat tinggal.

Oleh Ah Keong, Kepong, Kuala Lumpur

SHARED BY NG & SENG