Thursday 22 August 2013

DAP & PAS Usah Bantah Keputusan Mahkamah Rayuan Tolak Kalimah Allah Di Gunakan Di Dalam Bible




Syukur atas keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang memutuskan bahawa Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam didalam Bible milik penganut Kristian.

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak Permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan majlis agama Islam dan pihak lain berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.
 
Permohonan itu didengar oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusof.
 
Prosiding rayuan penuh oleh kerajaan dijangka akan diadakan pada 10 September 2013 memandangkan keputusan tersebut dilakukan oleh pihak mahkamah.
 
16 Februari 2009 apabila Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja iaitu The Herald serta menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.
 
Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah, dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.
 
Majalah mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja. 
 
- Rakyat News

Saya tidak mahu mengulas lebih dengan keputusan Mahkamah Rayuan ini namun saya berharap agar seluruh umat Islam Malaysia bersyukur dengan keputusan yang baik ini demi perpaduan kita rakyat Malaysia.



Saya juga berharap agar pemimpin Islam yang bernafsu politik seperti di dalam pari PAS dan PKR tidak menggunakan keputusan Mahkamah ini untuk cuba membangkitkan kemarahan umat Islam kerana kita tahu ada pimpinan politik dari parti PAS dan PKR yang menyokong agar Kalimah Allah di gunakan oleh bukan Islam demi tujuan politik songsang mereka.

Sujud Syukur...... Malay Rights

13 comments:

Anonymous said...

Biar melelih air liur mereka. Syukur kepada Illahi.

Anonymous said...

SYUKUR ALHAMDULILLAH di atas berita baik ini. Dan TERIMAKASIH di atas KEBERANIAN dan KETEGASAN Majlis agama Islam, KDN, PERKASA, JATI, peguam-peguam-peguam/hakim-hakim (TULEN), aktivis-aktivis media sosial siber, dsbnya yg. melawan KEBIADAPAN pihak Gereja Katolik/Vatican. Gembira betul bila tengok umat Islam/Melayu begitu BERSEMANGAT memperjuangkan Islam/umatnya!

Gereja Katolik/Vatican ini, disyaki sudah diambil alih si puak KAPIR GANAS dan BIADAP dari Kristian Zionis DAPBIAWAK/PKR (dan sekutu mereka dr. rejim PAP-Barat-Israel), utk. MENJATUHKAN Islam/umatnya, kuasa Mufti-Mufti/Jbtn-jbtn. agama Islam (terutamanya JAWI/JAKIM)/Mahkamah-mahkamah Shariah. Dan tujuan utama puak Kristian GANAS ini ialah utk. MENJATUHKAN Islam sbg. AGAMA PERSEKUTUAN dan Malaysia, bumi PUSAKA kita ini, sbg. NEGARA ISLAM, dan menghasut seluruh masyarakat Kristian terutamanya dari Bumiputera Sabah/S’wak supaya membenci Islam/umatnya terutamanya orang Melayu/UMNO; jadi senang diJAJAH!

Fahaman evangelis Kristian Zionis, ialah doktrin gabungan Kristian Protestant palsu dan pengganas Yahudi Zionis, SENJATA politik merbahaya yang mempergunakan agama, oleh penjajah Barat-Israel melalui CIA-US/MI6-UK/Peranchis/Jerman/Israel-Mossad/EU-NATO (di Malaysia melalui sekutu mereka, DAPigs/PKR). Fahaman ini dipergunakan untuk menjatuhkan Islam/umatnya, dan menjajah Palestin selamanya untuk memecahbelahkan PUSAT Islam di Timur Tengah, iaitu Mekah di masa hadapan dan seluruh negara-negara Islam yang kaya minyak-gas/sumber asli lain/tanah subur (untuk pertanian syarikat global GM US-Mosanto yang diharamkan di EU sebab boleh menyebabkan penyakit kanser dll). Bahkan Vatican juga telah dikuasai puak Kristian Zionis ini.

Skrg. kita dari seluruh umat Islam/Melayu, mesti tumpu pd. perjuangan seterusnya di peringkat seterus yg. penting pd. 10 Sept. di Mahkamah Rayuan , terhadap rayuan kerajaan menentang keputusan Mahkamah Tinggi dari hakim CINA, yang membenarkan akhbar mingguan Katolik, The Herald menggunakan Kalimah Allah.

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

Anonymous said...

Jangan lupa Pembela dan NGO NGO yang lain . Harap - harap umat Islam dapat bersatu kali ini.

Anonymous said...

bersatulahhhhhh....INSYAALLAH....

Anonymous said...

Salah maklumat. Kristian masih boleh pakai cuma di tangguh pemakaian sehingga Rayuan di buat oleh Kerajaan untuk membatalkan hak pemakaian tersebut selesai.

Prosiding tadi hanya MENOLAK PERMOHONAN MEREKA UNTUK MEMBATALKAN RAYUAN KITA.

Ringkasnya cakap orang kampung :-

Mahkamah tinggi bagi Kristian Pakai (perkara A)

Kerajaan merayu kepada Mahkamah Rayuan agar perkara A di batalkan (perkara B)

Mereka memohon Perkara B di tolak (tak kasi kerajaan Rayu)

Mahkamah tadi kata perkara B tidak di tolak dan di teruskan

Maka perkara A masih terpakai tetapi di tangguh sehingga perkara B selesai.

Harap maklum.

Kepada sebahagian orang PAS yang menyokong perkara A kamu memang HAMPAS dan semoga kamu semua mandul hendaknya.

Anonymous said...

ini lah agenda PAS berkerjsama dgn DAP untuk menjahamkan UMNO sanggup mengadaikan agama Islam dan bekerjasama untuk membenarkan Kalimah Allah digunakan penganut kristian DAP..

tanpa rasa malu PAS menuduh UMNO tidak Islam, kafir, konon UMNO menolak Islam tapi hakikatnya PAS YANG SEBENARNYA MEMPERGUNAKAN AGAMA, MEMPOLITIKKAN AGAMA ISLAM UNTUK KEPENTINGAN POLITIK..

PARA PENYOKONG PAS...BUKA LAH MATA DAN MINDA ANDA SEMUA..MINTAK ALLAH LEMBUTKAN HATI, MENGGUNAKAN AKAL BETAPA PAS HANYA MEMPERBODOHKAN PENYOKONGNYA DAN MEMPERGUNAKAN AGAMA ISLAM UTK KEPENTINGAN POLITIK..

KESILAPAN PENYOKONG PAS DAN PKR MENYOKONG DAP PADA PRU13, SEKALIGUS MEMBERI PELUANG UNTUK ORG KAFIR MENGHINA ISLAM, MEMPERTIKAIKAN AGAMA RASMI MALAYSIA SEBAGAI AGAMA ISLAM, MENDESAK KERAJAAN MENUKAR PERLEMBAGAAN YANG BERKAIT DGN ISLAM.

WAHAI PENYOKONG PAS PKR ANDA AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN SEKIRANYA ISLAM DI HINA , ISLAM DI LENYAPKAN DARI BUMI MALAYSIA...

SALAM

Anonymous said...

Aku Yg Tak Bergelar Datuk,Ustaz,Kiyai pon faham akan perkara Yg BATHIL ni....dgn satu Ungkapan saja bias menutup case ni...Ini kok sampai boleh jejak ke makhamah?Apa cerita kamu orang pertikaikan ni...:(

Anonymous said...

Aku rasa dan yakin bahawa mereka2 ini sudah keliru dan sedar bahawa "Tuhan"yg selama ini mereka sangkakan rupanya tidak benar dan pengikut telah berdekad tertipu.
Makanya mereka sekarang ni sedar ISLAM adalah agama Din yg Benar...

Anonymous said...

syukur ALHAMDULILLAH....akhirnya keputusan berpihak kpd orang islam....terima kasih ALLAH diatas kemenangan ini....ENGKAU yg lebih mengetahui....akan segala2nya...perasaan gembira yg terucap dgn kata2...

Anonymous said...

Mana muka orang2 PAS ... Hadi Awang & the geng...
Adakah anda semuanya pengikut KRISTIAN...?

Kalau ISLAM muka anda semua patut ada di mahkamah sbb
anda kata pejuang Islam..?

Anonymous said...

Ya!! kamu menghina agama kristian.Kristian itu bukan kapir.Kapir bermaksud agama yang mempercayai jin dan mempunyai bomoh.bomoh adalah kepala kepada saitan dan menyembah berhala.agama kami tidak mempercayai seperti itu. kami hanya percaya pada allah dan tuhan yesus sahaja.Kalau betul agama kamu itu benar,kenapa pihak kamu takut umat kamu terpengaruh dengan agama kami sampai memporak porandakan agama dan alkitab kamiyg asli.Ingatlah wahai semua.dunia ini hanya sementara sahaja yang dipinjam kan allah kepada kita.oleh itu, kenapa pikir politik sahaja tanpa fikirkan kehidupan
yang kekal di akhirat nanti..sedarlah.. dan fikirlah.. wahai semua.

Anonymous said...

Kami menghalang agama lain mengunakan Kalimah Allah kerana itulah tuntutan agama kami. Bagi umat Islam, tiada masa depan di akhirat andai akidah kami salah. Bukan kerana takut terpengaruh sahaja.

Orang bukan Islam mungkin tidak memahami ke-Esa-an Allah dalam tauhid umat Islam, maka tolong hormat sahaja.

Anonymous said...

Kami menghalang agama lain mengunakan Kalimah Allah kerana itulah tuntutan agama kami. Bagi umat Islam, tiada masa depan di akhirat andai akidah kami salah. Bukan kerana takut terpengaruh sahaja.

Orang bukan Islam mungkin tidak memahami ke-Esa-an Allah dalam tauhid umat Islam, maka tolong hormat sahaja.