Menteri KPDNKK Dato Sri Hassan Malik menafikan bahawa beliau mahu meletakkan jawatan Menteri yang di sandang beliau. Hangat pekara ini semalam apabila ianya di war warkan di laman media sosial yang seterusnya di jawap oleh Menteri berkenaan. Malah laporan Polis juga telah di buat bagi menafikan perletakkan jawatan Menteri oleh Pemuda UMNO Negeri Sembilan.
Kronologi isu berkenaan: 10 Januari 2014 Jumaat
Jam 9 pagi : Isu perletakkan jawatan Hassan Malek tersebar dan ianya menjadi lebih luas apabila pihak pihak pengamal media sosial menyebarkan berita tersebut.
Jam 12 tengahari : Datuk Seri Hasan Malek tidak meletakkan jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Penafian itu dilakukan oleh Pejabat Menteri tersebut dalam satu kenyataan dua perenggan yang dikeluarkan kepada Bernama di sini hari ini.
"Pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menafikan komen yang dibuat dalam blog dan Facebook kononnya YB. Dato' Sri Hasan Bin Malek akan meletakkan jawatan.
"Perkara itu (perletakan jawatan) adalah tidak benar sama sekali," demikian menurut kenyataan itu
Jam 5 petang : Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di sini sebentar tadi menafikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan meletakkan jawatan seperti mana tersebar di Facebook dan blog pagi tadi.
Laporan dibuat diketuai anak Datuk Seri Hasan Malek, Adly Effendy bersama beberapa pemimpin Pemuda UMNO Bahagian di negeri ini.
Jam 8 malam : Buletin utama menyiarkan berita laporan Polis yang di buat dan penafian Hassan Malek beliau meletakkan jawatan Menteri KPDNKK11 Januari 2014 Sabtu : Akhbar akhbar tempatan mengeluarkan berita laporan Polis dan juga penafian Hassan Malik Menteri KPDNKK bahawa beliau tidak meletakkan jawatan.
Itu serba ringkas kronologi yang di cetuskan oleh pengamal media sosial pada hari Jumaat 10 Jan 2014. Ianya juga di jawap dari setiap sudut oleh pihak Menteri Hassan Malik pada 10 Jan 2014 iaitu hari yang sama dan juga hari ini melalui akhbar akhbar tempatan.
Apa yang saya boleh rumuskan di sini bahawa UJIKAJI yang telah di lakukan ke atas Menteri KPDNKK Dato Sri Hassan Malek berjaya dengan begitu baik. Untuk pengetahuan semua terutama pihak UMNO dan juga kerajaan,
Hassan
Malek bukti Pemimpin berjawatan UMNO yang lebih sibuk mempertahankan
kepentingan peribadi berbanding pucuk pimpinan, kerajaan dan juga
istitusi Umno itu sendiri. Lihat bagaimana apabila keluar berita Hassan Malek meletakkan jawatan ianya di balas serta merta yang mana Menteri
itu sendiri menafikannya dan mengatakan ianya adalah Fitnah jahat.
Rentetan daripada itu penyokong Hassan Malek di Negeri Sembilan membuat
laporan polis berhubung penyebaran berita perletakkan jawatan yang di sandangnya.
Sekitar 30 orang hadir membuat laporan Polis yang turut
sama membawa pelbagai sepanduk mengecam Fitnah yang di sebarkan mengenai perletakkan jawatan Hassan Malek. Begitu hebat jentera Hassan Malek
mempertahankan khabar angin yang hanya bermain di alam media sosial.
Malah kita dapat lihat bagaimana Hassan Malek dan jenteranya menafikan
berita tersebut sehingga ianya di jadikan tajuk utama berita negara
serta paparan akhbar akhbar tempatan.
Ini lah sebenarnya yang YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak harus sedar bahawa
pemimpin yang di lantik oleh beliau tidak akan mempertahankan serangan
pihak pihak pembangkang. Selama ini kita sendiri TIDAK dapat lihat
jentera menteri mahupun timbalan menteri ataupun pimpinan bahagian yang
bersungguh sungguh mempertahankan pucuk pimpinan, kerajaan dan juga
institusi Umno itu. Jika ianya terpalit pada pimpinan itu sendiri juga
ianya tidak akan di jawap sebegitu hebat namun jika ianya melibatkan
JAWATAN yang di sandang maka siapa sahaja yang cuba menggugat tampuk
kerusi tersebut akan di lawan habis habisan. Bukan kerana apa tetapi
ianya kerana jawatan yang di sandang.
Sebagai contoh; Pembangkang menyerang Hassan Malek
dengan bermacam macam tuduhan dan fitnah. Malah melabelkan menteri itu
sebagai MENTERI AYAM dan pelbagai lagi gelaran. Pembangkang memainkan
itu dan ini naik harga dan ada yang tidak di sebut oleh Hassan Malek
namun ianya di SPIN pihak Pembangkang.
Tindakan Hassan Malek selaku Menteri KPDNKK ?
Hanya
senyap dan sepi tanpa memikirkan bahawa kesan serangan pembangkang ke
atas beliau bukan sahaja melibatkan beliau malah telah menyebabkan
Kerajaan Barisan Nasional serta YAB PM turut menjadi kecaman Rakyat.
Penjelasan Hassan Malek sekadar melepaskan batuk di tangga. Malah fitnah
pihak pembangkang juga tidak langsung di buat laporan polis oleh para
penyokong Hassan Malek apatah lagi membawa spanduk spanduk kecaman ke atas fitnah yang di lemparkan oleh pihak Pakatan Pembangkang.
Saya mahu bertanya kepada semua.
Di waktu Dato Sri Najib di lemparkan pelbagai Fitnah
oleh pihak pembangkang, di mana jentera yang sepatutnya melakukan tindakan
sepertimana jentera Hassan Malek lakukan? Laporan Polis? Spanduk kecaman?
Kenyataan Pemimpin UMNO dan Kerajaan?
Di waktu Datin Sri Rosmah di fitnah pembangkang di mana
mereka ini? Di waktu menteri di fitnah pembangkang? Di waktu kerajaan
di fitnah pembangkang? Di waktu pemimpin pembangkang menghina UMNO mana
mereka ini yang sepatutnya membuat tindakan yang sama seperti apa yang
berlaku pada Hassan Malek?
Justeru itu saya nak ingatkan kepada YAB PM Najib
Razak, jangan kasihan kepada orang lain sedangkan orang lain tidak
memberi kasihan kepada anda. Benar YAB PM cukup baik namun dalam keadaan
hari ini,mana mana pemimpin , pegawai ataupun sesiapa sahaja yang di
lantik untuk Kerajaan apabila GAGAL melaksanakan tugas maka ianya perlu
di berikan hukuman. Ini lah yang perlu di lakukan YAB PM jika beliau
masih waras menilai situasi sekarang ini yang mana imej beliau di lihat
semakin tidak popular dari hari ke hari.
UJIKAJI yang di buat ini membuktikan bahawa pemimpin
UMNO lebih mengutamakan jawatan yang di sandang berbanding semangat
untuk mempertahankan pemimpin negara, Kerajaan dan juga Istitusi UMNO.
Jadi adalah amat wajar untuk YAB PM membuat satu KEJUTAN kepada semua
agar masing masing mempunyai semangat jati diri yang kuat mempertahankan
pemimpin Negara, Kerajaan dan Istitusi umno.
- Malay Rights
18 comments:
Ni blog pasai malayrights ka pasai cheapo politics?? Buat kena gelak ngn chayanunalif ja.. baik criter pasai kasi up bumi punya stakes dlm economy ka, tanah milik bumi yg tergadai ka.. pasai pundek mat salleh nak buat besar kapla kt pulau pom2 tu ka sehingga kita rakyat malaysia dianggap mcm sampah!
Org melayu klau asyik idup dgn kabar angin...x ke mane.lebih baik fokus pd ekonomi bumiputera.mcmmane nak tingkatkn ekonomi org melayu
Knp asyk berbalah sesama kaum....pls! Stop it and pikirkn idea utk membantu n memajukan negara. Not menjatuhkan org.
Blogger ni xd idea lain ka nk jual? Kasi hot story la br best... Bosan la story psl menteri ni
Melayu...pls wake up... Jgn disebabkn khbr angin cm ni boleh rosakkn pemikiran kte utk trus maju. Jgn nmpkkan kebodohan kte dpn kaum lain. Kaum n bangsa lain sbuk mengertawakan kte psl isu ni. Plz, blogger...hentikan fitnah!
Politic...politic... N politic again! Where others issues regarding allah? Senyap trus ka?
bangsa sendiri jatuh kerana bangsa sendiri yang ludah...bangsa lain bertepuk dan melompat2 gembira...
Orang melayu "bergelimpangan" atas jalan raya,sibuk berdemo kononnya nak tegakkan KEADILAN, orang bukan melayu pulak tepuk tangan..kalau macam ni la pemikiran orang melayu kita ni, dalam peta dunia ni bakal tak ada la nama MALAYSIA..!
lebih baik tegakkan hukum yang betul2 kita perlut tegakkan...KALIMAH ALLAH sampai sudah tak setel...tak nak pulak kita berdiri teguh pertahankan hak kita. mana perginya malay right? yang banyak bersepah cerita keburukan dan kebodohan melayu...
Org asing dok gelak goleng2 je ha tgk kita camni.tggu peluang je tu...malu la wehhh.cba bersatu hati sikit!x hbs2 ngan fitnah murahan cmni.
Inilah Malaysia. Tahniah! Sangat berjaya dalam misi jatuh menjatuhkan. Bangga sgt memburukkan org lain.
Terbaik bro.. Teruskan perjuangan..
Tebaek?????? Bangang ka apa???? Dulu sekolah mana wey??? MALU!!!! Berjuang kepala butoh hang la wei.. bodow punya malayu
Ah jib bacul
Ah jib pondan
Ah jib dayus
Ah jib bapok
Ah jib gagal membenteras pelampau cina dap communist dong zong king kong
Ah jib gagal memerangi pemberontak nasrani kafirun
Ah jib gagal menghapuskan puak kopiah pas khawarij bebal bidaah sesat
Ah jib gagal menangani marina mujahid kj liberal murtad
Ah jib harus meletak jawatan tidak layak memimpin agama bangsa negara
Ah jib adalah pemimpin lemah 7x lebih bodoh drpd paklah
NYAH KAU AH JIB GOR
sembang menteri letak jawatan pun dikira fitnah??? laporan polis di buat, demo depan balai ... ah duh.... sememang nya macam filem bollywood!!! ma peluang masuk akbar jer.. then wartawan yg pi menemurata pun gila bego jer... citer kosong dan remeh camni pun dilaporkan..
Selalunya yang aku dengar benda yang kerap dijadikan bahan ujikaji makmal samada monyet atau tikus putih. INi hassan malek pula yang menjadi bahan ujikaji makmal. Monyet-monyet dan tikus-tikus putih dak habis ke, dah mogok ke.
mohon pautkan link http://hablulyuzi.blogspot.com/
tq bro
Sumbangan derma untuk asnaf fakir miskin. Para dermawan yang budiman. Anda boleh derma ke akaun maybank.
Nama: Adila Bin Suboh
Nombor Akaun: 151089317354
Post a Comment