Monday 10 June 2013

Wasiat Raja Raja Melayu Yang Terus Pudar Dek Kerana Bangsa Melayu Sendiri



7 wasiat Raja Melayu :

1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutaun Tanah Melayu (sekarang dikenali Malaysia). 

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain. 

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini. 

5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Esok saya akan ulas apa yang berlaku dengan Wasiat Raja Raja Melayu sepertimana yang telah termaktub didalam Perlembagaan Malaysia.

3 comments:

Unknown said...

tapi makin banyak melayu yg lupa diri di luar sana..biar aku mandi darah sekalipun..tanah melayu tak akan aku serah pada bangsa lain selaian orang orang melayu.dan raja melayu tetap bertahta dan beraja di bumi malaysia.daulat tuanku.

robinlabi said...

ceh podah...umno la perosak bangsa melayu..

tulisan jawi, identiti abngsa melayu dibunuh oleh umno sampai la ni majoriti orang melayu tidak tau tulisan jawi. kalau tau pon lebih suka tulisan rumi..berbeza dgn cina dan india yg kuat mempertahankan jatidiri bangsa mereka..


lihat bahasa melayu pula,,,habis dilacurkan oleh umno..banyak perkataan inggeris dimelayukan, padahal dalam bahasa melayu sendiri banyak perkataan yang boleh digunapakai..transformasi, sofistikated, nkra, untied agains crime..dah tak jumpa perkataan melayu ke?

macam ni kata pejuang melayu? hak tuii

umno pengkhianat bangsa dan bahasa melayu

Anonymous said...

Yup..time kat skola dlu..cikgu aku pn cite.Melayu yg rosak bangsa sendiri