Tuesday 24 September 2013

PAS Lebih Percaya Chauvenist DAP Berbanding UMNO.





Jika benar sudah ada keikhlasan dari parti PAS untuk bekerjasama dengan UMNO demi Islam dan Melayu mengapa perlu PAS memberi syarat? Laporan berita yang dikeluarkan oleh Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang menyebut:

"Pas sedia bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa."
   
" Pas boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin Pas dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas. "

"Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang," 
   
Abdul Hadi berkata, jika perbincangan itu melibatkan soal Islam, Pas akan berpegang kepada dasarnya iaitu berlandaskan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas. 

- Bernama

Sebagai seorang Islam dan juga berbangsa Melayu saya cukup kecewa dengan kenyataan Presiden PAS yang meletakkan syarat untuk bekerjasama dengan UMNO. Saya kecewa kerana dalam isu ini adalah menjadi kewajipan kita umat Islam untuk bersatu dan ianya tidak perlu untuk diletakkan walau apa pun syaratnya. UMNO juga Melayu Islam, PAS juga Melayu Islam tidak ada bezanya kerana satu bangsa yang sama dan juga Allah SWT tuhan yang satu.

Adakah sebelum ini sewaktu PAS mahu menjalankan kerjasama dengan parti PKR dan DAP meletakkan syarat berlandaskan Al Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan Qiyas? Jika dengan bukan Islam PAS boleh bekerjasama tanpa sebarang syarat mengapa pula dengan seagama dan sebangsa perlu diletakkan syarat?

Jika benar Ikhlas buatlah demi Agama Bangsa dan Negara.

- Malay Rights

10 comments:

Anonymous said...

Selagi hidup masih berpaksikan nafsu, maka ungkapan berimamkan alQuran itu menjadi mainan bibir sahaja. Imamkah, pak gurukah, lebaikah, mursyidul kah, mat rempitkah, semuanya sekapal, senakhoda menuju ke N&*&*&*. Hipokrit

Anonymous said...

Pas bersama Dap atau Umno semuanya adalah kehendak Allah.

Anonymous said...

http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/22261-menteri-biasa-pun-guna-pengiring-rakyat-meluat

Anonymous said...

http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/22262-tentang-usaha-jahat-untuk-hancurkan-dap--guan-eng

akmy said...

Semakin ramai pemimpin tertinggi PAS yang telah termakan budi dari duit yang diperuntukkan oleh DAP dan Anwar iaitu duit haram sedekah oleh kafir harbi kongsi gelap serta serta duit yahudi. Dalam PAS kini semua telah dibeli dari bangsa, agama dan negara. Sebab itu pemimpin PAS tidak lagi boleh membela apa-apa pun mengenai bangsa, agama dan negara melainkan mendapat restu dari DAP dan Anwar. Telah beberapa lama kita tidak lagi mendengar dari mulut pemimpin PAS mengenai negara Islam dan hukum-hukum Islam kerana tidak mendapat restu dari ulama PR iaitu Lim Guan Eng dan Karpal Singh. Malah perancangan DAP hendak menegakkan Malaysia sebagai negara kristian dan pusat yahudi, seperti yang didedahkan oleh bekas ahli DAP sendiri, langsung tidak mendapat tentangan dari ulama PAS termasuklah Harun Din. Cuma yang tinggal lagi dalam PAS ialah ahli-ahli tegar di kampung-kampung yang sentiasa dibohongi oleh pemimpin PAS yang datang sekali sekala sedangkan pemimpin itu sendiri mendapat elaun bulanan dari duit haram kafir harbi DAP. Sebab itu komunis yang disokong oleh DAP pun disokong oleh PAS. Sebab itu Syiah yang diada-adakan oleh Yahudi bagi menghancurkan Islam pun disokong oleh para pemimpin PAS hinggakan tiada seorang pun ADUN PAS Kedah yang menyokong enakmen pengharaman syiah di DUN Kedah.

Anonymous said...

ala... bro.. cakap macam parti hidangan ko tuh bersih daripada politik duit.. puik..

Anonymous said...

Tak payah la sibuk2 dgn PAS tu. Biar la dorg nak kerjasama dgn sape pun.

Anonymous said...

Dengan DAP buat salah dan tak betul, boleh pejam mata, mulut boleh tutup kalau Melayu habis di canang.

Unknown said...

melayu layu kerana perpecahan

Anonymous said...

Kepada sesiapa yang berkenaan,

Bahawa kami YIP KUM FOOK (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR JALAN 53, DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR & YIP JIUN HANN(YIP JIUN HANN & ASSOCIATES).. LOT 3.55, KOMPLEKS DESA BATU 8, JALAN KEPONG 52100 KUALA LUMPUR ..JAYANTHI DEVI BALAGURU, PENGURUSI PARTI GERAKAN SEGAMBOT, DAN OOI AH BAH(LLB) ..(CHIA OOI SUN & CO.) ADVOCATES & SOLICITORS NO. 48-1, 1ST FLOOR JALAN BRUNEI UTARA OFF CHANGKAT THAMBI DOLLAH, PUDU 55100 KL.

Dengan terus terang nya disini menegaskan:-

1) Untuk menengahkan keadilan undang-undang Negara, hak asasi manusia dan sebuah Negara demokrasi yang sebenar-benar, kami tidak mengentar kepada sesiapa yang cuba menakut-nakutkan.

2) Kami sedia mehadapi pengkhianat di mahkamah
Sekian dimaklumkan, Terima Kasih.

Mr. Lawrence YIP
sui chin choo