Wednesday 18 September 2013

Pendedahan Mr Peter Yang Diugut Oleh Dinasti Lim Anak Beranak



Berita tentang penipuan pemilihan parti DAP telah membuka mata ramai pihak terutamanya dikalangan ahli parti DAP sendiri yang mana sebelum ini cukup yakin dengan kejujuran Lim Guan Eng dan juga Lim Kit Siang. Satu persatu episod penipuan terancang pimpinan DAP pada pemilihan parti mereka yang lalu terbongkar dan sekarang sudah ada pula yang membuka blog bagi mendedahkan akan penipuan terancang yang selama ini cuba dikaburi oleh pimpinan Lim anak beranak.

Nama saya Peter dan saya adalah ahli DAP sebuah cawangan di Johor.Saya menyertai DAP sejak tahun 1998.Saya masuk DAP kerana percaya parti DAP memperjuangkan demokrasi tulen untuk rakyat Malaysia.Walaupun saya seorang yang cerdik dan memilki ijazah tetapi saya pun tertipu dengan DAP.Mereka bukan berjuang untuk rakyat Malaysia tetapi berjuang untuk Dinasti Lim.

Kerana saya terlalu lantang melawan Dinasti Lim terutamanya dalam kes penipuan CEC hidup saya menjadi tidak aman.Saya sering diganggu oleh taiko-taiko yang dipelihara Dinasti Lim.Untuk sementara waktu saya melarikan diri ke Indonesia kerana gangguan taiko Lim.Hidup saya lebih aman disini dan saya akan berjuang daripada jauh untuk memastikan semua rakyat Malaysia tahu kejahatan Dinasti Lim. - The DAP Insider Klik Disini

Gambaran awal yang dinyatakan oleh Mr Peter ahli DAP ini jelas membuktikan bahawa parti DAP bukanlah parti yang dimiliki seluruh ahli DAP sebaliknya parti DAP hanyalah milik anak beranak Lim. Permainan Lim anak beranak dengan menggunakan kongsi gelap bagi menidakkan hak perwakilan DAP juga adalah satu pekara yang serius kerana kita sememangnya tahu DAP merupakan pelindung utama gerakan kongsi gelap di Malaysia ini.

Saya tidak sabar untuk mengikuti perkembangan yang seterusnya yang bakal didedahkan oleh Mr Peter. Kita sememangnya mengharapkan agar lebih ramai lagi perwakilan DAP yang menjadi mangsa penipuan Keluarga Lim untuk tampil bagi menyedarkan rakyat siapa sebenarnya Lim anak beranak ini.

Matlamat saya hanya mahu Bangsa Melayu dan Bumiputera sedar dari lamunan dan kenal hati perut Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng ini yang cukup pandai berpura pura dengan kita sebaliknya matlamat mereka adalah untuk menghancurkan perpaduan di Malaysia.

- Malay Rights

8 comments:

Anonymous said...

sebenarnya peter ni tak cerdik...tu pasal masuk dap

Anonymous said...

Diamaukrusi Anakberanak Parti. Mr.Peter please be smarter by exploding your truth to the public media.

JKKK Kota Sarang Semut said...

salam brotherhood..harap tuan dapat linkkan blog saya..tq

http://jkkk-kotasarangsemut.blogspot.com/

Anonymous said...

betul ke Peter ni? Atau ada yg menyamar menjadi Peter? Konfiusssssssssss

Anonymous said...

Apa lagi, paparkan lah kat media utama, termasuk dalam harakah, Malaysia kini, Malaysia today, akhbar bersih. Minta RBA sebarkan, dan Samad Ismail buat sajak dari pengakuan ini.

kuda said...

keldai jer percaya blogger kaki botol nie.... peter konon, pi la RTM buat persidangan dedah semua nya kalo berani. atau pun biar jer UTUSAN yg buat berita penuh. <-- itu kalo cerita betul la, jgn jgn kena saman lagi .. hehe

Anonymous said...

biar dinasti lim ker dinasty ah singh ker ok jer. janji boleh kerja okay la tuh. tak ada issue langsung ..big big deal man.

Anonymous said...

Kepada sesiapa yang berkenaan,

Bahawa kami YIP KUM FOOK (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR JALAN 53, DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR & YIP JIUN HANN(YIP JIUN HANN & ASSOCIATES).. LOT 3.55, KOMPLEKS DESA BATU 8, JALAN KEPONG 52100 KUALA LUMPUR ..JAYANTHI DEVI BALAGURU, PENGURUSI PARTI GERAKAN SEGAMBOT, DAN OOI AH BAH(LLB) ..(CHIA OOI SUN & CO.) ADVOCATES & SOLICITORS NO. 48-1, 1ST FLOOR JALAN BRUNEI UTARA OFF CHANGKAT THAMBI DOLLAH, PUDU 55100 KL.

Dengan terus terang nya disini menegaskan:-

1) Untuk menengahkan keadilan undang-undang Negara, hak asasi manusia dan sebuah Negara demokrasi yang sebenar-benar, kami tidak mengentar kepada sesiapa yang cuba menakut-nakutkan.

2) Kami sedia mehadapi pengkhianat di mahkamah
Sekian dimaklumkan, Terima Kasih.

Mr. Lawrence YIP
sui chin choo