Friday 27 September 2013

ROS Labelkan Lim Guan Eng Penipu




KUALA LUMPUR, 27 Sept - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng harus membaca dan memahami apa yang dinyatakan oleh ROS mengenai pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat  (CEC) DAP.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman berkata, ROS tidak pernah menyatakan bahawa DAP tidak boleh mengadakan 'Special Congress', tetapi mengingatkan parti tersebut supaya mengikut peruntukan dalam Undang-undang pertubuhan sendiri semasa mengadakan pemilihan semula.

"Penghantaran Notis Panggilan kepada ahli dalam tempoh 10 minggu seperti mana yang tercatat dalam Undang-undang parti tersebut harus dipatuhi.

"Harus ditekankan di sini bahawa DAP telah menghadapi tindakan mahkamah yang difailkan sendiri oleh ahli-ahlinya dan ini tidak ada kaitan langsung dengan ROS, memandangkan ahli-ahlinya sendiri telah membawa perkara mengenai pemilihan CEC DAP yang tidak teratur ke muka pengadilan.

"Adalah tidak wajar ROS dikaitkan dalam hal ini memandangkan tindakan ini daripada akar umbinya sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini

Beliau menjelaskan, walaupun Seksyen 18C, Akta Pertubuhan 1966 menyatakan hal ehwal parti adalah muktamad dan konklusif serta tidak boleh dibawa ke mahkamah, tetapi ini tidak bererti ROS tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan demi menegakkan kebenaran khasnya apabila hak ahli-ahlinya terjejas.

Tambahnya, akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) adalah suatu Akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dan semua pihak harus menghormatinya dan ROS yang bertanggungjawab dalam menguatkuasakannya. - Rakyat News

Kebenaran yang paling jelas untuk kita mengetahuinya bahawa DAP cukup licik dalam menipu rakyat. Isu CEC DAP jelas buktikan bahawa Lim dan keluarga mereka melakukan sesuatu agar pengaruh dan kuasa keluarga mereka kekal dan tidak dicabar oleh perwakilan yang lain.

DAP anti Islam dan Melayu


9 comments:

Anonymous said...

http://www.themalaysianinsider.com/mobile/bahasa/article/dap-beri-amaran-terakhir-kepada-ros

kambeng said...

pemilihan CEC perkara dalaman DAP, itu pun make a fuss ker, utk orang luar? anak mabuk? biar siapa yg memonopoli parti, datuk ker, bapak ker, nenek, bini, anak, grand son ker, janji rakyat nampak cara kerja bagus ok la, who cares... lim dinasty ker, kapak dinasty ker... papagomo dinasty pon boleh la tuh..

ko buat la article potensi Mukriz bakal menjadi president umno dalam masa yg terpendek lagi interesting.

Anonymous said...

kalo tak suka ada party cinabeng, istiharkan DAP komunis dan tangkap semua ahli masuk dalam ISA tahanan jer. susah ka buat macam tuh? kan ada FRU, ATM, TUDM, TDM .

buat jer serangan " overwhelming force" ke pulau pinang , opis DAP macam buat kat pemberontak sulu.

Anonymous said...

Tak perlu sibuk sgt dgn DAP. Elok kau lebihkan tulis pasal hal2 Melayu je. Nama blogpun Malay rights. Contoh isu kenaikan harga minyak dan barang. Bnyk bg kesan kat org melayu terutama golongan melayu miskin dan sederhana.

Anonymous said...

Kah kah kah...oi azri..baik ko kumpul duit jualan kain bt byr saman lg bagus la gomo!!!

Anonymous said...

boss, kopi o satu oi!!!!


maggie goreng tambah telor mata!

Anonymous said...

seks rambang

Anonymous said...

yo.. article lawak.

aspanaliasnet.blogspot.com/
http://sakmongkol.blogspot.com/


president wannabe, pak aspan, utk wanabe Party Aspan-Mongkol Malaysia

setiausaha agung wannabe, sakmongkol, utk wanabe PAarty Aspan-Mongkol Malaysia


party utk muay thay dan blogging.

Anonymous said...

Kepada sesiapa yang berkenaan,

Bahawa kami YIP KUM FOOK (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR JALAN 53, DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR & YIP JIUN HANN(YIP JIUN HANN & ASSOCIATES).. LOT 3.55, KOMPLEKS DESA BATU 8, JALAN KEPONG 52100 KUALA LUMPUR ..JAYANTHI DEVI BALAGURU, PENGURUSI PARTI GERAKAN SEGAMBOT, DAN OOI AH BAH(LLB) ..(CHIA OOI SUN & CO.) ADVOCATES & SOLICITORS NO. 48-1, 1ST FLOOR JALAN BRUNEI UTARA OFF CHANGKAT THAMBI DOLLAH, PUDU 55100 KL.

Dengan terus terang nya disini menegaskan:-

1) Untuk menengahkan keadilan undang-undang Negara, hak asasi manusia dan sebuah Negara demokrasi yang sebenar-benar, kami tidak mengentar kepada sesiapa yang cuba menakut-nakutkan.

2) Kami sedia mehadapi pengkhianat di mahkamah
Sekian dimaklumkan, Terima Kasih.

Mr. Lawrence YIP
sui chin choo