Monday 17 June 2013

Hospital Kerajaan Lembab Salah Siapa?


Saya adalah rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana berasal dari Kelantan. Rata-rata ahli keluarga serta sanak saudara saya berpendapatan rendah dan sederhana.

Kami tergolong dalam golongan masyarakat luar bandar. Rata-rata ahli keluarga kami dan sanak saudara kami adalah pengundi BN. Keterujaan dan kesetiaan kami kepada BN tidak perlu dipertikaikan lagi. Kami menghargai dan kami menyanjungi kerajaan yang ada kerana ianya banyak membantu kami golongan luar bandar.


Tujuan saya menulis surat ini bukan untuk menyalahkan Perdana Menteri , Timbalan Perdana Menteri , Menteri berkenaan atau BN. Saya hanya ingin memberitahu dan meminta kerajaan memperbetulkan masalah yang berlarutan sejak sekian lama dan seolah-olah tiada jalan penyelesaiannya.


Pada tanggal 4.Jun.2013, pakcik saya telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian (HUSM). Beliau dimasukkan kerana melalui satu surat rujukan daripada sebuah klinik swasta kerana sakit dalam bahagian perut.


Pakcik saya ditempatkan di Wad 2 Intan. Doktor telah melakukan X Ray keatas beliau. Setelah ditanya oleh ahli keluarga doktor menjelaskan bahawa terdapat bubble di bahagian usus pakcik saya. Semasa di dalam wad ada masanya pakcik saya sakit dengan kuat, ada masa sakit sederhana dan ada masa sakitnya hilang. Tetapi tiap-tiap hari beliau akan sakit.


Selepas dua hari di hospital ahli keluarga masih belum mengetahui apa penyakit pakcik saya. Adakah ianya kanser, ada ketumbuhan  atau penyakit lain ? Doktor hanya berkata tidak dapat dipastikan lagi, melainkan jika dilakukan CT Scan. Kami memohon kepada doktor agar dilakukan CT Scan. Doktor menjawab tidak boleh kerana mereka perlu mengutamakan pesakit lain. Tak mengapalah, kami menunggu.


Hari demi hari berlalu tiada apa-apa perubahan yang berlaku. Setiap hari pakcik saya sakit. Perutnya makin membuncit. Akhirnya pada tanggal 10.Jun.2013 kami ahli keluarga sepakat untuk discaj pakcik saya dari HUSM dengan risiko sendiri.


Dari HUSM kami membawa pakcik saya ke sebuah hospital pakar swasta di Kota Bharu. Tujuannya untuk melakukan ujian CT Scan supaya kami dapat tahu apa penyakitnya. Setelah dibawa ke hospital swasta dalam masa 2 jam sahaja kami telah mengetahui penyakitnya. Doktor mengatakan ada satu benda seolah-olah ketumbuhan yang wujud berhampiran ususnya. Jika mahu dilakukan pembedahan ianya boleh dilakukan keesokkan harinya iaitu pada 11.Jun.2013. Kosnya lebih kurang RM 20,000.00. Kami tiada pilihan melainkan setuju. Soal kos kami sanak saudara sumbang sedikit seorang.

Hasil pembedahan yang dilakukan pada pagi 11.Jun.2013 doktor berjaya mengeluarkan hampir 1 liter nanah dibahagian usus pakcik saya. Dalam masa beberapa jam sahaja pakcik saya stabil dan kini telah ditempatkan di wad biasa.

Enam hari di HUSM tiada apa-apa perubahan yang berlaku. Dalam masa 24 jam dipindahkan ke hospital swasta segalanya berubah.


Apakah nasib yang akan menimpa pakcik saya jika beliau terus berada di HUSM ? Tidak mustahil beliau akan kehilangan nyawa.


Kami bernasib baik kerana kami dapat kumpulkan wang sumbangan dari sanak saudara untuk membiayai rawatan pakcik saya. Bagaimana pula dengan nasib orang-orang yang tidak berkemampuan ? Adakah mereka terpaksa menggadaikan nyawa di hospital kerajaan kerana mereka tidak punyai wang ?


Saya pun buntu dalam hal ini. Untuk salahkan kerajaan tidak boleh kerana kerajaan telah berusaha sedaya mungkin menolong rakyat dalam urusan kesihatan.


Nak salahkan pihak hospital juga tidak boleh kerana mereka juga menghadapi banyak masalah , seperti kekurangan doktor, kekurangan peralatan , bilangan pesakit yang terlalu ramai  dan sebagainya. 


Akhirnya nyawa rakyat yang menjadi mangsa.


Perkara ini bukan perkara baru. Ianya telah berlarutan sejak zaman berzaman. Satu kaedah atau satu jalan penyelesaian baru harus dicari untuk menyelesaikan masalah ini. 


- Kiriman Pembaca

8 comments:

Ari said...

klinik 1malaysia perlu dtambah di kwsn padat penduduk. dilanjutkn masa operasi.kalau blh 24jam.yg paling nmpk waktu tgh mlm.klinik kesihatan dh tutup.semua tertumpu di bhgn kecemasan.kes kecemasan perlu diutamakn.bagaimana pula dengan kes2 ringan.disinilh kita akan dpt dgr mcm keluhan.kdg2 smpi 3jam bru dpt perkhidmatan.mne yg memahami akn faham.

Asmic said...

Goverment is not to be blame in this case... it the mentality of the people who work for the goverment is yet need to be changed...... too much tea break....too much leave...too much of playing around. Let take an example of leave period for RN in goverment is too much rather than the private sector...only max 16 days/year and cant be carried forward next year unless very specific and tight reason...where else in goverment they can carry it forward and even get cash reward to trade their leave. I used to work in the goverment i had a balance of almost 40 days of leave unused when i left the goverment.....well there should be a guidelines on that...too much cronism in the services also another factor contributing to the downfall of the services...the pak cik of the consultant la, the mother in law of consultant la..the anak sedara of hospital director la....it is really shocking to see the management people abuse their position to cut off the que...once i had done a really stupid procedure to a relative of a well positioned guy in a emergency list...and some more 1st emergency list and the procedure was urgghhh a bloody "removal of lump" and a patient who was scheduled for a rays amputation was cancelled of that night....how pity me for the cancelled patient to do a simple case for a bloody well positioned somebody's somebody....u dont change the goverment u change the people who work forthe goverment.

mizi said...

housemate saya dari Indonesia,bila temankan dia ke HTAR Klang,siap kena ceramah sekejap sebab dia register pakai Passport ada Permit,ai dalam hati saya,tak payahlah cakap banyak,sebut jelah berapa banyak nak caj,hujung2 dia sebut kena bayar RM50 untuk registration semua....cakap awal2 kan tak apa tadi? ni banyak pulak cekadaknya,dahlah kawan tu luka tapak tangan kena besi karat.

Itu pun service masih macam siput........itu bayar RM50 TAU? RM50!!! BUKAN RM2!!!

So rasanya,dah nama pun hospital kerajaan,bayar untuk pendaftaran pun RM2 - untuk tempatan - so mestilah service dia pun macam harga RM2 itulah. Teringat satu ketika dahulu bila seorang doktor dari hospital swasta menelefon rancangan MALAYSIA HARI INI,kebetulan masa itu yang hos ialah Mazidul Akmal Sidek,selamba je doktor tu jawab - DAH CAJ MASUK PUN MURAH,SO SERVICE PUN IKUT HARGA CAJ MASUK TADI TULAH - panas sekejap mazidul,sempat bertekak dengan doktor tu......

jadi,punca masalah ialah - mentaliti staff/doktor yang kerja hospital dah memang macam tu,payahla nak CAKAP....KALAU BOLEH MALAS NAK CAKAP..............................................

Anonymous said...

Bukan hospital atau kerajaan yang masalahnya tapi yang bekerja dengan hospital tu bermasalah...gaji dah besar, kemudahan macam2, kerja macam tak kerja tapi perkhidmatan x seberapa..kalau kerajaan buang kerja nanti kata kerajaan zalim, dah ada kerja taknak betul-betul kerja..

Sir Azri said...

Mungkin para pekerja di Hospital Kerajaan ini perlu melakukan satu anjakan paradigma agar mereka sedar akan tugas mereka yang sebenar. Susah juga kalau mereka yang berada dalam kakitangan Hospital ini mengambil sikap acuh tak acuh sedangkan mereka berkhidmat untuk rakyat.

Mohd Farid said...

bukan masalah tidak cukup DR isu dia DR hanya tau cakap sahaja tp buat keje terkebil2 terkial2 then rujuk kepada NURSE atau MA....
sebenarnye NURSE DN MA yang buat keje DR tau arah je...

so kalau nak tambah perkerja tu tambah lah NURSE2 dan MA ini tidak berlambak lepasan jurusan jururawat menganggur kerana hospital2 xnak ambil kerja...

buka lebih banyak hospital contoh HKL dah fullpack sebenarnye.
patut tambah ward

makcik2 nurse yg gemok2 tu tlng lah sopankan mulut anda bila bersama pesakit... pesakit tu dah lah sakit lepastu makcik nurse yang tua n GEMOK ni nak marah2 nak maki2 lagi... makin sakit pesakit tu...

lagi satu isu AMBULANCE KERAJAAN... tolong lah tolong basuh ambulance tu... kotor gile... celet jari kat ambulance fuh hitam jari saya... kalau dah ambulance tu kemik2 pecah2 kerana kemalangan yg xsengaja tu cepat2 hantar untuk di baiki... ni ambulance nak bawak pesakit tp kalau ambulance tu kemik2 kotor pesakit yg nazak pon xnk naik

Unknown said...

Puihhh.. ckp ja... ak na tgk gak kalu ko nazak nak naik ke x ambulans tu?

Unknown said...

Puihhh.. ckp ja... ak na tgk gak kalu ko nazak nak naik ke x ambulans tu?