Monday 16 December 2013

LUAHAN HATI SEORANG ISTERI YANG TELAH DIFITNAH





Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan.

Pembaca yang amat dikasihi;
Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini. Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.
Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan.  Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.

Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya. Penjelasan secara 'face to face' itu sangat berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.

Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya.  Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama 'membunuh diri sendiri'.

Pertama: Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006

Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari.  Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu. Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu. Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan.  Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.

Kedua: Cincin berlian berharga RM24 Juta

Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya. Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya. Beliau adalah 'regular customer' kepada jewelry Jacob & Co.

Perkara ini telah diterangkan secara lebih lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip Nassimi.  Berlian berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah dihantar pada 15 April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit, New York menggunakan penerbangan House Airway, no bil: 1488134 dari ibu pejabat Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur, Malaysia.  Ia sampai pada 16 April 2011.

Setelah dilihat oleh Maira, cincin tersebut dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura.  Ia telah dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011

Ketiga: Berjoli di luar negara

Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas.  Selain itu, saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan.

Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah. Ini kerana negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi. Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun dan Korea sudah maju dan kaya. Jika mahu berbakti, sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita. Kita mahu buat kerja, bukan glamour.

Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011. Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur.  Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita.
Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan. Masakan saya sempat untuk berjoli?  Lagipun, saya tidak minat berjoli.

Keempat: Pembaziran Projek Permata

Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus ditindas.  Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih berjaya.  Sebagai anak bekas guru, saya faham tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia. Pendidikan harus bermula daripada awal. Justeru, saya mencadangkan penubuhan Permata.Ini idea baru.  Tidak apalah, kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.

Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang taksub, kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan politik. Semuanya mereka satukan. Agak malang apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik.Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang.  Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya.

Kelima: Bergaya dengan perhiasan mewah

Seperti kebanyakan isteri pemimpin, saya juga mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara.  Ada juga yang menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri. Mereka mahu saya memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.

Apabila saya ke negara tersebut, mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka apabila mereka ke negara kita. Itulah adab sopan melayan tetamu. Sebagai meraikan kehadiran tetamu, kebiasaannya mereka memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan. Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin, jam, perhiasan diri dan sebagainya. Ada yang diberi itu mahal harganya dan ditempah khas.

Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya.  Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu.  Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa kecil hati. Dan, apabila telah diberi, saya pun memakainya.  Tak kan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan.  Adalah satu pembaziran jika ia di simpan 'kaku' dalam kotak simpanan. Saya sedar ramai mata yang memerhati setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai.  Itu hak mereka. Saya tidak boleh menghalang. Tetapi, malangnya mereka ini bukan saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal.

Pendek kata, saya tidak mampu memuaskan hati setiap orang.  Yang penting, saya percaya pada apa yang saya lakukan

Keenam: Isu 'First Lady'

Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah.  Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama, peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden, Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara).Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk mentadbir Negara.  Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan.

Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.
Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis, ketua kerajaan dan negara adalah Presiden, maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama.Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah 'downgrade' status baginda. Kedudukan baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita.

Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham. Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu.

Ketujuh: Isu menjadi Perdana Menteri Keenam

Mana mungkin? Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak.  Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia.  Kalau dia jadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz.  Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.

Saya rasa pandangan salah ini muncul disebabkan serangan politik. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik tersendiri. Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri Najib, maka saya menjadi sasaran.  Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana saja, maka saya dianggap sebagai orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib kata, sebenarnya mereka itu mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat adalah mengenakan saya dulu. Mereka tak dapat suami, mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri.Orang yang memfitnah saya dan Datuk Seri Najib ada agenda. Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib. Bagi saya senang, tak salah setiap orang ada cita-cita. Tapi, caranya kena betul. Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang. Itu salah dan tidak ada etika. Agama juga membenci perbuatan itu.

Pembaca yang amat dikasihi;

Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk menjawab semua fitnah ini. Apa yang lahir, adalah terlintas dari rasa sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu.Saya serahkan kepada Allah. Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah. Saya sentiasa memaafkan. Tak apalah mereka memfitnah saya, Tuhan akan beri yang baik kepada saya.  Ingat zaman nabi dulu, bila orang kutuk baginda, baginda beri pisang kepada orang itu.Semoga Allah memberkati para pembaca semua.

Sekian daripada saya,
Rosmah Mansor

20 comments:

Anonymous said...

Menitik air mata dengan luahan hati Datuk Seri. Semoga Allah beri kekuatan utk beliau terus menyumbang idea dan tenaga membantu rakyat. Telah tertulis di kitab Lauh Mahfuz beliau berada dikedudukan sekarang. Beliau diuji dan Allah Maha Mengetahui...beliau cekal menghadapinya.

Amrayy Lensa Assault said...

Assalammualaikum saudara, bolehlah kiranya blog http://amrayy-lensa-assault.blogspot.com/ dipautkan ke blog saudara seperti yg telah sy lakukan. Terima kasih atas pertimbangan.

Anonymous said...

amat bersimpati dgn DS Rosmah...amat tak faham kenapa beliau menjadi sasaran bahan lawak jenaka & lelucon negatif segelintir masyarakat Malaysia? beliau bukanlah seorang yg jahat pun?

Anonymous said...

saya selalu pikir mcm ni..ok takpa lah kalau apa kejahatan yg dibuat tu benar, tu kan Allah sendiri akan balas..tp mulut manusia terlalu berani mengeluarkan kata-kata dan pandangan..mcm mana kalau semua tu FITNAH..brapa bnyk dosa yg diterima mereka? Di-convertkan dengan pahala pula, pahala mereka ni semua dapat kat DS Najib dan isterinya Rosmah. Kan? Jd mereka yg bnyk kutuk itu mmg terima cash la..siap buat meme lg.. tak kira DS Rosmah buat apa pun, baik atau tidak orangnya, org yg buat dia menangis tu dah pun terima dosa..

Anonymous said...

Korang caci ke, fitnah ke, walau apa pun beliau masih pergi juga ke Tanah Suci mengerjakan Umrah. Setahu aku tkde pulak aku dgr yg beliau ni & suami menjadi sasau, meracau atau menjadi lumpuh kt depan Kaabah tu. Pemimpin yg nk jadi PM tu ajak le dia pergi. Kan Tok Guru boleh ajak dia sekali utk memohon kemenangan PR bg PRU akan dtg. Drpd di pergi bercuti ke Amerika tu baik ke Mekah. Lg kuat sokongan dia akan dpt. Silap-2, mrk yg kluar dr PKR sblm ni di Sabah boleh join semula.

Anonymous said...

Kla betul lah smua nye fitnah.besar nye dosa semua org.hanya Allah dan rosmah sendiri yg mengetahui

Anonymous said...

wallahu a'lam.

moga dibukakan pintu hati untuk menutup aurat. dengan lebih sempurna.

jika benar sayangkan suami.
jika benar ingin membawa islam ke peringkat lebih tinggi.

Anonymous said...

Siapa yg bunuh Altantuya, sekiranya kerajaan Msia tidak menghukum pembunuh tersebut, maka seluruh penyokong BiNatang akan tanggung dosa itu.

Anonymous said...

Tukang-tukang komen ysng budiman. Komen biarlah berfakta atau berhemah. Jangan buat komen yang meminta pembaca lain membuat andaian atau persepsi yang boleh menimbulkan tanggapan negatif khususnya terhadap seseorang. Dalam perbicaraan pun kalau dah tak ada bukti anggap saja sebagai DNAA iaitu Discharge Not Amounting to Acquital atau dibebas tanpa dilepaskan. Adalah lebih baik bersangka baik kerana bersangaka buruk kerana itu pun serupa fitnah. Dan fitnah lebih keji dari membunuh.

Anonymous said...

Bangang nya statements

Anonymous said...

setelah sekian lame, baru nak menulis, sape yg karang surat tu?! 22 tahun tun siti hasmah menjadi isteri dr mahathir sewaktu beliau menjadi perdana menteri..takde pun sebarang cerita buruk ttg beliau.. datin seri rosmah bole belajar dgn beliau..itupun kalo mau lah!!

Unknown said...

DS Rosmah adalah lepasan TKC so dia seorang yang amat cerdik dan memang layak menulis article ini yang jelas dan mudah di fahami .....

Anonymous said...

Zyed Abdul Hassan,

Cerdik tak semestinya bijak. Dalam penjara tu pun ramai yang cerdik; lawyer, doctor...

Saya ada dua tiga kawan yang lebih 'cerdik' dari Rosmah. Siap ada PhD. Tapi saya was-was dengan kebijaksanaan mereka. Ada yang sampai tua perangai macam budak-budak.

IQ dengan EQ dua benda yang berbeza.

Manusia dinilai berdasarkan tindak tanduknya. Itu realiti. Dan tindak tanduk Rosmah, secara umumnya tidak mencerminkan tindakan orang yang bijak. Penampilan dan penonjolan diri secara berlebihan, pada masa dan tempat yang salah menyebabkan dia dinilai negatif oleh majoriti rakyat. Yang terkecuali macam saudara ni kecil sangat bilangannya.

Saya sendiri penyokong tegar UMNO dan kerajaan. Tapi saya tahu ramai di kalangan kawan rakan separti berkongsi perasaan yang sama tentang perempuan yang seorang ini; kami khuatir tindak tanduknya terus merosakkan parti kami.

Tidak salah dia berbakti. Tapi tak usahlah berlebih-lebih menonjolkan diri. Sebelum dia dah enam isteri PM (Tun Sharifah Rodiah, Tun Rahah,Tun Suhaila, Tun Hasmah, DS Hendon, Tun Jane)...semuanya ada bakti masing-masing, tapi rakyat tak pernah perlecehkan mereka. Dengan Rosmah, keadaannya berbeza. Kenapa?

Anonymous said...

sebab rosmah tu, mmg kimak.

Unknown said...

Salam semua,
Payah nak ckp psl politik malaysia ni.
semua parti ada kepentingan masing2.
semua org berebut nak jd pemimpin.
dulu mana la ada org sgt berebut nk jd pemimpin ni.
anda semua tentu tau kan kenapa org skg ni begitu berebut nk jd pimimpin dan nak jadi isteri pemimpin.
tak kira la leader umno ke,pas ke,keadilan ke,dap ke atau semua sekali la kan,
semuanya almost nak berkuasa dan nak kejar kekayaan duniawi.
balikla semula pada ajaran Islam yg benar ,jelas dan lengkap.
usahlah terlalu sgt kejarkan dunia dan kuasa.
mati kita ni tinggalkan kain kapan putih je.
carilah rezeki yg halal,tidak menganiaya org lain,bersedekah dan patuh pd ajaran Islam.
1 je aku nak ckp...mana2 parti yg cuba rosakkan Islam dan Melayu adalah sgt bahaya sebab zaman skg seluruh dunia mula melihat Islam adalah suatu agama yg benar jadi kalau di Malaysia ni..
pls jgn cuba utk hapuskan Melayu sbb Melayu adalah penganut agama Islam amnya.
amalan rasuah d Malaysia ni bg aku la masih berada di tahap yg tidak memuaskan malas la aku nak cerita kat sini korang masing2 lebih arif dari aku.
payah sebenarnya nak cari pemimpin yg berjiwa rakyat,boleh hidup sama susah dgn rakyat dan tahu kesusahan rakyat,korang nk tau kenapa?
sebabnya almost pemimpin kita skg ni adalah lahir dari golongan yg asalnya sudah mewah dan kaya jadi,,mana la diaorang boleh bercakap dan mennjiwai susah senang rakyat Malaysia kan.
kalau korang asal org susah maybe korang bokeh faham yg aku tulis kat sini.
kau mmg asal org susah..
klah tuan puan semua minta maafla kalau aku tersalah ckp kat sini cuma itu cuma pandangan dan luahan hati aku je,,k byeee

Unknown said...

aku mmg org susah,didera oleh bapak aku dari kecik lg,disisih dari keluarga sehingga skg,
aku dah puas tgk org susah.aku pernah tdo dgn peminta sedekah kat stesen bas sewaktu age aku 11 thn lg sbb ayah aku ugut utk pukul aku lepas tahu result exam..
skg aku dah senang dgn femili tersyg,bolehla org kata hidup senang sikit..mcm org ramai2 yg normal
aku pernah melihat kemiskinan,kesusahan,kepalaran..itu pengalaman aku la..
bg aku dah biasa dgn semua tu,,,
pemimpin di malaysia aku rasa x pernah alami semua tu,,
lahir je terus senang lenang sbb asalnya dr golongan kaya..
susah bagi aku nak cakap yg diaorang ni sebenarnya x tau apa itu erti kesusahan,kepayahan hidup sebenarnya,,
nak ckp apa kalau x pernah susah?
kalau cakap pun,semuanya adalah pembohongan semata...bila kita menipu maka berbaliklah semula pada Al-Quran,,,
penipuan,pembohongan atau al-kazib adalah suatu dosa yg sgt besar dan segalanya akan dibongkarkan semula oleh Allah..
renung2kanlah wahai sahabat2ku semua..

Unknown said...

Syurga itu Allah samalah juga dgn neraka.
Org yg dipilih oleh Allah samada ke syurga atau ke neraka adalah itu semuanya hak Dia.
Jadi jgnlah kita seolah2 berlebih2 sgt utk memuji seseorang yg seolah2 org tu sgt alim bg pandangan mata kasar kita sbgai manusia yg lemah.
kita nak ckp atau sahkan seseorang itu Tok Guru ke,Ulamak ke,Penjenayah ke,Pemberontak ke atau apa2 je lah..
Usahlah terlalu extreme sgt sbb kita bukan Tuhan yg nak klasifikasikan semua tu
kita just relax je dan jgn extreme sgt,,"look n see "
tak payahlah nak ckp yg kita ni org Umno ke,Pas ke,DAP ke atau apa2 je lah.."just be cool" je
bersederhana dlm apa jua pendapat dan x perlu hebahkan yg kita ni penyokong mana2 parti,,
yg penting kita mestilah jujur,bercakap benar,rajin,berdisiplinbertanggungjawab,memiliki sebuah keluarga yg baik dan tidak tinggal solat serta jujur menyembah Allah
BUKAN SENANG UNTUK MENJADI SEORANG PEMIMPIN LAGENDA YG RATA2 DISAYANGI OLEH RAKYAT...
pokok pangkalnya seseorang itu harus mempunyai hati yg jujur dan luhur..MELIHAT AKHIRAT NO 1 DAN DUNIA NO 2...
PEMPIMPIN ADALAH PEMEGANG AMANAH RAKYAT..
JANGAN CUBA UTK MERASUAH RAKYAT DGN JANJI YG KARUT MARUT
JANGAN CUBA UTK MERASUAH RAKYAT
DGN PAKAIAN LUARAN SEPERTI ULAMAK,,
renung2kan lah..dan aku pun sama skg muhasabah diri aku sendiri...

Unknown said...

Syurga itu Allah samalah juga dgn neraka.
Org yg dipilih oleh Allah samada ke syurga atau ke neraka adalah itu semuanya hak Dia.
Jadi jgnlah kita seolah2 berlebih2 sgt utk memuji seseorang yg seolah2 org tu sgt alim bg pandangan mata kasar kita sbgai manusia yg lemah.
kita nak ckp atau sahkan seseorang itu Tok Guru ke,Ulamak ke,Penjenayah ke,Pemberontak ke atau apa2 je lah..
Usahlah terlalu extreme sgt sbb kita bukan Tuhan yg nak klasifikasikan semua tu
kita just relax je dan jgn extreme sgt,,"look n see "
tak payahlah nak ckp yg kita ni org Umno ke,Pas ke,DAP ke atau apa2 je lah.."just be cool" je
bersederhana dlm apa jua pendapat dan x perlu hebahkan yg kita ni penyokong mana2 parti,,
yg penting kita mestilah jujur,bercakap benar,rajin,berdisiplinbertanggungjawab,memiliki sebuah keluarga yg baik dan tidak tinggal solat serta jujur menyembah Allah
BUKAN SENANG UNTUK MENJADI SEORANG PEMIMPIN LAGENDA YG RATA2 DISAYANGI OLEH RAKYAT...
pokok pangkalnya seseorang itu harus mempunyai hati yg jujur dan luhur..MELIHAT AKHIRAT NO 1 DAN DUNIA NO 2...
PEMPIMPIN ADALAH PEMEGANG AMANAH RAKYAT..
JANGAN CUBA UTK MERASUAH RAKYAT DGN JANJI YG KARUT MARUT
JANGAN CUBA UTK MERASUAH RAKYAT
DGN PAKAIAN LUARAN SEPERTI ULAMAK,,
renung2kan lah..dan aku pun sama skg muhasabah diri aku sendiri...

Unknown said...

Syurga itu hak Allah samalah juga dgn neraka,,,silap taip atas tu tadi,,,
sorry

Anonymous said...

Kepada sesiapa yang berkenaan,

Bahawa kami YIP KUM FOOK (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR JALAN 53, DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR & YIP JIUN HANN(YIP JIUN HANN & ASSOCIATES).. LOT 3.55, KOMPLEKS DESA BATU 8, JALAN KEPONG 52100 KUALA LUMPUR ..JAYANTHI DEVI BALAGURU, PENGURUSI PARTI GERAKAN SEGAMBOT, DAN OOI AH BAH(LLB) ..(CHIA OOI SUN & CO.) ADVOCATES & SOLICITORS NO. 48-1, 1ST FLOOR JALAN BRUNEI UTARA OFF CHANGKAT THAMBI DOLLAH, PUDU 55100 KL.

Dengan terus terang nya disini menegaskan:-

1) Untuk menengahkan keadilan undang-undang Negara, hak asasi manusia dan sebuah Negara demokrasi yang sebenar-benar, kami tidak mengentar kepada sesiapa yang cuba menakut-nakutkan.

2) Kami sedia mehadapi pengkhianat di mahkamah
Sekian dimaklumkan, Terima Kasih.

Mr. Lawrence YIP
sui chin choo