Saturday 14 September 2013

Bantu Melayu & Bumiputera Agenda Utama Najib Tun Razak





SHAH ALAM 14 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan langkah dan strategi baharu memperkasakan ekonomi Bumiputera, serta penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang dipengerusikannya sendiri bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera, sebagai peneraju utama strategi berkenaan.

Langkah-langkah yang diumumkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan itu termasuk :-

1.    Kerajaan akan memperbanyak program peningkatan kemahiran bagi menyediakan peluang kedua kepada golongan remaja yang rendah pencapaian akademik dan tahap kemahiran.

2.    Program latihan semula dipergiat menerusi peruntukan tambahan kepada GiatMARA bagi memperoleh peralatan berteknologi terkini untuk mengendalikan program latihan.

3.    Bilangan program latihan yang dikendalikan oleh Institut Kemahiran Belia Negara akan ditambah menerusi pendekatan latihan dua syif.

4.    Program seperti Skim Latihan 1Malaysia, Graduate Employability Management Scheme dan Program Peneraju Skil akan diperluas untuk menambah bilangan penerima manfaat bagi mengatasi masalah kebolehpasaran.

5.    Agensi seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan MARA akan memperluas Program Pendidikan Lepasan Ijazah terutama dalam bidang-bidang kritikal dan berteknologi tinggi.

6.    Program Peneraju Profesional diperluas bagi melahirkan lebih ramai golongan profesional Bumiputera yang mendapat pengiktirafan sebagai tenaga kerja profesional dan bertauliah terutama dalam bidang kritikal seperti akauntan, doktor pakar, arkitek, jurutera dan ahli sains aktuari.

7.    Skim Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan dilancarkan oleh Permodalan Nasional Berhad dengan suntikan 10 bilion unit saham.

8.    Ekuinas mengambil alih peranan sebagai peneraju program Skim Jejak Jaya Bumiputera bagi membimbing syarikat Bumiputera di senarai di Bursa Malaysia.

9.    Yayasan Wakaf Malaysia akan diperkemas untuk ditukar taraf menjadi entiti Wakaf korporat bagi mengoptimumkan nilai aset bukan kewangan seperti hartanah.

10.    Pelaburan Hartanah Bhd, Majlis Amanah Rakyat dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad akan diperkukuh bagi membangun atau memperoleh hartanah komersil dan industri, terutama di lokasi strategik di seluruh negara.

11.    Kerajaan melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta Syarikat Perumahan Negara Bhd dengan kerjasama Kerajaan Negeri akan memperbanyak pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera di seluruh negara.

12.    UDA Corporation akan diperkukuh untuk membantu membangun hartanah termasuk rumah kediaman, kompleks dan ruang perniagaan, bangunan industri dan perdagangan di kawasan bandar.

13.    GLC dan GLIC terlibat dalam perniagaan hartanah diarahkan untuk memberi penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera terutama perumahan, rumah kedai dan premis komersial.

14.    Peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB akan diperkukuh.

15.    Tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta untuk tempoh lima tahun.

16.    Bilangan sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia disasarkan meningkat kepada 500,00 daripada 350,000 orang pada 2015.

17.    Dana tambahan sejumlah RM700 juta diberi kepada TEKUN Nasional.

18.    Bilangan usahawan TEKUN Nasional disasarkan meningkat kepada 370,000 tahun 2015 daripada 270,000 sekarang.

19.    Semua Kementerian dan GLC diarahkan untuk mengukuhkan sistem pembangunan vendor Bumiputera. Pemilihan vendor juga berasaskan meritokrasi dalam kalangan Bumiputera supaya mereka berdaya maju dan mampan.

20.    Jangka masa kontrak dan konsesi vendor disesuaikan dengan tempoh bayaran balik pinjaman bank.

21.    Lonjakkan program Pembangunan Vendor (VDP) oleh Petronas bagi mengukuh rantaian bekalan sektor minyak dan gas, Tenaga Nasional dalam sektor tenaga, Telekom Malaysia dan AXIATA dalam sektor komunikasi, UEM dalam sektor pembinaan serta Sime Darby dan Felda Global Ventures untuk sektor perladangan.

22.    Ketua Pegawai Eksekutif di GLC akan menetapkan sasaran ke atas penyertaan Bumiputera termasuk perolehan yang diluluskan kepada vendor. Ini wajib dimasukkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat.

23.    Bagi menangani isu rantaian perbekalan, kerajaan melalui GLC dan GLIC akan membangunkan sekumpulan usahawan Bumiputera yang melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan pembuatan dan perindustrian. GLC dan GLIC akan mewujudkan beberapa konsortium syarikat Bumiputera dalam sektor-sektor yang terlibat.

24.    Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) akan mengenal pasti perkhidmatan Kerajaan yang berdaya maju untuk diswastakan kepada Bumiputera.

25.    Dasar 'Carve-out' akan diperluaskan kepada projek-projek besar lain dalam kementerian serta GLC dan GLIC. Empat projek yang dikenal pasti untuk menyertai program ini ialah Projek Menara Warisan Merdeka, Bukit Bintang City Centre, MATRADE Exhibition Centre dan Program Pembangunan Institut Penyelidikan Getah Sungai Buloh.

26.    Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera (SUPERB) diperkenal untuk membantu syarikat permulaan dengan peruntukan dana sebanyak RM100 juta dalam tempoh tiga tahun. SUPERB akan menyediakan kemudahan geran sehingga RM500,000 kepada entrepreneur baharu yang kreatif dan inovatif dalam bidang-bidang strategik yang mempunyai potensi masa hadapan yang besar.

27.    Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) akan diwujudkan di semua kementerian dan bertanggungjawab merangka cadangan dan melaksana inisiatif Agenda Bumiputera.

28.    Peningkatan pengambilan pelajar Universiti Teknologi MARA ini kepada 250,000 menjelang tahun 2020 termasuk penubuhan beberapa lagi kampus baru di seluruh negara.

29.    Penubuhan Dana Pendidikan MARA yang berjumlah RM1 bilion bagi membiayai keperluan program latihan, pendidikan, keusahawanan, penyelidikan dan pembangunan serta inovasi. Dana ini berbentuk 'Matching Fund' nisbah satu kepada satu antara MARA dan Kerajaan disalurkan secara berperingkat.

30.    TERAJU diletakkan langsung di bawah Perdana Menteri, dengan diketuai Menteri atau Pegawai Eksekutif bertaraf Menteri

31.    Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Skim Permulaan Entrepreneur Baharu Bumiputera (SUPERB) akan diletakkan di bawah seliaan TERAJU.


- Terima kasih Dato Sri Najib Razak Perdana Menteri

10 comments:

Anonymous said...

Memperkasakan ekonomi bumiputra tanpa target pencapaian,tempoh pelaksanaan dan date line pencapaian ia kelihatan kurang serius dan longgar.

hampir semua perkara yang dinyatakan telah dan sedang dilaksanakan.

tambah peruntukan dan tukar nama aje nampaknya.

Anonymous said...

Salah satu contah glc yg membuat projek mewah adalah tabung haji .lansung tak membantu bumiputra untuk mendapatkan rumah mampu milik,contoh di nilai enstek harga rumah mencecah lebih setengah juta,memang dasar lintah darat macam redha jua 2x5.

Anti-MelayuBacul said...

Diharapkan pemantauan perlaksanaan semua langkah2 ini dilakukan oleh badan yang kredibel. Hidupkan balik MTEN dan perkasakan EPU bagi tujuan pemantauan, perlaksanaan dan penguatkuasaan. Unit PEMANDU bagi mereka2 yang cuma tahu nak bersuka ria tapi kerja tak geti, berikan lessen teksi seorang satu agar mereka bersuka ria memandu teksi mereka tu....

Anonymous said...

YB PM kita, DS Najib makin ikut jejak bapanya, bekas PM dan TPMnya, BAPA-BAPA KEMERDEKAAN/PEMBANGUNAN Tanah Melayu kita ini, yg. amat BERJASA pd. bangsa, agama dan negara, Allahyarham-Allahyarham YB PM Tun Abdul Razak Hussein (bapa YB PM kita) dan YB TPM Tun Dr. Ismail Abdul Rahman. SYUKUR ALHAMDULILLAH di atas agenda Memperkasa Ekonomi Bumiputera oleh YB PM kita ini - Lihat di http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Intipati_MemperkasaEkonomiBumiputera/Article/index_html, Intipati: Memperkasa Ekonomi Bumiputera, 2013/09/14 - 11:44:28 AM!

Sedangkan pd. 16 Sept. ini, seorg. siTUA tak sedq diri masih sibuk BERANGAN mcm. si DUNGU-dgn-muka-MENGGERUNKAN, nak jadi PM, dibuai PARTI KENCING RAKYAT (yg. sebenarnya diDALANGI Puak SATANIS Kristian Zionis DAPSYAITAN/PKR, dgn sekutu PAP-Barat-Israelnya), yg. terus MENJAHANAMkan hak umat Islam/Melayu di TANAH MELAYU pusaka nenek moyang kita, sebelum diJAJAH British-Zionis laknat lagi!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

Anonymous said...

http://www.themalaysianinsider.com/mobile/malaysia/article/after-a-few-plans-another-plan-for-the-bumiputeras

JohorLama said...

Tuan Melayu, kita bersangka baik dan sama2 menyumbang ke arah kejayaan pakej inisiatif ini & dasar keseluruhannya. namun pandangan saya yg tak seberapa ini, akhirnya umat melayu mesti menggarap dan menetap agendanya sendiri dlm kehidupan kita bernegara. jgn disandarkan sepenuhnya kpd kerajaan maupun pemimpin & parti politik tak kira apa bendera. dah sampai masanye org melayu berfikiran & bertindak secara strategik demi kepentingan anak cucu kita. Kita harus berminda positif & terbuka. Contohnya, kita mesti berinteraksi dgn apa & sesiapa jua asalkan melayu beruntung! harap tuan & kawan2 sudi menyambut apabila kompang dipalu nanti, insya'allah.

SiBongkok TgPuteri said...

Hamba sokong tuan JohorLama 12:52. skedar tmbahan, agenda melayu terlalu suci lagi besar utk diserahkan bulat2 kpd org2 politik secara umumnya. apatah lagi kpd watak2 yg sudah tersasar drpd impian melayu. lebih malang, pelakon2 yg tiada roh melayu dlm jiwanya. klu ilmu berpencak amat tipis jgn la cuba menghunus keris...

Anonymous said...

http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/22046-komedi-ekonomi-bumiputera

Anonymous said...

http://www.themalaysianinsider.com/mobile/malaysia/article/najibs-bumi-agenda-is-unconstitutional-says-law-professor

Anonymous said...

Kepada sesiapa yang berkenaan,

Bahawa kami YIP KUM FOOK (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR JALAN 53, DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR & YIP JIUN HANN(YIP JIUN HANN & ASSOCIATES).. LOT 3.55, KOMPLEKS DESA BATU 8, JALAN KEPONG 52100 KUALA LUMPUR ..JAYANTHI DEVI BALAGURU, PENGURUSI PARTI GERAKAN SEGAMBOT, DAN OOI AH BAH(LLB) ..(CHIA OOI SUN & CO.) ADVOCATES & SOLICITORS NO. 48-1, 1ST FLOOR JALAN BRUNEI UTARA OFF CHANGKAT THAMBI DOLLAH, PUDU 55100 KL.

Dengan terus terang nya disini menegaskan:-

1) Untuk menengahkan keadilan undang-undang Negara, hak asasi manusia dan sebuah Negara demokrasi yang sebenar-benar, kami tidak mengentar kepada sesiapa yang cuba menakut-nakutkan.

2) Kami sedia mehadapi pengkhianat di mahkamah
Sekian dimaklumkan, Terima Kasih.

Mr. Lawrence YIP
sui chin choo