Thursday, 19 December 2013

Pejabat Perdana Menteri Gagal



Satu persatu persepsi timbul mengenai harga barang dan juga coz sara hidup yang bakal naik tahun hadapan. Ada yang disampaikan adalah benar manakala ada juga yang merupakan propaganda pihak pembangkang. Saya melihat ini menjadikan BN tidak popular dan membuatkan rakyat memberontak. Malah sudah ada desakan dari pihak pihak meminta YAB PM Dato Sri Najib Razak meletakkan jawatan.

Tak nafikan YAB PM Najib Razak sedang melakukan Tranformasi ekonomi untuk negara memandangkan US dan Eropah sudah merudum jatuh ekonomi mereka. Negara ASIA perlu mengambil peluang ini dengan membuat anjakan ekonomi agar kukuh dan menjamin negara serta rakyat untuk 3 tahun akan datang. Ini usaha Najib Razak dalam memastikan negara tidak mengalami kemelesetan ekonomi.

Masaalah nya sekarang adalah KEGAGALAN Strategi dan juga penerangan dari pihak Pejabat Perdana Menteri. PMO gagal merangka strategi penerangan yang berkesan kepada rakyat malah mereka dilihat tidak mengambil kisah apa yang dibualkan dikalangan rakyat mengenai kos sara hidup.

Saya yakin jika strategi dan juga penerangan yang berkesan maka rakyat akan faham sesuatu tujuan yang dilakukan bagi mengukuhkan ekonomi negara. Ini yang GAGAL dilakukan PMO dan ini yang sepatutnya YAB PM Najib Razak tahu. Maklumat mengenai apa yang berlaku dibawah tidak sampai kepada YAB PM Najib Razak kerana PMO tidak melaporkan keresahan rakyat dan suara rakyat yang memberontak ketika ini.

Strategi dan penerangan dari Pejabat Perdana Menteri GAGAL dan adalah patut mereka yang terlibat ini meletakkan jawatan bagi digantikan dengan individu yang lebih berkelayakan dan juga bukan orang yang "YES BOSS". Ini sepatutnya dan bukan YAB PM Najib Razak yang perlu didesak untuk meletakkan jawatan.

YAB PM Najib Razak perlu dimaklumkan pekara yang betul mengenai kos hidup rakyat agar beliau tidak Syok Sendiri dengan apa yang beliau lakukan waktu ini mengumumkan pelaburan berbilion bilion ringgit kerana rakyat dibawah tidak faham pelaburan berbilion ini melainkan poket mereka dalam meneruskan hidup dibumi sendiri.

Siapa yang sepatutnya merangka strategi dan menyampaikan penerangan yang berkesan kepada YAB PM dan Rakyat? Siapa mereka ini? Adakah mereka ini sedang melakukan sabotaj kepada YAB PM Najib Razak?

- Azri Malay Rights





6 comments:

Anonymous said...

Tolong bertahu PM Najib jugak persepsi rakyat yang betul keatas isteri beliau. Rakyat dah tak tahan mual dan impak keatas kredibiti PM Najib sendiri.

Anonymous said...

Tak kan PM tak pernah baca blog dgn komen2 dari rakyat marhaen. Punahsihat dia tu ada turun kebawah ke bergaul dan alami sendiri kesusahan rakyat? Semua nya cuma buat ulasan melalui "desk top evaluation" dan buat proposal berdasarkan teori buku2 bukan actual experience. Mentadbir negara bukan mcm tadbir company sebab byk tanggung jawab sosial utk rakyat kena diutamakan dan jgn dok fikir "untung" je. Lapuran audit byk ketirisan dan pembaziran serta penyelewengan tapi x nampak pun tindakan diambil pd mereka yg bertangung jawab. Tak ada check and balance ke dlm perbelanjaan kerajaan? Hanya kerana nak habiskan budget main belasah je tak kira pun jika harga barang dan perkhidmatan tak munasabah. PM jgnlah hanya dgr nasihat punahsihat yg kononnya very smart....dia kena dgr nasihat daripihak lain yg street smart jugak. Inilah masalahnya bila pemimpin dan punahsihat dtg dari golongan yg tak pernah lalui hidup org biasa yg tak kaya. Masa najib ambil alih jawatan PM saya menaruh harapan tinggi pd dia tapi sejak 2-3 tahun ni mula meragui kemampuan dia...byk bendandan idea cuma atas kertas dan rhetoric semata...siapa lagi yg boleh kita harapkan?

Anonymous said...

Pm patutnye mukhriz timb pm kj

Anonymous said...

Apa ke sibuk sangat nak jadi developed nation le, glokal le dan macam macam lagi catchphrase yang saya pun tak pafam. Yang penting bagi rakyat macam saya ni ia 'affordable living'. Tak guna pendapatan saya 10,000 ringgit tapi segantang beras 10% hancur ialah 100 ringgit. Sekarang ini pun ikan tempatan lebih mahal dari salmon dan jangan le nak harap makan udang, langsung tak mampu. Ikan bilis pun hingga 40 ringgit sekilo. Biarlah tak payah status negara maju asalkan anak bini dan cucu saya boleh hidup selesa dengan harga mampu dan bukan harga mampus.

Orang politaik bila dah menang tak tengok ke bawah dah. Seperti biasa lagu akan tukar rentak bila sampai PRU. Tapi kali ini jangan terkejut jika anda semua di semadikan. Sayonara.

hamimdalnun

Anonymous said...

Hai, Azri. Dah berani lawan tauke.Umno dah tak bayar gaji kau ke.Takkan kau tak tau Bos Najib bukannya cerdik sangat.Dia tau bagi ucapan je, salam tangan orang, senyum bila ambik gambar, bagi hadiah, bagi duit.Ucapan dia pun orang lain tulis.Dia bukan tau masalah rakyat,kalau dia tau pun, dia tak kisah.Kalau BN kalah PR14, duit dia dah banyak.Apa-apa terjadi, dia dan kerabat dia boleh lari dari Malaysia.Rakyat Malaysia terutama orang melayulah yang akan menanggung hutang negara akibat pembaziran dan penyelewengan kerajaan Najib.

Anonymous said...

Kebanyakan Pemimpin ( ahli Politaik)..tidak berjiwa Rakyat ..
Ambil contoh Raja THAILAND ..
Sampai semua lapisan rakyat menyanjung tinggi raja Thailand ..