Monday, 20 January 2014

Golongan Chauvinist terus bermaharajalela






Apabila pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kulaijaya didakwa mengeluarkan 'ucapan rasis' pada 12 Ogos 2010 ketika mengulas masalah disiplin pelajar - seluruh media alternatif dan penyokong totok mereka akan menghentam habis-habisan pengetua tersebut. Dipindahkan ke sekolah tidak mencukupi, beliau seharusnya dipecat dan dijadikan contoh teladan.

Apabila gambar murid bukan Islam SK Sri Pristina pada bulan Julai 2013 makan di tandas semasa bulan ramadhan, sekali lagi seluruh media alternatif dikerah untuk melondehkan isu tersebut sehingga habis FB Pengetua digodam. Beliau dan keluarga dimalukan, dihina dan dikecam sehingga anak beliau sendiri menulis di status FB jangan diganggu ayah beliau lagi.

Namun, apabila Ahli Jemaah SJKC Nan Ya di Johor pada minggu lepas memaksa seorang guru muallaf berbangsa Cina untuk membuka tudungnya atau akan diambil tindakan keras, semua pihak tersebut diam seribu bahasa. Malah, setelah guru tersebut melaporkan pada polis, guru tersebut pula yang dipindahkan sedangkan Ahli Jemaah bebas dan tidak dikenakan sebarang tindakan disiplin.

Apabila ada pihak mahu membangkitkan isu tudung ini dan menuntut keadilan, dikatakan pula kita masyarakat majmuk, jangan digembar-gemburkan isu ini. Apabila kita mahu menjaga izzah dan maruah wanita muslimah tersebut, dikatakan pula kita siasat dulu, mungkin ada Ahli Jemaah SJKC Cina itu tidak faham agama Islam. Apabila ada pihak mahu tindakan tegas harus diambil terhadap ahli jemaah sekolah, dikatakan pula isu ini perkara kecil dan hanya permainan politik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu ekonomi yg lebih meruncing.

Ya Allah, mengapakah begitu selektif sekali golongan ini? Di manakah sebenarnya sensitiviti umat ini? Di manakah sebenarnya maruah dan ghairah umat ini untuk mempertahankan kemuliaan agama tercinta ini? Sudah begitu buta politikkah kita sehingga isu umat Islam tiada langsung di dalam agenda kecuali apabila menguntungkan tujuan politik untuk menjatuhkan parti lawan?
Sudah lupakah peristiwa di pasar emas Bani Qainuqa? Sudah lupakah kisah Khalifah Abu Ishaq Al-Mu'tasim?

Wahai umat Islam, sedarlah akan kemuliaan agama yang tercinta ini. Takutilah ancaman Allah dan janganlah kita termasuk dalam golongan yang dimaksudkan Allah untuk digantikan seperti dalam Firman-Nya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.” Al-Maidah:54

Kepada Allah kita berserah.

Wallahua'lam.

Megat A Rithauddeen


Aktivis ISMA

Saya amat bersetuju dengan pandangan saudara Megat A Rithauddeen berhubung isu ini. Ternyata kita bangsa yang cepat memaafkan penghinaan kaum lain walaupun hakikatnya kita sedar bahawa mereka ini yang berfikiran Chauvinist akan mengulangi perbuatan biadap mereka dari masa ke semasa.

Saya sendiri amat kecewa jika pihak bertanggungjawap tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Guru wanita Chauvinist biadap yang menghina Islam. Tindakan keras wajar diambil ke atas Guru Chauvinist berkenaan.




Sekarang ini pula ramai sudah pun tahu tentang seorang penyanyi berbangsa Melayu yang tidak dibenar menyanyi di atas pentas atas atas sebab dia bertudung. Insiden ini berlaku di Majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014, sebuah syarikat pemaju hartanah di Sri Hartamas. Marina (nama penyanyi) telah membuat laporan Polis tentang insiden ini. Artikel penuh insiden ini klik disini

Untuk difikir :
(i) Apakah tindakan Pengerusi CASTMET, Tan Sri Mohd Anuar Mohd Nor terhadap Pengarah Kewangannya (berbangsa Cina) yg mengarah Marina turun dari pentas?

(ii) Sampai bila orang Melayu Islam mahu dihina sedemikian rupa ?

(iii) Apakah tindakan yg patut diambil oleh pihak yg berwajib dlm kes kes seperti ini, juga seperti kes seorang guru di sebuah SRJK(C) di Johor ?

(iv) Tidakkah perbuatan biadap seperti ini, juga seperti penghinaan terhadap PM di Bukit Mertajam , mengundang desakan untuk membawa balik ISA atau sekurang kurangnya penguatkuasaan undang undang yg lebih tegas ?

(v) Tahap kesabaran orang Melayu jangan dipandang remeh ; demo besar-besaran di depan pejabat YB Pembangkang kelmarin adalah satu contoh hilang kesabaran orang orang Melayu.

Sampai bila Melayu mahu bersatu mengajar puak puak Biadap Chauvenist?


- Malay Rights

2 comments:

Anonymous said...

Melayu adalah UMNO dan UMNO adalah melayu. Apa jua yang terjadi pada bangsa melayu adalah kerana sifat tamak haloba pemimpin2 UMNO mencuri harta negara dengan rakusnya. Tengok saja akan penampilan Setiausaha dan Setiausaha kerja UMNO. Berbelanja wang semasa pemilihan bahagian semacam wang mereka tidak akan habis jika berbelanja pun. Jadi lemahnya orang melayu kerana pemikiran orang melayu sudah ditanam dengan semangat bahawa pemimpin mereka semua benar dan betul.

Anonymous said...

Nak salah sapa? Adakah johor itu kerajaannya di ketuai oleh bangsa cina? Adakah jabatan agama islam itu diketuai oleh bangsa cina? Adakah majoriti rakyat johor bangsa cina? Jadi nak salahkan siapa jika orang islam diperlekehkan tak ada sesiapa yang mengambil tindakan? Bloget sendiri pun penakut...lempar batu sembunyi tangan.