Sunday 28 July 2013

"The New Village" Mengangkat Komunis? Orang Melayu Usah Mengelabah




Saya menerima banyak aduan dari orang Melayu berhubung isu tayangan Filem The New Village yang menyatakan eleman menyokong Komunis wujud dalam filem tersebut. Dari apa yang saya lihat melalui Trailler filem tersebut benar ada semacam unsur sedemikian. Namun saya melihat konteks yang lebih luas iaitu jangan kita bertindak melulu menyatakan filem tersebut tidak baik dan tidak bagus untuk negara kerana selagi kita belum menonton penuh cerita tersebut maka kita tidak tahu keseluruhan filem The New Village.

Kita harus mengambil iktibar daripada amukan pimpinan DAP dalam isu filem sejarah "Tanda Putera" yang mana pimpinan DAP membantah tayangan filem tersebut walhalkan mereka sendiri tidak menyaksikan filem tersebut.

Tanda Putera akan ditayangkan pada 29 Ogos ini dan The New Village akan memasuki pawagam pada awal bulan depan. Jadi nasihat saya kepada yang tidak bersetuju tayangan filem "The New Village" ini agar bertenang kerana kita perlu lihat keseluruhan filem tersebut. jangan kita jadi seperti pemimpin Cina Couvenis yang takut apabila sejarah sebenar dipamerkan kepada rakyat akan kekejaman mereka waktu kejadian 13 Mei sepertimana yang terkandung didalam filem "TANDA PUTERA".


No comments: