Monday 29 July 2013

Tindakan Pengharaman Shisha Oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Sekat Rezeki Peniaga Melayu



Majlis Fatwa Kebangsaan pada 19hb lalu mengharamkan Shisha:

"Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan shisha adalah haram.

Keputusan itu dibuat selepas ia bersidang pada Rabu lalu dan dihebahkan melalui satu pengumuman di portal rasmi e-Fatwa hari ini.

Kenyataan itu menyebut keputusan berkenaan dibuat selepas jawatankuasa itu mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan serta meneliti maklumat dan bukti perubatan dari dalam dan luar negara mengenai kesan shisha kepada kesihatan.

"Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa shisha adalah haram. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan shisha," kata kenyataan itu.

Muzakarah itu juga menegaskan bahawa pengharaman shisha adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada Al-Quran dan hadis serta kaedah asas perundangan Islam.

"Shisha jelas memudaratkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji,"

- Bernama

Apa yang dikeluarkan oleh Majlis fatwa Kebangsaan pada pendapat peribadi saya adalah satu pekara yang sebenarnya mempunyai elemen yang tidak tepat serta bertindak secara melulu tanpa membuat penyelidikan yang terperinci apatah lagi memanggil para peniaga Shisha untuk duduk dan mendengar penjelasan mereka.

Dari hasil rakaman temubual dengan para peniaga Shisha pula menjelaskan akan kekecewaan mereka dengan pengharaman ini. Klip Video dibawah ini:





Saya bersetuju dengan luahan para peniaga Shisha sepertimana didalam video diatas. Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan merupakan satu keputusan yang berat sebelah kerana mengharamkan Shisha tanpa membuat sebenar benarnya penyelidikan yang menyeluruh. Shisha dikatakan haram sepertimana Rokok namun Majlis Fatwa Kebangsaan tidak melakukan ujian menyeluruh dan mengetahui apakah benar Shisha mendatangkan kesan yang teruk kepada kesihatan ataupun sebaliknya.

Saya bukanlah pengemar Shisha namun saya melihat usaha Majlis Fatwa Kebangsaan ini tidak lebih kepada menutup periuk nasi peniaga Melayu yang 99% merupakan anak Melayu yang berada di lingkungan umur 20 hingga ke 40 tahun. Bagaimana nasib mereka apabila perniagaan yang selama mana ini memberikan hasil buat tampungan keluarga diharamkan? Apakah Majlis Fatwa Kebangsaan ada mengambil kira pekara tersebut?

Ini yang saya katakan sesuatu tindakan ataupun kenyataan yang tidak berakal panjang. Majlis Fatwa Kebangsaan seharusnya lebih menfokuskan isu kebajikan peniaga terlebih dahulu sebelum membuat apa apa pengharaman. Kesan negatif berhubung pengharaman tersebut akhirnya kini kena pada pihak Kerajaan apabila Menteri Kesihatan mengeluarkan pula kenyataan untuk kuatkuasakan undang undang berhubung pengharaman Shisha.

"Kementerian akan kuatkuasakan undang-undang terhadap penggunaan shisha oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan selepas menerima laporan perubatan dan kesihatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, buat masa ini, jawatankuasa khas itu masih mengadakan perbincangan dalam mengkaji tahap kemudaratan bahan shisha."
- Sinar

Rokok dikatakan haram namun Pengkuatkuasaan ke atas rokok tidak lah juga memberikan kesan. Dan jika Shisha pula selepas ini dikenakan satu pengkuatkuasaan undang undang maka ianya telah melangkaui batas kerana yang hendak dibanteras itu adalah terdiri daripada peniaga Melayu. Apakah pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan tidak ambil peka tentang permasaalahan ini?

Saya berpendapat Majlis fatwa Kebangsaan seharusnya lebih fokus kepada isu Agama yang mana waktu ini semakin ramai umat Islam yang bersekongkol dengan bukan Islam dalam menghina Islam. Sebagai contoh ada dikalangan parti politik yang mengesyorkan kepada rakan politik mereka yang bukan Islam untuk berkempen ke atas umat islam dengan menggunakan ayat Al Quran. Tidak cukup dengan itu ada bukan Islam yang melaungkan Takbir dan kemudiannya disambut oleh umat Islam dengan laungan "Allahhuakhbar". Majlis Fatwa seharusnya lebih serius dalam usaha sebegini berbanding berminat dalam menumpukan isu yang tidak membantu rakyat terutama umat Islam sepertimana mereka mangharamkan Shisha.

Saya juga mengesa agar pihak kerajaan terutamanya Kementerian yang berkaitan dengan perniagaan dan juga belia untuk membantu para peniaga Shisha ini. Satu mekanisma perlu diwujudkan untuk membantu peniaga Shisha ini agar mereka boleh membuka perniagaan lain memandangkan Shisha diharamkan. Kerajaan perlu memandang serius pekara ini kerana kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan Melayu Bumiputera dan nasib peniaga Melayu Bumiputera adalah merupakan tanggungjawap kerajaan yang ada hari ini.

Jangan disekat rezeki peniaga Islam, seharusnya Majlis fatwa Kebangsaan dapat sedar apa kesan dengan menyekat rezeki orang lain.




17 comments:

Anonymous said...

Setuju pandangan saudara dan juga peniaga shisha tetapi apa pun kena lihat perkara secara positif pengharaman ini. Insya Allah rezeki Allah yang beri. mungkin peniaga-peniaga ni boleh mengusahakan peniagaan lain yang lebih menguntungan dan tidak mendatangkan kemudaratan.

Anonymous said...

haramkan rokok, judi dan arak juga...

Anonymous said...

?????? Aik? Ada yg x setuju.

Sisha dan rokok memudaratkan. Abes cerita.

Anonymous said...

Rokok HARAM!!!! kenapa tak nak benteras...sebab KERA JAAN dapat cukai kan!!!! Majlis Fatwa (orang berilmu) sepatutnya bersifat ADIL.. bukan berpihak kepada MANA2 PIHAK...

Unknown said...

xtau cita jgn nak men letak abes cerita ja. cakap xpakai otak xyah baca..

Anonymous said...

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-tentang-merokok

parang terbang said...

di negara arab bersepah je isap shisha...

Anonymous said...

ayat bro kat video tue...''bergantung pada benda tue'' nampak sgt shisha nie menghayalkan..sehingga leh dianggap ketagih.. kalau sekalipun benda ini xmudaratkan..tp melalui penglihatan saya..yg hisap shisha nie slalu budak2 melayu yang lepak sampai tengah malam..yg de tue pulak jenis main share2 hisap dgn awek2 n kwn pompuan dorg..yang wat fatwa nie pun bukan calang2 org..org bijak pandai agama..sekadar pandangan

Anonymous said...

Depa bukan fatwa suka-suka, atau ikut suka. Dah melibatkan muzakarah sesama ulama. Yg hang nak protes ni, ingat sikit. Ulama pewaris nabi. Depa dah jalankan tanggungjawab. Kalau hang tak mau ikut, tu pasai hang lah. Aku orang Melayu, aku sokong Majlis Fatwa, sbb aku lebih sayang agama.

Hang persoal ekonomi, berapa jual sisha generate dn sanggup tanggung dosa? Kalau depa jual arak, berapa boleh generate? Kalau depa jual dadah, berapa boleh generate? Kasino? Loteri? Rasuah? Alang-alang nak kaya (dan gadai akhirat) pi lah buat bisnes yg betoi-betoi kaya. Sbb tu la Cina kata Melayu ni bodo. Sbb mmg bodo. Dunia pun tak pandai, akhirat nak gadai. Ekonomi konon, piirah. Bisnes, biarlah yg bermanfaat dan berkat.

Anonymous said...

Ini lah masalah orang Melayu/Islam akhir zaman ini.

Mereka lebih pentingkan WANG RINGGIT dari kesihatan umat Islam. Tenguk saja peniaga2 yang menyediakan makanan dalam sekitaran yang kotor dan busuk tanpa memikirkan kemudharatan yang bakal dialami oleh pembeli. Begitu juga kita lihat kes2 dimana gerai2 dikantin sekolah yang menyediakan makanan tanpa mengamalkan kebersihan hingga menyebakan keracunan makanan dikalangan peljar2 sekolah. Apakah mereka ini tidak sedar bahwa mereka berdosa besar kerana menyebabkan kemudharatan pada orang lain!!!!!!!

Apakah mereka tidak sedar bahwa rezki yang diperolehi dengan cara begini boleh jadi HARAM hukumnya sekiranya mereka dengan sengaja tidak mengamalkan kebersihan hingga mendatangkan kemudharatan pada orang ramai.

BUKAN KAH KEBERSIHAN ADALAH SEBAHGIAN DARI IMAN.

Kini pula isu Sisha. Selain dari menghayalkan, apa kah kita pasti bahwa ia tidak memberi kesan yang sama seperti kegunaan dadah apabila sisha digunakan dalam jangka panjang?? Jangan lah disebabkan wang ringgit, kita sanggup merosakkan kesihatan orang ramai. INGATLAH TIAP PERBUATAN KITA AKAN DIPERSOALKAN DIAKHIRAT NANTI!!! Carilah rezki dengan cara halal keran kesannya kan kembali pada diri kita dan anak2 dan keturunan kita, itu baru balasan didunia. Diakhirat pula bagaimana!!!

Anonymous said...

Untung jual shisha tu bleh buat tempah tempat di syurga ke?

Anonymous said...

Pembetulan.........Carilah rezki dengan cara halal kerana REZKI yang HARAM beri kesan pada diri kita, anak2 dan keturunan kita, itu baru balasan didunia,di akhirat lebih2 lagi.

Sebagai orang Islam, bisnes birlah lah dapat beri manfaat pada umat manusia lebih2 lagi umat Islam supaya diberkati oleh Allah s.w.t. Biar untung sedikit tapi berkat. Tak ada gunanya untung banyak tapi dilaknat oleh Allah kerana merosakan umat manusia. Jangan lah pandang remeh soal rezki kerana kesannya sangatlah berat.

Anonymous said...

Rokok tu x 'haram' (walaupun ada fatwa ckp benda ni haram) psal gov dpt tax... Masyukk. Shisha haram psal xde hasil.. Fatwa tu advisory psal tu berbeza pendapat. Kat arab tpt lahirnya islam dah berkurun isap shisha xde lak haram. Apa pun aku x isap rokok/shisha.... Kadang2 rasa ada konspirasi company rokok psal sales jatuh...ye laa lg save isap shisha.. Sapa tokey besa comp rokok cino jugak ...melayu kena main lagi... Ni teori songsang aku haha

Unknown said...

Memang betul shisha tu haram.. Tapi dorang tahu tak yg shisha nikotin dia hanya 0.03 jer, banyak perbezaan dgn rokok....dorang nak haram kan penjualan shisha.dorang tak fikir ker kita nak cari duit mcm mana pulak lepas ni.

Unknown said...

Sy seorang peniaga kecil-kecil lan, dan sy ada target untuk berjaya suatu hari nanti.
1) bagi perniaga kecil seperti kami ni,kami perlu kan modal yg banyak utk memajukan hidup kami di masa hadapan.salah kah kami nak meniaga shisha,shisha nikotin dia tak lebih dari 0.03 kalau nak dibanding kan dengan rokok dan vape, jauh berbeza. kalau shisha itu haram.knpa rokok yg nikotin dia lebih tingi tak diharam kan.
2)kalau shisha di haramkan.tapi kenapa pengubah suai jantina tak di haramkan pulak di malaysia ni.SEBAP APA, sebab org yg ubah suai jantina ni banyak duit dan boleh beli undang2 negara.kenapa di club malam tak haramkan org islam dari kerja kat situ?
3)shisha ni tak bahaya seperti mana yg korang fikir,kalau rokok dan vape tu aku percaya yg benda tu bahaya.SHISHA tak lebih dari 0.03 nikotin.tu pun korang nak haramkan dari jual.
4)kalau shisha di haram kan dijual di restoran. Mcm mana kami nak cari rezeki.permulaan perniagaan tu,kalau nak berjaya, kamiperniaga shisha ni mesti kita kena start dari bawah.sebab nak cari modal yg banyak. Korang takpe lah org kaya.kami ni org miskin.sy ni seorang yg ada penyakit. Kalau nak kerja pun, sy kena tengok dulu kerja yg mcm mana.korang takpe lah dilahirkan sihat.boleh buat apa pun korang nak.

Unknown said...

Ni la babi punya menteri. Sy sokong larangan merokok, tapi not for shisha. At least khas kan tempat yg sesuai. Nukan main ban ban. Nak haramkan shisha, baik haramkan semua.. Shisha tak menyebabkan kemalangan, shisha tak menyebabkan pembunuhan, shisha tak rosakan harta benda atau pun keluarga. Ni kerajaan takda pun pertimbangkan, yg menyebabkan kematian banyak bukan shisha, napa tak haramkan minum an keras terus? Itu lagi teruk sebab boleh menyebabkan banyak masalah seperti high high p bunuh orange la, ruma tanga rosak, Dan lain2. Terutamanya d sabah, ramai pendatang tanpa Izin. Macam mana kerajaan Nak saman mereka lau mereka apa2 Id pun takda? Saman hantu?

Unknown said...

Daripada mrk pergi tagih sma drug! Shisha cuma mengalihkn mrk ke arah dadah bro. Takda shisha u tunggu la mrk p ambil dadah.