Thursday 2 January 2014

Najib Razak Syok Sendiri Bila Terus Ditipu Pegawai Pejabat Perdana Menteri



Sapa yang advise pada PM bahawa rakyat beri maklum balas positif tentang 11 langkah pengurangan kos belanja yang diumumkan kerajaan? Malam ni keluar pulak berita TV3 kod apa yang PM ulas di FB. Apa tak sedar ke komen komen semua sejak pengumuman 11 langkah ni 80% rakyat kutuk pelaksanaan tersebut? Pemimpin dan ahli UMNO dan Bn sendiri pun jelek dengan 11 langkah itu dan boleh lihat luahan mereka tu semua.

Pegawai PMO bantu ke tidak bagi penjelasan yang sebenar kepada PM keluhan rakyat dibawah? PM masih lagi syok sendiri akibat pegawai PMO tidak melaporkan pekara yang sebenar. Siapa yang bagi cadangan pada PM untuk buat kenyataan ni? Ada sabotaj ke dari dalam PMO untuk menjatuhkan kreabiliti PM Dato Sri Najib? 

Rakyat kat bawah memperli 11 langkah yang diumumkan tempoh hari. 11 langkah yang diumumkan PM tempoh hari mendatangkan mual kepada rakyat kerana bukan itu yang rakyat mahukan sebaliknya isu poket mereka yang mereka mahu dengar.  Apakah PM dimomokkan oleh pegawai PMO sehingga tidak mengetahui luahan rakyat yang sebenar dibawah ini?

Tolong lah PM kita tu, tolong bagi nasihat dan suara rakyat dibawah yang sebenar. Jangan tipu PM kita. Bantu PM dengan menyatakan pekara sebenar bukannya membohong dan ambil culas isu rakyat.Cukup cukup guna angka 11 tu nak bodek PM. Pak Lah dulu pasal angka 13 lah tersungkur. Rakyat dah taknak terima benda benda merepek ni. Rakyat nak PM cakap apa yang PM dah janjikan.

"Kami mendengar masaalah anda tentang kos sara hidup" - Najib Razak kempen PRU13.

Saya yakin ada yang cuba sabotaj PM dari dalam agar rakyat semakin meluat dengan kepimpinan YAB PM Dato Sri Najib Razak sepertimana yang berlaku kepada PM terdahulu Pak Lah. Tranformasi perlu segera dilakukan PM dalam pekara ini bermula daripada pejabat Perdana Menteri terlebih dahulu.


19 comments:

Anonymous said...

Ade org tu syok sebdiri dgn kata-kata kipas dlm fb+tweet !!!!

Dia tak pernah buat macam TMM gi padu kereta kat mana-mana pada hari minggu dan pada isnin pagi panggil pegawai awam berkaitan mengadap dia utk bertanya kenapa dgn apa yg TMM nampak pada hari minggu tu.

Dia terlalu mendengar kata-kata punasihat sebagai betul belaka.

Ade kawan ku kata dia ni hanya baca script yg disediakan oleh punasihat.

Kalaulah TMM manjadi penasihat kpd punasihat dia tentu punasihat akan letak jawatan en-blog.

Siapa setuju utk lantik TMM sebagai penasihat ulung negara ?

Anonymous said...

memang betul dan amat bersetuju dengan ulasan 2 January 2014 23:11, TMM bukan macam yang sekarang ni, yang asyik dengar omongan punasihat yang di tanam oleh DSAI dlm JPM. TMM buat kerja sendiri, naik kereta KANCIL untuk melihat sendiri perkembangan tebus tambah tanah di Port Dickson. NAJIB ? ada buat macam tu..nak naik kereta KANCIL ???
nak kata TMM tak sibuk waktu jadi PM dulu...amat sibuk sekali malah bermacam cara di buatnya untuk menaikkan nama MALAYSIA di mata dunia...Tapi NAJIB ada???makin nak meranap adalah...cepat cepat sedar yang punasihat yang ada di JPM tu patut di bersihkan semua hati mereka...supaya tidak jadi macam zaman kegelapan ABDULLAH BADAWI.

Anonymous said...

Pecat Omar Ong dan Idris Jala. Bubarkan atau mansuhkan PEMANDU. Itu saja jalan penyelesaian dan itulah jugak kehendak rakyat. Ini kerana, segala keluh-kesah, rungutan dan kesengsaraan yang rakyat terpaksa tanggung selama ini adalah berpunca daripada idea-idea bingai oleh penasihat dan PEMANDU. Idea-idea yang kononnya idea yang bagus, tapi hanya menambahkan kesengsaraan rakyat semata-mata.

Dulu rakyat marah Pak Lah sebab menaikkan harga minyak ke paras yang tertinggi. Tapi Najib lebih advance dari tu. Najib naikkan harga minyak, harga gula dan bil TNB sekaligus. Sebab itulah kesabaran rakyat benar-benar diuji kali ni. Semua naik sekaligus dan kenaikan tersebut pasti akan menyebabkan harga barang naik berganda-ganda.

Anonymous said...

Pastikan juga menteri-menteri kabinet dapur yang dilabel sebagai menteri cap ayam dipecat serta-merta.

Anonymous said...

Najib2..bangun la dari tido mu itu...rakyat makin lama makin susah di bawah pemerintahan kau...sudah2 lah bermimpi indah tuh..jgn terjaga masa dekat PRU 14 sudah lah..masaa tuh semua dh terlambat...

Mohd Zainisam Bin Abd Samah said...

Mgkn PM perlu bubarkan PEMANDU . Barisan menteri kabinet kan ada utk menasihat - Pengundi BN

Anonymous said...

salam bro

jangan marahkan mohd najib..dia bukan pm dalam erti kata sebenar lagi..tun M memerintah 22 tahun kita kenal ke siapa penasihat dia...sbb dia yang memberi arahan...

tapi tidak pada mohd najib..dia cuma ulang apa yang pemandu,punasihat n omar ong mahukan..dia cuma kakaktua je bro..ulang apa tuan dia mahukan..dia bukan PM yang sebenar..jangan marah dia lagi ok

gie7

Anonymous said...

Jangan lupa pecat sama Tok Isa FGV!

Tak kena gaya habis korang kena jual...

Dah kena jual baharu korang nak marah dah tak ada gunanya.

Anonymous said...

punya la mahal kos PEMANDU... berbilion bilion..... bukan main... cukup utk sdbsidy gula woii. Memang zaman Tun M tak ada benda macam ni.... aku salute Tun M..

Anonymous said...

Menteri cap ayam termasuk yg pi nonton raja lawak dan ketawa mcm org gila. Mnkn dia pi jumpa juga artis indon yg kontrovesi silunamaya tu.

Anonymous said...

KJ n Ibdil ..
Punasihat apa mcam ..

Anonymous said...

Pegawai-pegawai kat PM dept bukannya cerdik pun. Ada yang tak pandai cakap Inggeris pun. Asyik sibok dengan meeting dan berlagak dengan blazer je. Kalau mereka ini di letak kat swasta..tak boleh hidup le sebab lembab.

MasAgungKL. The Scribe by Haji Mustapha Ong said...

Ber-HAK boleh bang kit sekarang!!!!! Janganlah tunggu bubur dah jadi nasi...kita orang Johor ada maruah. Janganlah kita lupa sejarah Johor dan patut imbang kembali apa Almarhom Tuanku Iskandar pesan dahulu. Masih belum terlambat..janganlah tunggu lagi, nanti naik barah,,,,,PM Najib seorang tidak boleh handle situasi yang sedemikian. Stop all the wayang kulit n later can deal with Anwar's personal problem! Please read what I wrote to commemorate Awrah Tok Mat' s hari kematian di blog atas kenyataan Saudara Daud Ibrahim, orang Muar Johor juga. Ingat lah Tok Mat meninggalkan 1hb Januari dan hari kelahiran beliau 4hb Januari!

Anonymous said...

Suggest all comenters respond to Dato Seri Najib's tweet sendiri. Quite obvious his advisors are giving him wrong feedback-- maybe on purpose to make the PM look really bad. Who ARE his advisors? They sure are successfully leading the PM and the government to the clift!

Anonymous said...

Pandang dan belajar dari Governor Jakarta, turun padang dan tanyakan masalah bukan membaca dari statement yang telah disediakan nanti di tertawakan oleh rakyat. Ingat yang berkuasa rakyat bukan pemimpin. Cuma nasihat untuk PM yg saya hormati agar tidak kehilangan jati diri.

Anonymous said...

Najib, sedarlah oleh kamu dengan surah ini.. PEMANDU kamu ada agen2 zionis yg berusaha menjatuhkan kamu dari dalam. Jika kamu org yg beriman fahami surah ini juzuk ke-3 surah Al-i-’Imran ayat 118

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. "

Jangan belek kucing jer. belek Al Quran, itulah pedoman buat umat islam sehingga kiamat

Anonymous said...

Punahsihat telah rancang utk melihat DSN terus dBenci RAKYAT

Anonymous said...

Begitu lah luahan Rakyat. ......kalau X mahu dengar Mmg gali kubur sendiri

Anonymous said...

Kena suruh DSN ULang baca surah ini berkali kali.....Jgn sampai Melayu merempat dTANAH MELAYU.