Thursday 1 August 2013

Suara Sumbang Menjelang Pemilihan UMNO




Makin kuat nada pihak pihak tertentu yang menyatakan Najib Razak bukan pejuang Melayu dan lebih dilihat menyokong Bangsa Cina. Suara suara sebegini wujud barangkali sudah semakin hampir kepada pemilihan pucuk pimpinan parti UMNO. Suara mendesak ataupun sumbang?

Dato Sri Najib Tun Razak merupakan seorang yang gigih dalam memperjuangkan bangsa Melayu dan juga seluruh bangsa yang ada di Malaysia ini. Mungkin ramai melihat Najib Razak lebih mengutamakan bangsa Cina kerana faktor kempen PRU 13 yang lalu. Dan balasan dari kempen PRU 13 lalu yang dilihat memanjakan kaum Cina akhirnya memberikan tempias buat Najib Razak sehinggakan ramai yang berkata beliau bukan Melayu dan tidak membela Melayu. Apakah benar?

Saya mahu berkongsi pandangan dalam pekara ini, saya mahu berkongsi dengan semua pandangan peribadi saya tentang Najib Razak dalam isu beliau Cina ataupun Melayu. InsyaAllah esok akan saya kupaskan agar ianya dapat dikongsi dengan semua.

"Jika kita kata Najib Razak memanjakan bangsa Cina, bagaimana dengan Tun Dr Mahathir yang mengkayakan bangsa Cina?

"Jika kita kata Najib Razak bukan pejuang Melayu, Bagaimana pula dengan Tun Dr Mahathir yang memecahkan Parlimen selepas tahun 1999 dengan memberikan kelebihan kerusi kepada Bangsa Cina?

Saya akan kupas esok.



17 comments:

AntiHipokrit said...

Kau ni demam kot bila kat Najib pejuang Melayu. Udah2 la menjilat tu

Anonymous said...

AntiHipokrit..
Baca dahulu hujah tuan rumah esok baru nak kondem.. Semua orang ada kelemahan masing2, pasti ada yang tidak berpuas hati.. Kalau nak semua benda DS Najib ulas dan cari penyelesaian baik tak perlu wujudkan jawatan kementerian2 yang lain..

Anonymous said...

kesemua pemimpin umno dahulu dan sekarang sokong cinabeng... hanya dimasa akan datang kita tidak mahu lagi kelebihan diberi kepada cinabeng kerana konsep kongsi telah diperlekehkan... hak melayu mesti diutamakan dan diperkasakan.

Anonymous said...

Najib dan kuncu-kuncunya seperti Hishammuddin dan Nazri Aziz serta golongan parasit seperti Khairy adalah antara senarai yang perlu ditumbangkan dalam pemilihan UMNO pada hujung tahun ini.

Tindakan Najib selama ini ibarat seperti menjadi balaci kepada puak Cinabeng DAP dan Pakatan Rakyat. Lihatlah Najib begitu ghairah mengikut telunjuk Cinabeng DAP dan Pakatan Rakyat hingga negara menjadi caca marba.

Dalam bidang ekonomi, Najib menyebabkan defesit kepada perbendaharaan negara dengan membuat dasar populis memberi ikan kepada rakyat dan tidak memberi pancing kepada rakyat untuk mencari ikan sendiri. Tindakan ini sangat bahaya kepada UMNO dan Barisan Nasional kerana bayangkanlah jika kerajaan sudah tidak mampu untuk memberikan bantuan kewangan itu dan ini kepada rakyat kerana masalah ekonomi, apa akan jadi terhadap sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional?

Kerajaan Najib bersikap populis yang mahukan sokongan rakyat dengan memberi gula-gula, tetapi Najib tidak melihat kepentingan pengeluaran wang negara sepatutnya memberi semula kepada negara hasilnya. Pengeluaran wang negara adalah sebagai pelaburan sebenarnya, tapi Najib berbelanja sakan hingga perbendaharaan negara menjadi tidak tentu arah.

Dalam pengurusan dana awam, Najib hanya melihat sokongan jangka masa pendek terhadap beliau untuk meneruskan kekuasaan beliau dalam negara, tapi dia tidak melihat kesan jangka masa panjang kepada kemandirian rakyat, tidak melihat pulangan semula kepada kerajaan setiap sen yang dibelanjakan itu. Sepatutnya Najib menggalakkan sektor perniagaan di kalangan para belia untuk menambahkan bilangan pekerjaan kepada para belia di negara ini, tetapi lihatlah kerajaan Najib sekarang meminggirkan golongan belia dari perkara sebegini tetapi sibuk membawa belia dengan kegiatan hiburan dan tindakan untuk menyokong kuasa beliau sahaja.

Malahan dalam isu maruah bumiputera dan maruah Islam, di manakah pendirian Najib selama ini? Tindakan puak chauvinist memainkan sentimen perkauman dengan menghina bumiputera dan menghina Islam dipandang sepi oleh Najib seolah-olah Najib tak peduli pun itu semua. Lihatlah bagaimana keghairahan Namewee, Patrick Teoh, Melissa Gooi, pasangan porno Alvin dan Vivian menghina Islam dan bumiputera, Najib hanya terhegeh-hegeh mengejar undi Cina sedangkan dalam PRU 13, orang-orang Cina menolak kepimpinan Najib hampir secara total.

Dalam segi penolakkan undi oleh masyarakat Cina, Najib sebenarnya silap percaturan dengan ingat bahawa jika dia gula-gulakan orang Cina dengan wang ringgit untuk seketika dan menyebut namanya dalam bahasa Cina iaitu Ah Jib Gor akan menarik undi Cina, tapi orang Cina sendiri gusar dengan dasar Najib menguruskan ekonomi negara kerana mereka bimbang jika dasar itu berlanjutan dalam tempoh yang lama, maka ini akan memusnahkan ekonomi negara.

Bersambung........................

Anonymous said...

Sambungan .........................

Dalam isu keselamatan negara dan rakyat, lihatlah gelagat Najib dan sepupunya Hishammuddin terutama dalam isu Lahad Datu, pihak berkuasa telah ada bukti berhubung aktiviti kumpulan lanun Kiram, tetapi Kementerian Dalam Negeri ketika itu yang dikuasai oleh sepupu Najib iaitu Hishammuddin seolah-olah berseronok dengan jawatan menteri sahaja sedangkan negara diancam dengan masalah yang serius.

Kegiatan jenayah ganas yang makin berleluasa akibat pemansuhan Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri menyebabkan keganasan dan kegiatan subversif makin menjadi-jadi. Ini semua adalah berpunca dari percaturan yang salah dari Najib dan sepupunya itu dan dengan kerjasama oleh Nazri Aziz yang menjadi burung kakaktua mengikut itu dan ini kerana nak mendapat perhatian Najib. Alasan hak asasi manusia kepada golongan penjenayah sebenarnya tidak boleh diterima pakai, kerana penjenayah mana ada fikirkan hak asasi orang lain bila mereka buat jenayah.

Sekarang Najib tetap juga nak mansuhkan Akta Hasutan 1948 dengan sokongan dari Hishammuddin dan Nazri Aziz, walaupun kegiatan perkauman dan penghinaan terhadap kaum makin berleluasa, Najib terus dengan dasar populis nak mengejar undi Cina sedangkan orang Cina pun meluat dengan itu semua kerana jika negara huru hara, orang Cina pun susah mau cari makan.

Ahli-ahli UMNO sekalian, kita semua perlu tekadkan azam untuk menumbangkan Najib dan kuncu-kuncunya dalam pemilihan UMNO yang akan datang untuk menyelamatkan UMNO dan bumiputera dari terpinggir dari arus pembangunan negara ini. Tidak guna digula-gulakan oleh Najib seketika tapi dalam jangka masa panjang memusnahkan negara ini.

Sedarlah semua. Sekian, terima kasih.

Encik Mohamad.
Nasionalis Melayu

Anonymous said...

Jangan sibuk nak menyalahkan Tun Mahathir di atas kegagalan Najib, kerana di era pentadbiran Tun Dr. Mahathir, negara ini aman damai, walaupun Anwar dan kuncu-kuncunya cuba hendak menghuru harakan negara, tetapi dapat dikawal oleh Tun Dr. Mahathir ketika itu.

Tapi sekarang lihatlah, anasir subversif termasuk dari Pakatan Rakyat yang suka menghuru harakan negara ini, apa yang dibuat oleh Najib untuk menyekat kegiatan subversif berkenaan? Najib hanya menggalakan kegiatan subversif itu dengan memansuhkan akta-akta pencegahan yang selama ini menjadi benteng kententeraman rakyat negara ini.

Dalam isu orang-orang Cina menjadi kaya, tidakkan dilihat selepas Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri pada 16 Julai 1981, kedudukan ekonomi orang bumiputera dan India makin bertambah. Walaupun orang Cina makin kaya, tetapi orang bumiputera dan India juga dibantu oleh kerajaan semasa era Tun Dr. Mahathir hingga melonjak ke taraf yang sangat tinggi dalam tempoh yang sangat singkat.

Tetapi apakah yang dibuat oleh Najib untuk memajukan ekonomi bumiputera dan orang India di negara ini? Hanya retorik sahaja, lihat sahajalah dalam GLC sendiri, seperti Petronas, sudah ramai profesional Melayu yang disingkirkan atau terpaksa mengundur diri kerana tekanan dari pelobi-pelobi dari kalangan penasihat Najib sendiri, tapi Najib tidak peduli itu semua.

Dalam isu industri kecil dan sederhana di kalangan bumiputera terutamanya, tiada usaha yang serius dan hanya melepaskan batuk di tangga sahaja tindakan kerajaan yang dipimpin oleh Najib selama ini.

Kita tidak mahu pemimpin yang hanya tahu beretorik seperti Najib dan Anwar, persamaan Najib dan Anwar adalah suka beretorik dan tidak tahu mengurus dengan cara yang berhemah dan suka kepada populariti walaupun populariti itu merosakkan masyarakat dan negara dalam tempoh jangka masa panjang.

Seperti Anwar, Najib juga suka kumpul ramai orang yang diangkut dari sana sini untuk meramaikan program yang dianjurkan melibatkan Najib, apa gunanya semua ini? Hanya merugikan wang negara dan tidak memberikan faedah kepada ekonomi negara pun.

Bersambung.....................

Anonymous said...

Bersambung ..............................

Negara perlukan pemimpin yang berfikiran tegas dan berwawasan jauh seperti Tun Dr. Mahathir yang berjaya membangunkan negara ini daripada sebuah negara pertanian yang mana rata-rata penduduknya berpendapatan rendah dan taraf hidup rendah kepada sebuah negara industri yang meningkatkan bukan sahaja pendapatan rakyat, tetapi taraf hidup rakyat lebih baik daripada sebelum itu.

Kualiti berbeza dari kuantiti, tak guna dapat himpun ramai orang untuk bersorak dan pegang slogan I Love PM sedangkan tiada manfaat untuk pembangunan negara. Tidak guna berbelanja besar untuk mendapatkan populariti jangka masa pendek dari orang ramai.

Tetapi adalah lebih baik berbelanja besar untuk membangunkan masyarakat sebagaimana yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir yang berbelanja besar menghantar ramai penuntut bidang sains dan teknologi ke luar negara, kesannya Malaysia dapat menghasilkan industri yang baik termasuk dalam bidang automotif kerana di Asia Tenggara, hanya Malaysia yang mempunyai jenama automotif sendiri, bukan satu tapi dua jenama iaitu Perodua dan Proton.

Oleh itu, saya sarankan supaya ahli-ahli UMNO sedar akan kelemahan dan kegagalan Najib dalam menguruskan negara dengan menyingkirkan Najib dan kuncu-kuncunya seperti Hishammuddin dan Nazri Aziz serta golongan parasit seperti Khairy untuk memartabatkan kembali bukan saja maruah UMNO, tapi untuk membangunkan negara ini ke landasan yang betul supaya kita dapat mengecapi kemakmuran sebagaimana semasa Tun Dr. Mahathir dan pimpinan sebelum itu.

Sekian, terima kasih.

Encik Mohamad.
Nasionalis Melayu

Anonymous said...

Saya sokong UMNO, saya sokong Barisan Nasional, tapi saya tak boleh menerima pimpinan yang lemah dan tak bertanggungjawab seperti Najib, Khairy, Hishammuddin dan Nazri Aziz sebagai pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

Selamatkan UMNO, tumbangkan Najib, Khairy, Hishammuddin, dan Nazri Aziz.

Malahan senarai lain dalam MCA, Gerakan, PPP dan MIC juga perlu disingkirkan untuk selamatkan parti-parti berkenaan dan untuk menyelamatkan kesepakatan dalam Barisan Nasional selama ini. Antara pimpinan yang perlu diturunkan adalah Palanivel, Chua Soi Lek, Gan Peng Seu, Koh Tsu Koon, Kayveas, Liow Tiong Lai dan beberapa lagi yang ahli-ahli parti berkenaan lihatlah sendiri prestasi mereka yang lemah itu.

Selamatkan UMNO, selamatkan Barisan Nasional, Selamatkan Malaysia, tumbangkan Najib dan kuncu-kuncunya dalam pemilihan parti masing-masing. Sekian, terima kasih.

Encik Mohamad.
Nasionalis Melayu

Anonymous said...

TDM jd PM 22 tahun tak dgr pon Tun Siti Hasmah campur tangan dlm hal politik dan calon2 UMNO.jugak tak dgr buat parti cincin berlian nilai RMberjuta2.muka Tun Siti jarang di kaca TV tp mgkin Menteri RTM/TV nak ampu atas arahan Masnah(maklum satu nogori)ari2 ada jer d kaca TV.cucu sya bertanya..." Atuk,sape PM Malaysia?.Dato' Najib ke Datin Rosmah?.sya jwb "..Najib 1st gentleman,Rosmah tu 1st lady jd dua2nya " first ".bila satu kapal dua nakhoda lama2 lingkup lah kapal tu..

Anonymous said...

Bukan suara sumbang.tetapi suara TNB.
TNB
TNB
TNB
Tumbang Najib Bodoh Bangang.
1M liberal kepala Bapak kucing bapak sekolah cina inklusive engage bapak sekolah vernakular amal new politiks sahabat cameron obama tony ffffff jason jonathan.
suka cinions Omar Mustafa.
suka makan kacang merah.
geli nak mengaku melayu.
presiden parti 3.4 juta ahli telor cair.
sepupu hisham
suami flom.
penghulu kampung battersea.
ta tau buat ucapan, pakai skRipt orang tolong tuLis, merapu di persidangan Islamik Finance.
TNB.
TNB.
TNB.
Pengagih jawatan pangkat kedudukan.
arjuna waspada
changkat lobak.

Anonymous said...

Kita terus desak najib bahalul ni undur. Parti umno ni bukan hak dia sorang.

Anonymous said...

Tun M ensure bangsa melayu dan islam tak di pandang hina oleh bangsa2 lain. najib pulak pedulik apa dgn bangsa dan agama dia..asalkan boleh buat bisness dgn cina n kaya family dia dan kroni2 dia.

Anonymous said...

Blogger Malay Rights, tak payahlah nak mempromosikan Najib untuk terus berkuasa dalam UMNO dan Barisan Nasional, kerana Najib sudah menjadi liabiliti kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Lebih baik Blogger Malays Right pergi rumah Najib dan minta dia berundur secara terhormat sebelum ahli akar umbi UMNO mengambil tindakan nekad menumbangkan beliau dalam pemilihan parti dan sebelum Najib dijadikan bahan kecaman dalam persidangan di cawangan dan bahagian serta di perhimpunan UMNO sendiri.

Malahan suruh Najib nasihatkan juga rakan-rakan expired beliau dalam MIC, MCA, Gerakan dan PPP supaya berundur segera, itu pun jika mereka ini mengutamakan parti dan sayangkan kepada perpaduan dalam Barisan Nasional, tapi kalau jenis dasar nak memenuhkan temolok sendiri dan tidak pedulikan kepada kesepakatan Barisan Nasional dan tidak peduli dengan hala tuju parti, sudah tentu mereka semua itu akan tetap berdolak dalih, termasuklah Najib juga.

Ahli-ahli akar umbi UMNO dan parti komponen dalam Barisan Nasional sudah muak dengan gelagat pimpinan tertinggi dalam beberapa parti yang hanya berlagak hero tapi tidak pedulikan kesan kepada kesepakatan dalam Barisan Nasional dan kesan kepada parti masing-masing.

Najib dan sekutunya termasuk dalam MCA, MIC, PPP, dan Gerakan perlu sedar, jika mereka berterusan hendak kekalkan kuasa dan memainkan sentimen murahan dengan alasan kalau ada pertandingan akan menyebabkan perpecahan, maka sedarlah ahli-ahli akar umbi akan makin bertambah marah dengan mereka. Oleh itu berundurlah segera untuk menjaga maruah sendiri.

Sekian, terima kasih.

Biru Tetap Biru, Dacing Tetap Dacing, Barisan Nasional Pilihanku, Demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

Encik Mohamad.
Nasionalis Melayu

Anonymous said...

Xyah kupas2 la.. ko tgk komen2 ni haa.. semua dah nyampah kat najib tp masih sayang kat UMNO...jgn la banding dengan ayahanda Tun M..jauh sgt beza..najib pejuang melayu?? UMNO perlu diselamatkan bkn najib...full stop!!!

ReentryCapsule said...

► Korang jangan marah-marah blogger Malay Rights ni lah.Ah Jib dah bayar dia kaw-kaw punya.Dia kena la buat kerja.Kepada mana-mana blogger yang boleh dijual beli seperti ini beringat lah.

Ini Jam Kalu.Itu masa PAU kita kasi TAPAU sama itu Ah Jib n The Gang!!!!!

Sekian,

Terima KaseeeYYY...!!

Anonymous said...

Tahniah malay right kerana memberikan pandangan berbeza dari blog blog lain.

ReentryCapsule said...

► Jangan nak buat comparison Ah Jib ni dengan Tun M la.Banyak dah jasa-jasa Tun M tu yang kita semua tak boleh nafikan.Lagi mau kupas-kupas macam TAIK.PTuiiiHHHH...!!!