Friday, 2 August 2013

Tun Mahathir "Melayu Mudah Lupa" Mahu Najib Razak Berundur?

 "Melayu Mudah Lupa"

Ayahnda Tun Dr Mahathir sememangnya merupakan pemimpin yang begitu banyak memperkatakan tentang Melayu. Kata kata Tun Dr Mahathir "Melayu Mudah Lupa" menjadi ingatan kita semua sehingga ke hari ini. Boleh dikatakan seluruh dunia mengenali Tun Dr Mahathir apatah lagi selepas beliau bersara dari arena politik Tanah air dengan mengkritik Yahudi yang menindas umat Islam Palestin. Pendek kata kekaguman kita kepada Ayahnda Tun Dr Mahathir tidak akan luput walau pun ditelan zaman.

Waktu ini hebat dibicarakan dilaman media social bahawa Tun Mahathir tidak mahu Dato Sri najib Razak menerajui lagi kepimpinan UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia. Suara suara sumbang semakin kuat kendengaran apatah lagi ada kenyataan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri ini dilihat menyerang Dato Sri Najib Tun Razak. Apakah ianya benar? Apakah sekali lagi Tun Mahathir melakukan pekara yang sama sepertimana beliau melakukannya dahulu ke atas Tun Abdullah Badawi yang juga mantan Perdana Menteri sebelum Najib Razak?

Malam tadi saya berkesempatan duduk bersama dengan beberapa orang ahli Kelab Che Det kelab yang mana memperjuangkan Ayahnda Tun Dr Mahathir sejak sekian lama. Dan didalam majlis berbuka puasa Dato Sri Hishammuddin Tun Hussein itu juga penulis Chulan yang mana mengemparkan arena media social dengan artikel "Kalau Pemimpin Bersin Pun Ahli UMNO Akan Tepuk Tangan" hasil perjumpaan Kelab Che Det dengan Ayahnda Tun Mahathir minggu lalu.


Benar memang Tun Mahathir mengkritik kepimpinan Dato Sri Najib yang dilihat terlalu lembut apatah lagi membiarkan beberapa pekara dan tindakan dilakukan tanpa mengira kesan jangka masa panjang. Menurut Chulan Tun Mahathir bukanlah benci mahupun tidak suka kepada Najib Razak tetapi Tun mahathir cukup sayang dengan Najib Razak. Masakan tidak sewaktu Pak Lah menjadi Perdana Menteri Tun Mahathir keluar UMNO dan Najib Razak lah yang membawa Tun Mahathir kembali ke pangkuan UMNO.

Dari hasil yang saya perolehi dari kenyataan ahli Kelab Che Det jelas sebenarnya Tun Mahathir cukup sayang dan mahu lihat Dato Sri Najib terus memimpin UMNO selaku Presiden parti. Tun Mahathir tahu Najib Razak yang selama ini bertungkus lumus untuk memenangkan Barisan Nasional walaupun dikhianat oleh para pengundi Cina sepertimana keputusan PRU 13 yang lalu. Tun Mahathir sedar jika Najib Razak tidak dikekalkan selaku Presiden parti UMNO akan terus diancam bahaya sama ada dari dalam parti mahupun serangan dari luar.

Kepimpinan Dato Sri Najib hari ini cukup luar biasa berbanding Pak Lah kerana Ayahnda Tun Mahathir melihat apa yang dilakukan oleh Najib Razak hari ini banyak yang berhubung kait dengan kealpaan Pak Lah sewaktu menjadi mantan Perdana Menteri. Cina tidak lagi menjadi save deposit buat Barisan Nasional dan ini menyukarkan Najib Razak untuk menang 2/3 pada PRU 13 yang lalu.

Saya mempunyai pandangan yang tersendiri dalam pekara ini kerana saya juga merupakan peminat Tun Dr Mahathir. Namun saya juga tidak boleh melupakan sejarah yang mana punca segala kekusutan dan kegagalan Barisan Nasional memperolehi 2/3 adalah kerana Tun Dr Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.

 Kesilapan Terbesar Ayahnda Tun Mahathir adalah
memungut Anwar Ibrahim ditepi jalan dan menjadikan Anwar Ibrahim
Si Rakus yang merosakan Negara


Saya cukup yakin Tun Mahathir waktu ini juga memikirkan dan mengakui kesilapan yang beliau telah lakukan sewaktu menjawat jawatan Perdana Menteri. Jika tidak kerana kegopohan Tun Dr Mahathir yang takut dengan undi orang Melayu dengan melakukan pensempadanan semula kawasan parlimen selepas PRU 10 tahun 1999 tidak mungkin Cina dapat besar kepala sepertimana waktu ini. Semua rakyat tahu bahawa gelombang Anwar Ibrahim yang membawa Melayu bangkit menentang Barisan Nasional telah menjadikan Tun Mahathir takut dengan undi orang Melayu. Justeru itu selepas tahun 1999 SPR melakukan persempadanan semula kawasan Parlimen yang memberikan kelebihan buat bangsa Cina dimajoriti parlimen yang ada. Tun mahathir waktu itu percaya bahawa undi Cina akan terus kekal kepada Barisan Nasional walaupun sejarah telah membuktikan pada tahun 1969 kaum Cina menjadi besar kepala dengan kemenangan mereka di sekitar Lembah Klang.

Atas kegopohan Tun Mahathir ini kesan tersebut berlanjutan sehingga kepada pentadbiran Dato Sri Najib Razak dan menjadi tanggungjawap Najib Razak untuk mendapatkan 2/3 Majoriti Parlimen bagi memberi mandat persempadanan semula dilakukan demi menyelamatkan "SURVIVAL MELAYU". Tun Mahathir sedar apa yang dilakukan oleh Najib Razak sewaktu kempen PRU 13 lepas yang mana kaum Cina dilihat lebih mendapat perhatian Najib Razak kerana Tun Mahathir sendiri tahu Melayu akan menyokong Barisan Nasional namun tanpa undi kaum Cina tidak akan memastikan BN berjaya mendapat 2/3 majoriti Parlimen. Dan saya katakan Tun Mahathir sendiri menyokong usaha gigih yang dilakukan oleh Najib Razak dalam pekara ini.

Malang kepada Najib Razak apabila keputusan PRU 13 yang lalu membuktikan kaum Cina menolak Barisan Nasional secara total. Tun Mahathir pula tidak mampu berkata apa apa melainkan setuju kaum Cina amat racist kerana menolak Barisan Nasional yang dipimpin oleh orang Melayu. Apakah ianya salah Najib Razak? Adakah Tun Mahathir yang bersalah?

 

Usaha Najib Razak dalam memastikan Melayu menjadi kuasa utama dalam pentadbiran kerajaan berterusan dengan bermacam macam Tranformasi yang beliau lakukan. Tidak dinafikan ada juga cacat celanya apa yang dilakukan Najib Razak terutama melantik Omar Ong sebagai penasihat beliau. Namun kita semua harus sedar bahawa usaha yang dilakukan oleh Najib Razak adalah kerana mahu menyelamatkan Malaysia daripada puak puak Couvenis yang dirasuk kegilaan oleh Anwar Ibrahim.

Gendang dipalu oleh pihak pihak tertentu yang mahukan Najib Razak berundur. Gelombang tersebut juga seakan aliran elektrik yang menusuk jiwa orang Melayu khusunya bahawa Najib Razak bukan Melayu tetapi Cina. Semakin hampir pemilihan UMNO semakin kuat gelombang tersebut sehinggakan ada orang Melayu yang lupa bahawa jika tidak kerana Najib Razak mengambil alih pentadbiran daripada Tun Abdullah Badawi sudah pasti PRU 13 lalu bangsa Melayu kini sudah menjadi pengemis kepada DAP dan PKR.

Ayahnda Tun Mahathir percaya akan kepimpinan Dato Sri Najib Razak

Tun Mahathir tahu beliau punca semua yang berlaku, Tun Mahathir tahu Najib Razak mampu untuk menjaga orang Melayu dan Tun Mahathir tahu tanpa Najib Razak maka UMNO akan dilanda badai dan akan menjejaskan keseluruhan orang Melayu yang ada. Tun Mahathir sedar bahawa kerana beliau maka lahirnya Anwar Ibrahim yang rakus berkuasa, Cina menjadi besar kepala dan Tsunami Cina melanda Barisan Nasional.

Saya akan kupas beberapa pekara mengenai apa yang dilakukan waktu ini oleh pihak pihak yang mahukan Najib Razak berundur daripada Presiden Parti UMNO dan jawatan Perdana Menteri. Mungkin kita sedar mungkin kita tidak sedar tetapi itulah UMNO yang hanya gah dalam pemilihan jawatan berebut kuasa sejak zaman Tun Dr Mahathirdan Tengku Razaleigh lagi.

Malay Rights











24 comments:

kejora malam said...

betul tu tun m tahu mmg najib layak menjadi pemimpin..
cuma apa yg perlu adalah melantik penasihat yang bijak bkn mcm omar ong pelingkup..
dlm umno sndr memerlukan ahli2 yg profesional kerana dapat dilihat skrg banyak "anai-anai"

sonu nigam said...

aq mmg sokong dgn pe yg Tun M cakap,macam2 transformasi dah najib buat demi memastikan melayu menjadi kuasa utama dalam pentadbiran kerajaan.
najib sememangnye layak jd PM,cina naik kepala bkn salah najib.
dalam UMNO sendiri pun byk yg inginkan naib berundur,mereka semua ni lalat yg hanya gah dalam pemilihan jawatan berebut kuasa

Dayang Aini said...

Najib memang disayangi oleh ayahanda tun, setiap nasihat bukannya bermakna tun benci kepada anaknya Najib.Nasihat itu melambangkan bahawa tun amat menyanyangi Najib tetapi orang yang gila kuasa iaitu Api dalam sekam pula hanya tau mengambil kesempatan tanpa menyelidik terlebih dahulu kenyataan ayahanda tun untuk menjatuhkan Najib. Saya lihat Najib banyak mengadakan kembali perancangan ayahanda tun yang telah dibatalkan semasa zaman gelap UMNO iaitu zaman PAKLAH. Najib meneruskan kembali rancangan ayahanda tun iaitu projek landasan berkembar utara yang telah dimansuhkan pada zaman hitam PAKLAH.

Cili Padi said...

Tun M sendiri boleh nampak bahawa Najib layak dan boleh memimpin. Tak perlu cakap banyak. Tun M nampak usaha Najib dalam menjaga hak melayu dan keutamaan melayu.

Dayang Aini said...

Lalat-lalat dalam UMNO perlu disingkirkan, tak perlu main amaran amaran lagi macam menteri sorang tu.

Zara Morgana said...

tun mempercayai kredibiliti yang ada pada najib..kerosakkan bermula pada zaman pak lah yang banyak dan perlu diperbaiki oleh najib dalam membina semula kejayyan bn

amira fatin said...

KALAU AYAHANDA TUN DAH CAKAP YG BELIAU PERCAYA AKAN KEPIMPINAN NAJIB SO APA NAK TAKUT LAGI. INI SEMUA KERJA PUAK2 PEMBANGKANG YG SUKA WAR2KAN CITE KONONNYA TUN M BENCI PADA NAJIB. USAHA NAJIB SELAMA INI NAK SELAMATKAN UMNO SEBAB TU DIA BERLEMBUT DGN CINA TAPI TAK SANGKA YG CINA NI BENAR RASIS PUNYA ORG SAMPAI TAK SOKONG UMNO LANGSUNG. ADA JUGA ORG2 MELAYU YG BODOH SAMPAI SANGGUP UNDI DAP. KITA TAK PERLU NAK AJAR NAJIB APA YG DIA SEDANG BUAT NI KERANA NAJIB TAHU APA YG TERBAIK UTK NEGARA KITA.

sotong sempoi said...

tun m juga percaya dgn kemampuan najib utk mentadbir negara, kenapa mesti ada pihak yg banyak bunyi utk menyuruh najib berundur sedangkan najib ni dah cukup bagus menjalankan tugasnya sebagai PM kita dgn mengadakan berbagai trasformasi utk org2 melayu kita cuma org2 melayu kita aje tak reti nak rebut peluang yg dah ada depan mata kita.

sally said...

kenapa cetek sgt pemikiran puak2 pembangkang ini kalau tun m tegur najib bukan ertinya benci pada najib. kekadang teguran itu blh membawa kepada kebaikkan tak salah apa cuma puak2 pembangkang ini aje suka sgt menabur fitnah pada najib ni. aku yakin dgn kredebiliti yg najib ada beliau mampu mentadbir negara kita dan memajukan ekonomi negara kita. sekarang ini najib dah blh ajar cina kafir tanpa merasa tergugat langsung.

dol mat said...

adalah menjadi tanggungjawap Najib untuk mendapatkan 2/3 Majoriti Parlimen bagi memberi mandat persempadanan semula demi menyelamatkan SURVIVAL MELAYU. Namun tanpa undi kaum Cina tidak akan memastikan BN berjaya mendapat 2/3 majoriti Parlimen sebab tu najib beri lebih perhatian pada kaum cina tetapi hakikatnya kaum cina mmg rasis punya org kerana langsung tidak menyokong umno dan sanggup sokong pkr n dap. Najib bukannya bodoh dia tahu apa yg dia lakukan cuma ada org yg tak blh nak terima hakikat kekalahannya.

kak bedah said...

bukan senang tun m nak puji kredibiliti seseorang tau. ini tun m sendiri yg kata dia percaya akan kepimpinan najib dlm umno. yg penting sekarang ini najib kena tukar omar ong kepada penasihat yg bijak laksana dan buang org2 yg dlm umno ni yg bermuka2. dgn itu aku percaya umno gah berdiri di bawah kepimpinan najib.

salim hasan said...

Memang kita tahu dari segi mentadbir Najib memang hebat .Cuma yang menjadi keresahan banyak pihak ialah sikap terlalu memberi muka beliau kepada puak puak cina.Juga tindakkan gopoh beliau menghapuskan undang undang seperti ISA ,EO,dan bakal menyusuln ordinan darurat BAYANGKAN !!!TIGA SEKALIGUS DIHAPUSKAN!!!!PADAH NYA? Tak payah diceritakan kita boeh saksikan setiap hari.PEMBUNUHAN BERLAKU!!! ADA BAIK BELIAU BERUNDUR SECARA TERHORMAT!!!

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

PerSEMPADANan semula semasa ZAMAN TUN ialah BUKTI TUN BIJAK berMAIN POLITIK antara KAUM.. Inilah 'SKILL' POLITIK TUN yang perlau DS Najib BELAJAR dan PATUH, bukannya berGANTUNG kepada peNASIHAT!

Kenapa pulak diKATAkan ianya ialah keGOPOHan TUN? Walhal, TUN sendiri yang bersara setelah meLAKUkan perSEMPADANan SEMULA itu?

Wallahualam..

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

TAMBAHan: Kenapa perSEMPADANan semula yang diLAKUkan oleh TUN pulak yang nak diUNGKITkan sedangkan mana-mana PM selepas ERA beliau pun BEBAS untuk meminta SPR berbuat perkara yang SAMA? Dah lebih 10 TAHUN dah pun?

TUN mengakui keSILAPan beliau mengangkat 'PenJUBOR' ke dalam HIERARKI kePIMPINan UMNO.. Namun demikian, kenapa TUN sering menangis setiap kali PAU kerana ahli-ahli UMNO sendiri masih memilih orang sebegini setiap kali PAU?

IRONInya, kalau TUN mengakui 'PenJUBOR' itu keSILAPannya, kenapa pulak DS Najib jugak TIDAK boleh diKATAkan sedemikian? Kita TAHU TUN jugak SAYANGkan DS Najib tetapi SAYANG seorang NEGARAWAN bukan berMAKNA seseorang PEMIMPIN boleh buat ikut SEDAP dia aje.. Kalau dah NEGARA terANCAM, dah tentu TUN berSUARA..

Wallahualam..

deria masa said...

Jambatan bengkok x berani buat pulak. Telur kena pegang Singapore ke? Tun M mmg suh Najib,tp ramai org melayu dah mula benci Najib.

Q-ri said...

Apa yang orang melayu mahu adalah supaya najib menjadi lebih tegas & mendahulukan bangsanya

Dayang Aini said...

Tun M sayangkan Najib. Tun M tetap yakin najib mampu mengubah nasib orang melayu. Tun M juga yakin Najib mampu melaksanakan program yang telah dirancang olehnya yang menguntungkan orang melayu dan negara malaysia. Dengan peningkatan sokongan melayu terhadap najib , ia menjadikan najib orang yang disegani oleh orang melayu. tambahan parti sebelah Perosak Rakyat sedang goyah dengan kebangkitan melayu dan cuba memecah belahkan melayu di malaysia.

kluangman said...

Agaknya umno ni mati kalau najib tak jadi pm Dan president umno?

sera min said...

Antara tndakan perlu sgera d ambl:
1. Satukan kmbali bngsa melayu..fkrkan formula itu
2. Brtegas dan beri pemahaman yg krits kpada bngsa cina yg sebilangannya x snang dgn manifesto bngsa melayu. Apa lagi yg mereka mahu...brbandng cina d indonesia..thailand...
3. Majukan luar bandar...sering dgn bandar...sbb d snilah..rakyt sderhana..mskin tpi setia
4. Pembangunan yg lebih dlm tmpoh beberapa tahun ni utk sabah n sarawak..abb d sni kubu...spaya seirng dgn semenanjung...contoh...lrt..monorel..perlu ada d bandaraya utama...

ayuh...najib..semarakkan malaysia..pmimpin dalaman yg sdah burn out tu..bagi ja pencen..bila lagi org muda ...yg brkelayakan nak d beri ruang..ramai golongan profesional dlm kpmpinan ngara..kurangkan golongan koprat..yg mengampu dan pandai cakap ja...wassallam

Anonymous said...

Pttnye pentingkan la agama ISLAM tu sndri.. Bkn bangsa melayu.. Melayu haprak.. Puuiii!!

Anonymous said...

KAMI ORANG MELAYU UMNO MAHU GANDINGAN MANTAP MUHYIDIN - ZAHID HAMIDI...

MELAYU BUKAN TOLAK UMNO TAPI MELAYU TOLAK NAJIB ROSMAH

MELAYU BUKAN BENCI UMNO TAPI MELAYU BENCI KEPIMPINAN UMNO PENJILAT CINA

MELAYU BUKAN BENCI UMNO TAPI MELAYU BENCI MENTERI MENTERI TIDO DALAM UMNO MENTERI POYO MENTERI BERPOYA

MELAYU BUKAN BENCI UMNO TAPI MELAYU BENCI KEPIMPINAN YANG LEMAH YANG JADI PAK ANGGUK

MELAYU BUKAN BENCI UMNO TAPI MELAYU BENCI RASUAH DI DALAM UMNO

MELAYU BUKAN BENCI UMNO TAPI MELAYU BENCI MENTERI DALAM UMNO YANG CUMA JADI KAYU TUNGGUL

MELAYU BUKAN BENCI UMNO TAPI MELAYU BENCI UMNO YANG TIDAK MENCERMINKAN IDENTITI ISLAM YANG MAKIN HARI MAKIN TERUK

MELAYU BUKAN BENCI UMNO TAPI MELAYU BENCI KEPIMPINAN UMNO YANG TIDAK MEMPERTAHANKAN BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM

KAMI AKAN SOKONG UMNO JIKA SEMUA MANUSIA INI DI SINGKIRKAN DARI UMNO...

Anonymous said...

Itu semua sebagai alasan beliau sahaja utk menggulingkan PM kita hari ini.sebenarnya beliau nak gantikan anaknya jadi pm,supaya beliau senang berurusan utk menjatuhkan Anuar lagi,Dulu Beliau sokong kawan karibnya iaituNajib sbgi PM supaya senang berkomplot dlm menjatuhkan Anuar.tapi,bila PM kita tak sekapala dgn nya,Maka itu lah sebapnya Beliau Berbagai alasan utk menggulingkan PM.PM kita hari ini seorang yang adil dan tidak suka permusuhan.Tapi sebaliknya pula DM tak sebaik beliau.DM lebih SUKAKAN PERMUSUHAN..tengoklah masa pemerintahan DM.Gara gara dia,ekonomi negara kita meleset.Nasip baiklah NAJIB jadi PM dan pandai memulihkan ekonomi negara kita.

Anonymous said...

SEMALAM AKU TENGOK TV AL HIJRAH MAJALAH ISLAM...AKU PUNYA TERKEJUT TENGOK NASIB ORNG ISLAM DI SEMPORNA SABAH...ANAK ANAK TERBIAR TIDAK BERSEKOLAH...PENDUDUK ISLAM SEMPORNA SABAH DI HAMBAT KEMISKINAN..KANAK KANAK TIDAK MEMPUNYAI DOKUMEN SEBAGAI PENDUDUK MAKA DI BIARKAN SAJA KANAK KANAK ISLAM INI HIDUP MEREMPAT...MELARAT DENGAN BEKERJA MENGUTIP SAMPAH DAN HIDUP DI DALAM TIMBUNAN SAMPAH SAMPAH...

AKU TABIK HORMAT KEPADA KUMPULAN KOMUNITI NAJJAH YANG BERUSAHA MENYEKOLAH KAN KANAK KANAK ISLAM DI SEMPORNA SABAH DENGAN HASIL PENDAPATAN MEREKA SENDIRI...

KENAPA DI PINGGIRKAN ANAK ANAK ISLAM SEMPORNA INI?

KENAPA KERAJAAN UMNO HANYA MEMBERI TUMPUAN KEPADA WARGA KHINZIR YANG TAK TAU ERTI SYUKUR?

KENAPA DI BERI PELBAGAI PELUANG KEPADA WARGA KHINZIR DAN MENGENEPIKAN PENDUDUK DI PENDALAM SABAH DAN SARAWAK YANG BERAGAMA ISLAM YANG MENYOKONG KUAT BN/UMNO???

KEMANA PERGI PEMIMPIN PEMIMPIN UMNO WAKIL RAKYAT DARI SABAH DAN SARAWAK?? KENAPA ISU SEBEGINI TIDAK DI TANGANI OLEH WAKIL WAKIL RAKYAT UMNO ISLAM???

ITS ABOUT TIME NAJIB TO STEP DOWN KALAU TIDAK TERPINGGIR TERUS BANGSA MELAYU ISLAM KERANA ASYIK KEPIMPINAN BELIAU MELOBI BANGSA CINA YANG TAK TAU ERTI SYUKUR YANG AKHIRNYA MAHU MEMERINTAH MALAYSIA DAN MENUKAR PERLEMBAGAAN MALAYSIA UNTUK MENGHAPUSKAN SEMUA HAK KAUM BUMIPUTRA...

RENUNG RENUNGKAN LAH ..

kingkong said...

thanks ya infonya !!!

www.bisnistiket.co.id