Monday 9 December 2013

Video Ucapan Najib Razak Beri Ingatan Tegas Kepada Puak Puak Chauvenist




"UMNO bukan rasis, UMNO tidak pernah rasis. UMNO sentiasa bersikap adil kepada semua.
"Dan kita hendak mereka (kaum lain) untuk sama-sama dengan kita... Cina, India, Kadazan, Iban dan semua (kaum) untuk sama-sama dengan kita tetapi kepimpinan negara ini diterajui UMNO untuk memberi keadilan," - Najib Razak

Saya sebagai umat Islam dan orang Melayu menyokong penuh apa yang dinyatakan oleh Dato Sri Najib Tun Razak Presiden UMNO. Ternyata kita Melayu tidak pernah menggangu mereka puak puak Cina ini dalam mencari kekayaan di Malaysia. Kita juga tidak pernah menyekat kebebasan mereka yang duduk di Malaysia ini walaupun sejarah membuktikan mereka adalah golongan Pendatang yang dibawa oleh British.

Mesej yang disampaikan oleh Presiden UMNO ini wajar untuk kita umat Islam dan Melayu bersatu antara satu sama lain. Kekuatan kita Melayu dalam penyatuan ini akan memastikan puak puak Cina Chauvenist tidak berani untuk bersikap biadap dengan kita. Ini yang perlu kita lakukan dalam menghadapi PRU 14 kelak kerana mereka kaum Cina waktu ini masih lagi mengharapkan agar kita sesama Melayu dan Bumiputera terus berpecah belah.

- Malay Rights



4 comments:

Anonymous said...

Berucap berdegar2. Lain cakap, lain yang dibuat.
Menteri Hampeh!

Anonymous said...

Wahai PM, tanpa orang Melayu siapalah anda/UMNO. X de orang Cina yang sokong anda/UMNO. Setakat membuat dasar menolong Bumiputera tetapi tindakan adalah sebaliknya x ada gunanya. Perlu ada sifat kenang budi dan balas jasa orang2 yang menyokong anda.

Anonymous said...

Sebelum cerita padal kenang budi...
Pernah kah kita sendiri mengenang budi umno sejak zaman datuk kita lagi..
Berapa banyak budi yg kita dah balas..
Kemewahan kita kini..anak2 belajar oversea bergaji besar...
Adakah peluang ini datang bergolek..
Pernahkah kita membalas budi...
Hanya manusia buta segala galanya yg masih menuntut budinya dibalas...

Anonymous said...

Semua yang ada di malaysia adalah pendatang. Cuma siapa yang lebih awal berada di malaysia. Jangan lupa orang asli adalah pendudik paling awal di malaysia. Jadi bangsa lain tak payah nak ngaku mengatakan malaysia dia punya.