Wednesday, 4 December 2013

Blogger Dr Novandri Terima Anugerah Khas Atas Bakti Yang Beliau Curahkan Kepada UMNO



Pemuda UMNO hari ini memberi anugerah khas kepada dua tokoh bagi menghargai sumbangan mereka dalam sayap itu.

Anugerah berkenaan ialah Anugerah Setia Bakti 2013 yang diberi kepada bekas Setiausahanya Datuk Megat Firdaus Megat Junid dan Anugerah Khas Pemuda 2013 kepada Dr Novandri Hasan Basri.

Megat Firdaus dihargai atas jasanya kepada pergerakan itu dan UMNO amnya, terutama sejak dilantik sebagai setiausaha pergerakan pada April 2009, manakala Dr Novandri pula atas kapasiti beliau sebagai sukarelawan Pemuda dalam membantu masyarakat, selain perjuangan menerusi alam siber sebagai blogger Dr MiM. 

Kedua-dua anugerah itu disampaikan oleh Ketuanya, Khairy Jamaluddin dalam Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2013 di sini pagi tadi. - Rakyat News

Tahniah diucapkan buat sahabat seperjuangan saya Dr Novandri yang telah menerima Anugerah Khas Pemuda 2013 atas sumbangan dan jasa bakti beliau selama mana dalam perjuangan parti keramat UMNO. Beliau sesungguhnya memang layak untuk menerima anugerah tersebut dan tidak salah saya katakan sepatutnya beliau patut menerima lebih lagi penghargaan dari pihak UMNO.

Perjuangan beliau dalam aktiviti kemasyarakatan dengan klinik bergerak beliau telah banyak menyumbang bakti kepada rakyat. Setiap kali ada pilihanraya kecil beliau dan sahabat beliau Muhammad Afriz akan turun memberikan bantuan perubatan kepada penduduk setempat. Tidak cukup dengan itu curahan bantuan yang beliau beri, beliau menyumbang dalam penulisan artikel beliau memalui blog peribadi beliau Dr Novandri (DR MIM).

Saya sendiri telah mengenali Dr Novandri sejak tahun 2009 lagi dan perjuangan yang beliau lakukan amat konsisten membantu UMNO. Malah kemalangan yang menimpa beliau pada kempen Pilihanraya Umum ke 13 yang lepas patut dijadikan contoh kepada semua ahli UMNO yang ada bahawa dalam perjuangan segala galanya mungkin berlaku dan memerlukan pengorbanan yang cukup tinggi sama sekali.

Saya mengucapkan Tahniah dan syabas buat sahabat seperjuangan Dr Novandri dan saya mengharapkan agar kepimpinan UMNO tidak lupa jasa dan pengorbanan yang telah Dr Novandri lakukan selama ini berhempas pulas menabur bakti kepada masyarakat dan juga melawan hujah pihak pembangkang melalui media sosial.

- Malay Rights


1 comment:

Hafiz Hasan said...

Tahniah Dr Novandri