Saturday, 7 December 2013

"Di manakah Melayu tanpa UMNO" Tajuk Utusan Malaysia yang telah mengguris hati orang Melayu



"Di manakah Melayu Tanpa UMNO"

Semalam saya melihat akhbar Utusan tidak bijak dalam keluarannya apabila mengeluarkan tajuk muka depan yang sebenarnya telah menghiris hati dan perasaan orang Melayu.

Adalah tidak wajar untuk Utusan akhbar milik UMNO menyatakan sedemikian kerana hakikat yang sebenar waktu ini adalah "Di Manakah UMNO Tanpa Melayu". Kerana undi Melayu memastikan UMNO berkuasa dan kerana undi dari Melayu serta Bumiputera lah membuatkan UMNO masih lagi mentadbir negara.

Ini yang mungkin ramai pemimpin atasan UMNO lupa dan tidak sedar bahawa kemenangan mereka pada PRU 13 diberikan oleh orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Kita bercakap akan relevan yang ada waktu ini kerana ayat ayat sebegini sudah tidak lagi dapat diterima akal oleh pengundi hari ini. Mungkin Utusan Malaysia tidak sedar yang sekarang kita sudah melangkaui zaman terdahulu. Jika dulu tidak mengapa tetapi kini tidak lagi boleh dijadikan sandaran.

Semenjak hari pertama perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO ini saya begitu tertarik dengan apa yang telah disampaikan oleh wakil negeri Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir dalam ucapannya kelmarin. Ucapan yang ikhlas dan sesungguhnya satu kebenaran yang wajar diterima oleh pucuk pimpinan parti Dato Sri Najib Tun Razak.



 "BN Berkuasa Kerana Orang Melayu"

Kata kata ini sememangnya adalah satu kebenaran yang perlu diakui bukan sahaja oleh seluruh ahli UMNO malah Presiden parti dan juga Timbalan Presiden perlu mengakuinya. Tidak salah untuk mendabik dada dengan apa yang dimaksudkan itu kerana sememangnya Melayu dan Bumiputera Sabah, Sarawak yang membuatkan BN kekal berkuasa dan memberikan Presiden dan Timbalan Presiden sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Ucapan wakil Pulau Pinang itu ianya perlu diterjemahkan dengan tindakan oleh kerajaan yang ada hari ini. Jika sekolah Cina selalu kita dengar diumumkan bantuan berjuta juta ringgit maka selepas ini kita mahu dengar begitu kuat desakan dan juga perlaksanaan dari pihak kerajaan yang memberikan bantuan yang lebih besar kepada sekolah Kebangsaan Melayu dan juga mana mana yang berkaitkan dengan Melayu dan Bumiputera.

Bukan kita mahu UMNO meminggirkan kaum kaum lain, namun terimalah hakikat bahawa yang perlu diutamakan hari ini adalah bangsa Melayu dan Bumiptera. Apa sahaja perlu diutamakan kepada penyumbang kuasa yang ada hari ini kerana sudah sampai masaanya puak puak yang tidak memberikan kemenangan diberi satu pengajaran agar mereka sedar tanah ini adalah Tanah Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

- Malay Rights



10 comments:

Anonymous said...

Saya juga sangat terkejut dgn muka depan utusang itu krn 2 perkara:
1. tajuk yg poyo
2. tak sesuai dgn keadaan sekarang-banjir

ternyata sikap UMNO masih angkuh.
sedap duduk di kerusi empuk...x sedar2 diri
bangga2 diri,ujub mcm bagus...

hakikatnya shah alam yg dikuasai pakatan nmpk lg elok banding zaman BN..laluan basikal lebih byk dibina dll papan tanda yg ceria dan mudah dibaca

umno angkuh nk mampos time2 banjir pon nak bersidang..kalo yer pon tone down la skit.
pasal undi cina x payah ckpla..
tgk perbahasan semua bodoh2 kecuali 1-2 perwakilan..

umno dlm dilema...yg di-cinakan xmau umno..
yg memelayukan xnak pula.
pru-14 babai umno.
pi jaga hati cina.
sebijik sekolah cina blh dpt juta2.
apa salah bg sekkolah,org melayu juta2 itu..

harga barang naik.
nak sokong bn pon dah malu.
rosmah??hahahahahaha

watan57 said...

"They never learn"..kata orang putih,.."Tak sedar diri"..kata orang Melayu.../dewasa ini macam ada yang tak kena dgn UMNO,...macam ada unsur sabotaj dari dalam,...macam ada duri dalam daging,...macam keadaan tak terkawal,...macam pimpinan tertinggi hilang kawalan,...macam dia tak reti nak kawal...macam-macam...

sahril panot said...

Bagi rase bn jd pembangkang.... biar pdan muke org2 bn yg x sdar dri nh... dmana UMNO tnpa mlyu, bumiputra!!!!!....

Anonymous said...

PRU13 adalah yang terakhir..bukan saja untuk BN malah kepada PR juga.Allahuaklam.

Anonymous said...

Tak de salahnya tajuk tu. cam tu jugak kalau ditanya. di mana melayu tanpa Islam. ingat ye. UMNO adalah alat penyatuan. tapi Islam adalah cara hidup yang ditetapkan oleh Allah. iaitu perpaduan ummah..

Anonymous said...

Orang Melayu lah perlu overhaul UMNO dan sekira nya kita Melayu fikirkan Dato Sri Najib tidak layak maka jangan lagi di pilih dua lagi sebagai presiden pada pemilihan akan datang. Begitu juga yg lain didalam UMNO perlu di ingatkan tentang.madah perjuangan UMNO bukan hendak di liberalkan UMNO.

Anonymous said...

Ego betol..

Anonymous said...

amboi...amboi...bila sorang hentam UMNO..yang lain pun hentam sama. Ini lah mentaliti orang Melayu nampak salah orang lain saja, salah silap diri sendiri tak nampak atau buat buat tak nampak. Cuba tengok bila di sogok dengan sedikit habuan....hilanglah kata kata nesta tu.

Really typical Malay mentality.

Anonymous said...

Nasib baik saya bangsa "Lain-lain". Saya bangsa dayak sarawak mohon kalian lepaskan kami. Biar jadi republik of borneo. Habis hasil sarawak dimakan kalian... Kami diaini? Jalan lubang2. Balik kmpunv naik bot. Chief Minester apa buat? Kawin dgn minah lubnan muda. Baguslah. Diajak undi PR, ditakut2kan dengan api perkauman. Kasihan org2 tua rmah pnjai kami. Saya tdk kisah kamu mahu jaga nama tuhan Allah, tapi kamu lihat pemimpin Islam sarawak. Memalukan. Harap matinya nanti tidak akan diaibkan tuhan.

Ps; kita ada jumpa di sibu

Anonymous said...

x yanhlah nak emosional. Mungkin Utusan tersilap cetak tu.