Saturday, 7 December 2013

Media Pakatan Pembangkang Sempit Otak Dalam Isu Bantuan Mangsa Banjir




Agak lemas dengan apa yang sedang dilaporkan oleh media terutama media milik Pakatan Pembangkang berhubung isu bantuan banjir bagi negeri Pahang dan Terengganu. Masing masing parti politik claim bahawa mereka lah juara dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir.

Media Pakatan Pembangkang menyatakan UMNO cuba claim kredit. UMNO kempen dengan barangan diberikan bantuan dengan logo UMNO mahupun BN. UMNO sengaja mencari publisiti murahan dan ambil kesempatan keatas mangsa banjir.

Ternyata kenyataan media pembangkang adalah sempit otaknya kerana ini lah masanya untuk parti politik membuktikan siapa yang berkhidmat untuk rakyat dan siapa pula yang sekadar bercakap besar. Tidak ada salah untuk mana mana pihak yang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir dengan claim kredit melalui lambang parti mereka kerana jika tidak berbuat demikian sudah pasti ada yang akan ambil kesempatan diatas sumbangan pihak lain.

Sebagai contoh, UMNO hulurkan bantuan namun Pakatan Pembangkang dakwa mereka yang hulurkan bantuan. Jadi untuk mengelakkan kekeliruan kepada penerima bantuan adalah wajar untuk claim Kredit ataupun meletakkan logo parti pada bantuan yang dihulurkan kepada mangsa banjir.

Rakyat menilai siapa yang bekerja untuk rakyat dan siapa yang tidak. Jadi harapnya media Pakatan Pembangkang usah berfikiran sempit dalam pekara ini kerana mereka juga melakukan pekara yang sama.

- Malay Rights

2 comments:

Anonymous said...

dunia dunia.. asyik nak nunjuk2.. yg penting keiklasan untuk save rakyat

Anonymous said...

ada juga blogger sebegini .. dia mengatakan org lain berfikiran cetek sedangkan pemikirannya jauh lebih cetek ..

Bantuan kepada mangsa banjir bukan sumbangan drp kerajaan sebaliknya ianya KEWAJIBAN atas tanggungjawab. Apabila anda meletakkan logo dan memberikan seolah2 itu adalah sumbangan anda, maka sia2 sahaja pahala di sisi Allah