Wednesday 4 December 2013

Pemuda UMNO Kecam Tindakan TNB Menaikkan Tarif Elektrik



Semalam saya ada melontarkan pendapat kepada para perwakilan UMNO dalam isu membantah kenaikkan tarif elektrik oleh TNB yang membebankan rakyat. Hari ini pemuda UMNO sepakat membantah kenaikkan tarif elektrik tersebut dan membidas TNB yang hanya mencari keuntungan tanpa mengira kesan kepada rakyat Malaysia.

"Rakyat difahamkan bahawa peningkatan tarif elektrik bukan sekadar menampung peningkatan harga bahan api,tetapi juga bagi menambahkan laba keuntungan TNB yang sudab berbilion ringgit jumlahnya.
"TNB perlu prihatin kepada rakyat dan tidak boleh bermotifkan keuntungan semata-mata. Kenaikan tarif yang tidak setara denga peningkatan kos bahan api hanya menguntungkan TNB dan pemegang saham,bukan rakyat jelata," 
"Kepada TNB dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Pemuda mendesak jangan terlalu mementingkan prestasi kewangan semata...tanggungjawab kepada ralyat jangan sesekali dilupakan, " 
- Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Tahniah buat pemuda UMNO yang melontarkan isu Rakyat dalam persidangan mereka. Saya cukup yakin bahawa isu yang telah disampaikan oleh Pemuda UMNO ini akan menjadi pertimbangan pihak TNB dalam menaikkan tarif elektrik yang bakal dilaksanakan bermula Januari 2014 ini.

Sebenarnya ini yang rakyat mahukan, rakyat mahukan UMNO menjadi Juara Rakyat dengan membela mereka dalam isu isu yang berpotensi menjejaskan poket mereka. UMNO bermula atas nama perjuangan membela Rakyat terutama bangsa Melayu. Maka kembali lah kepada jalan yang asal iaitu dengan membawa harapan dan impian orang orang Melayu dan juga rakyat Malaysia dalam membela dan membantu mereka sepertimana dalam isu kenaikkan tarif Elektrik oleh TNB ini.

Banyak lagi isu yang memberikan kesan kepada rakyat dan adalah wajar sekiranya UMNO mengimbangi kemajuan negara dan dalam masa yang sama melihat denyut nadi rakyat Malaysia.

- Malay Rights



10 comments:

Anonymous said...

TNB dan menteri yg bertanggungjawab tahu yg TNB tetap untung tiap2 tahun.
So, kenapa nak naikkan tarif lagi.
Kesan nya akan tetap dirasa oleh rakyat keseluruhan. Peniaga dan pengeluar akan menaikkan harga barang pembuatan mereka kerana tarif letrik naik...
Kerajaan BN dan UMNO harus sekat kenaikan ini...
Syabas pemuda kerana menengahkan isu ini...

Anonymous said...

tnb tk untungla khairi. sekarang masih bayar hutang bond -bayar bunga saja belum pokok lagi betul tak ?

Anonymous said...

Memang sudah dirancang segalanya adalah untuk mendapatkan nama dan keuntungan politik dalam memainkan isu tertentu seperti sekarang ini kenaikan tarif letrik.Buat cadangan kemudian bantah untuk menunjukan konon prihatin akan nasib rayaat.....ini merupakan permainan Najib and teh gang .......Najib berniat untuk membina kedudukan BN dan UMNO .Menteri tukang kelodak air dan Pemuda UMNO tukang tuang air kedalam tapis dan najib tukang jernihkan air dan beri minum untuk rayaat......nampak najib perihatin sangat .......kah kah kah

Anonymous said...

Kalau rugi kenapa umum untung berbelion .......lainlah syarikat prasarana pengendali pengangkutan awam rapid rail dan rapid bus menangung kerugian yang paling besar dalam sejarah Malaysia setakat ni dengan kerugian RM720juta setahun.....wau sungguh hebat pencapaian Tansri Ismail Adam dan CEO Dato seri Sahril Moktar ni ...boleh dijadikan contoh sepanjang hayat.Tak taulah sebab apa rugi?adakah rugi sebab perbelanjaan modal untuk perniagaan teras atau modal digunakan untuk perniagaan bukan teras.masing masing nak tunjuk hebat bersertigi perniagaan bukan mengunakan wang sendiri......kalau gagal merika ini tak rugi apa apa pun......paling kuat pun kena berhenti......itu ajalah.....SPRM kena siasat ni.....jangan buat buta dan pekak.....nak tunggu orang buat laporan juga ke?ketua audit dah bentangkan ....

Anonymous said...

apsal masa harga minyak dan gula naik KJ xbising pon...ke takot Tokong jentik telor...mentang2 dlm TNB xade Tokong bukan main menyalak lg kau yea

Anonymous said...

Masa cabinet meeting tak bangkang ke. Ni dah umum baru nak bising cari publisiti murah. Naik tetap naik. Hypocrite betul lah. Nak populatlr pun agak2 lah. SU akhbar ke yg buat ucapan tu?

Anonymous said...

Tak pe lah... Kurang kurang dia bercakap juga... Mungkin dalam kabinet meka tak nak dengar... Mcm gaji mb.... Nape tiba tiba azmin dan anwar menentang... Semuanya hipokrit

Anonymous said...

Kalau diamati kita ni semua ditipu oleh wakil rayaat yang kita sendiri pilih ......ahli politik kebanyakanya pembohong dan kaki putaralam tak kiralah dari puak mana sekalipun .......aku harap ada satu parti politik yang baru dan pemimpin yang baru diPRU14 nanti

Ameen said...

Sebenarnya 78.60% daripada kenaikan tarif adalah disebabkan oleh kenaikan harga gas daripada RM13.70/mmbtu kepada RM15.20/mmbtu dan harga LNG sebanyak RM41.68/mmbtu. Manakala 3.4% kenaikan harga arang batu iaitu sebanyak USD 87.50/MT.

Cuma 18%(atau 0.9 sen/kWj sahaja baki yang tinggal bagi menampung peningkatan kos operasi serta pelaburan yang diperlukan dalam infrastruktur industri bekalan elektrik agar bekalan tenaga elektrik yang mampan dan berdaya harap dapat dikekalkan.

Kenaikan perlu untuk memenuhi pelaburan dalam infrastruktur bekalan elektrik bagi memastikan bekalan elektrik yang berdaya harap dan berterusan kepada pelanggan. Ia Juga bagi menampung perubahan kos operasi pada masa akan datang.

TNB melabur kira-kira RM3.5 bilion sehingga RM4.0 bilion setiap tahun untuk bekalan dan sistem peningkatan baru pada rangkaian pengedarannya. Selain itu, TNB juga melabur di antara RM2 bilion kepada RM2.5 bilion setiap tahun untuk peningkatan rangkaian penghantaran dan pembangunan.

Anonymous said...

DATUK YIP KUM FOOK banyak melakukan kejahatan kepada orang di kawasan Kepong, lelaki (Datuk Yip) ini mengganggu ramai isteri orang, membakar Kuil Hindu di Taman Daya, mengeluarkan sami Buddha dari Kuil di Taman Desa Jaya, Kepong, dan menipu wang.

ENCIK SIMON LOW KOK MENG (Taman Daya) adalah pembantu (CID) Datuk Yip atau abang iparnya, berapa ramai yang memboikot mereka, Banyak sangat masalah di kawasan Kepong, kerana Datuk Yip Pengerusi MCA di Taman Daya, Kepong. . , dia dibayar wang kepada polis dan DBKL untuk mengganggu orang ramai, dan sebagainya

YIP KUM POH No: 19B, Jalan Sg 1/9, Taman Industri Bolton, 68100 Batu Caves, Selangor Malaysia (pejabat peguam) YIP KUM POH bukan peguam tetapi boleh membuka pejabat peguam, dia adalah adik lelaki Datuk Yip Kum Fook….”MALAYSIA BOLEH”

Kami tidak senang ketika itu kerana kami berada di bawah kawalan MCA di tempat kami, dan juga Datuk Yip telah digunakan oleh Gangster di kawasan Kepong dan Gombak, kami tidak berharap kepada MCA lagi dan kami adalah kumpulan yang meletak jawatan dari MCA

Kami telah mendengar, bahawa AGONG MALAYSIA (Sultan Johor, Sultan Ibrahim) telah mengambil kembali (Tarik) GELARAN DATUK (Datuk's title), dan kami akan menulis kepada Agong tentang perkara ini

DATUK YIP KUM FOOK (Lawyer) tidak fikir orang bodoh dan anda boleh menghina Buddha dan Hindu tetapi tentang Islam, anda dihina jika anda tidak mempunyai tempat tinggal.

Oleh Ah Keong, Kepong, Kuala Lumpur

SHARED BY NG & SENG